wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Klik Dengan Bijak : Penipuan Dalam Talian

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Sekiranya saya tersalah menghantar wang menggunakan online transfer, saya akan merujuk kepada pihak berikut untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan

a)

Bank Berkaitan

b)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

c)

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

d)

Polis Diraja Malaysia

2.

Berikut adalah jenis Jenayah Penipuan Kewangan Dalam Talian KECUALI

a)

Pembelian Dalam Talian

b)

Pinjaman Tidak Wujud

c)

Buli Siber

d)

Macau Scam

3.

Saya mengenali seorang individu di Facebook dan telah jatuh hati kepadanya. Berikut tindakan yang terbaik untuk saya ambil.

a)

Setuju untuk berbual menggunakan video call dan melayan mesra individu tersebut

b)

Sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak mudah mempercayai individu terutama yang baru dikenali

c)

Setuju untuk berjumpa secara bersendirian tanpa pengetahuan keluarga/rakan

d)

Berkongsi gambar untuk memperkenalkan lagi diri kepada individu itu

4.

Antara berikut yang manakah kaedah Penipuan Pembelian dalam Talian?

a)

Suspek mengiklankan jualan barang dengan harga murah

b)

Mangsa membuat bayaran secara online transfer

c)

Laman Web suspek ditutup, panggilan tidak dijawab, dan barang  tidak dihantar

d)

Semua

5.

Berikut cara penipu mendapatkan maklumat peribadi anda agar anda percaya akan helah penipuan KECUALI

a)

Mendapatkan maklumat melalui pengisian maklumat di website phishing

b)

Mendapatkan butir diri dan aktiviti melalui posting di Facebook, Instagram, dan lain-lain

c)

Mendapatkan maklumat anda melalui permohonan di Jabatan/Agensi Kerajaan

d)

Mendapatkan maklumat melalui pengisian maklumat di website phishing

6.

Individu yang membenarkan akaun bank miliknya digunakan untuk menerima, menyimpan dan memindah wang dari kegiatan jenayah

a)

Love Scam

b)

Keldai Akaun

c)

Macau Scam

d)

Pembelian Dalam Talian

7.

TIP ELAK penipuan dalam membeli belah dalam talian

a)

Daftar sebagai penjual persendirian

b)

Percaya terus dengan iklan atau promosi yang diiklankan

c)

Terus beli barang tanpa usul periksa

d)

Sentiasa membuat perbandingan harga sebelum membeli

8.

Tips Kawalan Kendiri

a)

Berhati-hati bila berkongsi dan tag foto

b)

Padam maklumat peribadi dan yang negatif

c)

Lapor kandungan tidak sesuai kepada pembekal perkhidmatan Internet dan pihak berkuasa

d)

Semua

9.

Tips keselamatan bagi mengelakkan ditipu dalam pelaburan

a)

Segera membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan cepat

b)

Pastikan pelaburan yang disertai mendapat pengesahan dari  Bank Negara, KPDNHEP, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Bursa  Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

c)

Memasukkan wang kedalam akaun individu yang tidak dikenali

d)

Tidak menyemak maklumat mengenai syarikat pelaburan

10.

Sebagai langkah memelihara data peribadi dan memastikan keselamatan akaun perbankan, saya akan...

a)

Melaporkan aktiviti jual beli saya di laman Facebook melalui posting dan perkongsian

b)

Sering menukar kata laluan yang selamat, tidak kongsikan dengan orang lain

c)

Mengakses laman bank menggunakan wifi awam yang percuma dengan yakin