wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Ulang Kaji Tingkatan 5 (Bab 1-6)

Total questions: 100

Worksheet time: 51mins

Name
Class
Date
1.

Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan. Apakah maksud Persekutuan?

a)

Pemerintahan secara demokrasi

b)

Penyatuan beberapa buah negeri

c)

Pembentukan sistem Jemaah Menteri

d)

Pentadbiran oleh Yang di-Pertuan Agong

2.

Apakah jawatan Yang di-Pertuan Agong dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka?

a)

Ketua Kerajaan

b)

Ketua Pentadbiran

c)

Ketua Persekutuan

d)

Ketua Pemerintahan

3.

Apakah kebaikan pelaksanaan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

a)

Menjamin keselamatan perairan negara

b)

Mendapat pengiktirafan dari negara luar

c)

Menyeragamkan undang-undang negara

d)

Mengelakkan permasalahan antara kerajaan

4.

Apakah instituisi yang berperanan menggubal undang-undang peringkat negeri?

a)

Badan Perundangan

b)

Dewan Undangan Negeri

c)

Pihak Berkuasa Tempatan

d)

Majlis Perundangan Negera

5.

Apakah peruntukan tambahan yang diberi kepada Senarai Negeri bagi Sarawak dan Sabah?

a)

Kesihatan awam

b)

Hari Perlepasan Negeri

c)

Mahkamah Anak Negeri

d)

Kewarganegaraan

6.

Kerajaan Tempatan merupakan kerajaan peringkat ketiga. Apakah kawasan yang menjadi tanggungjawab kerajaan tersebut?

a)

Negeri

b)

Kampung

c)

Daerah Kecil

d)

Perbandaran

7.

Pada peringkat awal kemerdekaan, kerajaan telah melancarkan program In-Situ. Apakah maksud pembangunan In-Situ?

a)

Membangunkan fizikal desa

b)

Memajukan kawasan bandar

c)

Menyusun semula masyarakat

d)

Meningkatkan ekonomi negara

8.

Apakah pihak yang menguruskan taman negara di Sabah?

a)

Jabatan Hidupan Liar Sabah

b)

Perbadanan Perhutanan Sabah

c)

Jabatan Taman Negara Malaysia

d)

Perbadanan Pemuliharaan Hidupan

9.

Apakah taman negara yang diisytharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pertama di negara kita?

a)

Taman Negara Mulu, Sarawak

b)

Taman Negara Kinabalu, Sabah

c)

Taman Hidupan Liar Krau, Pahang

d)

Taman Negeri Royal Belum, Perak

10.

Kerajaan Negeri memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina perumahan kos rendah. Bagaimanakah kerjasama tersebut dilaksanakan.

a)

Pembekalan bekalan buruh yang ramai

b)

Penyediaan bahan binaan yang mencukupi

c)

Penyelarasan harga rumah yang berpatutuan

d)

Penyediaan tanah dengan harga yang murah

11.

Apakah pihak yang terlibat dalam merangka strategi menyediakan perumahan mampu milik?

a)

Majlis Gerakan Negara

b)

Majlis Perumahan Negara

c)

Jabatan Perangkaan Negara

d)

Jabatan Perancangan Bandar

12.

Apakah kementerian yang berperanan untuk menjamin ketenteraan awam di negara kita?

a)

Kementerian Dalam Negeri

b)

Kementerian Pertahanan Negara

c)

Kementerian Penerangan Negara

d)

Kementerian Perancangan Bandar

13.

Mengapakah Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri dilaksanakan?

a)

Menjamin keselarasan pentadbiran negeri

b)

Mengukuhkan keselamatan dalam negara

c)

Memutuskan pembangunan sosioekonomi

d)

Membincangkan pelaksanaan sesuatu dasar

14.

Raja Champa dianggap sebagai pemerintah yang suci dan dewa Siva

Apakah tujuan Raja Champa dianggap sedemikian ?

a)

menjadi asas negara bangsa

b)

membentuk kerajaan yang unggul

c)

mendapat ketaatan daripada rakyat

d)

mendapat pengiktirafan kerajaan luar

15.

Sultan Melaka telah mengurniakan kawasan kepada Pembesar Berempat

Apakah gelaran kawasan tersebut ?

a)

kawasan anugerah

b)

kawasan kawalan

c)

kawasan pegangan

d)

kawasan jajahan

16.

Bagaimanakah undang - undang bertulis Kesultanan Melayu Melaka digubal ?

a)

berdasarkan titah perintah sultan

b)

berasaskan syariah dan hukum adat

c)

berlandaskan cadangan pembesar Melaka

d)

berpandukan perundangan kerajaan Srivijaya

17.

Mengapakah rakyat tidak berani menderhaka kepada Sultan Melaka ?

a)

Ditimpa dengan kecelakaan

b)

Dianggap sebagai pengkhianat

c)

Dijatuhkan hukuman berat

d)

Dijadikan sebagai hamba

18.

Kesultanan Melayu Melaka telah memperkenalkan pelbagai cukai

Apakah cukai tersebut

a)

cukai tetap dan cukai diraja

b)

cukai diraja dan cukai barangan

c)

cukai barangan dan cukai perjalanan

d)

cukai perjalanan dan cukai diraja

19.

Apakah persamaan sumbangan tokoh - tokoh berikut?

•Nakhoda Diri

•Nakhoda Jenal

•Nakhoda Sahak

a)

meluaskan kawasan wilayah

b)

memajukan ekonomi negeri

c)

menggubal undang - undang

d)

menjalin hubungan luar

20.

Apakah konsep berkaitan perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara ?

a)

Keunggulan

b)

Imperialisme

c)

Nasionalisme

d)

Kemerdekaan

21.

Tokoh berikut telah mengemukakan keunggulan suara rakyat dalam Revolusi Perancis 1789

•Jean Jacques Fousseau

Apakah gelaran terhadap suara rakyat tersebut ?

a)

kata sepakat

b)

hasrat umum

c)

tuntutan rakyat

d)

impian bersama

22.

Maklumat berikut berkaitan dengan semangat yang diperkenalkan semasa era Pemulihan Meiji di Jepun

•Semangat Bushido

Apakah kesan pengenalan semangat tersebut terhadap Jepun ?

a)

menjadi negara perindustrian

b)

mencapai kemajuan pendidikan

c)

menghalang gerakan anti-Barat

d)

mengatasi kelemahan pemerintahan

23.

Bagaimanakah tokoh berikut membangkitkan kesedaran nasionalisme di negara kita ?

•Ibu Zain

a)

melahirkan penulisan kreatif

b)

menubuhkan persatuan negeri

c)

membangkitkan isu kebudayaan

d)

memperjuangkan gerakan agama

24.

Mengapakah pengaruh agama berjaya mencetuskan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara ?

a)

memperkenalkan gerakan radikal

b)

mendorong gerakan radikal

c)

mencetuskan idea revolusi

d)

memperjuangkan gerakan islah

25.

Apakah cabaran dalaman selepas pembentukan Malaysia?

a)

kepelbagaian adat resam

b)

pembangunan luar bandar terhad

c)

ketidakseimbangan pembangunan

d)

persaingan ekonomi perdagangan antarabangsa

26.

Dalam buku tulisannya, Tun Abdul Razak meminta semua rakyat Malaysia agar lebih berdedikasi dalam usaha membangunkan negara menjadi tanah air yang gembira dan makmur bagi diri sendiri dan anak-anak (masa depan).

a)

Buku Merah

b)

Strategy For Action

c)

Blue Ocean Strategy

d)

District Rural Development Plan

27.

Langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi cabaran pembangunan dan sosioekonomi negara selepas pembentukan Malaysia KECUALI

a)

mempelbagaikan pertanian komersial seperti kelapa sawit dan koko

b)

memperkenalkan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia

c)

membina sekolah dan melatih guru untuk memberikan pendidikan kepada penduduk

d)

mengisytiharkan darurat di Sarawak bagi menggantikan Ketua Menteri Sarawak

28.

Apakah cabaran kerajaan untuk memajukan sistem perhubungan dan pengakutan di Sarawak dan Sabah?

a)

ancaman haiwan liar

b)

teknologi yang rendah

c)

saiz negeri yang besar

d)

terdapat banyak sungai

29.

Apakah 2 jenis sekolah yang wujud pada zaman British di kawasan bandar di Sabah dan Sarawak?

a)

Sekolah vernakular Inggeris dan Tamil

b)

Sekolah vernakular Cina dan Inggeris

c)

Sekolah vernakular Tamil dan Cina

d)

Sekolah Pribumi

30.

Akibat Krisis perlembagaan di Sarawak pada Jun 1966, Ketua Menteri, Stephen Kalong Ningkan digantikan dengan tokoh tersebut.

Siapakah beliau?

a)

Tawi Sli

b)

Samsuddin Subir

c)

Stephen Kalong Ningkan

31.

Pada Jun 1966 berlaku Krisis Perlembagaan di Sarawak kerana:

a)

21 ahli Council Negri tidak puas hati dengan Ketua Menteri

b)

Sarawak ingin keluar dari gagasan Malaysia

c)

Jepun menyerang Sarawak

32.

Mengapakah usaha mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh Malaysia?

a)

penduduk negara mempunyai pelbagai kaum

b)

penduduk saling bertelingkah antara satu sama lain

c)

kadar kemiskinan penduduk yang berbeza-beza

d)

pembangunan infrastruktur berbeza antara satu tempat dan tempat lain

33.

Siapakah Ketua Menteri Sarawak yang mendapat undi tidak percaya daripada Council Negeri?

a)

Tawi Sli

b)

Abdul Taib Mahmud

c)

Stephen Kalong Ningkan

d)

Awang Hipni Pangeran Annu

34.

Sarawak telah mengalami krisis perlembagaan pada bulan Jun 1966. Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi krisis tersebut?

a)

meminda perlembagaan

b)

memberikan khidmat nasihat

c)

mengadakan pilihan raya negeri

d)

mengisytiharkan darurat

35.

Nyatakan sebab usaha mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh Malaysia.

a)

mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum

b)

saiz negeri Sarawak dan Sabah yang besar

c)

jarak yang jauh antara Semenanjung Malaysia dengan Singapura

d)

perbezaan pendidikan antara penduduk bandar dan luar bandar

36.

Apakah tuntutan Lee Kuan Yew dalam kempen Malaysian Malaysia?

a)

pembatalan institusi beraja

b)

pengenalan sistem republik

c)

persamaan hak antara kaum

d)

perubahan bentuk pentadbiran

37.

Terdapat TIGA faktor yang mendorong pemisahan Singapura dari Malaysia, KECUALI.

a)

peranan kerajaan Singapura yang tidak terbatas

b)

tuntutan hak sama rata untuk semua kaum

c)

tuntutan pembukaan pasaran bersama disegerakan

d)

cadangan tambahan cukai yang perlu diberikan kepada Kerajaan Persekutuan

38.

Antara berikut yang manakah BUKAN merupakan cabaran pembangunan sosio ekonomi di Sarawak dan Sabah?

a)

Mempelbagaikan kegiatan ekonomi

b)

Memajukan Sistem Perhubungan dan Pengangkutan

c)

Mengatasi masalah politik dan kepimpinan Ketua Menteri

d)

Memajukan Sistem Pendidikan

39.

Lee Kuan Yew (PAP) tidak berpuas hati dengan peranan Singapura yang terhad dalam gagasan Malaysia.

Singapura telah menuntut ____________ dengan mengenakan cukai import disegerakan.

a)

pasaran bersama

b)

pasaran bebas

c)

pasaran mutlak

40.

Siapakah yang mewakili Malaysia dalam rundingan bersama-sama dengan Lee Kuan Yew?

a)

Dr. Ismail Abdul Rahman

b)

Tun Abdul Razak Hussein

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

V.T. Sambanthan

41.

Apakah kuasa yang meluluskan rang undang-undang pemisahan Singapura?

a)

Parlimen Malaysia

b)

Parlimen British

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Dewan Undangan negeri

42.

Nyatakan DUA sebab Malaysia bersetuju terhadap pemisahan Singapura.

a)

kemajuan ekonomi dan kemakmuran rakyat

b)

kepentingan negara dan kemakmuran rakyat

c)

kemakmuran rakyat dan kekuatan pertahanan

d)

kekuatan pertahanan dan kemajuan ekonomi

43.

Kempen yang digunakan oleh Lee Kuan Yew dalam menuntut hak sama rata.

a)

Malaysian Singapura

b)

Malaysian Malaysia

c)

Malaysian Singaporean

d)

Malayan Malaysian

44.

Senarai berikut berkaitan dengan hasil bumi Sarawak dan Sabah

* Lada Hitam

* Kayu Balak

* Petroleum

Apakah kepentingan hasil bumi tersebut berikutan pembentukan Malaysia?

a)

Strategi Perdagangan

b)

Asas Pertanian Moden

c)

Mempelbagaikan ekonomi

d)

Peningkatan eksport negara

45.

Malayan Union diperkenalkan oleh British pada tahun 1946 di Tanah Melayu.

Mengapakah British bertindak demikian?

a)

Menjimatkan masa pentadbiran

b)

Menguasai sumber ekonomi

c)

Mewujudkan pelbagai budaya

d)

Mengukuhkan kuasa pembesar

46.

Rajah 1 menunjukkan unit pentadbiran British di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia kedua.

Apakah masalah yang dihadapi oleh kerajaan British?

a)

Pentadbiran seragam

b)

Kos pelaburan yang tinggi

c)

Kekuasaan di tangan sultan

d)

Pembangunan yang tidak seimbang

47.

Pernyataan berikut menunjukkan hasrat British untuk membentuk sebuah bangsa Malayan Union

Golongan imigran dapat melupakan negara asal mereka

Apakah tujuan sebenar British berbuat demikian?

a)

Menjaga kebajikan imigran

b)

Menjamin pelaburan mereka

c)

Mewujudkan masyarakat majmuk

d)

Mengurangkan politik orang Melayu

48.

Rajah 2 berkaitan dengan badan pentadbiran Malayan Union.

Apakah X ?

a)

Majlis Penasihat

b)

Majlis Tempatan

c)

Majlis Undangan

d)

Majlis Kehakiman

49.

Rajah 3 merujuk kepada pengenalan Malayan Union. Dimanakah pengisyiharan Malayan Union berlangsung?

a)

India

b)

Burma

c)

Britian

d)

Tanah Melayu

50.

Mengapakah tokoh berikut tidak disukai oleh orang Melayu?

Sir Harold MacMichael

a)

Membantu pasukan komunis

b)

Menjadi Gabenor Malayan Union

c)

Menentang demonstrasi orang Melayu

d)

Memaksa raja menandatangani perjanjian

51.

Gambar 1 merujuk kepada suasana di Tanah Melayu pada tahun 1946.

Apakah sebab kebangkitan orang Melayu pada tahun 1946

a)

Ingin berkerajaan sendiri

b)

Menolak prinsip demokrasi

c)

Bimbang kehilangan warisan

d)

Menentang pengenalan persekutuan

52.

Bagaimanakah kedudukan Raja-Raja Melayu dalam pentadbiran Malayan Union?

a)

Pemungut cukai

b)

Ketua negeri

c)

Kehilangan kuasa

d)

Penasihat pentadbiran

53.

Pernyataan berikut menerangkan sebuah parti di Tanah Melayu

Parti Kebangsaan Melayu Melaya menyokong Malayan Union

Mengapakah parti tersebut berbuat demikian?

a)

Mengiktiraf kuasa sultan

b)

Menentang prinsip jus soli

c)

Memelihara hak pembesar Melayu

d)

Menghapuskan sistem feudal Melayu

54.

Antara berikut yang manakah cara penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union?

a)

Peperangan

b)

Serangan gerila

c)

Penulisan dalam akhbar

d)

Penghantaran pengintip

55.

Apakah peranan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar berikut semasa pembetukan Malayan Union?

* Majlis

* Utusan Melayu

* Warta Negara

a)

Mengatasi masalah pendidikan

b)

Menyebarkan pengetahuan agama

c)

Membolehkan bantahan disuarakan

d)

Menggalakkan perkembangan ekonomi

56.

Antara berikut, parti politik yang manakah menyokong rancangan Malayan Union?

a)

Angkatan Wanita Sedar (AWAS)

b)

Parti Kemerdekaan Malaya

c)

Persatuan Sahabat Pena Malaya

57.

Apakah alasan yang dikemukakan oleh segolongan pegawai tadbir Melayu untuk menyokong Malayan Union?

a)

Merancang untuk menggulingkan kuasa

b)

Menolak sistem feudal Melayu

c)

Konsep Melayu Raya dilaksanakan

d)

British cekap membangunkan Tanah Melayu

58.

Kongres Melayu 1946 diadakan di Kuala Lumpur dari 1 hingga 3 Mac 1946.

Apakah hasil kongres tersebut?

a)

Menubuhkan UMNO

b)

Menggubal perlembagaan

c)

Menggalakkan pertukaran idea

d)

Mengumpul pendapat orang Melayu

59.

Orang Melayu telah mengadakan rapat umum bagi menunjukkan bantahan terhadap Malayan Union kepada ahli-ahli Parlimen British.

Ahli Parlimen British yang dimaksudkan ialah

a)

Sir Harold Briggs

b)

L. D. Gammans

c)

Sir Harold MacMichael

60.

Pernyataan berikut menerangkan Kongres Melayu 1946

Kongres Melayu 1946 dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu

Apakah nilai positif yang patut dicontohi daripada sikap orang Melayu tersebut?

a)

Bersatu padu

b)

Berkeyakinan

c)

Gigih berusaha

d)

Rajin bermesyuarat

61.

Pernyataan berikut menerangkan tindakan Raja-Raja Melayu pada tahun 1946

Raja-Raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946

Apakah tujuan perhimpunan tersebut diadakan?

a)

Menyatakan bantahan kepada Ahli Parlimen British

b)

Mendorong rakyat membantah Malayan Union

c)

Membincangkan masa depan institusi kesultanan

d)

Mendapatkan pandangan tentang penubuhan Malayan Union

62.

Apakah yang dilakukan oleh orang Melayu untuk mencapai matlamat berikut?

Pembubaran Malayan Union

a)

Melancarkan serangan

b)

Menggugat Gabenor Sarawak

c)

Mengemukakan syarat yang tegas

d)

Menunjukkan semangat perpaduan

63.

Mengapakah tokoh-tokoh berikut menentang Malayan Union?

* Sir R.O Winstedt

* Sir Cecil Clementi

* Sir George Maxwell

a)

Memelihara keharmonian

b)

Menolak konsep penjajahan

c)

Menentang pemberontakan bersenjata

d)

Menyokong konsep hak perikemanusiaan

64.

Antara berikut, yang manakah merupakan faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948?

a)

Gesaan pedagang asing

b)

Sokongan golongan Melayu radikal

c)

Sikap politik orang Melayu yang sederhana

d)

Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union

65.

Kedaulatan ialah supernuus atau superanus yang bermaksud agung atau tertinggi.

a)

Bahasa Yunani

b)

Bahasa Arab

c)

Bahasa Inggeris

d)

Bahasa Melayu

66.

Kedaulatan ialah sovereignty yang bermaksud negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan

a)

Bahasa Yunani

b)

Bahasa Arab

c)

Bahasa Inggeris

d)

Bahasa Melayu

67.

Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. Kedaulatan merujuk kerajaan yang terikat oleh undang-undang

a)

Aristotle

b)

Jean Bodin

c)

Ibn Khaldun

d)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

68.

Namakan jenis kedaulatan berdasarkan maklumat yang diberikan.


Pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat

a)

KEDAULATAN ANTARABANGSA

b)

KEDAULATAN TRADISIONAL

c)

KEDAULATAN MODEN

d)

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

69.

Namakan jenis kedaulatan berdasarkan maklumat yang diberikan.


Badan kehakiman diwujudkan untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang

a)

KEDAULATAN ANTARABANGSA

b)

KEDAULATAN TRADISIONAL

c)

KEDAULATAN MODEN

d)

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

70.

Apakah jawatan utama bagi ketua negara di Malaysia?

a)

Raja

b)

Menteri Besar

c)

Perdana Menteri

d)

Yang di-Pertuan Agong

71.

Kedaulatan Antarabangsa merujuk kepada pengiktirafan ________ terhadap sesebuah negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain

a)

PBB

b)

Komanwel

c)

NGO

d)

LGBT

72.

Nyatakan badan yang bertanggungjawab MENGGUBAL perundangan negara kita.

a)

Parlimen

b)

Badan Kehakiman

c)

Badan Eksekutif

d)

Badan Perlaksana

73.

Manakah antara penyataan berikut BENAR mengenai kedaulatan tradisional?

a)

Dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa

b)

Membawa maksud kerajaan terikat dengan undang-undang

c)

Diiktiraf oleh dunia sebagai negara berdaulat

d)

Merujuk kepada sistem pemerintahan berkuasa mutlak

74.

Bagaimanakah kedudukan seseorang raja diperkukuhkan?

a)

Melalui upacara pelantikan

b)

Melalui pilihan raya

c)

Melalui taat setia rakyat

d)

Melalui pilihan suara raja-raja

75.

Persamaan rumpun bangsa dan bahasa telah digunakan untuk membentuk negara bangsa. Bagaimanakah negara kita boleh membentuk negara bangsa?

a)

Kedaulatan raja

b)

Kepimpinan pemerintah

c)

Hasil gabungan negeri

d)

Hasil pilihan raya

76.

Apakah kesan kepada negara kita setelah menjadi anggota PBB?

a)

Diiktiraf sebagai negara yang bebas dan berdaulat

b)

Disahkan sebagai negara yang maju dan makmur

c)

Diperlukan ketika berlaku krisis antarabangsa

d)

Dikehendaki memberikan ufti kepada negara lain

77.

Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dengan perbezaan latar belakang, budaya, agama dan bahasa. Bagaimanakah penduduk pelbagai kaum ini disatukan?

a)

Melalui pengamalan Rukun Negara

b)

Melalui Kempen di televisyen

c)

Melalui identiti antarabangsa

d)

Melalui pembelajaran bahasa lain

78.

Salah satu kepentingan mewujudkan negara berdaulat ialah keberkesanan pentadbiran tanpa campur tangan kuasa luar. Siapakah yang menjalankan dasar pentadbiran di negara kita?

a)

Yang Dipertuan Agong

b)

Ketua Menteri

c)

Raja-raja Melayu

d)

Jemaah Menteri

79.

Apakah tujuan pengenalan Rukun Negara?

a)

menjalinkan hubungan diplomatik

b)

memahami budaya kaum lain

c)

meningkatkan semangat perpaduan

d)

menjadikan negara maju

80.

Bagaimanakah hubungan dengan negara lain dibentuk di negara kita?

a)

Melalui persamaan budaya dan sejarah

b)

Melalui hubungan diplomatik dan perjanjian

c)

Melalui peningkatan sistem pendidikan

d)

Melalui penggubalan dasar luar negara

81.

Bagaimanakah negara kita mampu melahirkan generasi yang mahir dan mempunyai ilmu pengetahuan?

a)

Melalui perpaduan kaum

b)

Melalui sistem pendidikan

c)

Melalui kemakmuran ekonomi

d)

Melalui kewibawaan pemimpin

82.

Apakah tujuan pengenalan dan pelaksanaan dasar pembangunan ekonomi negara kita?

a)

meningkatkan taraf hidup rakyat

b)

memajukan negara demi keuntungan

c)

menambahkan infrastruktur demi kemajuan

d)

menjadikan negara masyhur di dunia

83.

Berikut ialah ciri-ciri negara berdaulat KECUALI

a)

Mempunyai Kestabilan Ekonomi

b)

Mempunyai pemerintahan

c)

Mempunyai Perundangan

d)

Mempunyai sempadan

84.

Berikut adalah bentuk pemerintahan negara kita, KECUALI

a)

Raja Berperlembagaan

b)

Raja berkuasa mutlak

c)

Demokrasi Berparlimen

85.

Pindaan Perlembagaan negara pada tahun 1965 berikutan _______________ keluar dari Persekutuan Malaysia.

a)

Singapura

b)

Thailand

c)

Brunei

d)

Semua di atas

86.

Pada tahun 1963,pindaan Perlembagaan persekutuan dilakukan bertujuan untuk

a)

permisahan Singapura dari Malaysia

b)

menyesuaikan peruntukan negeri baharu ke dalam perlembagaan

87.

Berdasarkan model Mahkamah Teringgi England, bentuk mahkamah dibahagikan kepada Mahkamah Atasan dan Mahkamah X. Apakah X?

a)

Rasmi

b)

Sederhana

c)

Rendah

d)

Rayuan

88.

Terdapat 3 perkara utama yang berlaku dalam pindaan Perlembagaan 1963. Berikut yang manakah bukan perkara utama yang berkenaan?

a)

Struktur Mahkamah Atasan

b)

pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo

c)

kedudukan pribumi Singapura

d)

jawatan Yang di-Pertuan Negeri

89.

Apakah peranan utama Mahkamah Tinggi Borneo ?

a)

menguruskan soal keagamaan penduduk pribumi

b)

menguruskan soal kehakiman di Sarawak dan Sabah

c)

menguruskan soal kebangsaan di Sarawak dan Sabah

90.

Sebelum tahun 1994, nama jawatan Ketua Hakim Sarawak dan Sabah dikenali sebagai ( ) ?

a)

Ketua Hakim Borneo

b)

Ketua Hakim Nusantara

c)

Ketua Hakim Borneo Utara

91.

Jawatan Yang di-Pertua Negeri diwujudkan sejak ( ).

a)

Pindaan perlembagaan persekutuan 1948

b)

Pindaan perlembagaan persekutuan 1963

c)

Pindaan perlembagaan Malaysia 1963

d)

Pindaan perlembagaan Malaysia 1965

92.

Semua perkara berkaitan dengan Singapura dimansuhkan dalam Perlembagaan Malaysia. Berikut yang manakah bukan perkaraa-perkara berkenaan?

a)

Agama

b)

imigresen

c)

kewangan

d)

pertahanan

93.

Berikut yang manakah merupakah tarikh persidangan akhbar yang diadakan di bangunan Parlimen bagi menerangkan perkaran permisahan Singapura?

a)

8 Ogos 1965

b)

9 September 1965

c)

9 Ogos 1965

d)

8 September 1965

94.

Perlembagaan merupakan________________________sebagai teras pemerintahan sesebuah negara.

a)

peraturan tertinggi

b)

undang-undang tertinggi

c)

undang-undang

d)

peraturan

95.

Sebelum kedatangan British,negara kita diperintah berdasarkan _________________________.

a)

sistem monarki

b)

raja berperlembagaan

c)

pemerintahan beraja

d)

demokrasi berparlimen

96.

Pada zaman pemerintahan British, raja diterima sebagai pemerintah __________________

a)

teragung

b)

berdaulat

c)

tertinggi

97.

Selepas merdeka, negara kita mempunyai _______________ yang merupakan unsur penting dalam negara.

a)

perlembagaan

b)

undang-undang

c)

peraturan

98.

a) Namakan dua asas dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

a)

Undang-undang Negeri Melayu dan Undang-undang Inggeris

b)

Undang Undang Tubuh Johor dan Hukum Kanun Melaka

c)

Undang-undang Inggeris dan Hukum Kanun Melaka

d)

Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka

99.

Undang-undang Inggeris yang diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat

a)

The Application of Laws Ordinance 1949

b)

The Application of Laws Ordinance 1951

c)

Charter of Justice

100.

Nyatakan matlamat undang-undang Inggeris yang diperkenalkan di NNS

a)

Memperkukuh kuasa British

b)

Mengurangkan kuasa raja Melayu

c)

Melindungi penduduk asal daripada penindasan