wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TOPIK 2 PEP

Total questions: 27

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia boleh dihuraikan dan difahami mengikut ‘acuan Malaysia’ berdasarkan susur masa evolusi sejarah negara ini, KECUALI

a)

Prakolonial

b)

Kolonial

c)

Pascakolonial

d)

Pracakolonial

2.

"Akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, yang melahirkan perbuatan baik atau buruk dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu."

~ Imam al-Ghazali ~


- Berikut merupakan perbezaan antara paksi disiplin akhlak dan etika​ KECUALI:​

a)

Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia manakala etika menilai tindakan zahir manusia sahaja

b)

Nilai- nilai akhlak bersifat mutlak dan sempurna manakala etika bersifat relatif dan sementara.

c)

Akhlak bersifat setempat manakala etika bersifat universal.

d)

Akhlak ditentukan dengan wahyu dan berpaksikan akidah manakala etika ditentukan melalui penilaian akal.

3.
Satu keadaan yang menunjukkan kepada penguasaan politik, ekonomi dan intelektual terhadap negara yang dikuasai. Zaman ini dikenali zaman..
a)
Zaman pra-kolonial
b)
Zaman kolonial
c)
Zaman pasca-kolonial
d)
Zaman kontemporari
4.

Faktor berikut mempengaruhi pembentukan etika seseorang KECUALI

a)

pendidikan

b)

keluarga

c)

rakan sebaya

d)

zaman

5.

Etika & peradaban penting dalam sesebuah masyarakat supaya dapat melahirkan masyarakat berikut KECUALI

a)

berkeperibadian tinggi

b)

saling menghormati

c)

hidup harmoni

d)

membantu bangsa sendiri

6.

Apakah kesan penghayatan etika dan peradaban masyarakat Malaysia kepada negara?

a)

Negara menjadi mundur

b)

Negara semakin huru hara

c)

Negara dipandang tinggi oleh negara lain

7.

Apakah kesan pascakolonial kepada etika dan peradaban masyarakat Malaysia/Tanah Melayu?

a)

Budi pekerti yang tinggi

b)

Sopan santun dalam percakapan

c)

Menggunakan pakaian tradisional

d)

Tingkahlaku dan moral semakin merosot

8.

Pada zaman prakolonial, asas dalam pembentukan etika dan peradaban ketika itu adalah hukum kanun Melaka dan .......................

a)

undang-undang laut Melaka

b)

perlembagaan

c)

hukum hudud

d)

undang-undang tidak bertulis

9.

Manakah antara contoh berikut adalah adab yang baik?

a)

Vandalisme

b)

Pertabalan sultan

c)

Amalan merisik sebelum bertunang

d)

Menghormati ibu bapa

10.

Mengapa etika dan peradaban penting dalam sesebuah masyarakat?

a)

membentuk peribadi yang tinggi

b)

saling bermusuhan

c)

membina negara bangsa yang mundur

d)

hidup yang harmoni antara kaumnya sahaja

11.
  • Mewujudkan perpaduan yang lebih erat dalam seluruh masyarakat.
  • Membina sebuah masyarakat progresif berlandaskan sains dan teknologi moden.


Kenyataan tersebut menjelaskan tentang objektif __________.

a)

Majlis Gerakan Negara (Mageran)

b)

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

c)

Integrasi Nasional

d)

Rukun Negara

12.

Bilakah pengisytiharan Rukun Negara?

a)

31 Ogos 1957

b)

31 Ogos 1970

c)

16 September 1963

d)

16 September 1970

13.

Variasi kaum dan agama melahirkan diversiti ritual dan amalan kepercayaan. Bagaimanakah cara terbaik bagi menangani isu ini?

a)

Menafikan hak dan kepercayaan kaum lain

b)

Titik perbezaan kaum dan kepercayaan diterima dan berlapang dada

c)

Melupakan sebentar identiti kepercayaan sendiri dan menyertai kaum lain

d)

Menghapuskan kaum lain agar tidak berlaku lagi sebarang konflik

14.

Kepelbagaian agama dan kepercayaan di Malaysia dapat dipupuk melalui perpaduan dengan cara ____________

a)

meraikan agama lain dengan ritual tertentu

b)

menganggap agama adalah sama sahaja

c)

sembahyang bersama-sama

d)

budaya kunjung-mengunjung

15.

Bakso, nasi lemak, roti canai dan sebagainya boleh dijadikan detik perpaduan masyarakat Malaysia dalam aspek ___________

a)

perkahwinan

b)

sukan

c)

kesihatan

d)

makanan

16.

Detik-detik perpaduan boleh berlaku dalam suasana berikut, KECUALI ____________

a)

pemakanan

b)

aktiviti sukan

c)

ritual keagamaan

d)

bantuan bencana

17.

Tapak _________ adalah anak kunci kepada kesepaduan.

a)

Etnik

b)

Konstruk

c)

Integrasi

d)

Komuniti

18.

Asas utama kesepaduan sosial adalah _____________

a)

Persaingan antara kaum

b)

Masyarakat berkonflik

c)

Mewujudkan keadaan yang stabil

d)

Pengkhususan ekonomi mengikut kaum

19.

Berikut merupakan ciri-ciri kemajmukan bangsa KECUALI _________

a)

Berkongsi norma hidup

b)

Berkongsi agama

c)

Berkongsi persamaan nilai

d)

Berkongsi kerencaman sosial

20.

Alat utama teras kesepaduan nasional terdiri daripada Rukun Negara dan _____________.

a)

Perlembagaan Persekutuan

b)

Lagu Negaraku

c)

Kontrak Sosial

d)

Bendera Kebangsaan

21.

“Penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza menjadi satu entiti fizikal.”


Kenyataan di atas merujuk kepada ________

a)

Kesepaduan Sosial

b)

Kesepaduan Nasional

c)

Etos Nasional

d)

Etos Sosial

22.

[ Proses apabila budaya atau ras bercampur aduk dan membentuk ras atau generasi baru]

Kenyataan di atas merujuk kepada tahap-tahap Hubungan etnik di Malaysia iaitu...

a)

Akulturasi

b)

Akomodasi

c)

Asimilasi

d)

Amalgamasi.

23.

[ Menerima unsur kebudayaan dari satu kelompok masyarakat lain tetapi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat Contoh - pemaikaian tali leher dan seluar ]

Kenyataan-kenyataan di atas merujuk kepada tahap-tahap hubungan etnik di Malaysia iaitu...

a)

Akomodasi

b)

Akulturasi

c)

Asimilasi

d)

Amalgamasi

24.

[Menyedari dan menghormati budaya etnik lain serta mempertahankan budaya hidup masing-masing ]

Pernyataan di atas merujuk kepada tahap-tahap hubungan etnik di Malaysia iaitu...

a)

Segregasi

b)

Akomodasi

c)

Akulturasi

d)

Asimilasi

25.

Kedatangan pelbagai tamadun ke Tanah Melayu telah menjadikan pelbagai adat dan budaya bercampur baur dalam masyarakat kita pada hari ini. Adat berinai yang diamalkan dalam masyarakat Melayu hari ini berasal dari adat masyarakat...

a)

Jawa

b)

Cina

c)

India

d)

Bugis

26.

Antara perkara yang menyumbang kepada kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka adalah sistem pentadbiran yang sistematik seperti sistem pembesar empat lipatan. Berdasar pengetahuan anda tugas Temenggung ialah...

a)

Ketua Polis & Penjara

b)

Ketua Angkatan laut

c)

Pengutip hasil dan ufti

d)

Penasihat sultan dalam pentadbiran

27.

Pilih turutan yang betul bagi perkembangan sejarah Alam Melayu iaitu Zaman Pra Sejarah

a)

Zaman Mesolitik -Zaman Neolitik - Zaman Logam - Zaman Paleolitik

b)

Zaman Neolitik - Zaman Logam - Zaman Paleolitik - Zaman Mesolitik

c)

Zaman Logam - Zaman Paleolitik - Zaman Mesolitik - Zaman Neolitik

d)

Zaman Paleolitik - Zaman Mesolitik - Zaman Neolitik - Zaman Logam