wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL SEJARAH SELANGOR 2021 SET 1

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem kewangan Kesultanan Melayu Melaka


Sumber pendapatan

· Perdagangan

· Cukai

· Ufti


Siapakah yang bertanggungjawab untuk menguruskan sumber pendapatan tersebut?

a)

Bendahara

b)

Syahbandar

c)

Penghulu Bendahari

d)

Temenggung

2.

Apakah tanggunggungjawab golongan yang diperintah kepada pemerintah dalam Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menjamin keselamatan

b)

Menjaga keselamatan negara

c)

Memantapkan pentadbiran

d)

Memberikan kesetiaan

3.

Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara-negara lain di Asia Tenggara.


Pilih dua tujuan gerakan nasionalisme di Thailand

a)

Mempertahankan kedaulatan negara

b)

Mengukuhkan kedudukan raja

c)

Menentang kuasa barat

d)

Melibatkan rakyat dalam pentadbiran

4.

Bagaimanakah golongan intelektual berpendidikan agama menyalurkan idea perjuangan mereka?

a)

Melibatkan kerajaan British

b)

Menggunakan akhbar dan majalah

c)

Menggalakkan penubuhan persatuan

d)

Memajukan sistem Pendidikan

5.

Persidangan Damai Paris 1919 telah mewujudkan 14 Perkara Woodrow Wilson.


Apakah prinsip utama yang terkandung dalam deklarasi tersebut?

a)

Sempadan negara berasaskan bangsa

b)

Nasib negara di tangan pemerintah

c)

Angkatan tentera diperbesarkan

d)

Tanah jajahan dibebaskan

6.

Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi dan kepentingan strategik ketenteraan

Apakah slogan yang mereka gunakan untuk menjayakan misi ini?


a)

Lindungi Asia

b)

Selamatkan Asia

c)

Merdekakan Asia

d)

Asia untuk orang Asia

7.

UMNO telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 pada Kongres Melayu di Johor Bahru, Johor.

Apakah matlamat persatuan tersebut?


a)

Menentang Malayan Union

b)

Memajukan Tanah Melayu

c)

Menyingkirkan warga asing

d)

Mendamaikan pemimpin tempatan

8.

Apakah nilai yang boleh kita ambil daripada perjuangan tokoh-tokoh berikut?

· Awang Rambli

· Morshidi Sidek

· Rosly Dhoby

a)

Baik hati

b)

kasih sayang

c)

Sanggup berkorban

d)

Hormat-menghormati

9.

Apakah tindakan yang dilakukan oleh PUTERA-AMCJA apabila British menolak perlembagaan rakyat?


a)

Melakukan mogok

b)

Menganjurkan hartal

c)

Mengadakan ceramah

d)

Melancarkan demonstrasi

10.

Apakah kesan penubuhan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948 terhadap orang Melayu?

a)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

b)

Mengembalikan peranan pembesar

c)

Mengekalkan kuasa-kuasa raja

d)

Hak istimewa diiktiraf

11.

British bertindak meluluskan Trade Union Ordinance No.9 of 1948.

Apakah tujuan ordinan tersebut diluluskan?

a)

Menyekat pengaruh komunis

b)

Mengembalikan keyakinan

c)

Memulihkan keamanan

d)

Menangkap pengganas

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan pasukan keselamatan yang telah ditubuhkan oleh British?

Apakah X ?


a)

Auxiliary

b)

Special Constable

c)

Cawangan Khas

d)

Senoi Praaq

13.

Apakah perkara yang diperjuangkan oleh Dato’ Onn Jaafar melalui penubuhan Independence of Malayan Party (IMP)?

a)

Kedaulatan negara

b)

Perpaduan kebangsaan

c)

Kemerdekaan tanah air

d)

Pentadbiran yang licin

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pendidikan kebangsaan di negara kita

Apakah X ?

a)

Ordinan Pelajaran Koloni1956

b)

Laporan Rahman Talib 1960

c)

Ordinan Pelajaran 1952

d)

Laporan Woodhead 1955

15.

Pilih dua syarat untuk menjadi pengundi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955

a)

Hadir pada hari penamaan calon

b)

Mempunyai kelulusan universiti

c)

Warganegara Persekutuan Tanah Melayu

d)

Berumur 21 tahun ke atas

16.

Siapakah wanita pertama yang telah mengangkat sumpah sebagai ahli Majlis Perundangan Persekutuan 1955 ?

a)

Halimaton Abd Majid

b)

Siti Rahmah Kassim

c)

Datin Puteh Mariah

d)

Zaharah Abdullah

17.

Misi berikut dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum 1955


Mengapakah misi ini penting kepada negara kita?

a)

Membincangkan perlembagaan

b)

Membentuk gagasan Malaysia

c)

Melindungi institusi raja-raja Melayu

d)

Mendapatkan latihan berkerajaan sendiri

18.

Apakah syarat mendapatkan kewarganegaraan berdasarkan Perjanjian Persekutuan

1957 ?

a)

Berjaya melupakan negara asal

b)

Tinggal di Tanah Melayu 15 tahun

c)

Lahir pada hari atau selepas hari merdeka

d)

Memiliki pekerjaan tetap di Tanah Melayu

19.

Gambar berikut menunjukkan bendera Union Jack diturunkan di Padang Kelab Selangor


Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada penduduk Tanah Melayu?

a)

Pengembalian kuasa mutlak raja

b)

Pengenalan bendera Malaysia

c)

Penamatan dasar konfrontasi

d)

Pentadbiran British berakhir

20.

Perjanjian Anglo Malaysian Defence Agreement (AMDA) ditandatangani antara Persekutuan Tanah Melayu dan Britain pada tahun 1957.

Apakah manfaat perjanjian tersebut?

a)

Memperkukuhkan ekonomi negara

b)

Melindungi hak asasi manusia

c)

Memperkukuhkan pertahanan

d)

Meluaskan pasaran barangan

21.

Kedaulatan adalah kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas dan merdeka.

Apakah kepentingan kedaulatan kepada sesebuah negara?

a)

Meningkatkan pencapaian intelek

b)

Memantapkan kekuasaan raja

c)

Menjamin kesejahteraan rakyat

d)

Menghentikan kemasukan imigran

22.

Bagaimanakah rakyat boleh membantu negara dalam mewujudkan kemakmuran ekonomi?

a)

Menyokong usaha kerajaan

b)

Mengamalkan semangat toleransi

c)

Melaksanakan undang-undang negara

d)

Merangka program ke arah perpaduan

23.

Apakah perkara terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957?

a)

Sistem pilihan raya

b)

Hal ehwal imigresen

c)

Agama rasmi negara

d)

Kewarganegaraan yang sama

24.

Rajah berikut merujuk kepada ciri utama Perlembagaan Persekutuan


Antara yang berikut, pilih dua ciri tradisional Perlembagaan Persekutuan

a)

Bahasa Melayu

b)

Kewarganegaraan

c)

Kerajaan Persekutuan

d)

Pemerintahan beraja

25.

Gambar berikut berkaitan dengan Mohor Besar Raja-Raja


Apakah kepentingan Mohor tersebut?

a)

Mengiktiraf kerajaan yang dipilih rakyat

b)

Mengesahkan pelantikan Jemaah Menteri

c)

Melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu

d)

Mewartakan undang-undang digubal Parlimen

26.

Rajah berikut berkaitan pengasingan kuasa dalam sistem pemerintahan negara

 

Apakah peranan X?

a)

Mentafsir perlembagaan

b)

Menggubal dasar negara

c)

Menyemak dasar kerajaan

d)

Meluluskan undang-undang

27.

Mengapakah pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dilakukan?

 

 

a)

Menjaga hak asasi rakyat        

b)

Mengukuhkan institusi beraja

c)

Memudahkan pelantikan ahli Parlimen

d)

Melicinkan perjalanan sistem persekutuan

28.

Selepas tahun 1970, Kerajaan Persekutuan membuka kawasan yang lebih luas di beberapa buah negeri.

Mengapakah tindakan tersebut dilakukan?

a)

Menjaga kawalan sempadan

b)

Membangunkan wilayah baharu

c)

Menghapuskan kemiskinan bandar

d)

Meningkatkan pembangunan industri

29.

Apakah cadangan Tunku Abdul Rahman terhadap idea pembentukan Malaysia?

 

a)

Menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia

b)

Mengasingkan Singapura dalam pembentukan Malaysia

c)

Mengasingkan Sabah dan Sarawak dalam penubuhan Malaysia

d)

      Menggabungkan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei

 

30.

Mengapakah Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia?

 

     

a)

Kedudukannya terancam   

b)

Tiada persetujuan Belanda

c)

Melayu Raya tidak terlaksana

d)

Perubahan struktur kepimpinan

31.

Maklumat berikut berkaitan dengan pemisahan Singapura daripada Malaysia.


· 9 Ogos 1965 - Tunku Abdul Rahman membawa usul pemisahan Singapura dalam Parlimen Malaysia


Pilih DUA faktor pemisahan Singapura daripada Malaysia?

a)

Tuntutan persamaan hak

b)

Pengaruh komunis meningkat

c)

Penghapusan cukai import

d)

Ketegangan antara kaum

32.

Majlis berikut dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak Hussein


· MAGERAN – Majlis Gerakan Negara.


Apakah peranan MAGERAN?

a)

Menghapuskan komunis

b)

Memajukan ekonomi

c)

Mengawal ketenteraman

d)

Meningkatkan pelaburan

33.

Maklumat berikut berkaitan dasar ekonomi di negara kita


· 1970 – Dasar Ekonomi Baru

· 1990 – Dasar Pembangunan Nasional


Apakah persamaan matlamat dasar tersebut?

a)

Menambah pelaburan asing

b)

Meningkatkan kemakmuran

c)

Melahirkan tenaga kerja mahir

d)

Melindungi hak peribumi

34.

Gambar berikut ialah logo slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”


Apakah maksud slogan tersebut?

a)

Masyarakat bersatu melalui bahasa

b)

Bahasa sebagai alat komunikasi utama

c)

Masyarakat hidup bersama kerana bahasa

d)

Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara

35.

Rancangan Buku Hijau telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974.

Mengapakah rancangan tersebut diperkenalkan?

a)

Meningkatkan mutu pertanian

b)

Menambahkan pendapatan kerajaan

c)

Menambah pengeluaran sumber makanan

d)

Mengawal selia mutu perkhidmatan awam

36.

Berikut ialah nama tokoh bumiputera di negara kita


· Tan Sri Azman Hashim

· Tan Sri Mustapha Kamal

· Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari

· Tan Sri Mohd Effendi Norwawi


Bagaimanakah tokoh di atas membantu meningkatkan taraf hidup rakyat miskin?

a)

Menawarkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki

b)

Membayar cukai perniagaan kepada kerajaan

c)

Menambah jumlah pelaburan dalam saham amanah

d)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing dalam negara

37.

Maklumat berikut ialah rancangan yang ditubuhkan oleh Komanwel.


· 1951 – Rancangan Colombo

Apakah tujuan rancangan tersebut?

a)

Menangani masalah kemiskinan

b)

Menyelesaikan konflik politik

c)

Meningkatkan Kerjasama pertahanan

d)

Menyuarakan isu semasa negara anggota

38.

Malaysia menentang Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan .


Mengapakah penentangan tersebut berlaku?

a)

Menyekat pertumbuhan ekonomi antarabangsa

b)

Mengalakkan perlumbaan senjata nuklear

c)

Menimbulkan ketegangan antara kaum

d)

Menyalahgunakan hak asasi manusia

39.

Berikut ialah perjanjian yang ditandatangani oleh negara ASEAN pada tahun 1992


· Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)


Apakah tujuan penubuhan AFTA?

a)

Mengawal keselamatan perairan

b)

Mewujudkan syarikat perdagangan

c)

Mengurangkan tarif dan cukai barangan

d)

Mengutamakan perdagangan import dan eksport

40.

Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara telah ditandatangani pada 1995.


Bagaimanakah Malaysia menunjukkan komitmen terhadap perjanjian tersebut?

a)

Melarang pembinaan loji nuklear

b)

Menutup laluan perdagangan antarabangsa

c)

Memutuskan hubungan dengan negara pengeluar

d)

Menghalang kapal nuklear berlabuh di perairannya