wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PIBKDBDPAKK

Total questions: 10

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah takrifan bagi penglibatan ibu bapa dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak?

a)

Meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dengan pesat.

b)

Memberi sokongan kepada kanak-kanak dalam setiap program yang

dianjurkan.

c)

Usaha dalam mengambil kira bentuk penyertaan ibu bapa dalam setiap

program dianjurkan.

d)

Usaha bersama-sama atau saling bantu-membantu antara dua pihak ataupun

beberapa pihak.

2.

Menurut Bronstein et al. (2003), amalan yang positif mampu meningkatkan pencapaian akademik kanak-kanak dan sekaligus mengurangkan masalah psikologi dan delinkuen.

Apakah konsep yang diterapkan oleh Bronstein et al. (2003) dalam pernyataan di atas?

a)

Konsep komuniti

b)

Konteks keluarga

c)

Konsep keibubapaan

d)

Interaksi dan komunikasi

3.

Berapakah jenis-jenis penglibatan ibu bapa dan keluarga mengikut Epstein?

a)

4

b)

5

c)

6

d)

7

4.

Berikan definisi teori Esptein dalam penglibatan ibu bapa dan keluarga?

a)

Penglibatan ibu bapa dalam program-program di TASKA.

b)

Kerjasama yang perlu wujud antara sekolah, keluarga dan masyarakat.

c)

Menggalakkan ibu bapa menunjukkan kepakaran dalam bidang sesuatu.

d)

Penglibatan yang dapat mengeratkan hubungan dengan pelbagai pihak.

5.

Menurut beliau, budaya kelas yang paling berkuasa berfungsi adalah _______ .

a)

Budaya sah yang boleh menguasai tahap berbeza-beza.

b)

Dengan elemen-elemen budaya yang terdapat dengan persekitarannya.

c)

Mempunyai pengaruh langsung terhadap tumbesarannya.

d)

Diberi ganjaran melalui sistem pendidikan budaya bersesuai dengan kanakkanak.

6.

Antara berikut, yang manakah tokoh teori betul yang terlibat dalam penglibatan ibu bapa dan keluarga.

I. Teori Epstein

II. Teori Dialektikal Vygotsky

III. Teori Biological Bronfrenner

IV. Teori Sosial Dan Cultural Capital Bourdieu

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

7.

Penglibatan sukarela ibu bapa amat diperlukan bagi membantu mencapai kecemerlangan sekolah.

a)

BETUL

b)

SALAH

8.

Beri satu kategori jenis penglibatan ibu bapa dan keluarga mengikut Epstein.

a)

KATEGORI KELUARGA

b)

KATEGORI GURU

c)

KATEGORI KESUKARELAWAN

d)

KATEGORI KEJIRANAN

9.

Berikan takrif bagi kategori keibubapaan.

a)

Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah.

b)

Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program atau aktiviti di sekolah

c)

Ibu bapa tidak dibenarkan memberi sebarang idea kepada pihak

sekolah dalam melibatkan pembelajaran kanak-kanak.

d)

Kerjasama yang membawa kebaikan kepada pihak yang terlibat dapat

dinikmati dan dicapai bersama.

10.

Penglibatan ibu bapa amat penting dalam membuat kesinambungan pengajaran di rumah.

a)

BETUL

b)

SALAH