wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KESIHATAN DOKTOR MUDA 2022

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Yang mana satu BUKAN kebaikan bersenam?

a)

Membantu mencegah penyakit

b)

Badan menjadi sihat dan kuat

c)

Melemahkan otot dan tulang

d)

Mengurangkan stress

2.

Berapakah langkah mencuci tangan dengan betul?

a)

dua

b)

lima

c)

tujuh

d)

sembilan

3.

Mengapa kita harus menggunakan sabun untuk mencuci tangan?

a)

membersihkan tangan dari kotoran yang mengandungi kuman

b)

menjadikan tangan lebih sihat

c)

memastikan tangan menjadi lebih cantik

4.

Berapakah jumlah kumpulan makanan?

a)

tiga

b)

lima

c)

tujuh

d)

empat

5.

Yang mana satu kumpulan makanan yang kedua?

a)

Nasi, mi dan roti

b)

Buah-buahan dan sayur-sayuran

c)

Ikan, ayam dan daging

d)

Susu dan produk tenusu

6.

Mengapa kumpulan makanan ini perlu diambil dalam jumlah yang sedikit?

a)

meningkatkan ketahanan badan

b)

meningkatkan risiko penyakit kronik

c)

membekalkan protein dan vitamin

7.

Ianya merupakan sumber bagi magnesium, fosforus, vitamin D dan kalsium.

a)

buah-buahan

b)

minyak

c)

ikan

d)

susu

8.

Apakah kepentingan piramid makanan?

a)

membantu kita untuk makan secara sihat dan seimbang

b)

membuat kita makan secara kenyang

c)

menjadikan badan lemah dan tidak sihat

9.

Virus Covid-19 tersebar melalui sentuhan fizikal secara langsung dengan orang yang dijangkiti

a)
b)
10.

Yang mana satu BUKAN simptom gejala Covid-19?

a)

demam

b)

selesema

c)

sakit gigi

d)

sesak nafas

11.

Pilih DUA golongan yang berisiko tinggi dijangkiti virus Covid-19. (TANDAKAN 2 PILIHAN JAWAPAN)

a)

warga emas

b)

orang dewasa

c)

kanak-kanak

d)

orang sihat

12.

Antara berikut BUKAN langkah pencegahan virus COVID-19?

a)

menyentuh mata, hidung dan mulut tanpa membasuh tangan

b)

menggunakan hand sanitizer

c)

memakai penutup hidung dan mulut di tempat sesak

d)

kerap mencuci tangan

13.

Pilih TIGA cara untuk menjadi sihat dan kuat.

a)

makan makanan yang sihat

b)

bersenam

c)

tidur sepanjang hari

d)

mencuci tangan dengan bersih

14.

Pilih cara penjagaan mata yang betul

a)

Menggosok mata dengan tangan atau benda kasar

b)

Penggunaan sebarang ubat tanpa arahan

c)

Memakai cermin mata gelap jika berada di kawasan matahari terik

d)

Menonton TV secara dekat

15.

Kata-kata orang yang sentiasa berfikiran positif. (PILIH DUA JAWAPAN YANG BETUL)

a)

"Saya memang tidak berguna"

b)

"Saya pasti boleh lakukan"

c)

"Semua orang tidak sukakan saya"

d)

"Saya akan berusaha sampai berjaya"

16.

Berikut merupakan tempat pembiakan nyamuk di kawasan sekolah kecuali:

a)

Kolam hiasan

b)

Alas pasu bunga

c)

Mangkuk tadahan susu getah

d)

Pam tandas

17.

Berikut adalah tanda-tanda demam denggi yang betul KECUALI

a)

Sakit teruk pada tulang, otot, sendi dan biji mata

b)

Sakit kepala

c)

Batuk

d)

Ruam merah di kulit

18.

Cara-cara memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. PILIH DUA JAWAPAN

a)

Buang air dalam alas pasu bunga dan basuh sehingga bersih setiap minggu

b)

Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas simpanan air setiap 3 bulan

c)

Membiarkan air bertakung di tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes

d)

Tukar air jambangan bunga setiap 2 bulan

19.

Kebaikan mengambil sarapan pagi adalah seperti berikut KECUALI

a)

Menyumbang kepada pengambilan tenaga dan nutrien harian

b)

Lebih bertenaga dan fokus di dalam kelas

c)

Meningkatkan daya ingatan

d)

Kurang cergas di dalam kelas

20.

Berikut merupakan penyakit yang berkaitan dengan kuku yang kotor. PILIH DUA JAWAPAN YANG BETUL

a)

Keracunan makanan

b)

Demam Denggi

c)

Demam panas

d)

Jangkitan cacing

21.
Gaya hidup sihat perlu diamalkan kerana
a)
dapat menghindarkan diri daripada penggunaan dadah
b)
ibu bapa tidak memberikan kebebasan dalam pergaulan
c)
dapat menjimatkan duit keluarga
d)
dapat menjimatkan masa
22.

Pilih pernyataan yang salah mengenai punca merokok .

a)

Pengaruh daripada kawan-kawan

b)

Ingin mencuba

c)

Galakan ibu bapa

d)

Pengaruh iklan

23.
Apakah tindakan anda sekiranya terserempak dengan rakan yang sedang merokok 
a)
memarahi mereka
b)
membiarkan mereka
c)
melaporkan kepada guru 
d)
tidak ambil peduli
24.
8. Yang manakah antara berikut, merupakan amalan yang baik bagi menjaga kesihatan anda ?    
a)
A. Meminjam barang keperluan orang lain seperti tuala, berus gigi dengan meminta izin terlebih dahulu. 
b)
B. Membasuh tangan selepas makan sahaja.
c)
C. Memastikan kuku sentiasa pendek dan bersih 
d)
D. Memberus gigi sehari sekali sahaja. 
25.
Apakah yang di maksudkan dengan ‘kesihatan’ ?  
a)
 A. Sihat dari segi fizikal, emosi, mental, sosial dan rohani. 
b)
B. Sihat daripada segala jenis penyakit. 
c)
C. Tidak pernah menghadapi sebarang jenis penyakit berjangkit 
d)
D. Tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan dari klinik atau hospital.