WorksheetsPERNIAGAAN SET 1 PERFECT
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
1. Apakah tujuan penubuhan organisasi bukan bermotifkan untung?
Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma
Meningkatkan penglibatan semua pihak dalam aktiviti kemasyarakatan
Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan
Menawarkan produk berkualiti tinggi
Apakah kelebihan perniagaan milikan tunggal?
Perniagaan kekal berterusan
Keputusan adalah hak pemilik
Cukai keuntungan dikecualikan
Pemilik menanggung liabiliti terhad
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri suatu bentuk pemilikan perniagaan.
· Tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 (pindaan 1978)
· Kerjasama antara dua atau lebih individu
· Setiap ahli menggabungkan modal, kepakaran, pengalaman dan pengetahuan
Apakah bentuk pemilikan tersebut?
Koperasi
Perkongsian
Milikan tunggal
Syarikat sendirian berhad
Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.
· Mudah ditubuhkan dan mudah diurus
· Dikenakan cukai individu
· Keputusan dibuat sepenuhnya oleh pemilik
Apakah contoh pemilikan perniagaan tersebut?
Prima Global Sdn. Bhd.
Tiga Dimensi Enterprise
Koperasi Belia Johor Bahru Berhad
Perniagaan Rahmat dan Rakan – rakan
Apakah tanggungjawab francaisi dalam perniagaan francais?
Membayar fi tertentu kepada francaisor
Melaksanakan penyelidikan produk
Menyediakan skim latihan pekerja
Melakukan promosi
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan ciri – ciri koperasi?
I Ahli mempunyai kepentingan yang sama
II Modal perniagaan disumbangkan oleh syarikat korporat
III Anggota koperasi menanggung liabiliti tidak terhad
IV Setiap anggota berhak membuat keputusan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.
Terowong SMART di Kuala Lumpur dibina hasil gabungan syarikat dari Malaysia dengan syarikat asing.
Apakah bentuk perniagaan tersebut?
Francais
Usaha sama
Perkongsian
Syarikat senidirian berhad
Aktiviti manakah yang terlibat dalam sektor primer?
Sharmimi menjual ketam
Haikal menternak udang dalam kolam
Athirah memproses ikan dijadikan keropok
Luqman menghantar sayur – sayuran ke pasar
Antara yang berikut, yang manakah punca berlakunya inflasi?
I Peningkatan tinggi permintaan berbanding penawaran barang
II Peningkatan tinggi penawaran berbanding permintaan barang
III Penduduk meramalkan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan
IV Kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Puan Maria merupakan seorang pekerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat.
Apakah tugas beliau?
Mengedarkan produk bagi memenuhi keperluan pengguna
Meningkatkan tahap pengeluaran produk
Membuat penyata kewangan syarikat
Menyelia fail dan dokumen syarikat
