wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 4 : KESIHATAN MANUSIA

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Penyakit yang boleh berpindah daripada seorang individu kepada individu lain. Ini merupakan kenyataan bagi :

a)

Penyakit tidak berjangkit

b)

Patogen

c)

Penyakit Berjangkit

d)

Vektor

2.

Yang manakah antara berikut merupakan jenis penyakit berjangkit :

a)

Kanser

b)

Asma

c)

Tuberkulosis

d)

Darah Tinggi

3.

Yang manakah antara berikut bukan merupakan jenis penyakit tidak berjangkit ?

a)

Asma

b)

Selesema

c)

Diabetes

d)

Kanser

4.

Yang manakah bukan cara penyebaran penyakit yang betul ?

a)

Air

b)

Vektor

c)

Udara

d)

Tanah

5.

Apakah cara yang betul bagi mencegah penyebaran penyakit melalui air ?

a)

Mencampurkan klorin di dalam sistem bekalan air

b)

Elakkan menyentuh orang yang dijangkiti kulit

c)

Menutup mulut dan hidung ketika bersin, batuk atau menguap

d)

Elakkan meludah di merata-rata tempat

6.

Yang manakah kenyataan yang betul bagi mengelakkan jangkitan penyakit melalui udara ?

a)

Membaiki sistem sanitasi

b)

Mencuci tangan dengan sabun

c)

Tempat tinggal mestilah disinari dengan cahaya matahari

d)

Mendidihkan air sebelum minum

7.

Apakah itu vektor ?

a)

Mikroorganisma yang menyebarkan penyakit

b)

Penyakit yang boleh berpindah dari satu pesakit kepada individu yang lain

c)

Penyakit yang tidak boleh berpindah daripada seseorang kepada individu lain

d)

Haiwan yang memindahkan patogen

8.

Yang manakah cara jangkitan yang betul :

a)

Malaria - Lalat

b)

Kepialu - Tikus

c)

Denggi - Nyamuk Anopheles betina

d)

Leptospirosis - Bakteria Leptospira

9.

Apakah patogen yang dibawa oleh vektor tikus ?

a)

Plasmodium malariae

b)

Bakteria Vibrio Cholerae

c)

Bakteria Leptospira

d)

Virus Zika

10.

Yang manakah bukan pasangan yang betul bagi patogen dan vektor berikut ?

a)

Bakteria Salmonella - Lipas

b)

Bakteria vibrio cholerae - Nyamuk

c)

Virus Zika - Nyamuk Aedes aegypti

d)

Virus Dengue - Nyamuk aedes aegypti

11.

Manakah antara berikut adalah penyakit berjangkit? Pilih DUA jawapan.

a)

kanser

b)

demam denggi

c)

hipertensi

d)

leptospirosis

12.

Antara berikut yang manakah penyakit tidak berjangkit?

Pilih DUA jawapan

a)

kanser

b)

tuberkulosis

c)

strok

d)

influenza

13.

Antara berikut yang manakah BENAR tentang penyakit tidak berjangkit?

a)

di bawa oleh patogen

b)

disebarkan oleh vektor

c)

disebabkan oleh faktor genetik

d)

boleh berpindah dari individu ke individu lain

14.

Apakah patogen yang dibawa oleh vektor dalam rajah?

a)

virus denggi

b)

plasmodium malariae

c)

bakteria Leptospira sp.

d)

Bakteria Salmonella typhi

15.

Apakah patogen yang dibawa oleh nyamuk Anopheles betina?

a)

virus denggi

b)

plasmodium malariae

c)

bakteria Leptospira sp.

16.

Antara penyakit berikut yang manakah berjangkit melalui air?

a)

demam kepialu

b)

sifilis

c)

gonorea

d)

selesema

17.

Mengapakah kita perlu memakai topeng penutup hidung dan mulut ketika selesema?

a)

mengelak dari habuk

b)

menghalang orang lain daripada jangkitan

c)

meningkatkan tahap kesihatan

d)

mengamalkan gaya hidup sihat

18.

Apakah maksud KEIMUNAN?

a)

Imuniti yang diperoleh secara semulajadi dari ibu

b)

keupayaan tubuh untuk melawan penyakit dengan penghasilan antibodi

c)

Keadaan tidak normal badan dengan sebab tertentu, tanda-tanda dan gejala tertentu

d)

Proses menggunakan vaksin untuk merangsang sistem imun untuk melawan penyakit berjangkit

19.

Tuberkulosis adalah penyakit yang berjangkit melalui

a)

Air

b)

Udara

c)

Vektor

d)

Sentuhan

20.

Berikut adalah penyakit berjangkit melalui sentuhan kecuali

a)

Sifilis

b)

Panau

c)

Kurap

d)

SARS

21.

Graf berikut menunjukkan

a)

Keimunan aktif buatan

b)

Keimunan pasif buatan

c)

Keimunan aktif semulajadi

d)

Keimunan pasif semulajadi

22.

Susu ibu adalah keimunan

a)

aktif buatan

b)

aktif semulajadi

c)

pasif buatan

d)

pasif semulajadi

23.

Penyakit boleh dikelaskan kepada berapa jenis?

a)

1 jenis

b)

2 jenis

c)

3 jenis

d)

4 jenis

24.

Antara penyakit yang boleh menjangkiti orang lain ialah

a)

darah tinggi

b)

asma

c)

covid-19

d)

kurap

25.

Organisma yang menyebabkan penyakit, contohnya virus, sesetengah bakteria, protozoa, kulat dan cacing dipanggil

a)

antigen

b)

covigen

c)

patogen

d)

endogen

26.

Haiwan yang memindahkan virus dan bakteria kepada manusia dikenali sebagai

(a)  

27.

Kurap dan panau adalah penyakit yang berjangkit melalui

a)

sentuhan

b)

bawaan udara

c)

air

d)

vektor

28.

Bakteria penyakit kolera dibawa oleh

a)

nyamuk

b)

cacing

c)

lipas

d)

lalat

29.

Pilih sistem pertahanan badan manusia terhadap penyakit. (boleh pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

sel darah merah

b)

sel darah putih

c)

antibodi

d)

kulit

30.

Penyakit selsema adalah disebabkan oleh

a)

virus

b)

bakteria

c)

protozoa

d)

cacing

31.

Sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dilemahkan atau dimatikan yang disuntik ke dalam badan manusia untuk membentuk ketahanan terhadap jangkitan penyakit tertentu dipanggil

a)

serum

b)

vaksin

c)

antibodi

d)

vitamin

32.

Antara kaedah untuk menghalang penularan penyakit SARS dan Covid-19 ialah ... (boleh pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

memakai topeng muka

b)

batuk di tempat awam

c)

penjarakan sosial (social distancing)

d)

kerap cuci tangan dengan sabun atau sanitizer

e)

pergi ke tempat yang sesak dengan orang

33.

Imunisasi merupakan suatu kaedah untuk memberikan daya tahan secara aktif pada bayi, kanak-kanak dan dewasa terhadap penyakit tertentu

a)

betul

b)

salah

34.

Nyamuk aedes boleh menyebab penyakit (a)  

35.

Nyamuk aedes boleh menyebab penyakit (a)  

36.

Pilih pernyataan yang benar tentang penyakit.

a)

keadaan yang tidak normal pada badan

b)

keadaan yang tidak normal pada minda

c)

keadaan selesa pada badan dan minda

d)

memberi tekanan kepada seseorang individu

37.

Penyakit berjangkit ialah penyakit ....

a)

yang disebabkan oleh jangkitan daripada patogen

b)

yang disebabkan faktor genetik

c)

yang boleh berpindah dari satu individu kepada individu yang lain

d)

seperti kanser dan sakit buah pinggang

38.

Antara yang berikut yang manakah bukan penyakit berjangkit?

a)

Covid-19

b)

Demam malaria

c)

Taun

d)

Tekanan darah tinggi

39.

Apakah itu patogen?

a)

Organisma yang menyebabkan penyakit

b)

Organisma yang dapat menyembuhkan penyakit berjangkit

40.

Berikut ialah beberapa cara penyakit boleh berjangkit

a)

Bawaan udara

b)

Bawaan air

c)

Sentuhan

d)

Vektor

41.

Antara berikut ialah bukan cara yang dapat mencegah penularan penyakit berjangkit bawaan udara.

a)

Memakai topeng menutup hidung dan mulut

b)

Mencampurkan klorin di dalam kolam renang

c)

Tidak meludah di merata-rata tempat

d)

Elakkan berada di tempat yang sesak

42.

Pilih dua cara jangkitan bawaan udara

a)

Jangkitan air liur

b)

Jangkitan titisan

c)

Jangkitan bersin

d)

Jangkitan habuk

43.

Pilih haiwan yang merupakan vektor penularan penyakit berjangkit.

a)
b)
c)
d)
44.

Langkah-langkah berikut merupakan langkah pencegahan penyakit bawaan air.

a)

Memakai topeng muka

b)

Mencampurkan klorin dalam sistem bekalan air

c)

Membina tandas yang mempunyai sistem sanitasi yang sempurna

d)

Memanaskan air minuman dengan sempurna

45.

Mencuci tangan dengan sabun selepas menggunakan tandas merupakan satu langkah untuk mencegah penyakit berikut kecuali ...

a)

Kolera

b)

Covid-19

c)

demam kepialu

d)

disentri ameba

46.

Penyakit-penyakit ini merupakan penyakit yang kerap menular dikalangan murid-murid yang tinggal di asrama. Penyakit berjangkit ini menular akibat berkongsi barangan peribadi seperti tuala mandi dan pakaian.

a)

Panau

b)

Kurap

c)

Kudis buta

d)

Demam denggi

47.

Pilih vektor yang padankan dengan patogen yang betul

a)
b)
c)
d)
48.

Pilih penyakit dengan gejala yang betul

a)

Malaria - menggigil, demam dan cirit-birit

b)

Denggi - demam, konjuktivitis, berpeluh

c)

Kolera - cirit-birit dan muntah

d)

Kepialu - demam, ruam, sakit sendi

49.

Antara mekanisme berikut yang manakah bukan mekanisme pertahanan badan tidak spesifik?

a)

Kulit merembes peluh dan sebum yang membunuh patogen

b)

Antibodi melekat pada patogen dan menggumpal

c)

Perut mengandungi asid hidroklorik untuk membunuh bakteria

d)

Membran mukus pada salur pernafasan memerangkap patogen

50.

Pilih urutan yang betul bagaimana nyamuk menyebarkan penyakit.


P : Air liur nyamuk yang berpatogen dikeluarkan semasa menghisap darah

Q : Nyamuk yang berpatogen menghisap darah orang yang belum dijangkiti

R : Nyamuk lain menggigit mangsa yang telah dijangkiti dan menyebarkan ke mangsa lain

S : Jangkitan merebak ke seluruh badan

a)

Q, S, R, P

b)

Q , P, S, R

c)

P, Q, R, S

d)

R, P, Q, S