NEW
Font size
WorksheetsPRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara yang berikut manakah pengguna luaran penyata kewangan?
Audit Dalaman
Pihak bank
Pihak Pengurusan
Pekerja
Membayar gaji pekerja secara tunai RM3100.
Apakah kesan urus niaga tersebut?
Aset bertambah, Ekuti Pemilik bertambah
Aset berkurang, Ekuiti Pemilik bertambah
Aset bertambah, Ekuti Pemilik berkurang
Aset berkurang, Ekuti Pemilik berkurang
Dokumen apakah yang tidak dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli?
Invois
Nota Kredit
Resit Rasmi
Pesanan Belian
Perniagaan Bestari merekod urus niaga melibatkan tunai ke dalam Buku Tunai dan Buku Tunai Runcit. Apakah kegunaan Buku Tunai Runcit?
Merekod belanja kecil
Mengawal wang masuk dan wang keluar
Mencatat semua penerimaan dan pembayaran tunai
Memastikan perniagaan mempunyai wang yang cukup untuk dibelanjakan
Antara berikut, urus niaga manakah merupakan catatan kontra?
Tunai di tangan dibankkan
Tunai daripada jualan inventori dibankkan
Tunai dikeluarkan dari bank untuk kegunaan peribadi
Tunai peribadi pemilik dimasukkan ke dalam bank perniagaan
Dokumen manakah merupakan sumber untuk merekodkan Jurnal Penerimaan Tunai?
Invois
Nota Debit
Nota Kredit
Resit Rasmi
Sistem panjar biasanya diamalkan dalam penyediaan...
Buku Tunai
Akaun Bank
Penyata Bank
Buku Tunai Runcit
Akaun manakah yang mempunyai baki kredit...
Akaun Ambilan
Akaun Sewa
Akaun Kenderaan
Akaun Modal
Apakah yang dimaksudkan dengan syarat ’Angkutan Dibayar’ seperti yang terkandung dalam invois?
Kos pengangkutan barangan ditanggung oleh penjual
Kos pengangkutan barangan ditanggung oleh pembeli
Penjual meminta pembeli menjelaskan kos pengangkutan
Pembeli meminta penjual menjelaskan kos pengangkutan
Antara berikut yang manakah BUKAN sub bidang perakaunan
Percukaian
Perakaunan Kewangan
Perakaunan Pengurusan
Kebolehsahan
Luca Pacioli adalah Bapa Perakaunan yang mengenalkan
Rekod perakaunan menggunakan tanah liat
Sistem Catatan Bergu
Rekod perakaunan menggunakan kertas
Rekod perakaunan menggunakan kayu
Berikut merupakan Carta Akaun bagi Syarikat Zarul Sdn Bhd:
Kod Akaun
1000 – 1999 Aset
2000 – 2999 Liabiliti
3000 – 3999 Belanja
4000 – 4999 Hasil
Apakah kod untuk Akaun Promosi ?
1021
2021
3021
4021
Kumpulan item yang manakah aset semasa?
Mesin, Kenderaan, Premis
Perabot, Tunai, Akaun Belum Terima
Bangunan, Tanah, Sewa Belum Terima
Sewa Premis Prabayar, Komisen Belum Terima, Inventori Akhir
Antara yang berikut, urus niaga manakah direkod dalam Buku Tunai?
I Bayar gaji
II Ambilan barang niaga
III Beli mesin secara kredit
IV Beli perabot dengan cek
I dan II
I dan IV
II dan IV
III dan IV
Apakah bukti bertulis bagi sesuatu urus niaga
Buku Catatan Pertama
Pelarasan
Penyata Kewangan
Dokumen perniagaan
Pada 1 Jun 2017, Covid Enterprise telah membeli sebuah premis berharga RM300 000. Penilaian yang dijalankan pada tahun 2020 menunjukkan nilai pasaran premis tersebut adalah RM350 000. Pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, perniagaan tersebut masih merekod premis pada harga belian iaitu RM300 000 walaupun harga pasaran ialah RM350 000.
Prinsip kos
Ketekalan
Entiti berasingan
Usaha berterusan
Perniagaan Tan telah merekodkan kadar bayaran RM1 900 dalam penyata kewangan perniagaan termasuk kadar bayaran belum bayar sebanyak RM800.
Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi?
Ketekalan
Prinsip Kos
Wang sebagai ukuran
Pengiktirafan hasil dan belanja
Pemilik membawa masuk kenderaan persendirian bernilai RM50 000 ke dalam perniagaan
Debit Akaun Modal, Kredit Akaun Kenderaan
Debit Akaun Kenderaan, Kredit Akaun Modal
Debit Akaun Kenderaan, Kredit Akaun Tunai
Debit Akaun Modal, Kredit Akaun Ambilan
Buku Catatan Pertama ---> Y ---> Penyediaan Imbangan Duga
Apakah Y ?
Pelarasan
Pindahan ke lejar
Dokumen sumber
Catatan penutupan
Encik Ali, akauntan Firma Z, mengira susut nilai kenderaan syarikat dengan menggunakan kaedah ansuran tetap. Bagi penyediaan Penyata Kewangan tahun 2016, beliau menggunakan kaedah pengiraan yang sama.
Situasi di atas merujuk kepada konsep…
Ketekalan
Prinsip Kos
Tempoh Perakaunan
Entiti Berasingan
