NEW
Font size
WorksheetsKONSEP SASTERA
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Berikut merupakan gaya bahasa perulangan, KECUALI.....
Repitisi kata
Hiperbola
Asonansi
Aliterasi
Terdapat lima nada yang digunakan dalam puisi. Antaranya ialah nada.......
Nada bersahaja
Nada gembira
Nada sedih
Nada melankolik
Persoalan ialah.......
Keindahan bahasa
Nasihat atau pesanan yang hendak disampaikan oleh penulis
isu-isu yang ingin dikemukakan oleh penulis dalam karya
alat untuk menyatakan pendapat atau pandangan
Gaya bahasa perulangan terdiri daripada.......
asonansi, aliterasi, anafora, responsi dan epifora
Hiperbola, simile dan asonansi
Personifikasi, simile dan kata ganda
asonansi, aliterasi, kata ganda dan anafora
Nyatakan empat gaya bahasa perbandingan dalam sastera
hiperbola, kata ganda, simile, personifikasi
metafora, repitisi kata, hiperbola dan personifikasi
personifikasi, simile, hiperbola dan metafora
bahasa arab, sinkope, personifikasi, metafora
Berikut merupakan unsur bunyi dalam sastera, KECUALI.......
rima akhir
kata ganda
aliterasi
asonansi
Teknik plot dikenali sebagai
teknik penghayatan
teknik penceritaan
teknik imbas muka
teknik dialog
Gambaran atau bayangan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku atau belum berlaku lagi.
Kenyataan di atas merupakan teknik.......
imbas kembali
saspens
konflik
imbas muka
Simile ialah.......
membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain iaitu membanding sesuatu benda, keadaan atau suasana
pemberian sifat manusia kepada objek atau konsep tertentu
pemilihan perkataannya yang membawa pernyataan berlebih-lebihan
perulangan kata pada awal baris
Antara berikut, yang manakah BUKAN unsur sejarah dalam sastera?
Peristiwa bersejarah
Tempat bersejarah
Tokoh bersejarah
Masa bersejarah
Persamaan antara pantun dua kerat dan gurindam ialah.......
rima akhir adalah sama setiap rangkap
terdiri daripada empat baris setiap rangkap
mempunyai pembayang dan maksud
rima akhir ialah ab setiap rangkap
Teknik pemerian bermaksud.......
memperlihatkan watak berkata-kata dalam hati
pengarang menceritakan secara terus sama ada tentang watak, latar atau suasana
pertuturan antara watak-watak
memperlihatkan watak berbicara sendirian dalam bentuk ucapan
Gambaran watak oleh pengarang sama ada perwatakan fizikal mahupun sifat-sifat peribadinya. Kenyataan berikut merupakan maksud bagi.......
Perwatakan
Watak
Pelakon
Pengarah
Berikut merupakan nilai murni dalam sastera, iaitu.......
Kasih sayang
Mengenang budi
Jujur
Ketaatan
Pengajaran ialah.......
unsur-unsur positif yang terdapat pada sesuatu watak atau masyarakat
corak kehidupan masyarakat
sesuatu yang dapat dijadikan pedoman atau iktibar dalam hidup
tempat berlakunya sesuatu perisitwa
Puisi dikatakan berasal daripada perkataan Belanda, iaitu.......
poesie
poeisie
poeeise
poeiysi
Istilah syair berasal daripada bahasa Arab, iaitu.......
syii'r
syie'r
syi'r
syei'r
_____________ ialah sejenis puisi bebas.
Pantun
Syair
Gurindam
Seloka
______________ ialah satu bentuk puisi Melayu yang terdiri daripada dua baris yang berpasangan. Baris pertama sebagai syarat dan baris kedua sebagai jawab.
Seloka
Pantun
Gurindam
Mantera
______________ dikenali sebagai bahasa berirama dan dikategorikan sebagai cerita lipur lara.
Talibun
Seloka
Gurindam
Pantun
______________ ialah salasilah keturunan seseorang, sesuatu kumpulan masyarakat, suatu bangsa, satu sistem dan sebagainya.
Seloka
Talibun
Gurindam
Teromba
______________ ialah kata-kata yang diucapkan untuk mendapatkan sesutau dengan kuasa ghaib iaitu melalui jampi serapah
Seloka
Mantera
Gurindam
Talibun
Berapakah topik pantun yang terdapat dalam silibus KMK STPM SEMESTER 1?
1
2
3
4
Berikut merupakan pantun kajian yang terdapat dalam Silibus KMK STPM SEMESTER 1, kecuali.......
Pantun Budi
Pantun Kasih Sayang
Pantun Teguran
Pantun Agama
Puisi apakah yang menyebut Kalimah Allah sebagai penanda bermulanya upacara dan pada bahagian penutup upacara, nama Allah dan rasul juga akan disebut.
Seloka
Talibun
Syair
Mantera
