WorksheetsBahasa Malaysia - Kata Nama
Total questions: 55
Worksheet time: 41mins
1. Mamat berada di dalam..................... untuk membaiki kereta Puan Zarina yang rosak.
pondok
anjung
teratak
bengkel
Kushairi membaca.........................yang baru diterimanya dengan perasaan yang berdebar-debar.
surat
majalah
tingkap
buku
Ali singgah sebentar di perkampungan...................... itu untuk membeli keropok ikan.
belia
petani
nelayan
peladang
Puan Shamini sedang menyediakan kuih.......................berintikan kentang untuk hidangan minum petang.
kek
biskut
karipap
dodol
Sekumpulan pelancong asing tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar...................di dalam gua itu.
labah-labah
labi-labi
kelawar
cengkerik
Puan Salamah merupakan seorang.................di Universiti Malaya.
pensyarah
polis
angkasawan
pencuri
...................... itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
Gadis
Wanita
Pemudi
Pemuda
Orang ramai berkumpul di..................... itu untuk mendengar ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Dato Dr. Fadzillah Kamsah.
kedai
rumah
dewan
masjid
Beberapa ekor................... bergayut pada sebatang pokok.
lipas
kera
beruang
tenggiling
Kakak Fazi menggunakan................... untuk mencedok sup yang dimasak tadi.
senduk
gelas
garpu
pisau
Nenek menghamparkan.................... usangnya di ruang tamu.
tikar
baju
manik
payung
Saya dan Samy belajar di........................yang sama sejak dari tahun satu hingga kini.
tadika
sekolah
dewan
padang
Pada musim tengkujuh, para nelayan akan menghabiskan masa dengan membubul....................
bubu
pukat
joran
perangkap
Pada zaman dahulu, raja dan permaisurinya yang sangat jelita akan tinggal di sebuah.....................yang cantik.
singgahsana
mahligai
peterana
takhta
Pak Cik Borhan menggunakan......................yang baru dibelinya untuk menggembur tanah.
gergaji
gunting
cangkul
penukull
"Ayah membeli komputer riba ini di ___________ di bandar Sungai Petani pada petang tadi," kata Adila kepada ibunya.
Kedai Runcit Satu Malaysia.
Kedai Gunting Raju
Kedai Basikal Chan
Kedai Komputer Salim.
Encik Lee merupakan pegawai perubatan di _____________.
Hospital Kuala Lumpur
Zoo Negara
Jabatan Pendidikan Negeri
Taman Cahaya
Emak membeli beg tangan jenama _______________ yang berharga RM2500.
Bonia
Sony
Panasonic
Proton
_________ merupakan sebuah negeri yang kaya dengan peninggalan kesan sejarah.
Melaka
Pulau Pinang
Johor
Sarawak
Para pengunjung gemar berkelah di __________ kerana pasirnya putih dan bersih manakala airnya pula jernih.
Pantai Tanjung Rhu
Air Terjun Kota Tinggi
Sungai Bernam
Sungai Berop
Pemenang pertandingan itu akan menerima seutas jam tangan jenama _____________ yang berharga RM3500.
Rolex
Nike
Adidas
Honda
Sambutan ____________ diadaakan setiap tahun untuk mengenang jasa golongan pendidik.
Hari Ibu
Hari Guru
Hari Bapa
Hari Pekerja
Abang Mazni telah dinaikkan pangkat menjadi __________ di syarikat itu.
Pengawas Sekolah
Pengurus Operasi
Pegawai Daerah
Guru Tadika
____________ Syarikat Rezeki Berkat yang berhemah tinggi itu amat disegani para pekerjanya.
Pengawal
Pengurus
Pemandu
Pencuci
Pada suatu masa dahulu, _____________ di Terengganu terkenal sebagai tempat penyu bertelur.
Pantai Lido
Pantai Merdeka
Pantai Cahaya Bulan
Pantai Rantau Abang
Berdasarkan gambar yang diberi pilih kata majmuk yang betul ejaannya.
kraftangan
kraf tangan
Lengkapkan ayat dengan kata majmuk yang sesuai.
Rohaya pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki .......... .
kereta api
keretapi
Mangsa banjir dari Kampung Aman ditempatkan di ..........
pilihan raya
pasar raya
balai raya
kota raya
Yang manakah kata majmuk yang betul berdasarkan gambar di atas?
beg tangan
beg solek
beg tarik
beg sekolah
Yang manakah kata majmuk yang betul berdasarkan gambar di atas?
kerusi plastik
plastik kayu
kerusi kayu
kayu plastik
Yang manakah kata majmuk yang betul berdasarkan gambar di atas?
kaki botol
kaki bola
kaki bangku
kaki lima
Kipas angin
Tiup angin
Tulisan tangan
Meja tulis
Ibu jari
Jari ibu
Encik Ravanan bekerja sebagai pengurup ____________ asing di Kuala Lumpur.
mata wang
mata gelap
mata hati
mata kail
" _____________hendak ke mana?" tanya Adil kepada pemuda itu.
Dia
Awak
Baginda
Saya
Danny dan Sani berkawan baik. ______________ belajar di kelas yang sama.
Mereka
Engkau
Dia
Beliau
"Ampun ___________, izinkan patik masuk mengadap," sembah laksamana kepada sultan.
beta
tuanku
patik
hamba
Nah, ambil wang _______! kata emak sambil menghulurkan wang kepada saya.
itu
ini
sini
situ
Cuaca di _______ sungguh sejuk, kata Sabri sambil menahan kesejukan.
mana
sini
situ
ini
Ulang tahun kemerdekaan Negara kita pada kali _____________ jatuh pada hari Jumaat.
itu
sana
ini
sini
"Bunga ....... sungguh harum." kata Mira kepada Shahiran sambil mencium bunga tersebut.
Sana
Ini
Itu
Sana
"Adik mahu pergi ke ............" kata adik kepada ayah sambil menunjukkan bangunan di hujung bandar.
sana
itu
sini
ini
"Di ........ lah tempat ayah menuntut ilmu dahulu." kata ayah kepada abang sambil bersiar-siar di Universiti Putra Malaysia.
Situ
Ini
Sini
Itu
"Jangan letak kenderaan di ..........," kata pengawal keselamatan itu.
ini
itu
sini
sana
Peristiwa ................... masih segar dalam ingatan Pak Abu.
ini
itu
sini
situ
Laptop ..... dibeli oleh Ibu di kedai yang berada jauh di hujung ......
itu, sini
ini, sana
ini, sini
itu, situ
