Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PELABURAN ONLINE

Total questions: 20

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Untuk membina tabungan, anda perlu bijak membezakan antara keperluan dan kehendak sebelum membelanjakan wang yang diterima. Manakah antara berikut merupakan keperluan?

a)

Membeli pakaian berjenama dan telefon pintar

b)

Membeli air soda berkarbonat

c)

Membeli air sirap dan nasi lemak bungkus

2.

Hutang ialah kemudahan yang sepatutnya digunakan untuk tujuan yang baik seperti membeli rumah atau menyambung pengajian. Berikut ialah tip menguruskan kewangan dan hutang KECUALI:

a)

Buat bajet

b)

Boros berbelanja

c)

Berbelanja mengikut kemampuan

3.

Wang yang dikumpulkan perlu dilaburkan untuk memastikan nilainya tidak mengecil dan jumlahnya terus bertambah. Katakan anda melabur RM 500 dalam XYZ dan menerima dividen 5% selepas setahun. Berapakah jumlah dividen yang anda terima?

a)

RM 30

b)

RM 25

c)

RM 50

4.

Usia yang muda jangan disia-siakan. Lebih awal anda mula melabur, lebih panjang tempoh pelaburan dan lebih besarlah peluang membina tabungan yang kukuh. Berikut ialah cara untuk membina tabungan lebih pantas dalam jumlah lebih besar kecuali:

a)

Melabur secara konsisten setiap bulan ke dalam intrumen pelaburan seperi unit amanah.

b)

Simpan wang dalam akaun simpanan di bank

c)

Tidak mengeluarkan wang pelaburan sesuka hati sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan.

5.

Apabila seseorang itu melabur, mereka perlu mengetahui mengenai risiko dan pulangan. Biasanya lebih tinggi risiko, lebih tinggi pulangan pelaburan yang boleh diharapkan. Apakah yang dimaksudkan dengan risiko dalam pelaburan

a)

Kemungkinan menanggung kerugian daripada pelaburan

b)

Terdedah kepada kemiskinan

c)

Kebarangkalian ditahan pihak berkuasa

6.

Membuat bajet memang mudah. Namun begitu itu untuk mengikutinya memerlukan disiplin yang tinggi. Berikut adalah ciri-ciri bajet yang baik KECUALI:

a)

Utamakan perbelanjaan untuk keperluan asas bukannya kehendak

b)

Sediakan peruntukan untuk pelaburan

c)

Ubah bajet berdasarkan keinginan untuk berbelanja

7.

Mengapakah kita perlu memulakan pelaburan seawal mungkin?

a)

Boleh mengelak pembayaran cukai yang berlebihan

b)

Boleh mengelak risiko kehilangan modal

c)

Boleh memanfaatkan kuasa kompaun dalam pelaburan

8.

Apakah perbezaan antara akaun simpanan dan pelaburan?

a)

Tiada beza

b)

Akaun simpanan untuk kegunaan membiaya sara hidup manakala akaun pelaburan untuk tabungan jangka panjang dengan pelbagai matlamat berbeza

c)

Akaun simpanan untuk jangka panjang manakala akaun pelaburan untuk cepat kaya

9.

Antara berikut, yang manakah merupakan aktiviti pelaburan?

a)

Pemilikan rumah kediaman

b)

Pembelian kereta baharu

c)

Pembelian polisi insurans

d)

pembelian bon kerajaan

10.

Antara berikut, yang manakah benar tentang pelaburan?

a)

Menambah kapasiti pengeluaran firma

b)

Mendapatkan pulangan dalam bentuk upah

c)

Risiko pelaburan adalah lebih minima berbanding risiko tabungan

11.

Sila pilih faktor yang mendorong masyarakat untuk melabur.

a)

Peningkatan produktiviti

b)

Peningkatan kadar inflasi

c)

Peningkatan kadar pengangguran

12.

Antara berikut, siapakah yang membuat aktiviti pelaburan?

a)

Elly melancong bersama suami semasa cuti

b)

Zainuddin membeli kebun pisang

c)

Wong membeli perabot antik

d)

Raju membayar cukai tanah

13.

Berikut merupakan kesan positif daripada pelaburan KECUALI ?

a)

Barang modal yang usang dapat diganti baru

b)

Output lebih cekap dapat dilakukan

c)

Menikmati hasil di waktu kini

d)

Teknologi lebih canggih

14.

Antara berikut, yang manakah merupakan bentuk pelaburan atas barang modal?

a)

Membina kilang baru

b)

Membayar gaji pekerja

c)

Menambah stok gula pasir oleh peniaga runcit

d)

Melatih kakitangan memperoleh kepakaran tertentu

15.

Antara berikut, yang manakah sebab-sebab pelaburan dilakukan?

a)

Memperoleh pendapatan lebih tinggi pada masa hadapan

b)

Mematuhi kehendak dan peraturan dasar ekonomi kerajaan

c)

Mengambil kesempatan atas pulangan dividen semasa kadar faedah sedang tinggi

16.

Kita boleh menyimpan di dalam akaun berikut KECUALI:

a)

Akaun simpanan

b)

Hartanah

c)

Akaun semasa

d)

Akaun simpanan tetap

17.

Apakah nama penuh bagi Kad ATM?

a)

Auto Testing Machine

b)

Auto Teller Machine

c)

Aim The Money

18.

Pelaburan yang melibatkan pembelian harta seperti tanah, rumah kediaman, premis perniagaan, ladang dan sebagainya, di mana pelabur akan menerima pulangan dalam bentuk pendapatan hasil yang dijana oleh hartanah tersebut.

a)

Saham

b)

Amanah Saham

c)

Hartanah

d)

Dividen

19.

Yang manakah bukan jenis-jenis pelaburan?

a)

Saham

b)

Amanah Saham

c)

Hartanah

d)

Zakat

20.

............................secara mudahnya ialah menyimpan wang untuk tujuan keselamatan dan ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

a)

Simpanan

b)

Bank

c)

Akaun

d)

Saham