Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL SPM PERNIAGAAN NEGERI JOHOR (KOTA TINGGI) 2021

Total questions: 38

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan utama sesuatu perniagaan itu wujud dalam masyarakat?

a)

Penawaran barang dan perkhidmatan

b)

Menambahkan pendapatan negara

c)

Mewujudkan peluang pekerjaan

d)

Membantu masyarakat setempat

2.

➢ Hal ehwal syarikat dirahsiakan

➢ Tidak bebas pindah milik syer

➢ Liabliti terhad

Apakah bentuk milikan perniagaan tersebut?

a)

Usahasama

b)

Koperasi

c)

Syarikat Perkongsian

d)

Syarikat Sendirian Berhad

3.

Perniagaan manakah merupakan milikan tunggal?

a)

Restoran Fatimah

b)

Nashmir Sdn Bhd

c)

Kedai Runcit Ali dan Jimmy

d)

Klinik Azmi dan Rakan-rakan

4.

Jualan Tahunan : 5 Juta

Bilangan Pekerja Tetap : 70 orang

Saiz Perniagaan Kilang Batik Indah ialah..

a)

Besar

b)

Kecil

c)

Sederhana

d)

Antarabangsa

5.

Manis Enterprise merupakan pengeluar produk berasaskan nanas. Produk

keluaran perniagaannya dipasarkan ke seluruh kawasan Malaysia, Brunei,

Indonesia dan Singapura. Jualan tahunan Manis Enterprise mencecah

RM785 juta setiap tahun dengan bilangan pekerja tetap seramai 452 orang

Apakah skala perniagaan Manis Enterprise?

a)

Domestik

b)

Tempatan

c)

Antarabangsa

d)

Zon

6.

➢ Menurunkan kadar cukai

➢ Menurunkan kadar faedah

Tindakan kerajaan di atas adalah bertujuan untuk mengatasi masalah..

a)

Inflasi

b)

Subsidi

c)

Deflasi

d)

Peningkatan cukai

7.

Apakah peranan agensi tersebut?

a)

Mengutip cukai

b)

Memberi pinjaman perniagaan

c)

Menjaga keamanan negara

d)

Menguatkuasakan undang-undang

8.

➢ Pekerja kurang bermotivasi

➢ Keadaan ekonomi semakin lembab.

Apakah kesan terhadap trend perniagaan tersebut?

a)

Trend perniagaan malar

b)

Trend perniagaan mendatar

c)

Trend perniagaan meningkat

d)

Trend perniagaan menurun

9.

Harga barang dan perkhidmatan meningkat secara berterusan telah

menjejaskan taraf hidup masyarakat.

Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

a)

Menurunkan kadar cukai

b)

Menurunkan kadar faedah

c)

Meningkatkan kadar faedah

d)

Meningkatkan peluang pekerjaan

10.

Kerajaan telah memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST)

sebanyak 6% pada 1 April 2015 kemudian menjadi 0% pada 1 Julai 2018.

Apakah faktor luaran tersebut?

a)

Politik dan perundangan

b)

Ekonomi

c)

Sosiobudaya

d)

Teknologi

11.

Pilih pernyataan yang berkaitan dengan unsur faktor dalaman organisasi

I Syarikat Berjaya memperkenalkan teknologi baharu dalam operasi pengeluaran

II Undang-undang baharu yang diluluskan akan meningkatkan kos operasisyarikat

III Para pekerja syarikat memerlukan latihan untuk meningkatkan kemahiran

IV Keadaan ekonomi meleset telah memberi kesan kepada jualan syarikat

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

12.

Encik Jasmi telah menubuhkan perniagaan kraftangan di Merlimau, Melaka pada 1

Julai 2017.

Apakah visi yang sesuai bagi perniagaan Encik Jasmi?

a)

Jualan sebanyak 50 unit bakul rotan sebulan

b)

Melahirkan pekerja yang mahir membuat bakul rotan

c)

Menghasilkan pengeluaran sebanyak 200 unit sebulan

d)

Untuk menjadi sebuah perniagaan yang disegani dan dicontohi

13.

Adakah objektif boleh diukur secara kuantitatif sama ada dalam bentuk

angka nombor atau wang?

Apakah ciri yang dimaksudkan di atas?

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Jangka masa

d)

Boleh diukur

14.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan kepentingan penetapan misi

organisasi?

I Sebagai asas untuk penentuan objektif organisasi

II Memudahkan pengagihan sumber organisasi secara tepat

III Membantu pengurus bawahan menetapkan kuantiti pengeluaran

IV Membantu pihak pengurusan atasan menetapkan visi organisasi

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

I dan IV

15.

Antara berikut, yang manakah merupakan faktor dalaman yang mempengaruhi

perubahan visi, misi dan objektif perniagaan?

I Politik

II Sosial

III Kewangan

IV Sumber Manusia

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

16.

Apakah peranan X?

a)

Memeriksa bajet jabatan dan pendapatan terkini

b)

Membantu menyediakan penyata kewangan

c)

Membantu menyelia rekod-rekod kewangan

d)

Menyediakan laporan prestasi kewangan

17.

Apakah gambaran aspek penting yang boleh diperoleh dari carta organisasi tersebut?

a)

Hierarki pengurusan

b)

Tanggungjawab yang dilakukan

c)

Kuasa arahan

d)

Jawatan yang disandang

18.

• Urusan perniagaan dilakukan secara atas talian (online)

• Memenuhi kehendak pelanggan dengan segera

• Meluaskan rangkaian rakan perniagaan

Apakah kaedah tersebut?

a)

e-pemasaran

b)

e-goverment

c)

e-banking

d)

e-dagang

19.

• Menerima mesej yang dihantar

• Menterjemah mesej yang diterima

Maklumat berikut merujuk kepada....

a)

Penerima

b)

Penghantar

c)

Enkod

d)

Dekod

20.

Mengapakah pengurusan sumber manusia penting untuk organisasi sesebuah

perniagaan?

I Mengekalkan tenaga kerja yang berkualiti

II Prestasi sumber manusia sentiasa dipantau

III Pengagihan sumber manusia secara berkesan

IV Membentuk persekitaran kerja yang harmoni

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Peranan pengurusan sumber manusia

Apakah peranan tersebut?

a)

Pemantapan budaya profesional

b)

Pemberian insentif yang munasabah

c)

Membentuk persekitaran kerja positif

d)

Menggalakkan kreativiti dan inovasi

22.

Rahman telah dipilih bekerja kerana dia telah menceburi bidang tersebut

selama lima tahun.

Apakah kemahiran kebolehkerjaan yang ada pada Rahman?

a)

Kelayakan yang bersesuaian

b)

Berpengalaman

c)

Keberkesanan mencapai sasaran individu

d)

Penyelesaian masalah

23.

Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah syarikat pengeluaran sarung tangan

harus menguruskan sumber fizikal dengan cekap?

a)

Dapat memastikan sumber sentiasa cukup

b)

Dapat mewujudkan perniagaan yang mampan

c)

Dapat mengelakkan berlaku kerosakan sumber

d)

Dapat meningkatkan kecekapan dan kemahiran pekerja

24.

Apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan hasil kerjanya tidak disalahgunakan oleh pihak lain?

a)

Menjual hasil kerjanya kepada pelbagai pihak

b)

Mendaftar hasil kerjanya dengan Pendaftar Syarikat

c)

Mendapat perlindungan paten di bawah Akta Paten 1983

d)

Membuat permohonan mendaftar hak cipta terpelihara di Malaysia

25.

Pernyataan manakah yang betul tentang prosedur mengurus sumber teknologi syarikat perfileman tempatan?

a)

Menginsurans semua kamera dan peralatan

b)

Menyediakan kamera yang berteknologi tinggi

c)

Menghasilkan pelbagai jenis filem dan dokumentari

d)

Mendaftar hak cipta karya filem dengan MyIPO

26.

Bagaimanakah pembiayaan melalui pajakan dapat membantu usahawan?

I Usahawan dapat mengelakkan masalah hutang lapuk

II Usahawan dapat mengatasi masalah aliran tunai perniagaan

III Usahawan dapat mengurangkan pembayaran cukai pendapatan

IV Usahawan tidak perlu menghadapi masalah asset tetap menjadi usang

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

27.

Encik Akif merupakan seorang pengusaha restoran. Memandangkan perniagaannya mendapat sambutan yang baik, beliau mengambil keputusan untuk membuka satu lagi restoran.

Beliau bercadang menggunakan sumber pembiayaan dalaman dan bukan sumber

pembiayaan luaran. Mengapa?

I Modal daripada sumber pembiayaan dalaman tidak terhad

II Sumber pembiayaan luaran memerlukan jaminan dan cagaran

III Sumber pembiayaan luaran tidak sesuai untuk perniagaan restoran

IV Sumber pembiayaan dalaman dapat mengelakkan pembayaran faedah

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

28.

Antara yang berikut, faktor manakah yang akan dipertimbangkan oleh pihak bank

sebelum meluluskan sesuatu permohonan pinjaman?

I Lokasi perniagaan

II Nilai cagaran

III Tujuan pinjaman

IV Taraf Pendidikan peminjam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Mengapakah sesebuah perniagaan menyediakan penyata pendapatan?

a)

Melaporkan jumlah asset perniagaan

b)

Membolehkan peniaga mengetahui jumlah hutangnya

c)

Membolehkan peniaga melihat prestasi perniagaannya

d)

Peniaga dapat melihat kedudukan kewangan perniagaan dengan jelas

30.

Pihak berkepentingan manakah yang memerlukan penyata kewangan untuk membuat keputusan memberikan kemudahan kredit dagangan kepada perniagaan?

a)

Pemilik

b)

Pelabur

c)

Pembekal

d)

Pembiaya

31.

Encik Hamdan merupakan pemilik sebuah kilang pengeluar perabot. Bagaimanakah

analisis penyata pendapatan membantu Encik Hamdan?

I Mengukur prestasi perniagaan pada tahun semasa

II Mengambil tindakan untuk meningkatkan keuntungan perniagaan

III Dapat mengambil tindakan untuk mengurangkan hutang perniagaan

IV Dapat mengetahui kedudukan aset semasa dan aset bukan semasa perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

32.

Apakah kepentingan penyata aliran tunai kepada perniagaan?

I Dapat mengetahui jumlah hasil dan belanja perniagaan

II Dapat mengetahui kedudukan aset dan liabiliti perniagaan

III Dapat mengetahui jumlah penerimaan dan pembayaran tunai

IV Dapat mengetahui sama ada dapat menjelaskan liabiliti semasa

perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

33.

Seorang pemaju perumahan pernah mengalami kegagalan semasa

kegawatan ekonomi tetapi beliau masih berusaha untuk menyiapkan

projek yang terbengkalai. Beliau menghadapi kemungkinan perumahan

tersebut tidak dapat dijual dan terpaksa menanggung kerugian.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah ciri-ciri keperibadian ushawan tersebut?

a)

Tabah

b)

Berani mengambil risiko

c)

Pandai mengambil peluang

d)

Berinisiatif dan bertanggungjawab

34.

Antara berikut yang manakah menunjukkan kelebihan memulakan perniagaan sendiri?

I. Bebas menikmati keuntungan

II. Bebas menjalankan perniagaan

III. Menanggung semua beban kerja

IV. Menanggung semua risiko perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

35.

Antara yang pernyataan berikut, manakah benar tentang Akta Syarikat 2016?

a)

Rakan Kongsi mempunyai bahagian dalam modal

b)

Tiada liabiliti ke atas pengarah atau pemegang saham

c)

Permohonan pemerbadanan syarikat boleh memilih nama dengan bebas

d)

Pemegang saham syarikat tidak mempunyai hak berkaitan syarikat

36.

Apakah yang dimaksudkan dengan Jualan

a)

Produk yang diagihkan kepada pengguna

b)

Memberi kepuasan kepada pengguna

c)

Menghasilkan produk yang dapat memenuhi kehendak pengguna

d)

Aktiviti pertukaran hak milik sesuatu produk antara pembeli dengan penjual

37.

Rancangan Perniagaan juga dikenali sebagai

I. Kertas Kerja

II. Kertas Laporan

III. Pelan Pembangunan

IV. Pelan Induk Perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

38.

Apakah kepentingan Rancangan Perniagaan kepada peniaga

a)

Mencari pekerjaan yang baharu

b)

Panduan memberikan pinjaman

c)

Garis panduan untuk menguruskan perniagaan

d)

Untuk membuat pelaburan di dalam perniagaan