wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

IMBUHAN (SEKOLAH RENDAH)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kempen derma darah bergerak _________ Hospital Sultanah Aminah mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk di Kota Tinggi.

a)

anjuran

b)

beranjur

c)

penganjur

d)

penganjuran

2.

Kain sarung Devi terkoyak sedikit kerana ___________ pada sebatang paku.

a)

tersangkut

b)

penyangkut

c)

menyangkut

d)

bersangkutan

3.

Syarikat perunding itulah yang bertanggungjawab _________ pembangunan di kawasan itu.

a)

terancang

b)

perancang

c)

merancang

d)

perancangan

4.

Dahulu, Melaka terkenal sebagai pusat __________ di Asia Tenggara.

a)

dagangan

b)

pedagang

c)

berdagang

d)

perdagangan

5.

Pihak sekolah __________ pelajar-pelajar lelaki agar tidak berambut panjang.

a)

penasihat

b)

menasihati

c)

menasihatkan

d)

nasihatkan

6.

Istiadat __________ Yang Dipertuan Agong baru-baru ini telah mendapat liputan yang meluas daripada pihak media.

a)

bertabal

b)

ditabalkan

c)

pertabalan

d)

menabalkan

7.

Ahli perniagaan yang __________ itu kerap menghulurkan sambungan secara senyap-senyap.

a)

dikenal

b)

terkenal

c)

mengenali

d)

berkenalan

8.

"Janganlah kita ________ sesama sendiri," pesan Ustaz Zainal dalam ceramah mingguannya.

a)

dimusuhi

b)

bermusuh

c)

bermusuhan

d)

memusuhkan

9.

Ahli silap mata itu boleh __________ besi sehingga mengejutkan para penonton.

a)

terbengkok

b)

berbengkok

c)

dibengkokkan

d)

membengkokkan

10.

Orang ramai __________ membeli tiket bas untuk pulang ke kampung halaman sempena cuti Tahun Baru Cina.

a)

diasak

b)

mengasak

c)

terasak-asak

d)

berasak-asak

11.

Mulut Mak Bedah _________ apabila melihat jirannya membeli perabot mewah.

a)

dinganga

b)

ternganga

c)

bernganga

d)

menganga

12.

Auni dan Aini _________ setelah berlaku perselisihan kecil.

a)

memaafi

b)

kemaafan

c)

dimaafkan

d)

bermaaf-maafan

13.

Encik Rashidi telah menghantar surat __________ jawatannya pada awal minggu ini.

a)

letakan

b)

diletakkan

c)

meletakkan

d)

peletakan

14.

Ahli-ahli Persatuan Penduduk Taman Kiara sedang _________ masalah gangguan anjing liar di taman mereka.

a)

berbincang

b)

dibincangkan

c)

perbincangan

d)

membincangkan

15.

Guru vokal itu meminta anak muridnya melakukan __________ suara yang kuat untuk menghayati lirik lagu itu.

a)

melontar

b)

dilontar

c)

lontaran

d)

terlontar

16.

Kanak-kanak di pusat _________ itu memang dijaga dengan baik sepanjang masa.

a)

asuhan

b)

terasuh

c)

pengasuh

d)

mengasuh

17.

Pesalah-pesalah trafik itu sudah __________ oleh pegawai polis tengah malam tadi.

a)

ditangkap

b)

tangkapan

c)

menangkap

d)

penangkapan

18.

___________ harga kelapa sawit di pasaran dunia turut menjejaskan pendapatan rakyat Malaysia.

a)

Dijatuhi

b)

Kejatuhan

c)

Berjatuhan

d)

Menjatuhkan

19.

Pokok-pokok rendang ditanam oleh ayah agar sekeliling rumah kami _________ cantik.

a)

dilihat

b)

melihat

c)

kelihatan

d)

penglihatan

20.

Khemah-khemah untuk ahli pasukan itu sudah ___________ oleh penganjur sejak semalam.

a)

terdiri

b)

berdiri

c)

didirikan

d)

mendirikan