wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ ELAK JENAYAH SIBER (AWAS! ANDA DIPERHATIKAN)

Total questions: 15

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Adakah jenayah siber boleh berlaku sekiranya teknologi peranti yang digunakan tidak mempunyai akses internet?

a)

Ia bergantung dengan tahap kelajuan internet

b)

Tidak. Jenayah siber memerlukan akses internet untuk memerangkap mangsa

c)

Ya. Jenayah siber boleh dilakukan pada mana-mana peranti

d)

Jenayah siber hanya boleh dilakukan pada telefon pintar sahaja

2.

Adakah penjawat awam yang memegang pangkat tinggi terkecuali daripada melakukan jenayah komersil?

a)

Ya, mereka terkecuali kerana mereka berintegriti tinggi.

b)

Penjawat awam yang mempunyai pangkat turut mempunyai autoriti dalam dalam sesuatu tugas

c)

Tidak, sesiapa sahaja boleh terlibat dalam jenayah komersil

d)

Jenayah kolar putih tidak berkait rapat dengan jenayah komersil

3.

Negara manakah yang mendalangi sindiket "Macau Scam"?

a)

Taiwan dan Vietnam

b)

China dan Thailand

c)

Taiwan dan Singapura

d)

Taiwan dan China

4.

Apa itu platform VOIP?

a)

Voice on Internal Protocol

b)

Voice Over Internet Protocol

c)

Voice over Insecure Privacy

d)

Voice Over Inactive Project

5.

Bagaimanakah "Spoofing" boleh berlaku?

a)

Pemanggil akan berkomunikasi menggunakan platform VOIP untuk membolehkan mereka menggunakan sebarang nombor telefon untuk memperdaya mangsa.

b)

Pemanggil menggunakan beberapa peranti yang berbeza untuk menghubungi mangsa yang berbeza

c)

Spoofing bertujuan untuk memberi amaran kepada mangsa

d)

Mangsa akan dihubungi oleh nombor yang tidak dikenali

6.

Yang manakah tips pembelian online yang benar?

a)

Menyimpan transaksi atau bukti

b)

Tidak berhati-hati dengan harga yang terlalu murah

c)

Identiti penjual tidak disahkan terlebih dahulu

d)

Mengambil ringan tentang testimoni pembeli lain

7.

Apakah 2 ciri bagi mangsa "Love scam"?

a)

Sentiasa berwaspada

b)

Mudah "diayat" dengan kata-kata manis

c)

Tidak mudah terpengaruh

d)

Kesunyian

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan Phishing/kecurian maklumat?

a)

Berkenalan dengan seseorang melalui internet

b)

Kaedah jual beli malalui internet

c)

Cara mendapatkan maklumat peribadi pengguna bank online secara tidak sah

9.

"Suspek mendakwa ingin mengahwini mangsa di Malaysia, namun setibanya di Malaysia, suspek menghubungi mangsa dan mendakwa dirinya telah ditangkap oleh pihak berkuasa yang kemudiannya menghendaki mangsa membayar sejumlah wang ringgit untuk pembebasan suspek"

Situasi di atas merujuk kepada...............

a)

Cara penipuan "Macau Scam"

b)

Cara pinjaman tak wujud

c)

Cara tipu beli online

d)

Cara penipuan "Love scam"

10.

"Suspek meminta mangsa untuk membuka beberapa akaun bank yang baru dan meminta menyerahkan kad ATM dengan alasan untuk tujuan bayaran gaji"

Situasi di atas merujuk kepada................

a)

Sindiket dadah

b)

Sindiket kad ATM

c)

Sindiket penyeludupan migran

d)

Sindiket mata wang kripto

11.

Apakah maksud Pinjaman Tak Wujud?

a)

Tawaran Pinjaman melalui media sosial

b)

Memberikan pinjaman yang lumayan dengan bayaran yang rendah

c)

Mengenakan bayaran untuk mendapatkan kelulusan pinjaman

d)

Menawarkan pinjaman kepada mangsa di mana kemudahan pinjaman tersebut sebenarnya tidak wujud dan mengenakan bayaran terhadap proses mendapatkan kelulusan bagi pinjaman tersebut

12.

Bagaimanakah penjenayah memerangkap mangsa melalui penipuan "Pinjaman Tak Wujud"?

a)

Menggunakan poster atau iklan pinjaman dalam laman sosial seperti Facebook

b)

Menelefon mangsa

c)

Menghantar SMS kepada mangsa

d)

Menyamar sebagai rakan mangsa di Whatsapp

13.

Apakah cara penipuan yang digunakan dalam pelaburan MLM?

a)

Mengajak mangsa menjadi rakan kongsi dalam sebuah perniagaan

b)

Menawarkan pelbagai ganjaran yang sangat lumayan

c)

Sindiket memperdaya mangsa dengan kisah jutawan segera dengan mempamerkan kenderaan mewah dan sebagainya hasil daripada keuntungan perniagaan yang diceburi

d)

Menggunakan platform media sosial seperti Facebook

14.

Pilih pernyataan yang benar mengenai golongan yang menjadi mangsa jenayah siber.

a)

Macau Scam (mensasarkan golongan yang mudah terpedaya dengan iklan cepat kaya)

b)

Love Scam (mensasarkan pengguna media sosial yang lonely, desperate, mahukan perhatian dan mempunyai banyak masa untuk chatting)

c)

Pinjaman Tak Wujud (mensasarkan golongan yang mempunyai sejumlah wang dalam akaun bank)

d)

E-Financial Fraud (mensasarkan pembeli online yang mahukan barang murah daripada harga sebenar di pasaran)

15.

Tutup telefon anda jika orang yang berada di telefon ....................

a)

Meminta anda membayar seperti tunggakan yang anda tidak langgan atau laksanakan

b)

Merupakan rakan karib anda

c)

Bercakap tentang kerjaya anda

d)

Merupakan kekasih anda