wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 1 - BAB 6 SAINS TING. 5

Total questions: 55

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

Mikroorganisma yang manakah hanya boleh diperhatikan dengan menggunakan mikroskop elektron?

a)

Yis

b)

Amoeba

c)

Mukor

d)

Virus influenza

2.

Rajah 1 menunjukkan satu contoh mikroorganisma. Apakah ciri khusus mikroorganisma tersebut?

a)

Multisel

b)

Membiak dalam sel hidup

c)

Mengandungi klorofil

d)

Saprofit

3.

Bagaimanakah mukor membiak secara aseks?

a)

Belahan dedua

b)

Pembentukan spora

c)

Pertunasan

d)

Konjugasi

4.

Rajah 2 menunjukkan pertumbuhan mukor di atas roti. Mengapakah mukor dikelaskan sebagai mikroorganisma?

a)

Mukor hanya dilihat melalui mikroskop

b)

Mukor dikelaskan sebagai fungi

c)

Mukor ialah organisma multisel

d)

Mukor adalah berwarna-warni

5.

Rajah 3 menunjukkan sejenis pembiakan bagi suatu kumpulan mikroorganisma. Apakah kumpulan mikroorganisma ini?

a)

Fungi

b)

Alga

c)

Protozoa

d)

Bakteria

6.

Suhu yang manakah lazimnya digunakan dalam autoklaf untuk membunuh mikroorganisma?

a)

37 darjah Celcius

b)

60 darjah Celcius

c)

100 darjah Celcius

d)

130 darjah Celcius

7.

Rajah 4 menunjukkan virus bakteriofaj. Apakah X?

a)

DNA

b)

Lapisan protein

c)

Nukleus

d)

Spora

8.

Apakah tujuan menyapu ubat kuning atau acriflavine pada permukaan luka?

a)

Menghentikan pendarahan

b)

Membunuh mikroorganisma

c)

Menyekat penyebaran mikroorganisma

d)

Menggalakkan pembiakan mikroorganisma

9.

Rajah 5 menunjukkan sejenis bahan kimia yang digunakan untuk pensterilan. Dalam kumpulan bahan kimia yang manakah cecair klorin dapat dikelaskan?

a)

Antiseptik

b)

Disinfektan

c)

Antibiotik

d)

Antifungal

10.

Apakah jenis bahan yang digunakan untuk merawat Athlete's foot?

a)

Antiseptik

b)

Antibiotik

c)

Antifungal

d)

Antiviral

11.

Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan konsep Pinggan Sihat Malaysia?

a)

Separuh pinggan diisi dengan sumber karbohidrat

b)

Separuh pinggan diisi dengan sumber protein

c)

Suku pinggan diisi dengan sumber lemak

d)

Separuh pinggan diisi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan

12.

Apakah unit yang digunakan untuk mengukur nilai tenaga dalam makanan?

a)

kilogram

b)

gram

c)

kalori

d)

darjah Celcius

13.

Radas yang manakah digunakan untuk mengukur nilai kalori dalam makanan?

a)

Kalorimeter makanan

b)

Kalorimeter bom

c)

Kalorimeter bom oksigen

d)

Kalorimeter adiabatik

14.

Apakah yang berlaku kepada berat badan seorang individu apabila pengambilan jumlah kalori kurang daripada keperluan individu tersebut?

a)

Obes

b)

Kurang berat badan

c)

Berat normal

d)

Berlebihan berat

15.

Antara yang berikut, yang manakah dapat menyebabkan masalah kesihatan kepada manusia?

a)

Waktu makan yang tetap

b)

Waktu makan yang tidak tetap

c)

Memilih makanan yang berkhasiat

d)

Makan sedikit tetapi kerap

16.

Unsur yang manakah merupakan makronutrien?

a)

Karbon

b)

Besi

c)

Kuprum

d)

Zink

17.

Unsur yang manakah merupakan mikronutrien?

a)

Boron

b)

Hidrogen

c)

Sulfur

d)

Magnesium

18.

Fenomena semula jadi yang manakah menambah kandungan ion nitrat di dalam tanah?

a)

Taufan

b)

Guruh

c)

Kilat

d)

Gempa bumi

19.

Antara cara berikut, yang manakah meningkatkan kualiti makanan?

a)

Penggunaan baka yang bermutu

b)

Penggunaan baja organik

c)

Penggunaan jentera

d)

Penggunaan pestisid

20.

Bagaimanakah penggunaan racun serangga dapat dikurangkan?

a)

Penggunaan baja organik

b)

Pembakaran terbuka

c)

Penggunaan urea

d)

Kawalan biologi

21.

Sebatian karbon yang manakah dimaksudkan dalam jejak karbon?

a)

Karbon monoksida

b)

Karbon dioksida

c)

Kalsium karbonat

d)

Asid karbonik

22.

Apakah proses untuk mengurangkan jejak karbon?

a)

Pembakaran bahan api fosil

b)

Penyahhutanan

c)

Respirasi

d)

Fotosintesis

23.

Apaah tujuan tapak tangan karbon?

a)

Menambahkan jejak karbon

b)

Mengurangkan jejak karbon

c)

Mengekalkan jejak karbon

d)

Menyingkirkan jejak karbon

24.

Apakah sifat air lautan yang menjadikan lautan sebagai singki karbon?

a)

Pelarut karbon dioksida

b)

Kehadiran asid karbonik dalam air lautan

c)

Pembebasan karbon dioksida melalui sejatan air lautan

d)

Penghasilan sebatian karbon melalui tindak balas kimia dalam air lautan

25.

Kuantiti fizik yang manakah digunakan untuk mengukur kitar hayat bahan plastik?

a)

Jisim

b)

Isipadu

c)

Masa

d)

Suhu

26.

Apakah proses kitar semula yang membina sofa daripada kertas surat khabar yang dikitar semula?

a)

Upcycle

b)

Downcycle

c)

Kitar hayat

d)

Kitar produk

27.

Pernyataan yang manakah betul tentang mikroplastik?

a)

Kepingan plastik yang panjangnya kurang daripada 5 mm

b)

Mikroplastik dapat melarut dalam air

c)

Mikroplastik tidak berbahaya kepada manusia

d)

Sumber utama mikroplastik ialah bahan api fosil

28.

Apakah jenis pencemaran yang diukur oleh parameter Biochemical Oxygen Demand (BOD) ?

a)

Pencemaran udara

b)

Pencemaran air

c)

Pencemaran darat

d)

Pencemaran tanah

29.

Bahan kimia yang manakah menyebabkan eutrofikasi?

a)

Ion karbonat

b)

Ion sulfat

c)

Ion oksida

d)

Ion fosfat

30.

Mikroorganisma yang manakah digunakan untuk menyingkirkan bau busuk air yang tercemar?

a)

Yis

b)

Bakteria fotosintetik

c)

Bakteria asid laktik

d)

Paramecium sp.

31.

Tindak balas yang manakah mempunyai kadar tindak balas yang paling tinggi?

a)

Pengaratan pagar besi

b)

Pembakaran lilin

c)

Fotosintesis dalam tumbuhan hijau

d)

Pencernaan protein

32.

Tindak balas yang manakah mempunyai kadar tindak balas yang paling rendah?

a)

Pembakaran ketualn kecil arang kayu dalam udara

b)

Tindak balas antara asid hidroklorik cair dengan larutan natrium hidroksida

c)

Pembentukan stalaktit dan stalagmit

d)

Pelarutan natrium dalam air

33.

0.5 mol serbuk zink bertindak balas dengan said hidroklorik cair berlebihan. Selepas 20 s, didapati 0.3 mol zink tertinggal sebagai baki. Berapakah kadar purata bagi tindak balas ini?

a)

0.2 mol per saat

b)

0.1 mol per saat

c)

0.02 mol per saat

d)

0.01 mol per saat

34.

Apakah maksud kadar tindak balas?

a)

Peningkatan kuantiti bahan tindak balas

b)

Peningkatan kuantiti bahan tindak balas dengan masa

c)

Peningkatan hasil tindak balas

d)

Peningkatan kuantiti hasil tindak balas dengan masa

35.

Apakah mendakan kuning yang terbentuk apabila larutan natrium tiosulfat bertindak balas dengan asid sulfurik cair?

a)

Natrium

b)

Sulfur

c)

Natrium sulfat

d)

Sulfur dioksida

36.

Antara faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas berikut, yang manakah melibatkan bahan tindak balas berbentuk gas sahaja?

a)

Tekanan

b)

Suhu

c)

Kepekatan bahan tindak balas

d)

Penggunaan mangkin

37.

Bagaimanakah kadar kerosakan suatu makanan dapat dikurangkan denagn menyimpan makanan tersebut di dalam peti sejuk?

a)

Pengurangan oksigen

b)

Penurunan suhu

c)

Ketiadaan cahaya

d)

Ketiadaan mangkin

38.

Hasil tindak balas yang manakah dihasilkan dalam Proses Haber?

a)

Nitrogen

b)

Hidrogen

c)

Asid nitrik

d)

Ammonia

39.

Apakah mangkin yang digunakan dalam proses Sentuh?

a)

Serbuk besi

b)

Vanadium (V) oksida

c)

Sulfur

d)

Air

40.

Antara berikut, yang manakah ciri sebatian organik?

a)

Berasal daripada benda hidup

b)

Takat lebur tinggi

c)

Sangat larut dalam air

d)

Tidak mudah terbakar

41.

Antara sebatian karbon berikut, yang manakah sebatian karbon bukan organik?

a)

Sutera

b)

Petroleum

c)

Karbon monoksida

d)

Etanol

42.

Dalam kitar karbon, karbon dioksida diserap daripada atmosfera melalui proses X. Apakah proses X?

a)

Respirasi

b)

Pembakaran terbuka

c)

Penguraian bahan sisa organik

d)

Fotosintesis

43.

Hidrokarbon yang manakah dihasilkan daripada pereputan fosil tumbuhan oleh tindakan bakteria?

a)

Arang batu

b)

Arang kayu

c)

Petroleum

d)

Gas asli

44.

Persamaan perkataan berikut mewakili proses penyediaan alkohol X. Apakah alkohol X?

a)

Metanol

b)

Etanol

c)

Propanol

d)

Butanol

45.

Rajah 1 menunjukkan keratan rentas buah kelapa sawit. Antara bahagian A, B, C dan D yang manakah mengandungi minyak sawit yang paling banyak?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

46.

Rajah 2 menunjukkan keratan rentas buah kelapa sawit. Antara bahagian A, B, C dan D, yang manakah menghasilkan minyak isirung sawit?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

47.

Bahan yang manakah boleh digunakan dalam pembuatan sabun?

a)

Asid organik

b)

Minyak kelapa sawit

c)

Air kapur

d)

Cuka

48.

Persamaan perkataan berikut mewakili proses pembuatan sabun.

Lemak + Natrium hidroksida \rightarrow  Sabun + P

Apakah P?

a)

Asid hidroklorik

b)

Alkohol

c)

Hidrogen peroksida

d)

Gliserol

49.

Antara pernyataan berikut, yang manakah betul tentang maksud elektrokimia?

a)

Elektrokimia menggunakan tenaga elektrik untuk membuat bahan kimia

b)

Elektrokimia merupakan kajian tentang hubung kait antara fenomena elektrik dengan kimia

c)

Elektrokimia ialah penggunaan elektrik dalam bidang kimia

d)

Elektrokimia ialah penggunaan bahan kimia dalam kajian elektrik

50.

Antara fenomena berikut, yang manakah berlaku dalam sel elektrolitik?

a)

Tenaga elektrik ditukar menjadi tenaga kimia

b)

Tenaga kimia ditukar menjadi tenaga elektrik

c)

Tenaga kimia menjadi hasil tindak balas

d)

Tenaga kimia ialah bahan tindak balas

51.

Antara bahagian sel elektrolitik berikut, yang manakah disambungkan kepaad terminal negatif sumber bekalan elektrik?

a)

Anion

b)

Kation

c)

Anod

d)

Katod

52.

Leburan yang manakah dapat digunakan sebagai elektrolit dalam sel elektrolitik?

a)

Leburan naftalena

b)

Leburan asetamida

c)

Leburan lilin

d)

Leburan garam biasa

53.

Faktor yang manakah tidak mempengaruhi pemilihan jenis ion untuk dinyahcas di elektrod bagi elektrolisis larutan akueus?

a)

Jisim elektrod

b)

Kedudukan ion dalam siri elektrokimia

c)

Kepekatan elektrolit

d)

Jenis elektrod

54.

Rajah 1 menunjukkan susunan radas bagi satu sel kimia. Pernyataan yang manakah betul tentang tindak balas dalam sel kimia ini?

a)

Ion zink dihasilkan

b)

Ion natrium dinyahcas

c)

Ion kuprum dihasilkan

d)

Kepingan kuprum semakin tebal

55.

Rajah 2 menunjukkan susunan radas bagi satu sel elektrolitik. Antara berikut, yang manakah berlaku jika sel elektrolitik itu dipasang selama 2 jam?

a)

Elektrod P semakin nipis

b)

Elektrod P semakin tebal

c)

Elektrod Q semakin nipis

d)

Ketebalan elektrod P dan Q tidak berubah