wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TATABAHASA BAHASA MELAYU TAHUN 5

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.
"__________ berdua telah tersesat di dalam bandar,"Aidil memberitahu pegawai polis itu.
a)
Dia
b)
Aku
c)
Saya
d)
Kami
2.

Simpulan bahasa yang sesuai bagi gambar di atas ialah....

a)

Kaki ayam

b)

Kaki bangku

c)

Kaki meja

d)

Kaki botol

3.

Apakah maksud simpulan bahasa mandi kerbau?

a)

Mandi bersama kerbau

b)

Mandi di bilik air

c)

Mandi tidak guna sabun

d)

Tidak mandi

4.

Nenek sedang ____________________

a)

menjahit pakaian

b)

menenun songket

c)

melukis gambar

d)

menganyam tikar

5.

Encik Goh dan keluarganya berkunjung ke rumah saudaranya pada Tahun Baharu Cina.

Perkataan yang bergaris bermaksud ____________

a)

tidur

b)

berbual

c)

melancong

d)

melawat

6.

Encik Gan sedang _____________ troli di pasar raya.

a)

menarik

b)

memasang

c)

menolak

d)

mengangkat

7.

Robert telah dipilih menjadi _____________ sekolah pada tahun ini.

a)

olahragawati

b)

olahragawan

c)

mahasiswa

d)

dermawan

8.

Bangunan______________ itu menjadi mercu tanda di Teluk Intan.

a)

tegak

b)

lurus

c)

condong

d)

senget

9.

Sin Ling akan pulang ________ kampung pada hujung minggu ini untuk menziarahi datuk dan neneknya.

a)

di

b)

ke

c)

dari

d)

daripada

10.

Sultan Ahmad Shah amat pemurah. __________ sangat disenangi oleh rakyat jelata.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Baginda

11.

Pak Mamat menebang beberapa _________ buluh untuk membuat rakit.

a)

batang

b)

ruas

c)

ikat

d)

puntung

12.

Ibu __________ sarung ketupat mini itu untuk dijadikan hiasan rantai kunci.

a)

teranyam

b)

anyaman

c)

dianyam

d)

menganyam

13.

Amalan menabung hendaklah dipupuk dalam kalangan murid sejak kecil seperti _________________________.

a)

menarik rambut dalam tepung

b)

alah membeli menang memakai

c)

anjing dengan kucing

d)

melentur buluh biarlah dari rebungnya

14.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberi.

Sebanyak 25 buah gerai mengambil bahagian dalam jualan Hari Kantin itu.

a)

Siapakah yang merasmikan Hari Kantin sekolah itu?

b)

Di manakah jualan Hari Kantin itu diadakan?

c)

Berapakah bilangan gerai yang mengambil bahagian dalam jualan Hari Kantin itu?

d)

Apakah objektif Hari Kantin itu dianjurkan?

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

Cikgu Tan tampalan poster tentang Hari Keusahawanan pada papan kenyataan sekolah.

b)

Nina memasukkan baki wang belanjanya ke dalam tabung.

c)

Kedai coklat Puan Liza itu terletak ke bandar Kajang.

d)

Kakak menggunakan lima buah telur untuk membuat kek mentega.

16.

Jaden memelihara beberapa ekor _________ yang diimport dari luar negara.

a)

bebawang

b)

bebola

c)

bebiri

d)

bebayang

17.

Hayden membuang semua air yang bertakung di rumahnya untuk mengelakkan pembiakan ____________________.

a)

sesumpah

b)

kekura

c)

jejentik

d)

tetikus

18.

Saya dan Aminah berkawan baik. _________ pergi ke sekolah bersama-sama.

a)

Dia

b)

Kita

c)

Mereka

d)

Kami

19.

Kita seharusnya mengutamakan ____________ alam sekitar dalam menangani penyakit berjangkit.

a)

kesucian

b)

kesihatan

c)

keceriaan

d)

kebersihan

20.

Pembelian panik di pasar raya _________ negara telah mendapat _________ luas daripada media massa.


(Digalakkan merujuk kamus bagi istilah-istilah di bawah)

a)

seantero . . . . litupan

b)

seluruh . . . . liputan

c)

semua. . . . liputan

d)

segala . . . . litupan

21.

Bapa membeli lima puluh ____________ sate ayam untuk santapan malam kami sekeluarga.

a)

batang

b)

ekor

c)

cucuk

d)

bentuk

22.

________ roti sudah memadai untuk sarapan kami bertiga.

a)

Sebungkus

b)

Sebuku

c)

Sebutir

d)

Sebuah

23.

Pilih satu kata nama am bagi manusia.

a)

penulis

b)

kucing

c)

kampung

d)

payung

24.

Kuih-muih yang dijual oleh penjaja itu sangat _________.

a)

mewah

b)

masam

c)

lazat

d)

merdu

25.

Jam itu tergantung ___________ dinding.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

di

26.

Penyambut tetamu itu _____________ senyuman yang manis kepada pelanggan yang datang.

a)

berukir

b)

terukir

c)

diukirkan

d)

mengukirkan

27.

Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Bestari kerana murid-muridnya___________________

a)

rambang mata

b)

tajam akal

c)

otak udang

d)

tanda mata

28.

Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.

a)

mulut tempayan

b)

banyak mulut

c)

pembasuh mulut

d)

mulut murai

29.

"Kalau ______________ izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu," sembah ahli kepada sultan.

a)

tuan

b)

tuanku

c)

baginda

d)

tuan hamba

30.

Pekerja-pekerja di hotel itu menyiapkan pentas khas untuk majlis

a)

bermandi peluh

b)

bertegang urat

c)

berputih tulang

d)

berpatah arang

31.

3. Abang Man mengelap meja ...... mendengar radio.

a)

sambil

b)

kerana

c)

lalu

32.

4. Laila suka menyanyi.....adiknya pula suka menari.

a)

dan

b)

atau

c)

tetapi

33.

Semasa ekspedisi berbasikal itu, mereka ___________ berkayuh sepanjang 10 kilometer.

a)

berhempas-pulas

b)

bersimpang-siur

c)

berlintang-pukang

d)

bertunggang-langgang

34.

1. Pertandingan bola sepak tersebut diadakan di _____________.

a)

bilik darjah

b)

padang sekolah

c)

rumah Alia

d)

pasar raya

35.

2. ________________ itu sedang mengira wangnya untuk mengetahui hasil jualannya pada hari itu.

a)

Penyanyi

b)

Pelakon

c)

Peniaga

d)

Pembeli

36.

7. Ayah menghadiahkan abang seutas _____________ tangan sempena hari lahirnya yang ke-17 tahun.

a)

topi

b)

dompet

c)

jam

d)

pensel

37.

Pasukan pengawal itu _______________ menjalankan tugas.

a)

A. berganti-ganti

b)

B. bergilir-gilir

c)

C. bertukar-tukar

d)

D. berjalan-jalan

38.

Para penonton telah memberi ______________ yang bergemuruh setelah dia mengakhiri ucapannya.

a)

A. teriakan

b)

B. tepukan

c)

C. sorakan

d)

D. pekikan

39.

Segala __________ rakan-rakannya tidak dihiraukan, malahan dijadikannya sebagai satu ____ untuk terus mencuba.

a)

A. pujian .... halangan

b)

B. rungutan .... dorongan

c)

C. umpatan .... dorongan

d)

D. sindiran .... kemenangan

40.

Ardel yang ringan mulut itu sungguh_______________dengan semua orang walaupun dia baru sahaaja berpindah ke kampung itu.

a)

sombong

b)

marah

c)

ramah

d)

gembira