wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kadar tindak balas kimia

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Tindak balas manakah yang mempunyai kadar tindak balas yang paling tinggi?

a)

Pengaratan paip air

b)

Fotosintesis dalam tumbuhan hijau

c)

Pembakaran ketulan kecil arang batu dalam udara

d)

Pembentukan stalaktit dan stalagmit dalam gua

2.

Antara yang berikut, yang manakah mempunyai kadar tindak balas yang paling rendah?

a)

Pembakaran etanol

b)

Penapaian glukosa

c)

Pengoksidaan magnesium

d)

Pemendakan argentum klorida

3.

Mengapakah serpihan arang lebih mudah terbakar daripada ketulan arang yang besar?

a)

Serpihan arang mempunyai lebih luas permukaan yang terdedah kepada udara daripada ketulan arang

b)

Serpihan arang lebih ringan berbanding dengan ketulan arang

c)

Serpihan arang adalah lebih kering daripada ketulan arang besar

d)

Serpihan arang menerima haba dengan lebih cepat berbanding dengan ketulan arang besar.

4.

Pertambahan suhu boleh meningkatkan kadar tindak balas kerana.......

a)

meningkatkan frekuensi pelanggaran dan zarah-zarah akan mempunyai tenaga kinetik yang lebih tinggi

b)

tenaga pengaktifan tindak balas akan dikurangkan

c)

ikatan baharu senang terbentuk

d)

kurang tenaga diperlukan untuk memecahkan ikatan pada suhu yang lebih tinggi

5.

Apabila kepekatan bahan campuran meningkat, kadar tindak balas meningkat. Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan mengapa kadar tindak balas meningkat?

a)

Zarah-zarah bahan tindak balas bergerak lebih pantas dan berlanggar lebih kerap

b)

Jumlah luas permukaan zarah-zarah bahan tindak balas meningkat

c)

Zarah-zarah bahan tindak balas akan berlanggar lebih kerap

d)

Bilangan zarah-zarah bahan tindak balas per unit isi padu akan meningkat

6.

Antara berikut, yang manakah akan meningkatkan frekuensi perlanggaran?


I. Menggunakan bahan tindak balas yang bersaiz lebih kecil

II. Mengeluarkan hasil tindak balas

III. Meningkatkan suhu tindak balas

IV. Meningkatkan kepekatan bahan tindak balas

a)

IV sahaja

b)

II dan IV sahaja

c)

II dan III sahaja

d)

I, III dan IV sahaja

7.

Antara Yang berikut, Yang manakah tidak mempengaruhi kadar tindak balas?

a)

Kehadiran mangkin

b)

Isi padu larutan

c)

Suhu Bahan tindak balas

d)

Kepekatan larutan

8.

Yang manakah menerangkan konsep perlanggaran berkesan

a)

Perlanggaran yg menghasilkan tindak balas

b)

Perlanggaran yg berlaku selepas tindak balas

c)

Perlanggaran yg menyerap tenaga haba

d)

Perlanggaran yg tenaganya kurang drpd tenaga pengaktifan

9.

Antara tindak balas berikut, yang manakah mempunyai kadar tindak balas paling tinggi.

a)

serbuk magnesium karbonat + 50.0 cm3 asid hidroklorik 0.1 mol dm-3

b)

ketulan magnesium karbonat + 50.0 cm3 asid hidroklorik 0.1 mol dm-3

c)

ketulan magnesium karbonat + 50.0 cm3 asid hidroklorik 0.2 mol dm-3

d)

serbuk magnesium karbonat + 50.0 cm3 asid hidroklorik 0.2 mol dm-3

10.

Semasa tindak balas berlaku, kuantiti bahan tindak balas akan semakin ____ manakala kuantiti hasil tindak balas akan semakin ____.

a)

bertambah, bertambah

b)

bertambah, berkurang

c)

berkurang, bertambah

d)

berkurang, berkurang