Font size
WorksheetsPJPK T3 - KECERGASAN FIZIKAL (1)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Untuk melakukan aktiviti meningkatkan kapasiti aerobik, anda perlu mematuhi prinsip FITT iaitu
Frequency, Intensity, Talk, Type
Fast, Intensity, Time, Talk
Frequency, Intensity, Time, Type
Fast, Intensity, Time, Type
Aktiviti manakah dijalankan untuk meningkatkan kapasiti aerobik
regangan
litar kardio
latihan bebanan
litar senaman
Kelenturan ialah keupayaan menggerakkan sesuatu ________melalui julat pergerakan yang maksimum.
badan
tulang
sendi
Latihan kekuatan otot dapat menghasilkan hipertrofi otot iaitu
pembesaran dalam saiz tulang.
pembesaran dalam saiz sendi.
pembesaran dalam saiz tisu.
pembesaran dalam saiz otot.
antara langkah keselamatan yang perlu diambil adalah berikut KECUALI
Memanaskan badan terlebih dahulu
Lakukan aktiviti mengikut kemampuan anda.
bergurau semasa melakukan senaman.
Senaman perlu dilakukan dengan lakuan yang betul.
kadar lemak dengan jisim tisu tanpa lemak dalam badan merujuk kepada komponen
daya tahan kardiovaskular
kelenturan
komposisi badan
daya tahan otot
Apakah yang dimaksudkan dengan kecergasan fizikal?
Kecergasan fizikal merujuk keupayaan melakukan aktiviti harian dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa letih dan masih mempunyai tenaga yang lebih.
Kecergasan fizikal merujuk keupayaan melakukan aktiviti harian dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa letih, masih mempunyai tenaga yang lebih untuk melakukan aktiviti riadah dan menghadapi sebarang kecemasan.
Kecergasan fizikal merujuk kepada kesihatan yang terdiri daripada daya tahan kardiovaskular, kelenturan, daya tahan otot, kekuatan otot dan komposisi badan.
Kecergasan fizikal merujuk keupayaan jantung dan salur darah untuk mengedarkan darah beroksigen kepada otot yang bekerja semasa melakukan senaman secara berterusan.
Kecergasan Fizikal terbahagi kepada dua komponen, iaitu:
Kesihatan
Daya Tahan Otot
Lakuan Motor
Kepantasan
Yang manakah komponen kecergasan berdasarkan kesihatan?
Fleksibiliti
Kuasa
Ketangkasan
Imbangan
Nama penuh 'BMI' adalah?
Body Measurement Index
Body Maximum Intensity
Body Mass Index
Body Mass Intensity
Apakah fungsi jantung ?
Mengepam darah melalui sistem otot badan
Membekalkan oksigen kepada sistem kardiovaskular
Membekalkan glukosa kepada sistem perkumuhan badan.
Mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik
Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke otot-otot dan membawa keluar bahan kumuh dari otot.
Sistem kardiovaskular terdiri daripada ?
ginjal, perut dan jantung.
limfa, pankreas dan jantung
rangkaian arteri dan vena, usus dan perut
jantung, paru-paru dan rangkaian arteri dan vena
Seseorang individu itu dikatakan mempunyai kecergasan yang baik sekiranya
dapat melakukan aktiviti harian tanpa sebarang kecederaan
tidak mengalami sebarang penyakit kronik seperti penyakit jantung
mampu melakukan aktiviti fizikal dengan menggunakan tenaga yang minimum tanpa berasa letih dan lesu
menggunakan tenaga yang maksimun ketika melakukan larian 1500 meter
Aktiviti aerobik berupaya meningkatkan daya tahan kardiovaskular, contohnya ……...
kilas pinggang
lompat tali untuk jantung
bangkit tubi
larian pecut
Semasa aktiviti mengira nadi dilakukan, jari yang mesti digunakan ialah
jari hantu dan jari manis
ibu jari dan jari telunjuk
jari telunjuk dan jari hantu
ibu jari,jari telunjuk dan jari hantu
Aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan dengan pelbagai tahap kelajuan dikenali sebagai
latihan jeda
latihan litar
latihan fartlek
latihan daya tahan otot
Aktiviti yang melibatkan pergerakan dari satu stesen ke stesen yang lain dikenali sebagai
latihan jeda
latihan litar
latihan fartlek
latihan daya tahan otot
Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa ?
Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang maksimum
Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang minimum
Keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang maksimun
Keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang minimum
Berikut merupakan bukan faedah yang diperolehi daripada latihan kecergasan
berasa sihat
kelihatan menarik
mengurangkan waktu pembelajaran
menikmati kehidupan yang sempurna
Apakah komponen kecergasan yang diperkembangkan oleh latihan lari jarak jauh?
Kepantasan
Kelenturan
Kekuatan otot
Kepantasan Daya tahan kardiovaskular
