wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ MINDA 2: PERKONGSIAN

Total questions: 10

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan ciri-ciri Perkongsian KECUALI....

a)

dimiliki 2-20 orang pekongsi

b)

modal disumbangkan oleh pekongsi

c)

Liabiliti terhad

d)

Tertakluk pada Akta Perkongsian 1961

2.

Butiran manakah yang direkod di bahagian kredit Akaun Semasa pekongsi?

a)

Faedah atas pinjaman

b)

Faedah atas ambilan

c)

Kongsi rugi

d)

Ambilan

3.

Butiran manakah yang didebitkan ke Akaun Pengasingan Untung Rugi?

a)

Faedah atas modal, gaji pekongsi dan ambilan

b)

Faedah atas modal, gaji pekongsi dan bonus pekongsi

c)

Faedah atas pinjaman, gaji pekongsi dan untung bersih

d)

Faedah atas pinjaman, faedah atas ambilan dan bonus pekongsi

4.

Maklumat berikut diperoleh daripada Perkongsian Aziz dan Azizah.


Modal Aziz pada 1 Januari 2007 ialah RM14 000. Pada 1 Julai 2007, Aziz membawa masuk modal tambahan sebanyak RM3 000. Faedah atas modal adalah 4% setahun. Tahun kewangan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.


Berapakah faedah atas modal Aziz?

a)

RM120

b)

RM560

c)

RM620

d)

RM680

5.

Apakah butiran yang terdapat dalam ekuiti pemilik perniagaan perkongsian?

a)

Ambilan

b)

Untung bersih

c)

Akaun semasa

d)

Faedah atas modal

6.

Butiran manakah yang terdapat dalam akaun semasa pekongsi?


I Modal

II Gaji pekerja

III Faedah atas modal

IV Faedah atas ambilan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Maklumat berikut diperoleh daripada Perkongsian Two Ah yang dimiliki oleh Ahmad dan Ah Seng.


Untung bersih RM15 800

Faedah atas modal RM1 200

Faedah atas ambilan RM2 300

Untung dibahagi sama rata


Berapakah kongsi untung bagi setiap pekongsi?

a)

RM6 150

b)

RM7 350

c)

RM8 450

d)

RM9 650

8.

Tempoh perakaunan Perkongsian Kamal dan Karim berakhir pada 30 Jun setiap tahun. Maklumat berikut menunjukkan tarikh dan nilai ambilan yang dibuat oleh Kamal.


1 Oktober 2014 RM2 000

1 April 2015 RM4 000


Berapakah faedah atas ambilan bagi Kamal apabila kadar faedah atas ambilan ialah 5% setahun?

a)

RM100

b)

RM125

c)

RM175

d)

RM300

9.

Butir yang TIDAK direkod dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi

a)

Elaun Pekongsi

b)

Faedah atas modal

c)

Faedah atas ambilan

d)

Faedah atas pinjaman pekongsi

10.

Akaun apakah yang disediakan untuk menunjukkan pembahagian untung atau rugi setiap pekongsi?

a)

Akaun modal

b)

Akaun semasa

c)

Akaun Untung rugi

d)

Akaun Pengasingan Untung rugi