NEW
Font size
WorksheetsKUIZ 1 : PENGAJIAN AM SEMESTER TIGA STPM
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Yang manakah faktor penentu dasar luar Malaysia?
i Misi negara
ii Ideologi yang sama
iii Sokongan kuasa besar
iv Kedudukan goestrategik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah objektif dasar luar?
i Menjamin kedaulatan negara
ii Menggalakkan kemasukan pelabur asing
iii Membantu penyelesaian masalah negara lain
iv Menjamin kestabilan politik peringkat global
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Tujuan Malaysia menyokong pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN adalah untuk
i menembusi pasaran global
ii meningkatkan daya saing negara
iii menguasai pasaran produk perkilangan
iv menghapuskan sekatan perdagangan negara anggota
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
• Malaysia mempunyai sempadan laut yang strategik seperti Laut China selatan
• Malaysia berpendirian tegas dalam isu tuntutan bertindih melibatkan sempadan
perairan negara.
Pernyataan di atas merujuk kepada faktor
Sejarah
Kepimpinan
Demografi Sosial
Geopolitik dan Geostrategik
Seorang warganegara Malaysia terbunuh di Hanoi, Vietnam
Dari aspek hubungan antarabangsa, siapakah yang memainkan peranan penting memaklumkan perkara di atas?
Duta Malaysia
Pengawai Diplomat Malaysia
Konsulat Jeneral Malaysia
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
• Malaysia dan Brunei Darussalam membuat tuntutan hak melombong sumber mineral di luar persisir pantai kawasan Laut China Selatan.
Tuntutan kedua-dua buah negara di atas berasaskan
Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)
Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
Memorandum Persefahaman Pembangunan Serantau
• Bangsamoro
• Rohingya
Kedua-dua bangsa di atas merujuk kepada
mangsa perang genosid
mangsa perang pemisahan wilayah
mangsa penindasan Zionis
mangsa yang hidup menderita di negara penerima
Yang manakah benar tentang usaha Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) bagi mewujudkan kestabilan politik dan keselamatan di rantau ini?
I. Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tengara (SEANWFZ)
II. Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
III. Forum serantau ASEAN (ARF)
IV. Mesyuarat ASEAN + 3
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah matlamat Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (ZOPFAN)?
Menyelesaikan hal ehwal dalaman negara yang bergolak
Penggunaan senjata nuklear adalah dilarang
Memberi bantuan ketenteraan kepada negara yang diancam peperangan
Mengelakkan keterlibatan dalam mana-mana pertikaian antara kuasa besar
• Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
Yang manakah berkaitan dengan pelaksanaan perjanjian di atas?
Kerjasama ekonomi ASEAN dengan negara-negara Asia Timur
Komitmen mengurangkan sekatan tarif (NTB)
Rancangan ASEAN membentuk blok perdagangan serantau
Mekanisme pelaksana utama ialah SITTDEC
Antara berikut yang manakah menjejaskan kerjasama ekonomi antara negara anggota ASEAN?
I. Perbezaan sistem ekonomi antara negara angota
II. Jurang kemajuan ekonomi yang jauh berbeza antara negara anggota
III. Mata wang yang berlainan diguna oleh setiap negara anggota
IV. Negara anggota lebih mengutamakan kepentingan domestik daripada kepentingan serantau
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Tapak Warisan Dunia UNESCO
Yang manakah pernyataan yang benar berhubung dengan perkara di atas?
I. Malaysia memiliki 2 tapak Warisan Dunia UNESCO
II. Pencalonan Tapak Warisan Dunia UNESCO berdasarkan kategori alam dan budaya
III. Tapak Warisan Dunia UNESCO terletak dibawah penyeliaan Majlis Amanah PBB
IV. Bertujuan mengkatalog, menyenarai, menama dan mengabadikan tapak-tapak ulung ketamadunan manusia.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah matlamat penubuhan ASEAN + 3?
I. Meningkatkan pembangunan sumber manusia
II. Mewujudkan kerjasama saintifik
III. Merealisasikan prinsip berkecuali
IV. Meningkatkan kerjasama pertahanan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
• Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pasiffic Partnership Agreement (TPPA)
Yang manakah skop perjanjian TPPA?
I. Perolehan kerajaan
II. Alam sekitar
III. Pengurangan atau penghapusan perkhidmatan
IV. Liberalisasi pasaran
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Antara berikut yang manakah benar tentang Kumpulan Negara-Negara Membangun D-8?
I. Memperjuangkan hak asasi manusia daripada penindasan
II. Menyelaras kerjasama politik dalam kalangan negara Selatan
III. Mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi sosial dan budaya
IV. Melibatkan penyertaan dalam kalangan negara anggota OIC terpilih
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
