wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

VARIASI BAHASA SEM 3

Total questions: 58

Worksheet time: 39mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah TIDAK termasuk dalam kajian tentang variasi bahasa?


I Bahasa sains

II Bahasa turun

III Bahasa istana

IV Bahasa basahan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

2.

Kelainan bahasa yang berdasarkan kawasan atau geografi dikenali sebagai

a)

bahasa formal

b)

bahasa kreol

c)

idiolek

d)

dialek

3.

Yang manakah tiada unsur bahasa halus?

a)

Silakan duduk dahulu.

b)

Bawakan buku ke sini.

c)

Tuan Haji Ali baru sampai.

d)

Adik mahu buang air besar.

4.

Yang manakah mempunyai unsur bahasa formal?

a)

Bahasa basahan

b)

Bahasa slanga

c)

Bahasa pasar

d)

Bahasa dalam

5.

Bahasa pijin ialah bahasa yang

a)

mempunyai penutur jati

b)

tiada bahasa ibunda sendiri

c)

digunakan di kawasan tertentu

d)

menggunakan gaya bahasa formal

6.

Antara satu dialek dengan satu dialek yang lain mempunyai perbezaan dari segi


I tulisan

II sebutan

III kosa kata

IV kesahihan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Yang manakah contoh bahasa slanga?

a)

Gua

b)

Ambo

c)

Banyak baik

d)

Awek cun giler

8.

Saodah bercakap bahasa formal di pejabatnya. Apabila pulang ke rumah ibunya, dia menggunakan bahasa basahan.


Apakah situasi berbahasa yang diamalkan oleh Saodah?

a)

Pengguna diglosia

b)

Pengguna dwibahasa

c)

Pengguna multibahasa

d)

Pengguna bahasa baku

9.

Variasi yang manakah digunakan apabila dua orang daripada bahasa yang berbeza berkomunikasi?

a)

Bahasa basahan

b)

Bahasa slanga

c)

Bahasa pasar

d)

Bahasa kreol

10.
  • Pak Haji Mod, tunggu kejap.
  • Itah pergi dulu ya mak.


Pertuturan di atas melambangkan penggunaan

a)

bahasa kasar

b)

bahasa mesra

c)

bahasa pasar

d)

bahasa kolokial

11.

Yang manakah berkaitan dengan idiolek?

a)

Tempat tinggal

b)

Masalah percakapan

c)

Pertembungan dua kaum

d)

Penggunaan pelbagai bahasa

12.

Yang manakah kumpulan yang semuanya tergolong dalam dialek sosial?

a)

Pijin, dialek daerah

b)

Idiolek, bahasa mesra

c)

Bahasa pasar, bahasa baku

d)

Dialek Kedah, bahasa formal

13.

Persamaan antara bahasa pijin dengan bahasa pasar ialah

a)

kedua-duanya melibatkan penutur daripada kelompok yang berlainan

b)

kedua-duanya tidak mempunyai bahasa ibunda sendiri

c)

kedua-duanya tidak bersifat sementara

d)

kedua-duanya bahasa formal

14.

Yang manakah ciri bahasa istana?

a)

Menggunakan kata singkatan

b)

Boleh berubah mengikut perkembangan masa

c)

Ayatnya mudah dan tidak mementingkan tatabahasa

d)

Menggunakan unsur pemulukan dan pendinaan dalam komunikasi

15.

Yang manakah contoh bahasa formal?

a)

Kita tak sempat pergi sana.

b)

Pendidikan anak-anak bermula dari rumah.

c)

Saya punya anak mau kawan dengan awak punya anak.

d)

Mak Yah kena tarik dulu tali itu baru boleh buka tutup yang di belakang.

16.

Sempadan antara dua dialek yang berbeza dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai

a)

idiolek

b)

diglosia

c)

isoglos

d)

subdialek

17.

Chandran dapat berbahasa Melayu, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris dengan fasih. Oleh itu, Chandran merupakan penutur

a)

ekabahasa

b)

dwibahasa

c)

polibahasa

d)

multibahasa

18.

Yang manakah padanan yang memperlihatkan kewujudan subdialek?

a)

Dialek Timur - dialek Pahang

b)

Dialek Perak - Dialek Selangor

c)

Dialek Terengganu - dialek Kuala Berang

d)

Dialek Pulau Pinang - dialek Negeri Sembilan

19.

Yang berikut terdiri daripada bahasa kasar, KECUALI

a)

Pergi mampus dengan cita-cita kamu itu.

b)

Bininya yang sedang mengandung sakit tenat.

c)

Memang pun dia patut dileteri kerana kuat membuta.

d)

Tuan-tuan dipersilakan mengambil tempat masing-masing sekarang.

20.

Yang manakah ayat yang mengalami percampuran kod?

a)

Lu tunggu sama gua di kedai itu la.

b)

I tak suka sangat kalau you buat muka begitu.

c)

Baginda akan mengadakan sidang media di istana.

d)

Guo mou masak nasik kalo lu pulang ini tengah hari.

21.

Yang manakah kumpulan kata yang kosa katanya terdapat kata yang bukan bahasa dalam?

a)

santap, beradu, bersiram

b)

murka, persalinan, anugerah

c)

berangkat, hamba, singgahsana

d)

semayam, mangkat, allahyarham

22.

Idham termenung. Isterinya yang berbadan dua akan bersalin beberapa hari lagi. Dia tersentak apabila ada yang menegurnya.

Pengurus; Selamat pagi

Idham: Selamat pagi kembali

Pengurus:Wah, termenung jauh.

Idham: Minta maaf. Tapi kenapa awak berkata begitu ?


Yang manakah ciri bahasa halus yang tidak tepat dalam petikan di atas?

a)

pengggunaan ungkapan pemanis

b)

penggunaan bahasa yang sopan

c)

penggunaan kata sapaan yang beradab

d)

penggunaan kata ganti nama diri yang sesuai

23.

"Adik naik motor jelah, kakak,"katanya Mina.


Dialog di atas merujuk pada variasi bahasa

a)

bahasa slanga

b)

bahasa mesra

c)

bahasa tak formal

d)

bahasa kolokial

24.

" Dah hujung bulan ni memang aku ni sengkek sedikit," kata kakak.


Variasi bahasa di atas merujuk bahasa

a)

slanga

b)

mesra

c)

tak formal

d)

halus

25.

Penutur menggunakan dua bahasa atau dua variasi bahasa yang berbeza. Satu bahasa yang digunakan dalam konteks rasmi, manakala satu lagi digunakan dalam situasi tak formal.

Nyatakan variasi bahasa tersebut.

a)

idiolek

b)

diglosia

c)

dwibahasa

d)

multibahasa

26.

Bahasa ini menggambarkan keharmonian antara penutur dengan pendengarnya. Kata sapaan yang digunakan sesuai dengan peringkat kekeluargaan.

Nyatakan variasi bahasa yang dimaksudkan.

a)

bahasa slanga

b)

bahasa istana

c)

bahasa mesra

d)

bahasa basahan

27.

X: bahasa ini digunakan dalam bentuk penulisan akademik

Y: Bahasa ini lazimnya terdapat pengaruh dialek daerah.


Apakah variasi bahasa X dan Y?

a)

diglosia, dialek daerah

b)

bahasa formal, bahasa tak formal

c)

bahasa tak formal. bahasa basahan

d)

bahasa baku, dialek daerah

28.

Wanita yang berbadan dua dinasihatkan agar mengambil kalsium untuk pertumbuhan tulang.


Apakah variasi bahasa di atas ?

a)

bahasa halus

b)

bahasa mesra

c)

bahasa basahan

d)

bahasa istana

29.

Variasi bahasa ini dituturkan oleh sekumpulan penutur tertentu, hanya difahami oleh kumpulan penutur tersebut, dan dituturkan dalam situasi tidak formal.

Apakah variasi bahasa tersebut.

a)

pijin

b)

dialek

c)

slanga

d)

diglosia

30.

Satu garisan dalam pemetaan dialek yang melingkungi sesuatu kawasan yang mempunyai ciri-ciri linguistik yang sama dalam sesuatu bahasa.

Pernyataan di atas merujuk kepada.

a)

dialek

b)

idiolek

c)

isoglos

d)

subdialek

31.

Walaupun lu banyak sibuk, tapi saya punya bapak suruh panggil lu jugak. Atap rumah saya sudah jatuh. Angin banyak kuat.

Apakah variasi bahasa di atas ?

a)

bahasa basahan

b)

bahasa pasar

c)

bahasa kreol

d)

bahasa tak formal

32.

Pak Ngah terlibat dalam kemalangan motosikal. Namun demikian, keadaannya taklah teruk sangat. Saya sempat ziarah Pak NGah petang tadi.

Apakah variasi bahasa di atas?

a)

bahasa baku

b)

bahasa mesra

c)

bahasa basahan

d)

bahasa dalam

33.

Nanti dulu, kita orang masak, lu orang tunggu makan.

a)

bahasa pasar

b)

bahasa pijin

c)

bahasa kreol

d)

bahasa kolokial

34.

Antara yang berikut, yang manakah merujuk pada unsur pendinaan?

a)

hamba pacal yang hina

b)

ke bawah duli tuanku yang mulia

c)

menjunjung sembah duli tuanku

d)

ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun

35.

Yang manakah perkataan yang merujuk ungkapan rutin dalam bahasa istana?

a)

hamba patik yang tua ini

b)

patik pacal yang hina

c)

ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun

d)

menjunjung kasih tuanku

36.

Bahasa ini tidak mementingkan ketepatan tatabahasa, terdapat pertukaran kod dan wujud pengaruh dialek.

Apakah variasi bahasa tersebut ?

a)

bahasa slanga

b)

bahasa tak formal

c)

bahasa mesra

d)

bahasa basahan

37.

Bahasa ini tidak mematuhi tatabahasa, kosa kata tidak baku, sebutannya dipengaruhi oleh sebutan bahasa asing dan tidak menggunakan kata ganti nama diri yang betul.

Apakah variasi bahasa yang dimaksudkan .

a)

bahasa kreol

b)

bahas pasar

c)

bahasa tak formal

d)

bahasa mesra

38.

Kosa kata terbatas, struktur bahasa dipermudah dan tidak mematuhi tatabahasa.

Apakah variasi bahasa tersebut.

a)

bahasa kolokial

b)

bahasa kreol

c)

bahasa pijin

d)

bahasa tak formal

39.

Variasi bahasa ini digunakan dalam perbualan harian, terdapat percampuran kod dan terdapat kependekan kata.

Apakah variasi bahasa tersebut?

a)

bahasa mesra

b)

bahasa kolokial

c)

bahasa tak formal

d)

bahasa halus

40.

Fulamak. gua tangkap lentok sama dia.


Apakah variasi bahasa di atas ?

a)

bahasa slanga

b)

bahasa kasar

c)

bahasa mesra

d)

bahasa basahan

41.

Pernyataan yang manakah yang benar tentang variasi bahasa ?

I- kelainan bentuk bahasa yang digunakan disebabkan oleh pelbagai bidang

II- kelainan bentuk bahasa yang digunakan disebabkan oleh adanya faktor sosial

III- kelainan bentuk bahasa yang digunakan disebabkan oleh adanya situasi tertentu

IV- kelainan bentuk bahasa yang digunakan disebabkan oleh gaya bahasa yang berbeza

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

42.

Padanan manakah yang betul antara contoh ayat X, Y, dan Z dengan jenis variasi bahasanya ?

a)

X- bahasa basahan

Y- bahasa formal

Z- bahasa mesra

b)

X- bahasa pasar

Y- bahasa formal

Z- bahasa slanga

c)

X- bahasa slanga

Y- bahasa mesra

Z- bahasa pasar

d)

X- bahasa slanga

Y- bahasa halus

Z- bahasa basahan

43.

Yang manakah antara berikut ialah ciri bahasa formal ?

a)

ayat yang gramatis

b)

imbuhan yang tepat

c)

bahasa yang kreatif

d)

perbendaharaan kata yang pelbagai

44.

Pilih jawapan yang tepat berdasarkan pilihan jawapan yang telah diberikan .

a)

I dan III

b)

II dan IV

c)

II dan III

d)

I dan IV

45.

Yang manakah contoh ayat bagi bahasa Kreol ?

a)

Guo mo hantar surat sama adik.

b)

You nak pegi Penang ?

c)

Gua punya anak satu budak baik.

d)

Awek bro cun giler.

46.

Yang manakah ciri variasi bahasa baku ?

a)

I dan III

b)

II dan IV

c)

III dan IV

d)

I dan II

47.

Yang manakah padanan yang betul antara variasi bahasa dengan contoh ayatnya ?

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

48.

I- sejenis bahasa kacukan yang asalnya daripada sekurang-kurangnya dua bahasa

II- mempunyai sekumpulan penutur jati yang menuturkannya sebagai bahasa ibunda

Pernyataan di atas menepati ciri variasi bahasa

a)

pijin

b)

dialek

c)

kreol

d)

kolokial

49.

Padanan contoh perkataan yang manakah yang kesemuanya menepati jenis variasi bahasanya ?

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

50.

Pernyataan yang manakah yang benar tentang bahasa Melayu baku ?

I- khusus digunakan dalam penulisan

II- dipilih berdasarkan variasi dialek yang ramai penuturnya

III- ejaannya bersifat fenomik

IV- pembakuannya meliputi semua aspek bahasa

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

51.

Yang manakah ciri bahasa pijin ?

I- dituturkan oleh kelompok remaja

II- terdapat bahasa yang lebih dominan

III- kosa katanya dicipta oleh penutur sendiri

IV- dituturkan oleh sekumpulan penutur untuk tujuan yang paling asas

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

52.

Ayat yang manakah yang termasuk dalam variasi bahasa tak formal ?

a)

Sudah lama mereka duduk di kampung itu.

b)

Semua perkara itu perlu kamu selesaikan.

c)

Bola itu dia simpan di dalam stor.

d)

Awak nak ke mana?

53.

Yang manakah padanan yang betul antara variasi bahasa dengan contoh ayatnya ?

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

54.

Pernyataan yang manakah yang tidak benar mengenai ideolek ?

a)

penutur masih menuturkan bahasa yang sama dengan penutur lain

b)

gaya pertuturan individu yang berbeza daripada individu yang lain

c)

bahasa yang digunakan mempunyai makna yang berbeza antara penutur

d)

unsur tertentu dalam bahasa berubah-ubah mengikut penutur yang berbeza

55.

Saya punya adik belakang api kereta stesen. Sana banyak bising kalu api kereta datang . Mau bikin rumah lain tempat duit tada. Lama-lama saya, tambi, aci, sama itu dua lembu boleh pekak.

Nyatakan satu ciri variasi bahasa yang terdapat dalam petikan.

(a)  

56.

Apakah jenis variasi bahasa yang menepati ciri-ciri di atas ?

(a)  

57.

I- penuturnya terhad

II- kosa katanya membawa erti khusus dan hanya difahami oleh kelompok tertentu

III- kosa katanya mungkin pupus

Apakah jenis variasi bahasa X ?

(a)  

58.

Apakah jenis variasi bahasa yang digunakan dalam petikan lirik lagu di atas ?

(a)