wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

FIQH AL-MUNAKAHAT

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

1.    Ali telah menceraikan isterinya Habibah dengan talak 3. Ali ingin kembali kepada isterinya. Tindakan yang perlu dilakukan adalah seperti berikut, kecuali:

a)

A.    Habibah telah dikahwini oleh seseorang lelaki

b)

B.    Ali boleh terus bernikah semula dengan Habibah

c)

C.    Tamat tempoh iddah antara suami baru dengan Habibah

d)

D.    Berlaku penceraian terhadap Habibah bagi perkahwinan keduanya setelah disetubuhi

2.

 ۖوَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانكِحُوا مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُ‌بَاعَ

Surah an-Nisa: 3

Ayat di atas merujuk kepada hukum poligami iaitu:

a)

A.    Harus                         

b)

B.    Sunat                          

c)

C.   Wajib

d)

D.   Afdhal

3.

3.    Pernyataan berikut adalah berkenaan dengan sekufu kecuali:

         

a)

A.   Umur

b)

B.   Agama

 

c)

C.   Pekerjaan

  

d)

D.   Tidak cacat    

4.

4.    Berikut adalah senarai lelaki yang haram hukumnya melihat wanita ajnabi:

      I.        Lelaki baligh               

    II.        Lelaki berakal             

   III.        Lelaki hampir baligh

  IV.        Lelaki lemah syahwat

a)

A.    I dan II                        

b)

      

B.    I dan IV

c)

C.   I, II dan III

d)

D.   Semua di atas

5.

5.    Berikut adalah definisi peminangan:

a)

A.    Menyambung hubungan persaudaraan

  

b)

B.  Persamaan taraf lelaki dan perempuan dari pelbagai aspek

c)

C.   Sebagai dasar untuk membina keluarga yang teratur dan tersusun

d)

D.   Menyatakan keinginan seseorang untuk berkahwin dengan seorang perempuan

6.

عن فاطمة بنت قيس"أن معاوية بن أبي سفيان وأبا جهم خطباني، فقال رسول الله عليه وسلم:" أما أبو جهم فلا يرفع عصاه عن عاقته، وأما معاوية فصعلوك لا مال له، انكحي أسامة بن زيد، فكرهته، ثم قال: انكحي أسامة، فنكحته، فجعل الله فيه خيرا، واغتبطت

 

Keterangan hadis di atas menunjukkan bahawa:

a)

A.    Perkara sunat ketika peminangan

b)

B.    Tidak boleh meminang perempuan yang telah dipinang

c)

C.   Pandangan tentang calon pasangan yang bakal dikahwini

d)

D.   Wali boleh mengesyorkan perempuan dalam peliharaannya kepada lelaki soleh

7.

7.    Berikut adalah syarat akad nikah kecuali:

a)

A.    Lafaz akad nikah hendaklah mutlak

b)

B.    Lafaz akad nikah hendaklah terang dan jelas

c)

C.   Lafaz akad nikah hendaklah lafaz yang memberi kesan serta merta

d)

D.   Boleh menggunakan perkataan selain perkataan nikah dan kahwin

8.

8.    Berikan hukum bagi lafaz akad nikah ini, “Aku kahwinkan engkau dengan anak perempuan aku dengan syarat kamu pula mengahwinikan aku dengan anak perempuan kamu”.

a)

A.    Sah                             

b)

B.    Batal                           

c)

C.   Harus

d)

D.   Makruh

9.

9.    Peranan wali ialah

a)

A.    Mencari jodoh yang sesuai untuk anak perempuan

b)

B.    Melaksanakan kekuasaan atas orang lain serta mengawasinya

c)

C.   Melaksanakan tanggungjawab dalam kendalikan majlis akad nikah

d)

D.   Menjaga dan mengatur urusan orang di bawah jagaan agar tidak terbiar

10.

(قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "لا تزوج المرأة المرأة ولا تزوج المرأة نفسها")

Hadis ini menerangkan tentang isu wali. Manakah yang berikut adalah pernyataan yang BENAR berdasarkan hadis di atas?

a)

A.    Anak lelaki tidak boleh menjadi wali kepada ibunya

b)

B.    Lelaki kafir tidak boleh mengahwinkan peremuan Islam

c)

C.   Melaksanakan kekuasaan atas orang lain serta mengawasinya

d)

D.   Seseorang perempuan tidak boleh mengahwinkan diri sendiri atau mengahwinkan orang lain

11.

11.    Wali mujbir ialah

a)

A.    Wali hakim

b)

B.    Wali sultan

c)

C.   Semua wali kecuali bapa dan datuk

d)

D.   Bapa dan datuk sebelah bapa sahaja

12.

12.    Mahar Mithli ialah

a)

A.    Mas kahwin yang boleh ditangguhkan

b)

B.    Kadar minimum tidak kurang dari 10 dirham

c)

C.   Harta yang dituntut dalam perkahwinan yang biasanya berdasarkan taraf isteri

d)

D.   Harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya dengan sebab akad nikah

13.

13.    Pernyataan berikut adalah syarat wajib memenuhi undangan ke majlis walimah

      I.        Orang yang mengundang bukan seorang yang zalim

    II.        Orang yang mengundang dan yang diundang hendaklah orang Islam

   III.        Tuan rumah tidak mengkhususkan jemputannya kepada orang kaya sahaja

  IV.        Tidak terdapat perkara mungkar seperti minuman arak dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan

 

a)

A.    I dan II 

b)

                                   

B.    II dan III                                              

c)

C.   III dan IV

d)

D.   Semua di atas

14.

(قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "للبكر سبع وللثيب ثلاث" )  

Dalil di atas menerangkan pembahagian bermalam bagi suami yang ingin memulakan penggiliran bermalam terhadap isteri yang baru dikahwininya.

a)

A.    Janda 7 malam berturut-turut

b)

B.    Anak dara 3 malam berturut-turut

c)

C.   Anak dara 7 malam berturut-turut manakala janda 3 malam berturut-turut

d)

D.   Janda 7 malam berturut-turut manakala anak dara 3 malam berturut-turut

15.

15.    Definisi talak ialah

a)

A.    Penceraian atas kemahuan isteri

b)

B.    Penceraian yang berlaku dengan kemahuan suami

c)

C.   Melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya

d)

D.   Suami mengaitkan jatuhnya talak isteri dengan terjadi sesuatu sifat atau syarat

16.

16.    Pernyataan berikut merupakan cara talak yang dibolehkan menurut syarak:

      I.        Menceraikan isteri dengan satu talak dalam keadaan isteri yang suci daripada haid dan tidak disetubuhi

    II.        Suami yang menyesal akan tindakannya, dia boleh merujuk semula isterinya semasa tempoh iddah

   III.        Jika suami ingin menceraikan isterinya sekali lagi, dia boleh melafazkan talak yang kedua

  IV.        Suami memiliki satu talak lagi iaitu talak tiga. Sekiranya talak tiga dilafazkan, isteri tidak boleh dirujuk semula melainkan bekas isteri berkahwin lain dengan perkahwinan yang sempurna menurut syarak

 

a)

A.    I dan II                        

b)

B.    II dan III                                  

c)

C.   I, II dan III

d)

D.   Semua di atas

17.

17.    Pernyataan berikut merupakan kesan talak ta’liq ke atas isteri:

      I.        Tidak jatuh talak selagi sesuatu yang disyaratkan belum berlaku

    II.        Kehidupan berumah tangga masih kekal dengan segala hukum dan kewajipan selagi syarat yang dikaitkan dengan talak belum berlaku

   III.        Talak jatuh sebaik-baik sahaja syarat yang berkaitan itu berlaku.

  IV.        Suami tidak perlu melafazkan talak yang baru

a)

A.    I dan II                        

b)

B.    II dan III

c)

C.   I,II dan III

d)

D.   Semua di atas

18.

18.    Pernyataan berikut merupakan syarat sah pengecualian dalam talak:

      I.        Hendaklah berniat menghubungkan pengecualian talak dengan lafaz talak yang asal sebelum selesai melafazkannya

    II.        Lafaz pengecualian talak hendaklah bersambung dengan lafaz talak yang asal menurut pandangan umum

   III.        Jumlah talak yang dikecualikan tidak dihabiskan jumlah lafaz talak yang asal

  IV.        Suami menghimpunkan lebih daripada satu talak dalam satu lafaz

a)

A.    I dan II                        

b)

B.    II dan III

c)

C.   I,II dan III

d)

D.   Semua di atas

19.

19.    Pernyataan berikut kesan perbuatan li’an suami:

      I.        Suami tidak dikenakan hukuman qazaf

    II.        Isteri yang dituduh akan dikenakan hukuman hudud kecuali isteri juga melakukan li’an

   III.        Hubungan perkahwinan terputus

  IV.        Suami isteri diharamkan bersatu semula buat selama-lamanya

 

a)

A.    I dan II                        

b)

B.    II dan III

c)

C.   I,II dan III

d)

D.   Semua di atas

20.

20.  Pernyataan berikut syarat wajib anak memberi nafkah kepada ibu bapa

      I.        Anak mempunyai lebihan nafkah bagi diri sendiri dan isteri untuk tempoh sehari semalam

    II.        Ibu bapa di antara kalangan orang yang fakir

   III.        Ibu tidak mendapat nafkah secukupnya daripada suaminya

  IV.        Ibu telah berkahwin dengan lelaki lain

 

 

 

a)

A.    I dan II                        

b)

B.    II dan III

c)

C.   I,II dan III

d)

D.   Semua di atas