Font size
WorksheetsPengenalan Kepada Perniagaan
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Nyatakan definisi perniagaan
Aktiviti jual beli barang atau perkhidmatan memenuhi kehendak pelanggan bagi mendapat keuntungan, faedah dan kepuasan.
Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara penjual dan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
Aktiviti jual beli barang atau perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan di tempat yang sesuai bagi mendapat keuntungan, faedah dan kepuasan.
Apakah komponen yang terdapat dalam konsep asas perniagaan ?
Pengeluar
Pertukaran milik
Kontrak perniagaan
Pengilang
Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pertukaran nilai?
Urus niaga antara penjual dan pembeli melibatkan pertukaran wang semata-mata
Pembeli mendapat kualiti barang yang tinggi bagi wang yang dibayar kepada penjual
Pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual untuk keluaran yang diterimanya
Penjual menyediakan barang dan perkhidmatan yang bermutu tinggi sebelum bertukar dengan pelanggan
Kehendak - mudah dapat dan dipenuhi
Kehendak - untuk hidup lebih selesa
Kehendak - tidak dipengaruhi oleh pendapatan perseorangan
Kehendak - barang yang semestinya perlu
Aktiviti berasaskan perkhidmatan - Butik Jahit dan Sulaman Nadia
Aktiviti berasaskan perkhidmatan - Kilang Elektrik Infineon Melaka
Aktiviti berasaskan perkhidmatan - Pusat Tuisyen Akademik Kasturi
Aktiviti berasaskan perkhidmatan - Kedai Dobi Fast Enterprise
Aktiviti perniagaan dibahagikan kepada aktiviti berasaskan barang dan perkhidmatan. Antara berikut, yang manakah merupakan aktiviti berasaskan perkhidmatan?
Pembuatan
Pengilangan
Pembinaan
Pengangkutan
Antara berikut, yang manakah merupakan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan?
I. Perbankan
II. Pembuatan
III. Pembalakan
IV. Pengangkutan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
