wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UNIT 3 - PERTOLONGAN CEMAS 1D

Total questions: 14

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan pertolongan cemas?

a)

Menolong pesakit yang ditimpa kemalangan.

b)

Memberi bantuan awal kepada mangsa di tempat kejadian sebelum kedatangan pegawai perubatan

c)

Membantu pegawai perubatan di klinik atau hospital

d)

Membantu mangsa berpandukan prinsip D.R. A.B.C

2.

Bantuan kecemasan D.R.A.B.C. ketika memberi pertolongan cemas hanya boleh dilakukan oleh jururawat dan doktor sahaja.

a)

Betul

b)

Salah

3.

Bantuan kecemasan D.R.A.B.C. ketika memberi pertolongan cemas hanya boleh dilakukan oleh jururawat dan doktor sahaja.

a)

Betul

b)

Salah

4.

Tujuan pertolongan cemas bukan untuk..

a)

menyelamatkan nyawa

b)

memastikan mangsa selamat

c)

menyembuhkan kecederaan

d)

memberi keselesaan kepada mangsa

5.

Tujuan pertolongan cemas dilakukan adalah untuk..

(Tandakan dua jawapan)

a)

menyelamatkan nyawa

b)

membuat kecederaan yang dialami individu menjadi lebih teruk

c)

memudahkan rawatan lanjutan

6.

Pertolongan cemas bermaksud..

a)

bantuan yang dilakukan selepas pihak pegawai perubatan tidak boleh menyelamatkan individu yang cedera

b)

bantuan permulaan yang diberikan kepada individu yang cedera sementara menanti ketibaan ambulans atau pegawai perubatan

7.

Standard Pembelajaran bagi topik Pertolongan Cemas dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1 akan mempelajari tentang..

a)

T. O. T. A. P. S

b)

D. R. A. B. C

c)

R. I. C. E

d)

E.A.R.S

8.

Prinsip D. R. A. B. C bagi mengalihkan mangsa daripada bahaya dan bawa ke tempat yang selamat ialah

a)

Reaksi (Response)

b)

Pernafasan (Breathing)

c)

Peredaran Darah (Circulation)

d)

Bahaya (Danger)

e)

Saluran Udara (Airways)

9.

Prinsip D. R. A. B. C bagi proses memanggil mangsa atau kejutkan mangsa untuk melihat reaksi daripada mangsa ialah

a)

Bahaya (Danger)

b)

Reaksi (Response)

c)

Saluran Udara (Airways)

d)

Pernafasan (Breathing)

e)

Peredaran Darah (Circulation)

10.

Prinsip D. R. A. B. C bagi proses mendongakkan kepala dengan mengangkat dagu mangsa bagi membuka saluran pernafasan ialah

a)

Reaksi (Response)

b)

Saluran Udara (Airways)

c)

Pernafasan (Breathing)

d)

Peredaran Darah (Circulation)

e)

Bahaya (Danger)

11.

Prinsip D. R. A. B. C bagi memeriksa denyutan nadi mangsa di bahagian arteri karotid (leher). Jika nadi masih berdenyut, teruskan proses bantuan pernafasan dengan kadar satu hembusan setiap lima saat. Jika mangsa tidak bernafas, berikan bantuan pernafasan (resusitasi) ialah

a)

Peredaran Darah (Circulation)

b)

Saluran Udara (Airways)

c)

Bahaya (Danger)

d)

Reaksi (Response)

e)

Pernafasan (Breathing)

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan peti pertolongan cemas?

a)

Tempat simpanan alatan memancing

b)

Tempat simpanan perkakas yang digunakan ketika berlaku kecemasan

c)

Tempat simpanan alat-alat sukan

d)

Tempat simpanan sayur-sayuran

13.

Talian kecemasan untuk menghubungi Ambulans ialah

a)

996

b)

997

c)

998

d)

999

14.

Prinsip D. R. A. B. C bagi memastikan pernafasan berlaku pada mangsa dengan teknik melihat, merasa dan mendengar pernafasan mangsa ialah

a)

Pernafasan (Breathing)

b)

Saluran Udara (Airways)

c)

Reaksi (Response)

d)

Peredaran Darah (Circulation)

e)

Bahaya (Danger)