Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SK1 SEJARAH SPM SET 4

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Gambar menunjukkan cap mohor Kesultanan Melayu Melaka. Apakah fungsi cap mohor tersebut?

a)

Menunjukkan identiti raja

b)

Memperakui kedaulatan raja

c)

Memperkukuh kekuasaan raja

d)

Mengesahkan arahan daripada raja

2.

Terdapat beberapa jenis hamba dalam Kesultanan Melayu Melaka. Antara berikut, yang manakah DUA hamba tersebut?

a)

Hamba raja

b)

Hamba perang

c)

Hamba tawanan

d)

Hamba berhutang

3.

Mengapakah golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat menentang pengaruh British di Burma?

a)

Menyebarkan tradisi budaya Burma

b)

Mengambil alih kuasa pemerintahan

c)

Mengekalkan sistem birokrasi tempatan

d)

Mengancam kedudukan agama Buddha

4.

Apakah tujuan dasar desentralisasi diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?

a)

Mengembalikan kuasa sultan dan residen

b)

Memajukan sistem pendidikan vernakular

c)

Mengeksploitasi bahan mentah dan sumber asli

d)

Meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk

5.

Bagaimanakah British dan Belanda menghalang Jepun daripada memperoleh bahan mentah untuk keperluan industri dan operasi perang?

a)

Menaikkan kadar cukai

b)

Menyekat laluan perdagangan

c)

Mengenakan sekatan ekonomi

d)

Menamatkan kontrak perdagangan

6.

Antara berikut, yang manakah DUA peranan Sybil Kathigasu semasa gerakan penentangan pendudukan Jepun di Tanah Melayu?

a)

Menyebarkan risalah dan propaganda

b)

Mengetuai demonstrasi menentang Jepun

c)

Membantu mangsa perang dan gerila antiJepun

d)

Memberi bantuan ubatan dan khidmat perubatan

7.

Bagaimanakah Dato' Onn Jaafar melibatkan Raja-raja Melayu dalam penentangan gagasan Malayan Union?

a)

Menubuhkan Majlis Raja-raja Melayu

b)

Menghidupkan persatuan Melayu semula

c)

Mempersembahkan resolusi Kongres Melayu

d)

Menghalang kehadiran Sir Harold MacMicheal

8.

Apakah tugas L. D. Gammans iaitu ahli Parlimen British semasa gagasan Malayan Union?

a)

Melantik Gabenor Malayan Union

b)

Menghalang kegiatan penentangan

c)

Mendapatkan tandatangan sultan

d)

Meninjau penentangan orang Melayu

9.

Antara berikut, yang manakah DUA cadangan Raja-raja Melayu semasa pertemuan dengan British pada 27 Mei 1946?

a)

Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan

b)

Raja berkuasa dalam perundangan

c)

Penubuhan Persekutuan bertaraf naungan

d)

Residen Jeneral menggantikan Gabenor

10.

Apakah faktor utama Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya ditubuhkan?

a)

Bertolak ansur antara kaum

b)

Tindakan agresif Raja-raja Melayu

c)

Persefahaman antara orang Melayu dan orang dagang

d)

Kerjasama antara Raja-raja Melayu dan pemimpin UMNO

11.

Mengapakah pengaruh Partai Komunis Indonesia tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu di Tanah Melayu?

a)

Perbezaan dari segi bahasa

b)

Sekatan perundangan

c)

Doktrin komunis yang sederhana

d)

Komunis menggunakan kekerasan

12.

Mengapakah Chin Peng menolak tawaran pengampunan yang ditawarkan dalam Rundingan Baling?

a)

Kerajaan tidak membayar ganti rugi

b)

Kerajaan meneruskan Perang Saraf

c)

Ketidaksamaan kaum dalam rundingan

d)

Keengganan kerajaan mengiktiraf PKM

13.

Penubuhan RIDA adalah bukti tolak ansur orang Melayu ke arah perpaduan kaum. Apakah tolak ansur orang Melayu tersebut?

a)

Menggunakan kaedah permuafakatan

b)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

c)

Membenarkan kemasukan golongan imigran

d)

Mencadangkan sistem pendidikan kebangsaan

14.

Antara berikut, yang manakah DUA tujuan penubuhan Independence of Malayan Party (IMP)?

a)

Menyatukan pelbagai kaum

b)

Mencapai kemerdekaan negara

c)

Menjaga kepentingan penduduk

d)

Menuntut keadilan sosioekonomi

15.

Apakah isu utama yang perlu disepakati sebelum Pilihan Raya Umum Pertama dilaksanakan?

a)

Bilangan ahli MPP

b)

Penentuan sempadan pilihan raya

c)

Syarat menjadi calon

d)

Kelayakan umur mengundi

16.

Apakah parti yang memenangi sebahagian besar kerusi dalam Pilihan Raya Umum 1955?

a)

Parti Negara

b)

Parti Progresif

c)

Parti Perikatan

d)

Parti Islam Se-Tanah Melayu

17.

Apakah persamaan tugas tokoh-tokoh yang terdapat dalam gambar?

a)

Mencapai kerjasama politik pelbagai kaum

b)

Menjadi anggota Suruhanjaya Cobbold

c)

Menyertai rundingan kemerdekaan ke London

d)

Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

18.

Antara berikut, yang manakah DUA kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Warna bendera kebangsaan

b)

Adat isitiadat orang Melayu

c)

Kedudukan bahasa Melayu

d)

Sistem demokrasi berparlimen

19.

Pihak manakah yang dipertanggungjawabkan menentukan lagu kebangsaan yang sesuai?

a)

Majlis Perbandaran Kuala Lumpur

b)

Jawatankuasa Pusat Perayaan Merdeka

c)

Orkestra Radio Televisyen Malaysia

d)

Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan

20.

Apakah kepentingan laungan azan yang berkumandang semasa upacara sambutan kemerdekaan 31 Ogos 1957?

a)

Melambangkan kemegahan negara

b)

Menandakan rasa kesyukuran

c)

Menunjukkan simbol keagungan

d)

Membuktikan kejayaan misi kemerdekaan

21.

Bagaimanakah kedaulatan moden negara bangsa kita terbentuk?

a)

Penyatuan parti politik

b)

Perpaduan antara kaum

c)

Penggabungan negeri-negeri

d)

Pelaksanaan Pilihan Raya Umum

22.

Apakah kepentingan kedaulatan undang-undang terhadap negara?

a)

Menjamin keamanan negara

b)

Membentuk pengasingan kuasa

c)

Mengukuhkan pemerintahan beraja

d)

Mendapat pengiktirafan antarabangsa

23.

Mengapakah British memperkenalkan Charter of Justice di Negeri-negeri Selat?

a)

Melindungi penduduk daripada penindasan

b)

Memperkukuh kedudukan Raja-raja Melayu

c)

Mengawal kegiatan politik masyarakat tempatan

d)

Meningkatkan kerjasama dengan pedagang NNS

24.

Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi negara?

a)

Menggubal dasar-dasar kerajaan

b)

Membatalkan sesuatu undang-undang

c)

Menentukan sempadan sesebuah negeri

d)

Membuat pelantikan jawatan utama negara

25.

Bagaimanakah Majlis Raja-Raja memperkenankan perubahan persempadanan negeri?

a)

Mendapat perkenan raja negeri berkenaan

b)

Mendapat kelulusan Yang di-Pertuan Agong

c)

Mendapat kelulusan daripada Parlimen

d)

Mendapat persetujuan daripada Kerajaan Persekutuan

26.

Antara berikut, yang manakah DUA perkara yang menunjukkan keunikan sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita?

a)

Mekanisme semak dan imbang

b)

Penglibatan rakyat dalam Parlimen

c)

Penubuhan Kerajaan Persekutuan yang kuat

d)

Gabungan unsur tradisional dan moden

27.

Apakah kebaikan pelaksanaan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

a)

Mendapat pengiktirafan antarabangsa

b)

Menjamin keselamatan sempadan negara

c)

Menyeragamkan undang-undang negara

d)

Mengelakkan permasalahan antara kerajaan

28.

Apakah maksud pembangunan In-Situ yang dilancarkan oleh kerajaan pada peringkat awal kemerdekaan?

a)

Membangunkan fizikal desa

b)

Memajukan kawasan bandar

c)

Menyusun semula masyarakat

d)

Meningkatkan ekonomi negara

29.

Pada peringkat awal, pemimpin dan rakyat Sabah berasa curiga dan bimbang dengan idea pembentukan Malaysia. Antara berikut, yang manakah DUA sebab reaksi tersebut timbul?

a)

Kedudukan jauh menyukarkan hubungan

b)

Keinginan membentuk Kerajaan Kalimantan Utara

c)

Kegiatan perdagangan sedang berkembang

d)

Keselamatan terjamin di bawah pasukan tentera British

30.

Apakah tujuan Referendum Singapura diadakan pada bulan Ogos hingga bulan September 1962 berkenaan gagasan Malaysia?

a)

Menyatakan bentuk pilihan menyertai Malaysia

b)

Memberi kefahaman kepada penduduk tempatan

c)

Menerima pelbagai memorandum daripada rakyat

d)

Mengetahui reaksi penduduk terhadap penyatuan

31.

Mengapakah kerajaan mengalami masalah untuk membangunkan hasil bumi di Sarawak dan Sabah?

a)

Kekurangan tanah subur untuk pertanian

b)

Masyarakat tinggal di kawasan pedalaman

c)

Penduduk mengamalkan pertanian sara diri

d)

Bentuk muka bumi yang bergunung-ganang

32.

Antara berikut, yang manakah DUA perkara yang berlaku semasa pengisytiharan darurat pada 13 Mei 1969?

a)

Pemindahan penduduk

b)

Perhubungan dihentikan

c)

Perlembagaan digantung

d)

Parlimen ditangguhkan

33.

Apakah masalah penubuhan fahaman politik berasaskan kaum sehingga kini?

a)

Mengehadkan penyertaan dari kelas pertengahan

b)

Pengurusan dan organisasi tidak selaras

c)

Pemilihan ahli tidak mematuhi perlembagaan negeri

d)

Memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing

34.

Mengapakah Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970?

a)

Merapatkan jurang pendapatan

b)

Memperkukuh perpaduan rakyat

c)

Meningkatkan kemajuan ekonomi

d)

Memastikan keseimbangan penduduk

35.

Kerajaan telah mengambil langkah untuk melahirkan tenaga kerja mahir sejak di bangku sekolah. Bagaimanakah langkah tersebut dilaksanakan?

a)

Menubuhkan Sekolah Wawasan di luar bandar

b)

Memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran Hidup

c)

Mewajibkan semua murid menguasai bidang STEM

d)

Memperkasakan elemen KBAT dalam pendidikan

36.

Apakah DUA kebaikan pemodenan pengangkutan awam terhadap negara?

a)

Membekal barang keperluan

b)

Merancakkan aktiviti ekonomi

c)

Meningkatkan kualiti hidup rakyat

d)

Mengimbangi komposisi kaum

37.

Apakah maksud ikatan pada bahagian tengah logo ASEAN?

a)

Saling bekerjasama

b)

Semangat persahabatan

c)

Sepakat dalam keputusan

d)

Setia dalam perjuangan

38.

Bagaimanakah usaha Malaysia menyelesaikan konflik Iran-Iraq melalui OIC?

a)

Memberi bantuan kewangan

b)

Menghantar misi kemanusiaan

c)

Menjadi perantara dan pemerhati

d)

Mengadakan perjanjian pertahanan

39.

Apakah DUA kesan pembangunan ekonomi tiga segi terhadap Malaysia?

a)

Mengurangkan kebergantungan pada pasaran kewangan antarabangsa

b)

Membendung campur tangan ekonomi negara maju

c)

Memperbaiki hubungan perdagangan antara negara

d)

Memperkukuh mekanisme sistem kewangan dunia

40.

Apakah kepentingan Dasar Teknologi Hijau Negara terhadap kelestarian global?

a)

Memelihara flora dan fauna

b)

Mengawal perubahan iklim

c)

Mengatasi masalah pencemaran

d)

Mengelakkan pembalakan haram