Font size
WorksheetsKuiz Integriti JKDM Perlis 2022
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah yang dimaksudkan dengan Integriti?
Integriti adalah amalan bersikap jujur dan ketulusan
Integriti adalah amalan meningkatkan motivasi didalam kehidupan
Integriti adalah amalan bersopan santun
Integriti adalah sikap berhati-hati melakukan pekerjaan
Mengapakah integriti penting dalam pekerjaan?
Tidak menjejaskan kesihatan pekerja
Tidak menjejaskan kepercayaan organisasi
Tidak menjejaskan moral diri
Tidak menjejaskan kualiti diri
“Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 seksyen 25 (3) dan (4) telah mewajibkan mana-mana orang yang diminta atau diperoleh daripadanya suapan supaya melaporkan permintaan atau perolehan tersebut dengan segera”.
Sekiranya gagal, apakah hukuman yang akan dikenakan
5 tahun penjara
Sebat 100 kali
Buang daerah
Denda tidak lebih RM10,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali
Apakah itu dokumen Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)?
Satu dokumen dasar antirasuah yang bertujan untuk menangani permasalah dan kelemahan governans, integriti dan rasuah dalam peringkat nasional.
Satu dokumen dasar antirasuah yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan rasuah dalam organisasi.
Satu dokumen dasar rasuah yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan individu.
Satu dokumen dasar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Peraturan mengenai tatakelakuan dan tatatertib bagi Pegawai Awam adalah diperuntukkan di bawah Peraturan berikut:
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993, P.U(A)395
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993, P.U(A)396/1993
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan 1994, P.U.(A)458/1994
Bolehkah pegawai awam yang belum disahkan jawatan membuat permohonan melakukan pekerjaan luar?
Boleh
Tidak boleh
Seorang pegawai awam boleh dikenakan tindakan tatatertib jika berkongsi pendapat peribadi di media sosial masing-masing untuk mempertikaikan dan memburukkan dasar/program/keputusan Kerajaan.
Ya
Tidak
Perbuatan yang melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 adalah.
Tidak Hadir Bertugas
Menyalahguna Dadah
Memalsukan Sijil Cuti Sakit
Keberhutangan yang serius
Berikut merupakan perkara-perkara larangan selaku penjawat awam tetapi boleh dilaksanakan dengan KEBENARAN JABATAN kecuali:
Terlibat dalam perniagaan
Menerbitkan buku
Mengambil bahagian dalam politik (kumpulan sokongan)
Mengambil dadah
Apakah nama kumpulan pekerja yang membantu membimbing rakan sekerja dalam sesebuah organisasi perkhidmatan awam?
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)
Pekerja Harapan Bangsa
Pertubuhan Pekerja-Pekerja Awam
Pelepasan 4 jam perlu diganti.
Benar
Salah
Pengisytiharan harta hendaklah dibuat sekurang-kurangnya
Setiap bulan
Sekali sebelum bersara
Sekali dalam tempoh lima tahun
Pada tarikh melapor diri sahaja
Pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib akan direkodkan dalam:-
Buku pergerakan anggota
Buku rekod perkhidmatan
Permit
Buku biru
Seseorang penjawat awam boleh dicadangkan untuk menjalani proses Dasar Pemisah (Exit Policy) jika mendapat markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) seperti di bawah:
80 markah
75 markah
70 markah
60 markah
Pegawai Penilai atau Penyelia boleh dikenakan tindakan tatatertib berdasarkan justifikasi kes jika kakitangan di bawah seliaannya dijatuhkan hukuman tatatertib.
Benar
Salah
Penyelia yang menyembunyi@tidak melaporkan salah laku kakitangan boleh dikenakan tindakan tatatertib ke atasnya seliaannya.
Benar
Salah
Surcaj adalah suatu kaedah bagi kerajaan mengutip balik segala kehilangan atau kerugian yang telah dilakukan oleh pegawai, atas sebab berikut, KECUALI:
i. Gagal memungut wang yang mesti dibayar
ii. Pembayaran wang yang tidak sepatutnya
iii. Kehilangan, kekurangan atau kerosakan harta kerajaan
iv. Kegagalan menyelenggara rekod dengan sempurna
I,ii,
I,ii, iii
I, ii dan iv
Semua di atas
Seseorang penjawat awam perlu berada di tempat kerja 10 minit sebelum waktu kerja rasmi bermula. Betul atau salah?
Betul
Salah
Berikut merupakan hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kepada penjawat awam yang didapati melanggar disiplin kecuali:
Lucut Hak Emolumen
Tangguh pergerakan gaji
Amaran
Pembekuan
Berikut adalah kesalahan berkaitan rasuah kecuali :
Meminta /menerima rasuah
Menawar/memberi suapan
Mengemukakan tuntutan palsu
Memberi hadiah hari lahir kepada rakan sekerja
