NEW
Font size
WorksheetsSEJARAH K1 (PERCUBAAN TERENGGANU)
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Bagaimanakah Kesultanan Johor-Riau meneruskan ciri-ciri negara bangsa dari Kesultananan Melayu Melaka?
Menjaga hubungan dengan Kerajaan Melayu Kedah
Menjalinkan hubungan yang baik dengan kuasa Barat
Meluaskan wilayah pengaruh di Srivijaya
Menekankan kepentingan Islam
Rajah 1 berikut menggambarkan hierarki sosial Kesultanan Melayu Melaka. Dalam hierarki ini, sultan akan menjamin kesejahteraan rakyat Melaka. Sebagai timbal baliknya, apakah peranan rakyat?
I. Menumpahkan taat setia
II. Mematuhi undang-undang
III. Mengesahkan arahan sultan
IV. Meluaskan wilayah pengaruh
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pada tahun 1928, Kongres Pemuda Indonesia melahirkan ikrar "Sumpah Pemuda" berikut dan menjadi tonggak nasionalisme Indonesia.
Apakah asas yang terkandung dalam sumpah tersebut?
Satu rumpun
Satu suara
Satu agama
Satu tanah air
"Perkembangan nasionalisme dalam dan luar negara telah menyemarakkan pergerakkan nasionlisme di negara kita"
Apakah kesan perkembangan tersebut kepada perjuangan intelektual negara kita?
Penentangan secara sulit
Penubuhan persatuan-persatuan
Kemunculan persaudaraan sejagat
Kewujudan perlembagaan setiap negeri
Apakah kesan peperangan berikut terhadap Eropah?
Pakatan tentera dibentuk
Pemerintahan beraja tamat
Kerjasama antara etnik diperkukuh
Keperluan bahan mentah meningkat
Jerman telah melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919. Bagaimanakah negara tersebut melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles
Memperkuat angkatan tentera
Menjalinkan kerjasama dengan Rusia
Mengeksport senjata ke luar negara
Menyertai Pakatan Bertiga
Mengapakah Majlis Raja-Raja Menentang Malayan Union?
Membantah pelaksanaan cukai
Mengelak kemasukan imigran
Menolak kemasukan budaya luar
Menentang penjajahan secara mutlak
Apakah faktor yang mempengaruhi penyerahan Sarawa oleh Vyner Brooke kepada British?
Selaras dengan Perlembagan 1941
Vyner Brooke memungkiri janji
Desakan kerajaan British
British melantik Gabenor Sarawak
Maklumat berikut berkaitan dengan Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan pada tahun 1946.
Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut?
Membincangkan bidang kuasa raja
Merangka asas Perjanjian Persekutuan
Mengawal kemasukan golongan radikal
Membentuk perlembagaan Malayan Union
Mengapakah British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Penentangan golongan radikal
Pengaruh daripada orang dagang
Pembubaran Majlis Mesyuarat Negeri
Perpaduan dalam kalangan orang Melayu
Gambar 1 menunjukkan keganasan komunis di Tanah Melayu.
Mengapakah komunis bertindak demikian?
Menggugat proses kemerdekaan
Melumpuhkan aktiviti ekonomi
Melindungi penduduk pedalaman
Memecahbelahkan penduduk tempatan
Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan kesan darurat di atas?
Tindakan konfrontasi dari Indonesia
Memperkenalkan rancangan ekonomi
Usaha ke arah rundingan kemerdekaan dipercepatkan
Parti Komunis Malaya menerima syarat rundingan Baling
Jadual 1 merupakan usaha orang Melayu menentang Malayan Union.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
Penubuhan UMNO
Pengiktirafan golongan radikal
Pemulauan terhadap Malayan Union
Persatuan Melayu semakin berkembang
Mengapakah Jawatankuasa Pelajaran 1956 dapat memupuk perpaduan dlaam kalangan rakyat di Tanah Melayu?
Persekolahan mengikut aliran
Kurikulum bercorak kebangsaan
Memperkasa sekolah vernakular
Sistem pendidikan percuma kepada semua pelajar
Apakah X?
Pilihan Raya Negeri
Pilihan Raya Negeri-Negeri Selat
Pilihanraya kerajaan tempatan
Pilihanraya kecil
Mengapakah Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu 1955 penting kepada negara kita?
Menunjukkan kompromi antara kaum
Pertambahan kuasa pesurruhjaya Tinggi
Mengukuhkan kuasa Raja-raja Melayu
Pernyatuan parti politik
Maklumat berikut berkaitan rundingan wakil Tanah Melayu dengan British.
Apakah hasil rundingan tersebut?
Penubuhan Parti Perikatan
Pelaksanaan Pilihan Raya Umum
Pengekalan hak istimewa orang Melayu
Pemberian taraf berkerajaan sendiri
Mengapakah keahlian Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada tokoh-tokoh luar negara?
Pelaksanaan proses demokrasi
Tuntutan rakyat tempatan
Menjamin keadilan
Menjaga keamanan
Gambar 2 merujuk laungan "MERDEKA" oleh Tunku Abdul Rahman sebanyak 7 kali dan diakhiri dengan 101 das tembakan dilepaskan di Stadium Merdea pada 31 Ogos 1957.
Apakah simbolik 101 das tembakan dilepaskan pada sambutan tersebut?
Melambangkan sambutan gilang gemilang
Menandakan Persekutuan Tanah Melayu berdaulat
Menggambarkan kekuatan pasukan keselamatan
Mengiktiraf Queen Elizabeth II sebagai payung negara
1. Malay National Bank
2. Bank Negara Malaysia
3. Kwong Yik Bank
Apakah kepentingan penubuhan institusi kewangan tersebut?
Mewujudkan persaingan sihat dalam industri
Menimba pengalaman dalam perbankan
Menggalakkan kestabilan kewangan
Menjana kekayaan melalui pelaburan
Perlembagaan Persekutuan merupakan sistem perundangan tertinggi yang menjadikan Malaysia sebuah negara berdaulat. Apakah kepentingan perlembagaan tersebut terhadap warganegara Malaysia?
I. Menjamin keselamatan rakyat
II. Melicinkan pentadbiran kerajaan
III. Mengawal pertambahan penduduk
IV. Memberi kebebasan memilih kerakyatan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pemerintah dan rakyat memainkan peranan penting dalam mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia. Pernyataan manakah yang menerangkan peranan tersebut?
Apakah tujuan British memperkenalkan Charter of Justice di Negeri-negeri Selat?
Mengukuhkan perpaduan
Mengukuhkan kedudukan penjajah
Melindungi penduduk asal
Menghapuskan kuasa raja
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dipinda pada tahun 1963 dan 1965. Apakah rasional pindaan tersebut?
Perubahan politik dan negara
Atas permintaan Majlis Raja-raja Melayu
Mengekalkan keluhuran perlembagaan
Desakan daripada pihak British
Berikut adalah majlis yang dibentuk selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1897.
"DURBAR"
Apakah fungsi majlis tersebut?
Membincang hal agama dan adat
Membincangkan hal ehwal pentadbiran
Menggubal undang-undang persekutuan
Melantik ahli Jemaah Menteri Persekutuan
Pernyataan berikut berkaitan dengan badan eksekutif pada peringlat Kerajaan Persekutuan.
"Jemaah Menteri terdiri daripada Perdana Menteri dan Menteri-menteri yang memegang portfolio tertentu"
Apakah peranan badan tersebut?
Meluluskan sistem cukai baru
Melaksanakan dasar-dasar negara
Menggubal undang-undang negara
Mengadili pertikaian antara pemerintah dengan rakyat
Antara berikut, perkara manakah yang terletak di bawah bidang kuasa dalam Senarai Bersama?
I. Pelajaran
II. Perumahan
III. Kebudayaan dan Sukan
IV. Keselamatan dalam negeri
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama sosioekonomi Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri melalui Pembangunan Koridor Wilayah berlandaskan projek pembangunan.
Bagaimanakah peranan Kerajaan Negeri dalam mencapai matlamat tersebut?
Bantuan kepakaran
Bantuan Kewangan
Penyediaan buruh
Penyediaan tanah
Jawatankuasa Setia Kawan (JSKM) ditubuhkan pada 23 Julai 1961 semasa Persidangan Ahli-ahli Parlimen Komanwel di Singapura.
Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut?
Mengumpul pandangan tentang pembentukan Malaysia
Menyedia rangka perlembagaan Persekutuan Malaysia
Mencadangkan kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak
Mengekalkan kuasa imigresen kepada Sabah dan Sarawak
Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio (Menteri Luar Indonesia) mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia.
Mengapakah Indonesia bertindak demikian?
Desakan penjajahan barat
Hasil referendum rakyat
Penguasaan kekuatan senjata
Mengancam kedaulatan negara
Dialog berikut menggambarkan situasi ancaman komunis di Sarawak:
A: Tuan, komunis mula membunuh orang awam di negeri ini
B: Ya, benar. Kerajaan Malaysia telah berusaha mengatasi ancaman tersebut
Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malasyia dalam mengatasi ancaman tersebut?
Akta Keselamatan Dalam Negeri
Perjanjian Kerjasama Sempadan
Strategi Counterinsurgency
Operasi Hammer
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan tanggungjawab MAGERAN?
Menentukan pentadbiran yang licin
Membenar penerbitan akhbar tempatan
Mengisytiharkan darurat
Memajukan ekonomi
Logo slogan di bawah telah dilancarkan pada tahun 1960 untuk mengukuh pembinaan masyarakat yang bersatu padu melalui bahasa.
Bagaimanaah Bahasa Melayu dapat dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu?
Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
Menubuhkan institusi pengajian tinggi swasta
Mengiktiraf institusi pendidikan antarabangsa
Maklumat berikut ialah kejayaan Malaysia menganjurkan pelbagai jenis sukan di peringkat serantau dan antarabangsa.
1. Hoki Piala Dunia
2. Sukan Komanwel
3. Piala Thomas
Apakah kepentingan penganjuran sukan tersebut terhadap Malaysia?
Memantapkan semangat kenegerian
Memupuk semangat perpaduan
Menjamin kebebasan bersuara
Mempertahankan sistem sosial
Mengapakah Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Bumiputera diperkenalkan?
Melahirkan tenaga kerja mahir
Memajukan industri kecil dan sederhana
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Menambah pemilikan saham
Selepas Dasar Ekonomi Baru berakhir pada tahun 1990, usaha-usaha yang dilaksanakan melalui DEB diteruskan melalui Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
Apakah matlamat yang ingin dicapai melalui DPN?
Kerjasama melalui sistem pendidikan
Perpaduan melalui pengagihan kekayaan
Memajukan pertanian masyarakat luar bandar
Memperkenalkan pertanian dan perindustrian moden
Rajah di bawah berkaitan dengan perkembangan Dasar Luar Malaysia.
Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
Mendukung arahan kuasa besar dunia
Menghapuskan pengaruh komunis
Melindungi kepentingan nasional
Membendung kejatuhan harga komoditii
Senarai berikut adalah pertubuhan antarabangsa ynag disertai oleh Malaysia
"OIC, NAM, Komanwel"
Apakah faedah yang Malaysia perolehi dalam pertubuhan tersebut?
I. Ekonomi maju
II. Keselamatan terjamin
III. Identiti bangsa mantap
IV. Bantuan kewangan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Bagaimanakah Malaysia dengan Indonesia menyelesaikan isu tuntutan bertindih Pulau Sipadan dan Ligitan?
Menyertai mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBE)
Menjalin kerjasama dengan Polis Antarabangsa (INTERPOL)
Melalui keputusan Mahkamah Antarabangsa
Menghadiri forum ASEAN-China
Gambar 3 menunjukkan logo kerjasama ASEAN Free Trade Area - AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN).
Bagaimanakah kerjasama ini dilaksanakan?
Monopoli pasaran barangan
Menjamin keselamatan negara
Mengurangkan cukai barangan
Menambat kadar mata wang
