wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

INTEGRITI

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Seseorang penjawat awam boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh jabatan kerana menyalahgunakan media sosial dalam sektor awam.

a)

Benar

b)

Salah

2.

Merujuk kepada peraturan 21, Peraturan-peraturan pegawai Awam ( Kelakuan Tata Tertib) 1993, yang manakah tidak menjadi kesalahan.

a)

Memakai lambang parti politik

b)

Mengundi parti politik

c)

Berkempen bagi pihak parti politik

d)

Membuat tunjuk perasaan untuk mana-mana parti politik.

3.

Satu penilaian yang digunakan bagi menilai tahap persepsi rasuah sesebuah negara adalah dipanggil :-

a)

Kadar ketelusan

b)

Indeks Persepsi Rasuah (CPI)

c)

Ikrar integriti koporat

d)

Penilaian Integriti

4.

Pelan Integriti Nasional dilancarkan pada ……….. oleh ……………..

a)

25 April 2000 , Tun Mahathir bin Mohammad

b)

20 April 2007 , Datuk Seri Najib Tun Razak

c)

23 April 2004, Tun Abdullah b Haji Ahmad Badawi

d)

29 April 2002 , Tun Mahathir bin Mohammad

5.

Berikut merupakan sasaran dalam Pelan Integriti Nasional . Padanan mana yang TEPAT?

a)

Sasaran 4 : Memerangi gejala rasuah , penyelewengan dan salah guna kuasa secara menyeluruh dan berkesan

b)

  Sasaran 2 : Meningkatkan kecekapan dalam system penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi

c)

Sasaran 1 : Meningkatkan tadbir urus koporat , etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat.

d)

Sasaran 3 : Memantapkan institusi keluarga dan komuniti.

6.

Faktor kemerosotan integriti dalam individu adalah disebabkan oleh,

a)

Kepimpinan kurang berteladan, lemah iltizam

b)

Kurang Pendidikan dan penghayatan nilai-nilai murni.

c)

Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan

d)

Pertindihan skop,tugs dan tanggungjawab antara institusi.

7.

Untuk memerangi gejala rasuah Pelan Anti Rasuah Nasional mempunyai 6 strategi merangkumi 17 objektif strategik dan membabitkan 115 inisiatif yang bermatlamat untuk mencapai 3 perkara penting KECUALI :

a)

Integriti dalam Perniagaan

b)

Kecekapan dan kesegiaan bertindak balas dalam perkhidmatan awam

c)

Tanggungjawab dan kredibiliti dalam badan kehakiman , pendakwaan dan agensi penguatkuasaan undang-udang

d)

Ketelusan dalam system politik dan pemerintahan kerajaan

8.

Berikut adalah tiga (3) asas utama kepada model pemantapan Integriti Negara & masyarakat KECUALI?

a)

Masyarakat sivil

b)

Komuniti

c)

  Keluarga

d)

  Sahabat sejati

9.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan program yang dikenali sebagai Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO).

a)

Betul

b)

Salah

10.

Apakah  jenis aduan dan siasatan yang boleh diproses di Unit Integriti?

a)

Salahlaku pegawai dan kakitangan MPS yang berjawatan kontrak.

b)

Kesalahan jenayah berhubung penjawat awam

c)

Salahguna kuasa oleh penjawat awam

d)

Semua di bawah.

11.

 

Apakah agensi majoriti tangkapan yang dibuat oleh SPRM dalam sektor awam?

a)

Penguatkuasaan

b)

Kewangan

c)

Pertahanan

d)

Kerjaraya

12.

Berikut merupakan strategi yang digunakan oleh SPRM dalam membendung rasuah KECUALI.

a)

Penguatkuasaan

b)

Pencegahan

c)

Pemuliharaan

d)

Pendidikan

13.

IBR ( Ikrar Bebas Rasuah ) diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

a)

Betul

b)

Salah

14.

“ Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 seksyen 25 (3) dan (4) telah mewajibkan mana-mana orang yang diminta atau diperoleh daripadanya suapan supaya melaporkan permintaan atau perolehan tersebut dengan segera”.

Sekiranya gagal,apakah hukuman yang akan dikenakan?

a)

5 tahun penjara

b)

  Denda tidak lebih RM 10,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali

c)

Sebat 100 kali

d)

Buang daerah.

15.

Apakah definisi kerahsiaan?

a)

Kerahsiaan maklumat atau data yang disimpan bersifat peribadi dan tidak boleh dikongsi dengan orang lain.

b)

Kualiti untuk menjadi jujur dengan prinsip-prinsip moral yang kuat

c)

Sentiasa bercakap benar, tidak pernah mencuri atau menipu

d)

Sesuatu yang dirahsiakan

16.

Integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran serta amalan bermoral tinggi.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Apakah kepentingan kerahsiaan di tempat kerja?

a)

Syarikat perlu mempunyai rahsia.

b)

Pekerja akan berbangga dalam bekerja

c)

Perlu pengubahsuaian tempat kerja yang lebih baik

d)

Maklumat boleh disalahgunakan untuk melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

18.

Maklumat kerahsiaan di tempat kerja boleh dipecahkan kepada tiga(3) kategori kecuali

a)

Maklumat kakitangan

b)

Maklumat laman web syarikat

c)

Maklumat pengurusan

d)

Maklumat perniagaan

19.

  Maklumat sulit kakitangan adalah maklumat seperti  alamat rumah, maklumat kenalan, maklumat peribadi dan maklumat ………..

a)

Keluarga

b)

Saudara – mara

c)

Jiran tetangga

d)

Peperiksaan anak-anak

20.

   Seorang Timbalan Pengarah, menerima tiket kapal terbang pergi balik dari Kuala Lumpur ke London bernilai RM3,022.00 daripada seorang kontraktor sebagai dorongan memberikan projek penyelenggaraan Taman Putra Perdana, Putrajaya bernilai RM 3,521,894.48 kepada kontraktor berkenaan. Apakah jenis kesalahan yang telah di lakukan oleh Timbalan Pengarah tersebut?

a)

Meminta / Menerima suapan

b)

  Menawar / Memberi suapan

c)

 Menggunakan Kedudukan dan Jawatan untuk suapan

d)

Semua di bawah

21.

    Adakah pegawai awam yang telah melakukan kesalahan meminda/memalsukan Sijil Cuti Sakit telah melakukan kesalahan di bawah Akta ASPRM 2009?

a)

Ya. Pegawai awam tersebut telah melakukan kesalahan Jenayah di bawah Sek 18 ASPRM 2009.

b)

Ya. Pegawai Awam tersebut telah melakukan Jenayah di bawah Sek 23 ASPRM 2009.

c)

Tidak. Memadai dengan tindakan oleh Ketua Jabatan dan melaporkan kepada Pegawai Integriti Jabatan.

d)

Semua di bawah

22.

Hasrat Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dibuat untuk?

a)

Membasmi jenayah Rasuah

b)

Perkhidmatan terbaik kepada rakyat

c)

Membasmi gejala dadah

d)

  Mengelakkan penyelewengan berleluasa

23.

Berikut merupakan jenis-jenis kesalahan/ bentuk kesalahan yang boleh diadukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kecuali?

a)

Memberi dan menerima rasuah

b)

Membuat tuntutan palsu

c)

Meminta dan memperoleh rasuah

d)

Menggunakan kenderaan Jabatan untuk kegunaan peribadi

24.

  Bilakah seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 telah diluluskan oleh Parlimen dan dikuatkuasakan?

a)

Mac 2018, Mac 2020

b)

April 2018, Jun 2020

c)

Jun 2018, Oktober 2020

d)

  Oktober 2018, Disember 2020

25.

  Apakah objektif Seksyen 17A di dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009?

a)

  Untuk menggalakkan perniagaan dan aktiviti komersial dijalankan tanpa sebarang perlakuan rasuah.

b)

  Untuk mengalakkan organisasi komersial membangunkan/mempunyai tatacara mencukupi untuk menghalang berlakunya perlakuan rasuah dalam organisasi masing-masing.

c)

Untuk memberikan galakan dan kesedaran kepada sektor Korporat untuk mengambil peranan yang lebih aktif dalam membanteras perlakuan rasuah.

d)

Semua di bawah.

26.

   Saya merupakan agen insurans. Kadang-kadang ada pelanggan saya terdiri daripada kalangan rakan-rakan pejabat. Adakah saya perlu memohon kebenaran daripada Ketua Jabatan saya?

a)

Tidak perlu, kerana perniagaan saya hanya kecil-kecilan

b)

  Perlu kerana “Pekerjaan Luar” termaktub di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

c)

  Tidak perlu, kerana ianya tidak pernah menganggu tugas hakiki saya.

d)

  Perlu kerana kadangkala saya menggunakan fasiliti pejabat seperti PC pejabat, mesin fotostat dan alatan tulis pejabat untuk mengiklankan perkhidmatan tersebut.

27.

    Anda merupakan seorang Pengarah di Syarikat Air, pada satu hari datang seorang kontraktor yang telah pun mendapat kerja-kerja sebut harga di tempat anda membawa TV 65 inci untuk di berikan kepada anda. Apakah yang perlu anda lakukan?

a)

Menerima TV letak di rumah

b)

Menolak pemberian tersebut

c)

Menerima TV letak di pejabat

d)

     Menggantikan TV dengan tunai

28.

Tatacara Umum Pemilihan Kandungan Media Sosial MAIM kecuali :-

a)

Pengesahan Maklumat

b)

Perbincangan Awam

c)

Muat Naik Bahan

d)

Kaji Selidik Maklumat

29.

Permohonan cuti dikemukakan dalam tempoh .............. hari sebelum bercuti.

a)

3

b)

4

c)

5

d)

1

30.

Setiap kakitangan perlu menghadiri kursus sekurang-kurangnya ......... hari dalam setahun.

a)

7

b)

8

c)

6

d)

5

31.

Pegawai yang ingin membawa kenderaan sendiri untuk tugas luar stesen perlu kelulusan ............... sebelum membawa kenderaan

a)

Setiausaha MAIM

b)

PSU Bahagian

c)

Pengurus Baitulmal

d)

Ketua Seksyen

32.

Bertanggungjawab dan cermat mengguna aset jabatan tanpa mendatangkan kerosakan, pembaziran dan kerugian kepada jabatan.

a)

Betul

b)

Salah

33.

Satu proses pengisytiharan oleh pembida/orang awam untuk tidak menawar atau memberi rasuah bagi mendapatkan kontrak atau sebagai ganjaran mendapatkan sesuatu kontrak dan bagi mempercepat sesuatu urusan Perolehan Kerajaan.

a)

Integrity Back

b)

Integrity Lack

c)

Integrity Pack

d)

Integrity Jack

34.

Identiti dan maklumat peribadi Pemberi Maklumat (Whistleblower) akan disimpan secara rahsia serta tidak akan didedahkan melainkan dikehendaki oleh prosiding undang-undang atau bagi maksud apa-apa prosiding.

a)

Didedahkan

b)

Diberitahu

c)

Dilindungi

d)

Dikaburkan

35.

Setiap aduan,laporan atau maklumat boleh disalurkan melalui surat,........... atau telefon sebelum perjumpaan bersemuka dijalankan .

a)

Faks

b)

Emel

c)

Facebook

d)

Instagram

36.

Perlindungan ke atas pemberi maklumat boleh terbatal sekiranya

a)

Pemberi maklumat dengan sengaja memberikan kenyataan palsu

b)

Pendedahan maklumat berniat jahat

c)

Pemberi maklumat terlibat perlakuan yang tidak wajar.

d)

Semua di bawah

37.

Suapan boleh datang dalam pelbagai bentuk samada dalam bentuk wang, hadiah, pinjaman, fi, alang, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta,sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat yang seumpama seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 1 - Permulaan.

Pernyataan ini merujuk kepada :

a)

Seksyen 3, Tafsiran Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

b)

Seksyen 2, Tafsiran Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

c)

Seksyen 4, Tafsiran Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

d)

Seksyen 5, Tafsiran Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

38.

Penerimaan hadiah dianggap tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberi jika nilai semasa hadiah diterima itu nilainya ( dalam bentuk wang ) melebihi 1/4 emolumen bulanan atau melebihi RM 500.00 mana yang lebih rendah. Dalam hal ini penerimaan hadiah itu hendaklah dilaporkan kepada .............. untuk kelulusan

a)

Timbalan Pengerusi MAIM

b)

PSU Bahagian

c)

Setiausaha MAIM

d)

Pengurus Baitulmal

39.

Siapakah pegawai aduan integriti MAIM?

a)

1. Muhammad Fitri Bin Madzalan

2. Nur Diyana Binti Nasarudin

b)

1. Mohd Rizalman bin Syed

2. Mohd Izwannizar bin Abd Jalil

c)

1. Mohd Izwannizar Bin Abd Jalil

2. Muhd Fakharuddin Bin Fauzi

d)

1. Mohd Rizalman Bin Syed

2. Muhammad Fitri Bin Madzalan

40.

Enam fungsi teras unit integriti adalah seperti berikut iaitu :-

a)

Dasar,

Perundangan, Peraturan,Pengukuhan Governans, Integriti, Pematuhan,

b)

Tadbir Urus, Pengukuhan integriti, Pengesanan dan pengesahan, Pengurusan Aduan, Pematuhan, Tata Tertib.

c)

Pemulihan, Punitif,Peraturan, Sistem, Prosedur Kerja, Perundangan

d)

Semua tidak berkaitan