Font size
WorksheetsHadith 40
Total questions: 22
Worksheet time: 7mins
1. Nama sebenar Imam Nawawi ialah...
Zakaria Yahya bin Syaraf bin Muri
Zakaria Yunus bin Syaraf bin Muri
Zakaria Yasir bin Syaraf bin Muri
2. Imam Nawawi lahir di..... dan belajar di .....
Nawa.... Homs
Nawa.... Saudi
Nawa..... Damsyiq
3. Diantara karya Imam Nawawi seperti berikut....
Sohih Bukhari
Riyadus Solihin
Syarah Sohih Muslim
4. Imam Nawawi wafat pada tanggal....
24 Ramadhan 674H
24 Rejab 676H
24 Syawal 672H
5. Maksud Niat menurut Imam Nawawi adalah....
Kesungguhan untuk membuat kerja
tujuan melakukan ketaatan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan perbuatan
Keazaman (tekad) di dalam hati di atas setiap perkara yang fardhu dan selain daripadanya (wajib
6. Niat mempunyai beberapa fungsi seperti berikut, KECUALI
Membezakan tahap sesuatu ibadah
Membezakan ibadah daripada adat
Mengelakkan daripada riyak
Membetulkan kembali sesuatu niat
7. Terdapat dua syarat untuk sesuatu amalan itu diterima, iaitu....
Hendaklah dilakukan sambil lewa
Hendaklah dengan sepenuh keikhlasan
Hendaklah dibuat dengan kebetulan
Hendaklah selari dengan ajaran syarak
8. Berikut adalah kefahaman yang betul tentang hijrah KECUALI...
Berpindah dari Mekah ke Madinah
Berpindah dari syirik kepada iman
Bergerak dari Selatan ke Utara
Bertukar daripada keburukan kepada kebaikan
9. Ibnul Qayyim membahagikan Hijrah kepada dua jenis, iaitu...
Hijrah dengan tubuh badan dari sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain
Berhijrah kerana terpaksa atau takut dibunuh
Berhijrah dengan niat semata-mata juga dikira hijrah
Hijrah dengan hati kepada Allah dan Rasul-Nya
10. Mereka yang meninggalkan negeri syirik dan datang ke negeri iman dikira sebagai hijrah adalah kata-kata....
Imam Nawawi
Imam As Suyuti
Imam Ibnu Kathir
11. Tiga daripada poin dibawah merupakan salah satu maksud Islam, KECUALI
bersaksi bahawa tiada ilah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu adalah Rasul Allah, dan mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji
tunduk, menyerah dan mentaati Allah. Dan ketundukan itu hendaklah lahir dari kesedaran bukan keterpaksaan
Islam sebagai pegangan hidup hingga ke akhir hayat
Islam sebagai satu cara hidup ‘the way of life’ dengan peraturan yang integral mengatur kehidupan manusia
12. Sebutkan nama salah satu surah yang menyebutkan perintah wajib menunaikan solat 5 waktu....
Surah Al Fatihah
Surah Al Baqarah
Surah Al Waqiah
13. Lafaz Dua Kalimah Syahadah mengandungi 3 mesej berikut :
Elemen Kesatuan
Elemen Iman terhadap Kerasulan
Elemen ketauhidan
Elemen komitmen praktikal agama
14. Iman boleh diertikan seperti berikut....
Kepercayaan hati dan perakuan dengan lidah sahaja
Kepercayaan hati, pengakuan lidah dan amal seluruh tubuh badan
Kepercayaan tai, perakuan lisan dan perlakuan sebahagian tubuh badan
15. Ihsan boleh difahami dengan pon berikut KECUALI
Beribadah seakan-akan kita melihat Allah
Beribadah dengan keyakinan Allah melihat kita
Beribadah dengan sepenuh jiwa dan hati
Beribadah tanpa sebarang perasaan
16. Apakah yang dimaksudkan dengan Hari Qiamat ?
Waktu bahagian daripada siang dan malam
Waktu yang akan tiba dan akan berlakunya Kiamat pada waktu tersebut.
Waktu berlakunya kejadian yang buruk
17. Dua daripada tanda kecil Qiamat yang disebutkan di dalam hadith adalah....
Seorang anak yang menderhakai ibunya
Seorang ibu melahirkan tuannya
Seorang yang tidak berkasut mendirikan menara yang tinggi
Seorang ayah ditakuti anaknya
18. Mengapakah Iman kepada Allah digandingkan dengan Iman kepada Hari Qiamat ?
Kerana keduanya merangkumi kesemua makna rukun iman
Iman kepada hari Qiamat menjadi pelengkap kepada umat Islam
Untuk mudah sebut dan baca
Kerana ia disukai oleh Allah taala
19. Berikut merupakan pedoman dalam memahami hadith Akhir Zaman KECUALI
Tidak meletakkan keyakinan dengan perkara zhanni
Berpegang dengan hadith dhaif dan palsu
Melengkapkan dengan pengetahuan sokongan
Mengutamakan keinsafan dan pengajaran
20. Apakah yang dimaksudkan dengan qadha` dan qadar ?
Keputusan yang tidak boleh diubah langsung
Iaitu ketetapan untuk menyokong atau membangkang sesuatu
Iaitu ketetapan terhadap segala ketentuan makhluk dan kadarnya
21. Qadha Mubram bererti...
Takdir yang muktamad dan tidak ada apa-apa pengurangan, penambahan atau pengubahan
Takdir yang boleh berubah dan tidak tetap
Takdir yang tetap dan boleh berubah bergantung pada situasi
22. Taqwa bererti berjalan dijalan yang penuh duri dan gelap gelita merupakan takrif taqwa oleh....
Saidina Abu Bakar As Siddiq
Saidina Ali bin Abi Thalib
Saidina Umar Al Khattab
