WorksheetsKOMUNIKASI DALAM TEMU DUGA
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
1. Apakah yang dimaksudkan dengan temu duga?
A. Temu duga merupakan satu bentuk wawancara berstruktur.
B. Temu duga merupakan sesi tanya jawab antara calon dan panel penemu duga.
C. Temu duga merupakan sesi dialog terkawal
D. Semua di atas
2. Elemen-elemen temu duga ialah
A. Panel Penemu duga, calon temu duga, tempat temu duga dan masa temu duga
B. Tempat temu duga, tarikh temu duga, masa temu duga dan calon temu duga
C. Panel penemu duga, tujuan panel penemu duga, calon temu duga dan tujuan calon penemu duga
D. Panel penemu duga, soalan panel penemu duga, calon temu dan jawan calon temu duga
3. Persediaan yang harus dilakukan oleh calon temu duga kecuali
A. Penampilan
B. Kemahiran komunikasi
C. Persedian minda
D. Persediaan dokumen
4. Berikut adalah perkara-perkara yang harus dielakkan semasa temu duga kecuali
A. Sentiasa berfokus ke arah wajah penemu duga
B. Sentiasa lemparkan senyuman kepada penemu duga
C. Berbual mesra dengan penemu duga
D. Tunduk ke bawah untuk mengawal gemuruh
5. Berikut adalah dokumen yang perlu ada dalam fail calon temu duga
A. Dokumen asal dan salinannya
B. Salinan keratan iklan
C. Surat rujukan
D. Surat sokongan
6. Struktur asas temu duga dibahagikan kepada tiga iaitu permulaan temu duga, pertengahan temu duga dan pengakhiran temu duga. Tujuan pengakhiran temu duga ialah
A. Panel penemu duga memberi peluang kepada calon untuk bertanya
B. Panel penemu duga memberi peluang kepada calon untuk bertenang
C. Panel penemu duga memberi peluang kepada calon untuk membaiki kesilapan calon
D. Panel penemu duga memberi peluang kepada calon untuk memberitahu sumbangan calon
7. Kegagalan komunkasi calon temu duga dapat dilihat seperti berikut kecuali
A. Komunikasi dialek negeri
B. Idea tidak lancar dan tersekat-sekat
C. Banyak berhujah daripada berdiam
D. Mengulang jawapan yang sama
8. Membongkokkan badan ke hadapan sedikit oleh calon temu duga menunjukkan
A. Calon kurang mendengar atau kurang faham soalan panel penemu duga
B. Calon berminat dan menumpukan sepenuh perhatian
C. Calon berasa selesa dan tenang
D. Calon peramah dan mudah bergaul dengan orang lain
9. Kriteria-kriteria resume terbaik adalah seperti berikut kecuali
A. Satu atau dua muka surat sahaja (pastikan ianya berwarna dan menarik.
B. Menggunakan gambar profesioanal berlatar belakang putih atau biru
C. Font yang sesuai adalah seperti Arial, Helvetica, Tahoma dan San Serif
D. Senaraikan pengalaman dan pencapaian daripada terdahulu hingga terkini
10. Salah satu kepentingan Video Resume adalah
A. Ia merupakan video ringkas yang menerangkan tentang latar belakang seseorang
B. Ia merupakan video ringkas yang menerangkan tentang latar belakang serta pencapaian seseorang dengan ringkas
C. Ia merupakan video ringkas yang menerangkan tentang latar belakang seseorang dengan mudah dan murah
D. Ia merupakan media yang mudah dapat dikongsikan kepada orang-orang yang memerlukannya
