wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

4.1 Keperluan Makanan, Nutrien dan Fungsinya

Total questions: 28

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan MAKANAN?

a)

Bahan yang boleh dimakan sama ada dalam bentuk pepejal ataupun cecair.

b)

Komposisi kimia dalam makanan. Terdapat lima kumpulan nutrien iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral.

c)

Makanan yang kaya dengan bahan yang tidak dapat dicerna terutamanya selulosa.

d)

Kajian sainstifik terhadap pengambilan makanan dan fungsinya kepada tubuh badan manusia.

2.

Nyatakan definisi bagi PEMAKANAN?

a)

Makanan yang kaya dengan bahan yang tidak dapat dicerna terutamanya selulosa.

b)

Kajian sainstifik terhadap pengambilan makanan dan fungsinya kepada tubuh badan manusia.

c)

Bahan yang boleh dimakan sama ada dalam bentuk pepejal ataupun cecair.

d)

Komposisi kimia dalam makanan. Terdapat lima kumpulan nutrien iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral.

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan NUTRIEN?

a)

Makanan pelindung dan pengawal penyakit.

b)

Kajian sainstifik terhadap pengambilan makanan dan fungsinya kepada tubuh badan manusia.

c)

Makanan yang kaya dengan bahan yang tidak dapat dicerna terutamanya selulosa

d)

Komposisi kimia dalam makanan. Terdapat lima kumpulan nutrien iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral.

4.

Nyatakan maksud bagi PELAWAS?

a)

Makanan yang kaya dengan bahan yang tidak dapat dicerna terutamanya selulosa.

b)

Komposisi kimia dalam makanan. Terdapat lima kumpulan nutrien iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral.

c)

Mendapatkan tenaga bagi aktiviti harian seperti berjalan, berlari, membina sel tubuh badan.

d)

Makanan pelindung dan pengawal penyakit.

5.

Nutrien boleh dibahagikan kepada 5 kumpulan. Tandakan 4 kumpulan nutrien tersebut.

a)

Karbohidrat

b)

Vitamin dan garam mineral

c)

Makanan pembina tubuh

d)

Lemak

e)

Protein

6.

Pengambilan makanan,air dan pelawas sangat penting dalam kehidupan seseorang. Jelaskan kepentingan pengambilannya?

a)

Memelihara dan mengawal proses tubuh badan

b)

Tumbesaran terbantut

c)

Pencernaan terganggu

d)

Badan akan merasa lesu dan penat

7.

Nyatakan jenis kumpulan makanan?

a)

Makanan pembina tubuh

b)

Makanan pemberi tenaga

c)

Makanan yang sihat

d)

Makanan pelindung dan pengawal penyakit

8.

Apakah 3 sumber nutrien bagi kumpulan makanan pemberi tenaga?

a)

Lemak

b)

Garam mineral

c)

Karbohidrat

d)

Protein

9.

Peningkatan penyakit covid-19 amat membimbangkan semua pihak. Oleh itu, kita perlu mengambil makanan pelindung dan pengawal penyakit untuk mencegah penyakit. Apakah 4 nutrien yang boleh di ambil untuk menjaga kesihatan tubuh badan?

a)

Vitamin

b)

Selulosa

c)

Karbohidrat

d)

Garam mineral

10.

Air penting untuk mengawal suhu badan agar kekal pada suhu 37°C dan melicinkan membran. Nyatakan 3 fungsi air pada tubuh badan manusia.

a)

Membantu proses pencernaan

b)

Membantu proses penghasilan enzim.

c)

Membantu proses perkumuhan

d)

Membantu proses pernafasan dan peredaran darah

11.

Nyatakan nutrien yang terdapat dalam makanan ini dan pilih kesan kekurangan terhadap tubuh badan.

a)

Lemak, berat badan berkurangan.

b)

Protein, turun berat badan

c)

Protein,tumbesaran terganggu.

d)

Lemak,cepat berasa lapar

12.

Tubuh badan manusia memerlukan sekurang-kurangnya ________ air sehari.

a)

3-6 gelas

b)

6-8 gelas

c)

8-11 gelas

d)

11-13 gelas

13.

 

Kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi air dan pelawas boleh menyebabkan penyakit seperti____________ dan ______________.

a)

Divertikulitis

b)

Gout

c)

Sembelit

d)

Kwashiorkor

14.

Makanan di atas mengandungi __________ .

a)

Karbohidrat

b)

Protein

c)

Air dan pelawas

d)

Lemak

15.

Kelvin seorang ahli perniagaan yang bekerja tanpa mengira siang dan malam sehingga beliau menepikan pemakanan yang sihat. Sejak kebelakangan ini dia cepat berasa lapar dan berat badannya pun berkurangan. Apakah kekurangan nutrien yang menyebabkan Kelvin mempunyai simtom-simtom di atas?

a)

Lemak

b)

Karbohidrat

c)

Protein

16.

Apakah ujian yang dilakukan untuk menentukan kandungan protein dalam makanan?

a)

Ujian Iodin

b)

Ujian Milon

c)

Ujian Benedict

d)

Ujian Emulsi

17.

Apakah ujian yang dilakukan untuk menguji kehadiran karbohidrat dalam makanan?

a)

Ujian Milon

b)

Ujian Iodin

c)

Ujian Benedict

d)

Ujian Emulsi

18.

Apakah Ujian yang dilakukan untuk menguji kehadiran glukosa dalam makanan?

a)

Ujian Iodin

b)

Ujian Emulsi

c)

Ujian Millon

d)

Ujian Benedict

19.

Apakah ujian yang dilakukan untuk mengetahui kehadiran lemak dalam makanan?

a)

Ujian Benedict

b)

Ujian Millon

c)

Ujian Iodin

d)

Ujian Emulsi

20.

Antara berikut manakah pasangan yang betul tentang nutrien dan fungsinya?

a)

Vitamin- menguatkan antibodi tubuh badan manusia

b)

Karbohidrat-menguatkan sistem pertahanan badan

c)

Protein-memelihara kesihatan kulit

d)

Kalsium-membantu pembekuan darah

21.

 

''Fuad selalu mengalami gejala demam dan batuk setiap bulan. Ali memerlukan nutrien .... untuk kekal sihat"

Apakah nutrien yang sesuai untuk tubuh badan Fuad kekal sihat?

a)

Vitamin

b)

Pelawas

c)

Kalsium

d)

Karbohidrat

22.

Berikut adalah senarai Vitamin Larut Lemak. Vitamin Larut Lemak yang manakah betul?

a)

Menadion

b)

Kobalamin

c)

Tokoferol

d)

Retinol

e)

Kalsiferol

23.

Berikut merupakan Vitamin Larut Air, KECUALI

a)

Asid askorbik

b)

Riboflavin

c)

Kalsiferol

d)

Piridoksin

24.

Menadian merupakan vitamin larut lemak. Apakah kesan kekurangan nutrien tersebut?

a)

Melambatkan tumbesaran pada kanak-kanak

b)

Orang dewasa mengalami osteomalasia

c)

Pendarahan didalam yang berlarutan

d)

Menjejaskan kekuatan gigi dan tulang

25.

Apakah kesan jika mengambil magnesium secara berlebihan?

a)

Sesak nafas

b)

Sakit kepala

c)

Batu karang

d)

Menganggu fungsi buah pinggang

26.

Kalsium banyak terkandung didalam susu, keju, telur dan kekacang. Apakah fungsi kalsium kepada tubuh badan manusia?

a)

Membina dan menguatkan gigi

b)

Membantu proses pembekuan darah

c)

Kawal metabolisme tubuh

d)

Membentuk tiroksin

27.

Hati dan daging ayam banyak mengandungi zink. Apakah fungsi zink kepada tubuh manusia?

a)

Membantu dalam tumbesaran dan memelihara tisu

b)

Membantu proses pencernaan

c)

Membantu proses pertumbuhan

d)

Menjadi komponen enzim

28.

Jika tubuh manusia menerima nutrien tersebut secara berlebihan akan menyebabkan cirit-birit, kejang perut dan muntah-muntah. Apakah nutrien tersebut?

a)

Zink

b)

Asid fobik

c)

Ferum

d)

Tiamina