NEW
Font size
WorksheetsKUIZ BAHASA MELAYU TINGKATAN 2
Total questions: 50
Worksheet time: 17mins
Gugusan pulau di sekitar Filipina menjadi _________ pelancong dari luar.
tumpuan
tujuan
sasaran
Kenderaan yang tidak melebihi tiga tan sahaja dibenarkan melalui __________ ini.
titi
jambatan
Mazlina berasa terlalu sedih apabila dimarahi oleh kakaknya kerana ________ air di atas lantai itu.
melimpahkan
menumpahkan
Apabila hujan turun dengan lebatnya, kawasan tersebut akan ______ oleh banjir kilat.
dialami
dilanda
ditimpa
Salah satu perkara yang perlu diketahui oleh pengurus yang baik ialah _______ sesebuah syarikat yang hendak dicapai.
visi
aspirasi
misi
Petronas telah meningkatkan usaha untuk menambahkan _______ minyak bagi keperluan lima tahun akan datang.
dana
tabungan
simpanan
Patik dengan segala hormat dan takzimnya memohon ________ Seri Paduka Baginda Tuanku untuk menyampaikan ucapan kepada para hadirin dalam majlis ini.
perkenan
izin
benar
__________ pemberian pinjaman bank dijangka kekal berdasarkan ekonomi Malaysia yang dijangka positif.
Ketumbuhan
Penumbuhan
Pertumbuhan
Gabungan persatuan akademik universiti itu akan ________ satu seminar pendidikan.
menyusun
menganjurkan
mengaturkan
Kami amat _______ hati jika tuan bersetuju dengan syarat - syarat yang kami kemukakan.
berbangga
bergembira
berbesar
Ayat berikut merupakan ayat susunan songsang kecuali
Pada petang esok, ibu bapa Thomas akan ke Jepun.
Ibu bapa Thomas akan ke Jepun pada petang esok.
Akan ke Jepun pada petang esok.
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.
Kami telah mengumpulkan bahan-bahan buangan itu sebelum dilupuskan di tapak pelupusan.
Bahan - bahan buangan itu telah dikumpulkan oleh kami sebelum dilupuskan di tapak pelupusan.
Bahan - bahan buangan itu telah kami kumpulkan sebelum dilupuskan di tapak pelupusan.
Senaraikan dua kata kerja transitif.
Pasukan bola sepak sekolah saya telah banyak memenangi pertandingan kejohanan peringkat kebangsaan dan kejayaan mereka telah mengharumkan nama sekolah.
kejayaan, mengharumkan
kebangsaan, memenangi
memenangi, mengharumkan
Senaraikan dua akronim.
Encik Tan yang bekerja sebagai penjaga kaunter pawagam berdoa semoga agensi kerajaan dan swasta dapat membantu untuk meringankan beban mereka kerana kenaikan yuran tadika.
pawagam, tadika
tadika, swasta
agensi, pawagam
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama dengan ayat berikut.
Golongan muda harus menghargai kain songket yang mempunyai keistimewaan tersendiri.
Kain songket mempunyai keunikannya yang tersendiri perlu dihargai oleh golongan muda.
Para belia mempunyai keistimewaan tersendiri jika mereka menghargai kain songket.
Banyak pihak beranggapan yang mata pelajaran Sejarah dapat memupuk semangat cinta akan negara.
supaya
takkala
bahawa
Antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu nanti ialah masalah disiplin murid yang semakin merosot.
Di antara perkara
Antara perkara
Dalam antara perkara
Setiap pelanggan-pelanggan kad prabayar di kedai telekomunikasi itu dikehendaki mendaftarkan nama mereka.
Setiap pelanggan
Setiap orang pelanggan
Tiap pelanggan
Semua orang kaki tangan awam akan menerima bonus sebulan gaji pada hujung tahun ini.
Semua orang kakitangan awam
Semua kaki tangan awam
Semua kakitangan awam
Semua murid yang menyertai aktiviti perkhemahan itu telah terkumpul pada tapak perhimpunan.
berkumpul pada
terkumpul di
berkumpul di
Kedua-dua orang remaja itu saling ejek-mengejek sebelum mereka tumbuk-menumbuk.
saling ejek
saling mengejek
mengejek-ejek
Kerja-kerja memperdalami Sungai Ujung sedang giat dijalankan sebagai alternatif untuk menyelesaikan masalah banjir di kampung itu.
memperdalam
memperdalamkan
mendalamikan
Hasil siasatan menunjukkan bahawa kedua-dua buah kereta itu menggunakan plat nombor palsu.
plat palsu nombor
nombor plat palsu
palsu nombor plat
Penduduk kampung terkejut apabila Pak Wahab menemui dengan sebiji bom lama di belakang rumahnya.
menemukan sebiji bom lama
mempertemukan sebiji bom lama
menemui sebiji bom lama
Penggunaan media sosial yang tidak terkawal di kalangan remaja memberikan banyak kesan negatif.
di kalangan remaja banyak memberikan
dalam kalangan remaja banyak memberikan
dalam kalangan remaja memberikan banyak
Tindakan tegas yang dikenakan kepada peniaga yang melakukan penipuan adalah berlandaskan pada akta perniagaan yang telah ditetapkan.
berlandas akta perniagaan
landaskan kepada akta perniagaan
berlandaskan akta perniagaan
Pihak polis mengkhaskan beberapa tempat meletak kereta di lapangan letak kereta itu semalam kepada para tetamu kehormat.
mengekhaskan beberapa buah tempat letak kereta
mengekhaskan beberapa buah tempat meletak kereta
mengekhaskan beberapa tempat ketak kereta
Pilih ayat yang salah.
Sukri kelihatan amat gembira sekali pada petang itu selepas menerima berita tentang kejayaan abangnya dalam peraduan itu.
Penulis tersohor sekali di negara kita itu akan mengadakan bengkel penulisan cerpen di sekolah saya,
Percikan bunga api itu kelihatan sungguh indah nian pada malam sambutan tahun baru.
Pilih ayat yang betul.
Mereka kesejukan pada malam itu dan tidur bertilamkan dengan rumput.
Kami telah menggunakan masa yang terluang untuk beramah mesra dengan semua peserta.
Kawasan pedalaman itu masih belum memiliki kemudahan infrastruktur yang lengkap.
Pilih ayat yang salah.
Lampu-lampu merah yang bergantungan pada dinding itu telah dipasang oleh abang pada pagi semalam.
Guru disiplin menasihati murid itu supaya tidak mengulangi perbuatannya yang menyakiti hati guru.
Pihak sekolah akan membincangkan usaha-usaha yang perlu diambil untuk menangani masalah buli yang semakin membimbangkan.
__________ Malaysia yang merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik itu meraih wang tunai berjumlah satu juta Ringgit Malaysia.
Atlet
Atlit
Barang-barang kosmetik yang dibeli daripada _______________ tentu lagi murah.
ejen
agen
__________ keputusan mata pelajaran Bahasa Melayu menunjukkan ada sedikit peningkatan.
Analisa
Analisis
Pihak hospital akan menghantar __________ pembayaran kepada pihak insuran selepas ditandatangani oleh pesakit.
baucar
baucer
Aulia Sumayyah ___________semula semua penting yang diterangkan oleh gurunya di dalam kelas.
mencatat
mencatit
Setelah penat bekerja, dia ______________ sejenak.
beristirahat
beristirehat
Kelambatan pemprosesan permohonan itu disebabkan oleh _________ birokrasi.
karenah
kerenah
Rambut Yunus lurus tetapi rambut adiknya _________________ .
keriting
kerinting
________ negara berjaya membawa pulang 59 pingat emas, 50 pingat perak dan 82 pingat gangsa sekali gus menduduki tempat keempat secara keseluruhan.
kontinjen
kontingen
Bilangan nyawa yang terkorban dalam __________ tsunami di Acheh begitu tinggi.
tragedi
tragidi
Tiara seorang yang pandai dalam mata pelajaran Fizik. Dia rajin membaca buku tentang fizik dan setiap kali rakan-rakannya ada soalan tentang fizik, dialah tempat bertanya. Dia berpotensi untuk menjadi ahli fizik pada suatu hari nanti.
Pilih peribahasa yang betul.
Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.
Jauhari juga yang mengenal manikam.
Lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya.
Jika asal benih yang baik jatuh, kelaut menjadi pulau.
Laiman akan melanjutkan pelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Rakan-rakannya akan merinduinya. Dia terkenal sebagai pelajar yang sentiasa berbudi bahasa. Mereka yakin, dia akan mengamalkan sikap yang sama di Universiti tersebut.
Pilih peribahasa yang betul.
Lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya.
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama diturun
Melentur buluh biarlah dari rabungnya.
Jika asal benih yang baik jatuh, kelaut menjadi pulau.
Zain pelajar yang amat disayangi oleh semua rakan kelasnya, dia tidak pernah memungkiri janji. Kawan-kawannya sering datang kepadanya jika mereka memerlukan nasihat.
Pilih peribahasa yang betul.
Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
Jika asal benih yang baik jatuh, kelaut menjadi pulau.
Lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya.
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Mendengar nasihat yang baik.
Pilih peribahasa yang betul.
Bagai hujan jatuh ke pasir
Bagai aur dengan tebing
Menelan mestika embun
Alah bisa tegal biasa
Jika tiada persetujuan dalam sesuatu mesyuarat hendaklah diselidik kembali pokok persoalannya.
Pilih peribahasa yang betul.
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
Hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa.
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Jika rajin dan tekun berusaha melakukan sesuatu pekerjaan, maka akan murahlah rezeki.
Pilih peribahasa yang betul.
Ringan tulang berat perut.
Ada kerak ada nasi.
Ada gula ada semut.
Hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta.
Pilih peribahasa yang betul.
Malu berkayuh perahu hanyut.
Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Ingat sebelum kena, beringat sebelum habis
Merancang sesuatu yang belum pasti berjaya.
Pilih peribahasa yang betul.
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
Burung terbang dipipihkan lada.
Kebaikan yang sia-sia atau tidak berbalas.
Pilih peribahasa yang betul.
Bagai aur dengan tebing.
Bagai hujan jatuh ke pasir.
Bagaimana bunyi gendang begitulah tarinya.
Di mana ada rezeki di situlah ramai orang.
Pilih peribahasa yang betul.
Garam jatuh ke air.
Ada gula ada semut.
Air pun ada pasang surutnya.
