Font size
WorksheetsPEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
Total questions: 60
Worksheet time: 5hrs 0mins
Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ________ kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
prasyarat
prasarana
prasejarah
prasekolah
Hanis sedang mengulang kaji pelajarannya pada malam itu, tiba-tiba dia terdengar orang sedang ________ mancis api dari luar rumahnya.
mencalit
mencoret
mencelup
mencalar
Istana Alam Shah yang terletak di Bandar Diraja Klang ialah tempat ________ Sultan Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam.
bersemayam
bersiram
bertabal
beradu
Uniform sekolah yang dipakai oleh budak lelaki itu sudah terlalu ________ dan hampir ________ jahitannya.
comot ... terputus
pudar ... tertatal
lusuh ... meretas
kusam ... mengoyak
Keadaan di lebuh raya pada malam itu ___________ kerana tiada kenderaan yang lalu-lalang.
kelam
gelap
sunyi
senyap
Para penduduk di taman perumahan itu terpaksa __________ banjir untuk menyelamatkan harta benda mereka.
menyeberang
menongkah
menyusur
meredah
Alat pendingin hawa itu perlu kami selenggara secara berkala dari semasa ke semasa.
hawa
kami
dari
Tiada kesalahan
Akibat perselisihan faham, hubungan antara Sida dengan Ayu menjadi semakin longgar.
faham
antara
longgar
Tiada kesalahan
I. Muka Rohana kelihatan berseri-seri.
II. Pembelian kereta itu memerlukan bayaran duit muka sebanyak sepuluh peratus.
III. Berita pada muka depan surat khabar itu adalah tentang kemalangan jalan raya yang berlaku di Klang.
IV. Ucapan muka pegawai itu yang merasmikan majlis itu amat bersemangat.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
I. Muka Rohana kelihatan berseri-seri.
II. Pembelian kereta itu memerlukan bayaran duit muka sebanyak sepuluh peratus.
III. Berita pada muka depan surat khabar itu adalah tentang kemalangan jalan raya yang berlaku di Klang.
IV. Ucapan muka pegawai itu yang merasmikan majlis itu amat bersemangat.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Pilih ayat seruan yang betul
Wah, sakitnya kaki saya!
Aduhai, malangnya nasibku ini!
Syabas, kamu tidak berjaya dalam pertandingan itu!
Pilih ayat tanya yang betul
Pukul berapakah kamu akan bertolak ke Kuala Lumpur?
Apakah nama ibu saudara Ben Li itu?
Bagaimanakah Mei Mei tidak hadir semalam?
Mengapakah Parjo digelar ' Parjo Tapai'?
kerana setiap hari Parjo menjinjit tapai ke kantin sekolah
kerana setiap hari Parjo makan tapai keluarganya
kerana setiap hari Parjo mengangkat tapai
kerana setiap hari Parjo menghasilkan tapai
Mengapakah rakan-rakan Parjo kehairanan apabila dia terkejut dan menjerit kecil setelah mendengar projek baharu yang dinyatakan oleh Profesor Haidar?
Rakan-rakan Parjo kehairanan kerana Parjo orang asli yang miskin.
Rakan-rakan Parjo kehairanan kerana Parjo orang miskin dan tidak tahu hubungan Parjo dengan tapai.
Rakan-rakan Parjo kehairanan kerana mereka tidak tahu latar belakang hidupnya dan tidak tahu hubungan Parjo dengan tapai.
Mengapakah ibu Muzafar berasa tidak senang dengan keputusannya untuk melatih kumpulan cacat penglihatan tersebut?
Golongan itu hanya membebankan orang lain.
Golongan itu tidak pandai berkayak.
Golongan itu tidak serius.
Golongan itu sukar dilatih.
Sahabat baik Muzafar semasa mengendalikan ekspedisi berkayak di Tasik Permai ialah...
Aziz
Azah
Azizi
Azizah
Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat di bawah. Tulis ejaan yang betul pada ruangan jawapan.
Sambutan bulan kemerdekaan diadakan di sekolah adalah untuk memupuk semangat patriotisma dalam diri murid.
(a)
Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat di bawah. Tulis ejaan yang betul pada ruangan jawapan.
Ketua kampung mengadakan mesyuarat untuk menyelesaikan masaalah tersebut.
(a)
Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat di bawah. Tulis ejaan yang betul pada ruangan jawapan.
Alvin menggunakan kamus untuk mencari definasi perkataan.
(a)
Kenal pasti kesalahan tatabahasa dan tulis jawapan yang betul.
Para-para penduduk perlu bekerjasama membantu kerajaan menangani penyebaran pandemik koronavirus (Covid-19).
(a)
Kenal pasti kesalahan tatabahasa dan tulis jawapan yang betul.
Dania menangis bila mendengar berita yang menyedihkan itu.
(a)
Kenal pasti kesalahan tatabahasa dan tulis jawapan yang betul.
Mak Cik Sarah menjual goreng pisang bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga sejak kematian suaminya.
(a)
Demam denggi merupakan penyakit bawaan nyamuk Aedes yang menyebabkan virus demam denggi kepada manusia. Kita sering kali alpa dan memandang enteng tentang wabak denggi sehingga ada dalam kalangan ahli keluarga kita dijangkiti demam denggi.
Apakah maksud rangkai kata memandang enteng?
mengambil mudah
membuat senang
menjadi remeh
melihat renyah
Demam denggi bermuia dengan pesakit mengalami demam panas diikuti dengan simptom-sinrptom lain seperti sakit kepala, sakit sendi dan sakit pada bahagian beiakang mata serta ruam merah di kulit. Apabila platlet darah pesakit demam denggi semakin berkurangan secara berterusan, tekanan darah akan menjadi rendah, denyutan nadi juga semakin laju dan akhirnya berlaku kematian.
Berikut merupakan gejala-gejala demam denggi berdasarkan petikan kecuali
ruam merah di kulit
sakit kepala
demam selesema
sakit sendi
Demi memastikan keluarga bebas daripada demam denggi, kita mestilah memastikan keselamatan di dalam rumah. Sebagai contoh, tingkap dan pintu mestilah ditutup menjelang waktu senja. Selain itu, kita juga boleh menggunakan lingkaran elektrik atau penyerap cecair bagi menghalang serangga seperti nyamuk aedes masuk ke dalam rumah.
Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan demam denggi?
menggunakan cecair anti denggi
menutup pintu dan tingkap pada waktu malam
menggunakan lingkaran elektrik
memastikan keselamatan di dalam dan di luar rumah
Baca dan fahami petikan, kemudian jawab soalan berikut:
ALOR GAJAH, Selasa - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dilaporkan lemas dalam kejadian
banjir petang semalam. Kejadian itu berlaku di Kampung Paya Dalam, 16 kilometer d ari bandar Melaka.
Soalan:
Apakah berita yang disampaikan dalam petikan di atas?
(a)
Baca dan fahami petikan , kemudian jawab soalan berikut:
Gerakan mencari Muhd. Rizal dijalankan sehingga pukul 7 petang. Ia disertai oleh penduduk
kampung dengan bantuan pihak polis. Tetapi gerakan ini dihentikan apabila hari bertambah gelap dan
hujan turun semakan lebat.
SOALAN:
Siapakah yang terlibat dalam gerakan menyelamat?
(a)
Baca dan fahami petikan di bawah:
ALOR GAJAH, Selasa - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dilaporkan lemas dalam kejadian
banjir petang semalam. Kejadian itu berlaku di Kampung Paya Dalam, 16 kilometer dari bandar Melaka.
Dimanakah kejadian itu berlaku?
(a)
Baca dan fahami petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikut:
Sementara itu , Penolong Penguasa Polis Daerah, Hamdan Hanif, menasihatkan ibu bapa agar
melarang anak-anak mereka daripada bermain air.
Soalan:
Apakah nasihat Penolong Penguasa Polis Daerah kepada ibu bapa ?
(a)
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.
Pak Hassan pemandu teksi. Dia telah bekerja selama lapan tahun. Pak Hassan pemandu yang
cermat dan amanah.
Soalan:
Apakah punca rezeki Pak Hassan selama lapan tahun ?
(a)
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.
Akhirnya mereka pun sampai di Tugu Negara . Kedua-dua orang pelancong itu turun sambil
mengucapkan terima kasih kepada Pak Hassan.
soalan:
Di manakah destinasi pelancong tersebut?
(a)
Siapakah yang berada di hospital?
Rakan Ling Ling
Jiran Ling Ling
Ibu Ling Ling
Ling Ling
Mengapakah rakan-rakan Ling Ling mengajaknya ke bandar?
Melawat jiran
Menjaga pakaian
Menonton wayang
Bermain badminton
Selain bermain badminton, apakah aktiviti yang dapat dilakukan oleh Ling Ling dan rakannya?
Memasak makanan
Membasuh pakaian
Membaca buku dan membuat kerja sekolah
bergotong-royong
Siapakah watak utama novel Justeru Impian di Jaring?
(a)
Apakah tema novel Justeru Impian di Jaring?
Perjuangan seorang anak muda yang ingin mencapai impiannya meskipun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.
Pengorbanan anak muda dalam pelajaran untuk mencapai cita-citanya
Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya yang sakit dan ahli keluarga yang mengambil berat
Kak Ngah Syamilah (akauntan di Johor) tidak menyokong penglibatan Syahir dalam sukan tersebut.
Apakah sukan yang diceburi oleh Syahir?
(a)
Syahir tidak melupakan amanat arwah bapanya menjadi anak yang berijazah dan berilmu serta memelihara syariat Islam dalam bersukan. Ayahnya pernah menentang penglibatannya dalam bidang sukan semasa di sekolah menengah. Namun kejayaannya dalam akademik dan sukan telah memadamkan api kemarahan ayahnya.
Nyatakan perwatakan Syahir?
(a)
Syahir menghampiri Haji Marzuki yang sedang memantau latihan Bernard. Keputusan mengejut Kelab Badminton Malaysia sering mengganggu fikirannya. Haji Marzuki seakan mengerti isi hati Syahir. Beliau menasihati agar Syahir bersabar dan menganggap mungkin ada hikmahnya.
Siapakah Haji Marzuki?
Jurulatih
Pengurus
Pemain badminton
Sejak dahulu lagi Syed Amiri tidak menyenangi Syahir dan sering mengambil peluang menyakiti hatinya. Tetapi Syahir tetap bertahan kerana prinsipnya sukan wasilah memupuk semangat ukhwah.
Nyatakan nilai yang diperoleh daripada penyataan di atas?
(a)
Aktiviti diteruskan dengan latihan di bawah latihan jurulatih masing-masing. Bernard dan Syahir di bawah bimbingan Haji Marzuki. Haji Marzuki sempat memberitahu bahawa Syahir akan bertemu dengan Syed Amiri dalam kejohanan______________
Terbuka Johor.
Jakarta
Kelantan
Ibu Syahir telah menghidapi penyakit?
Strok
Darah Tinggi
Diabetes
Apendisitis
Ketua jurulatih badminton kebangsaan ialah?
Syed Amiri
Engku Aiman
Haji Marzuki
Mas Suparman
Berikut merupakan sifat Syed Amiri kecuali:-
Bertimbang rasa
Rendah diri
Suka memandang rendah kebolehan orang lain
Tandakan yang manakah isi tersurat ? (Jawapan lebih dari 1)
Mewujudkan aktiviti kokurikulum yang berunsurkan permainan tradisional.
Menganjurkan pesta permainan tradisional.
Menaik pasaran tradisional
Apakah penutup bagi gambar di atas ?
Kesimpulannya,kita perlulah bersama berganding bahu meningkatkan permainan tradisional dalam kalangan rakyat.
Kesimpulannya, kita mestilah bina banyak prasarana untuk permainan tradisional.
Kesimpulannya, kita perlulah bersyukur dengan apa yang ada.
Manakah isi tersurat ?
Menganjurkan pesta makanan tradisional.
Menganjurkan pesta permainan tradisional.
Menganjurkan pesta pakaian tradisional.
TAJUK : FAEDAH MENABUNG
ISI TERSURAT : MEMUPUK AMALAN BERJIMAT CERMAT
Pilih isi tersirat yang paling tepat.
Dapat berhibur dan melancong bersama rakan-rakan.
Mampu membeli barangan mewah dengan menggunakan wang sendiri.
Dapat bersedekah kepada anak yatim dan orang miskin.
Dapat membelanjakan wang mengikut keutamaan dan mengelakkan pembaziran.
Isi __________ sudah diberikan dalam rajah.
tersirat
tersurat
Idea yang tidak diberikan dalam rajah ialah isi ________.
tersirat
tersurat
Apakah tajuk ulasan yang sesuai bagi gambar tersebut ?
Ulasan ialah ringkasan
Gambar ini menunjukkan usaha-usaha untuk mengekalkan permainan tradisional.
Gambar ini untuk mengekalkan permainan tradisional.
Tandakan yang manakah isi tersurat ? (Jawapan lebih dari 1)
Mewujudkan aktiviti kokurikulum yang berunsurkan permainan tradisional.
Menganjurkan pesta permainan tradisional.
Menaik pasaran tradisional
Yang manakah isi tersirat bagi gambar di atas? (Jawapan lebih daripada 1)
Menarik minat generasi muda dalam permainan tradisional.
Membeli permainan tradisional.
Meningkatkan kemahiran dan cara permainan tradisional dalam kalangan rakyat.
Apakah penutup bagi gambar di atas ?
Kesimpulannya,kita perlulah bersama berganding bahu meningkatkan permainan tradisional dalam kalangan rakyat.
Kesimpulannya, kita mestilah bina banyak prasarana untuk permainan tradisional.
Kesimpulannya, kita perlulah bersyukur dengan apa yang ada.
Apakah perbezaan antara pendahuluan dan penutup dalam ulasan ? ( Jawapan lebih dari 1)
Pendahuluan ialah ayat yang di tulis di permulaan ulasan.
Penutup ialah ayat yang di tulis di permulaan ulasan
Pendahuluan ialah ayat yang ditulis di akhiran ulasan
Penutup ialah ayat yang ditulis di akhiran ulasan
Lihat rajah Yang diberi.
"Antaranya, masalah sosial remaja berpunca daripada pengaruh rakan sebaya."
Isi di atas ialah isi _________
tersurat
tersirat
