wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHTUBI T5 PEP SETENGAH TAHUN

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan setiap perniagaan menyediakan barang dan perkhidmatan?

a)

Meningkatkan imej perniagaan

b)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat

c)

Menjalankan penyelidikan dan pembangunan

d)

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

2.

Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?

a)

Kedai Runcit Ali

b)

Restoran Minah dan Baba

c)

Koperasi Bersatu Berhad

d)

Syarikat Kemboja Sdn. Bhd.

3.

- Didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

- Terdiri daripada beberapa ahli yang menggabungkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran

- Semua ahli membayar cukai pendapatan persendirian


.Apakah bentuk pemilikan tersebut?

a)

Koperasi

b)

Perkongsian

c)

Milikan tunggal

d)

Syarikat Awam Berhad

4.

Usaha sama ialah

a)

Bentuk perniagaan untuk menjaga kebajikan pemiliknya.

b)

Hak yang diberi untuk menjalankan perniagaan yang sama jenis.

c)

Perniagaan yang dijalankan untuk memenuhi permintaan pengguna.

d)

Dua syarikat bergabung untuk membentuk sebuah syarikat yang baharu

5.

Manakah yang mewakili X?

PILIH 2 JAWAPAN

a)

Pertanian

b)

Pembinaan

c)

Perhutanan

d)

Perhotelan

6.

X : Perlombongan petroleum

Y : Pengangkutan gas cecair


Klasifikasi sektor manakah yang tepat?

a)

X Sektor utama

Y Sektor kedua

b)

X Sektor utama

Y Sektor ketiga

c)

X Sektor ketiga

Y Sektor kedua

d)

X Sektor pertama

Y Sektor kedua

7.

Pasangan manakah yang betul mengenai perbezaan antara syarikat sendirian berhad [SSB] dengan syarikat awam berhad[SAB] ?

a)

SSB - Syer boleh dipindah milik dengan bebas

SAB - Syer tidak boleh dipindah milik dengan bebas

b)

SSB - Bilangan pemegang syer terhad

SAB - Bilangan pemegang syer tidak terhad

c)

SSB - Syer boleh dijual kepada orang ramai

SAB - Syer dijual kepada sekumpulan individu tertentu

d)

SSB - Penyata kewangan perlu diumumkan kepada orang ramai

SAB - Penyata kewangan tidak diumumkan kepada orang ramai

8.

Encik Hasan adalah seorang pengusaha kilang keropok di Kampung Lipan, Terengganu. Beliau menghasilkan pelbagai jenis keropok yang diedarkan melalui para pemborong. Beliau menggaji seramai 15 orang pekerja tetap di kilangnya. Pada puratanya, hasil jualan tahunan adalah sebanyak RM750, 000.


Klasifikasikan saiz perniagaan Encik Hassan mengikut saiz dan sektor

a)

SAIZ - kecil

SEKTOR - Perkilangan

b)

SAIZ -kecil

SEKTOR - pembinaan

c)

SAIZ -sederhana

SEKTOR - Perkilangan

d)

SAIZ -besar

SEKTOR - perkhidmatan

9.

Yang manakah peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ?

a)

Menyediakan infrastruktur

b)

Menyediakan bantuan pelaburan

c)

Memajukan sistem Pendidikan usahawan

d)

Menaja pembangunan perniagaan setempat

10.

Apakah faktor dalaman yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan?

PILIH 2.

a)

Sumber manusia

b)

Teknologi maklumat

c)

Persaingan dan jaringan

d)

Sosiobudaya

11.

Encik Rahman mempunyai beberapa orang pekerja yang sangat rajin, kreatif, berdisiplin dan berkemahiran. Ini telah membuatkan perniagaan restoran Encik Rahman semakin maju.


Apakah trend persekitaran yang berlaku?

a)

Trend meningkat, faktor luaran

b)

Trend menurun, faktor luaran

c)

Trend menurun, faktor luaran

d)

Trend meningkat, faktor dalaman

12.

Sesebuah perniagaan memerlukan visi supaya hala tuju perniagaan dapat dicapai. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan maksud visi?

a)

Target keuntungan dalam perniagaan

b)

Menjadi panduan untuk membuat keputusan

c)

Sesuatu yang dibentuk untuk memuaskan pekerja

d)

Sasaran yang boleh diukur dalam pencapaian perniagaan

13.

Syarikat Batik Siti Kelantan mensasarkan pengeluaran batik sebanyak 6,000 helai dalam tempoh masa seminggu sebagai memenuhi permintaan pelanggan dalam dan luar negara.

Nyatakan ciri-ciri SMART dalam penetapan objektif syarikat Batik Siti Kelantan.

PILIH 2

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Jangka Masa

d)

Boleh dicapai

14.

Berkaitan dengan memaksimumkan keuntungan perniagaan, apakah kepentingan perancangan jangka panjang dari aspek daya pengeluaran?

PILIH 2 JAWAPAN

a)

Dapat mewujudkan kesetiaan jenama

b)

Mengurangkan kos seunit keluaran

c)

Mengelakkan pembaziran sumber

d)

Dapat menguasai syer pasaran

15.

Maklumat berikut menunjukkan dua buah perniagaan yang terdapat di Bandar Alor Gajah, Melaka.

Family Store

Kilang Biskut Julie

Bahagian fungsian yang manakah hanya terdapat di Kilang Biskut Julie?

a)

Jualan

b)

Pembelian

c)

Pengeluaran

d)

Pengurusan Sumber Manusia

16.

Pernyataan manakah menerangkan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?

a)

Merancang kewangan organisasi perniagaan

b)

Menjalankan aktiviti sokongan agar aktiviti perniagaan berjalan lancar

c)

Menjalankan aktiviti pengurusan sumber manusia untuk memastikan pengeluaran dapat dijalankan dengan sempurna

d)

Merancang dan mengawal pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi

17.

Maklumat di bawah berkaitan dengan aplikasi teknologi maklumat terhadap bahagian fungsian E dalam sesebuah organisasi.

 Laman Web

 Blog

 Laman Sosial seperti Facebook dan Twitter

Apakah bahagian fungsian E?

a)

Jualan

b)

Pembelian

c)

Pemasaran

d)

Pengeluaran

18.

Apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi dalam sesebuah organisasi perniagaan ?

a)

Dapat meningkatkan produktiviti

b)

Memudahkan pengurusan inventori

c)

Memastikan keselamatan sistem ICT

d)

Dapat membuat perancangan kewangan

19.

Maklumat berikut merupakan antara tugas yang perlu dilakukan oleh Encik Hasbullah.

- Melengkapkan dokumen penghantaran

- Menyediakan jadual pergerakan kenderaan

- Menyelesaikan masalah proses pengedaran

Di bahagian fungsian apakah En Hasbullah bertugas ?

a)

Bahagian fungsian jualan

b)

Bahagian fungsian pengagihan

c)

Bahagian fungsian pemasaran

d)

Bahagian fungsian pentadbiran

20.

Mengapakah teknolgi maklumat penting dalam sesebuah organisasi perniagaan ?

a)

Dapat meluaskan pasaran

b)

Dapat memproses barang dengan cepat

c)

Dapat meningkatkan kuantiti pengeluaran

d)

Dapat mengagihkan barang kepada pengguna

21.

Penggunaan teknologi maklumat dalam

sesebuah perniagaan dapat meluaskan

pasaran ke peringkat global


Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat ?

a)

Membuat promosi melalui radio dan surat khabar

b)

Membina laman web untuk memperkenalkan barang

c)

Menggunakan kapal terbang untuk menghantar barang

d)

Mengambil lebih ramai pekerja untuk memasarkan barang

22.

Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pengurusan sumber manusia?

a)

Usaha untuk membina imej baik organisasi

b)

Usaha untuk membangun tenaga kerja dalam organisasi

c)

Usaha untuk mengurangkan risiko kerugian akibat kemerosotan perniagaan

d)

Usaha untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dalam organisas

23.

Mengapakah pengurusan sumber manusia penting untuk sesebuah organisasi perniagaan?

PILIH 2 JAWAPAN

a)

Dapat mengekalkan tahap motivasi pekerja

b)

Dapat mengurangkan kadar pengangguran pekerja dalam negara

c)

Dapat mengatasi persaingan yang dihadapi di pasaran

d)

Dapat memastikan tenaga pekerja sentiasa mencukupi

24.

Pengurus sumber manusia mengagihkan sumber manusia ke dalam jabatan sumber manusia, pengeluaran dan pemasaran. Pengurus sumber manusia juga menyediakan tempat kerja yang kondusif.


Aspek manakah yang telah disediakan oleh pengurus sumber manusia?

a)

Berpengalaman

b)

Penyelesaian masalah

c)

Penghargaan dan hukuman

d)

Penempatan pekerja dan penyediaan fasiliti

25.

Bagaimanakah perniagaan melindungi sumber teknologi?

a)

Memohon kelulusan daripada SIRIM

b)

Memohon lesen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia

c)

Mendaftar paten dan hak cipta terpelihara dengan pihak MyIPO

d)

Mendaftar paten dan hak cipta terpelihara dengan syarikat insurans

26.

Syarikat Penerbitan Bestari memohon hak cipta terpelihara bagi beberapa karya yang diterbitkan. Apakah tujuan syarikat tersebut berbuat demikian?

a)

Mendapatkan kelulusan untuk menjual harga diskaun

b)

Mendapatkan hak perundangan ke atas ciptaan mereka

c)

Mendapatkan kebenaran untuk mencetak karya syarikat

d)

Mendapatkan kebenaran memasarkan karya syarikat ke luar negara

27.

Pernyataan manakah yang benar berkaitan rajah di atas ?

a)

Hak ekslusif untuk suatu rekacipta

b)

Hak ekslusif kepada pencipta karya

c)

Perjanjian bertulis antara pemilik dengan pengguna perisian

d)

Perlindungan terhadap hasil ciptaan agar tidak disalahgunakan

28.

Sumber pembiayaan dalaman merupakan

a)

Modal yang diperoleh daripada bank

b)

Modal yang diperoleh daripada agensi kerajaan

c)

Modal yang diperoleh daripada simpanan peribadi

d)

Modal permulaan yang diperoleh daripada kemudahan overdraf

29.

Antara berikut, manakah merupakan kekuatan sumber pembiayaan dalaman?

PILIH 2 JAWAPAN

a)

Modal terhad

b)

Cepat dan ringkas

c)

Tidak melibatkan kos seperti faedah atas pinjaman

d)

Sukar menambah modal jika keadaan ekonomi yang gawat

30.

Berikut merupakan prosedur untuk mendapatkan sumber pembiayaan untuk sesebuah perniagaan kecuali

a)

Membuat permohonan

b)

Menyediakan penyata kewangan

c)

Menyediakan rancangan perniagaan

d)

Mendapatkan khidmat nasihat kewangan

31.

Kemudahan yang disediakan oleh bank atau institusi kewangan yang mempunyai akaun semasa ialah

a)

Sewa beli

b)

Draf bank

c)

Overdraf

d)

Kad kredit

32.

Apakah fungsi Penyata Aliran Tunai kepada usahawan?

a)

Membantu usahawan mengehadkan perbelanjaan semasa

b)

Menunjukkan penerimaan dan pembayaran perniagaan

c)

Menunjukkan kedudukan anggaran tunai pada masa depan

d)

Menjadi panduan kepada pihak bank untuk menuntut hutang

33.

Tafsirkan prestasi perniagaan bagitahun 2018 berbanding tahun 2019.

a)

Prestasi perniagaan merosot dan tidak mampu membayar hutang

b)

Kemampuan perniagaan membayar hutang dalam tempoh singkat telah meningkat

c)

Risiko perniagaan telah meningkat dan pelaburan kurang memberi pulangan

d)

Prestasi perniagaan telah merosot dan hanya mampu membayar hutang untuk tempoh masa panjang

34.

Apakah butiran P?

a)

Pinjaman

b)

Belian kredit

c)

Ambilan tunai

d)

Ansuran pinjaman

35.

Antara berikut, manakah benar tentang pengurusan stok kedua-dua syarikat?

a)

Jualan stok Syarikat Amirah lebih laris daripada Syarikat Nasir

b)

Pengurusan stok Syarikat Nasir lebih efisyen daripada Syarikat Amirah

c)

Syarikat Nasir menanggung kos penyimpanan stok yang lebih tinggi daripada Syarikat Amirah

d)

Syarikat Amirah menukar stok setiap lima bulan sekali manakala Syarikat Nasir menukar stok setiap lapan bulan sekali.

36.

Antara berikut, manakah merupakan kepentingan belanjawan tunai?

pilih 2 jawapan

a)

Menunjukkan keupayaan tunai sesebuah perniagaan

b)

Membantu perniagaan merancang pendapatan dan perbelanjaan

c)

Membantu perniagan membelanjakan wang mengikut keutamaan

d)

Memastikan perniagaan mendapat keuntungan maksimum

37.

Seorang pemaju perumahan pernah mengalami kegagalan semasa kegawatan ekonomi tetapi beliau masih berusaha untuk menyiapkan projek yang terbengkalai. Beliau menghadapi kemungkinan perumahan tersebut tidak dapat dijual dan terpaksa menanggung kerugian.


Berdasarkan pernyataan di atas, apakah ciri-ciri keperibadian usahawan tersebut?

a)

Tabah

b)

Berani mengambil risiko

c)

Pandai mengambil peluang

d)

Berinisiatif dan bertanggungjawab

38.

Antara berikut, situasi manakah menunjukkan ciri-ciri usahawan yang pandai mengambil peluang perniagaan?

a)

Puan Hafizah menambahkan stok buku di kedainya

b)

Encik John merasmikan cawangan baharu perniagaanya

c)

Encik Latif melantik dua orang Pengurus Pemasaran di syarikatnya

d)

Puan Anitah membuka pusat asuhan kanak-kanak di kawasan perumahan baharu

39.

Encik Zamani ingin menambah seorang lagi rakan kongsi dalam perniagaan perkongsian beliau. Apakah tindakan sewajarnya yang perlu dilakukan oleh Encik Zamani?

a)

Mendaftarkan semula perniagaan

b)

Membubarkan perniagaan perkongsian

c)

Menghantar Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan

d)

Menghantar Borang Pendaftaran Perubahan Maklumat Perniagaan

40.

Apakah dokumen tersebut?

a)

Memo

b)

Invois

c)

Resit

d)

Baucar Pembayaran