WorksheetsMahkamah Khas dan Mahkamah Koroner
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Apakah yang dimaksudkan dengan mahkamah khas?
Mahkamah yang memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah yang ditubuhkan khas untuk pihak-pihak atau perkara-perkara tertentu sahaja.
Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kesalahan.
Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang terhad terhadap undang-undang Islam.
Berikut merupakan mahkamah-mahkamah yang tergolong dalam Mahkamah Khas kecuali..........
Mahkamah Anak Negeri
Mahkamah Perusahaan
Mahkamah Rayuan
Tribunal Pengurusan Strata
Yang manakah tidak benar mengenai Mahkamah Tentera?
Dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Menteri Pertahanan
Mendengar dan membicarakan kes-kes berkaitan kesalahan anggota tentera
Keputusan mahkamah boleh dirayu di Mahkamah Tinggi
Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi pengampunan
Bagaimanakah pegawai dalam Mahkamah Pilihan Raya dilantik?
Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri
Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Hakim Besar Mahkamah Tinggi
Dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Kerajaan Negeri
Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
Berikut merupakan jenis-jenis tuntutan yang boleh dituntut ke Tribunal Tuntutan Pengguna, kecuali..........
Isu standard keselamatan barang dan perkhidmatan
Tawaran pemberian hadiah/percuma
Harga yang berpatutan dengan kualiti produk
Bekalan barang yang tidak diperolehi
'Keputusan mahkamah ini dikemukan kepada Mahkamah Tinggi dalam bentuk semakan kehakiman'
Apakah jenis Mahkamah Khas yang merujuk kepada penyataan di atas?
Mahkamah Perusahaan
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Bumiputera
Mahkamah Rayuan
Apakah tujuan mahkamah koroner dibentuk?
Membicarakan kesalahan dari segi adat resam
Mencari punca sesuatu kejadian melalui saksi-saksi
Merujuk kepada Menteri Sumber Manusia
Mengemukakan rayuan atau bantahan
Siapakah yang boleh tergolong dalam senarai 'pihak berkepentingan'?
Peguam, saksi dan keluarga si mati
Koroner dan pihak berkuasa
Koroner, keluarga si mati dan pihak polis
Keluarga si mati dan pihak berkuasa
Yang manakah bukan keputusan Koroner di akhir prosiding?
Keputusan terbuka
Perintah saman mahkamah
Kemalangan
Kematian disebabkan oleh orang
Yang manakah benar tentang Prosiding Inkues?
Berlangsung di mahkamah dan prosedur pelaksanaannya sama dengan mahkamah biasa
Orang awam tidak boleh hadir untuk melihat dan mendengar sendiri keterangan saksi-saksi
Prosiding ini mempunyai pihak yang bertentangan atau berlawanan
Hanya timbalan pendakwa raya dan peguam pihak berkepentingan boleh mengajukan soalan-soalan kepada saksi
