wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SET 1 LATIHAN OBJEKTIF SEJARAH T4 AKHIR TAHUN

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Senarai berikut merupakan kerajaan Alam Melayu yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada kerajaan Alam Melayu selepasnya. 

> Funan

> Champa

> X  

Apakah kerajaan X? 

a)

Srivijaya  

b)

Temasik

c)

Selangor

d)

Pahang

2.

Berikut merupakan gelaran yang dikaitkan dengan Raja Champa.

> Pemerintah yang suci

> Dewa Siva

Apakah tujuan gelaran tersebut?

a)

Meluaskan pengaruh

b)

Mengukuhkan kedudukan

c)

Menguatkan Kerajaan

d)

Meningkatkan kerjasama

3.

Undang-undang  berikut  digunakan oleh sebuah kerajaan Alam Melayu.

Undang - undang Kutara Munawa

Apakah kerajaan tersebut?

a)

Angkor

b)

Srivijaya

c)

Majapahit

d)

Gangga Negara

4.

Bagaimanakah rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada pemerintah?

a)

Meminum air sumpah

b)

Membuat perjanjian

c)

Menjadi hamba

d)

Membayar ufti

5.

Pernyataan berikut merupakan maksud nasionalisme yang diberikan oleh seorang tokoh sejarah. 

Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya.

Tokoh  sejarah tersebut  ialah

a)

Hans Kohn

b)

Dato' Onn Jaafar

c)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

d)

Professor William R. Roff

6.

Nasionalisme Melayu telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. 

Apakah ciri nasionalisme ketika itu?

a)

Kesetiaan kepada raja

b)

Keinginan untuk merdeka

c)

Memupuk perpaduan kaum

d)

Mempertahankan adat resam

7.

Apakah isu yang diperjuangkan dalam gerakan nasionalisme berikut? 

      Revolusi Keagungan 

      Revolusi Perancis

a)

Menghalau kuasa asing

b)

Menyekat kuasa pihak gereja

c)

Menentang pemerintahan beraja

d)

Menghapuskan golongan bangsawan

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan karya yang dihasilkan oleh John Locke. 

Two Treatises of Government

Apakah prinsip yang diperjuangkan dalam karya tersebut?

a)

Raja berkuasa mutlak

b)

Raja berperlembagaan

c)

Keunggulan suara rakyat

d)

Kedaulatan undang - undang

9.

Undang –undang berikut telah diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu. Enakmen Undang - Undang Islam 1904

Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan?

a)

Menamatkan pengajian ke luar negara

b)

Menghalang pergerakan orang Melayu

c)

Membendung idea gerakan Islam 

d)

Menangkap pemimpin persatuan Melayu

10.

Senarai berikut adalah badan penyiasat yang ditubuhkan oleh British di Negeri-negeri Melayu .

    Jabatan Siasatan Jenayah

    Biro Siasatan Politik

Apakah tujuan British menubuhkan badan tersebut? 

a)

Mengawal perkembangan nasionalisme 

b)

Memantau perjuangan golongan radikal

c)

Menyiasat pergerakan parti

d)

Mengetatkan kawalan sempadan 

11.

Tok Janggut telah menentang British di Pasir Puteh, Kelantan.

Apakah faktor yang mempengaruhi tokoh tersebut bertindak demikian?

a)

Perjuangan Jose Rizal

b)

Gerakan Revolusi India

c)

Gerakan Pan-Islamisme

d)

Semangat bushido Jepun

12.

Mengapakah orang Melayu memberi sokongan kepada Empayar Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama?

a)

Persahabatan antara benua

b)

Perkembangan kuasa imperialisme

c)

Pelindung umat Islam seluruh dunia

d)

Perjuangan menuntut kemerdekaan

13.

Apakah bentuk pentadbiran yang diisytiharkan di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua?  

a)

Westminster

b)

Malayan Union

c)

Persekutuan Tanah Melayu

d)

British Military Administration

14.

Apakah tugas British Military Administaration (BMA) di Tanah Melayu? 

I  Mewujudkan keamanan

II Menjimatkan perbelanjaan

III Memulihkan kepercayaan rakyat

IV Mengembalikan kestabilan negara

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

15.

Apakah usaha British Military Administration untuk menarik kepercayaan rakyat kepada mereka? 

a)

Memberi latihan kepimpinan

b)

Menarik pelabur asing

c)

Membaiki infrastruktur 

d)

Menghapuskan cukai 

16.

Mengapakah perkhidmatan BMA ditamatkan oleh British ?

a)

Ketegangan hubungan antara pelbagai kaum

b)

Kemasukan pengaruh komunis ke Tanah Melayu

c)

Kekurangan sokongan daripada penduduk peribumi

d)

Ketidakupayaan menangani masalah di Tanah Melayu

17.

Perkembangan berikut berlaku selepas penduduk tempatan menolak Malayan Union.

Tahun 1946 - Penubuhan Sebuah jawatankuasa untuk merangka perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Apakah jawatankuasa tersebut? 

a)

Jawatankuasa Kerja

b)

Jawatankuasa Kaum

c)

Jawatankuasa Umum

d)

Jawatankuasa Rakyat                                                                                         

18.

Mengapakah British menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada 25 Julai 1946? 

a)

Menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Mengkaji isu perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

c)

Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

d)

Menerima memorandum Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu    

19.

Apakah kesan penubuhan Jawatankuasa Kerja 1946? 

a)

Pembentukan persekutuan

b)

Pembinaan negara bangsa

c)

Pemuafakatan antara kaum

d)

Penggubalan perlembagaan

20.

Apakah persamaan tugas pemimpin UMNO berikut? 

    Dato' Onn Jaafar

    Haji Megat Yunus

    Dato' Abdul Rahman Mohd

a)

Menubuhkan Majlis Perundangan Persekutuan

b)

Membentuk gabungan persatuan Melayu

c)

Menghalang sistem pentadbiran British

d)

Menjadi anggota Jawatankuasa Kerja       

21.

Ideologi komunis dibawa masuk ke negara kita pada tahun 1920-an melalui China.  Apakah pertubuhan yang membawa masuk ideologi tersebut? 

a)

Parti Kuomintang 

b)

Parti Komunis Nanyang

c)

The Communist International

d)

Persatuan Orang Cina Peranakan

22.

Senarai berikut merupakan tokoh Parti Komunis Indonesia (PKI) yang berusaha menyebarkan pengaruh komunis di negara kita.

    Alimin

    Tan Malaka

    Sultan Perpateh

Mengapakah mereka melakukan usaha tersebut? 

a)

Kekejaman tentera Jepun

b)

Keinginan meluaskan pengaruh

c)

Kegagalan menguasai Pulau Jawa

d)

Kekosongan politik di Tanah Melayu

23.

The Communist International telah menubuhkan parti baharu di Tanah Melayu selepas Kegagalan Parti berikut. Parti Komunis Nanyang (PKN) Apakah parti baharu tersebut? 

a)

Bintang Tiga

b)

Parti Komunis Malaya

c)

Parti Bolshevik Nasional

d)

Barisan Rakyat

24.

Ancaman PKM di Tanah Melayu bermula sejak zaman pendudukan Jepun.  Bagaimanakah tindakan PKM pada zaman tersebut?

I Membentuk Bintang Tiga

II   Bekerjasama dengan British

III  Bergabung dengan PUTERA

IV   Menerima bantuan Komanwel

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

25.

Maklumat berikut merujuk kepada pertubuhan yang muncul di Tanah Melayu pada tahun 1930-an.

Pertubuhan - Kesatuan Melayu Muda

Pemimpin - Ibrahim Hj Yaakob

Apakah konsep kemerdekaan yang diperjungakan oleh pertubuhan tersebut? 

a)

Melayu Raya

b)

Merdeka penuh

c)

Hidup Melayu-Merdeka

d)

Merdeka dengan Darah

26.

Senarai berikut berikut merupakan parti  politik yang terawal muncul di Tanah Melayu.     

    Kesatuan Melayu Muda

    Parti Kebangsaan Melayu Malaya

    Angkatan Pemuda Insaf

Apakah persamaan perjuangan parti tersebut?        

a)

Menentang anggota komunis

b)

Mengekalkan sistem monarki

c)

Menyokong sistem demokrasi 

d)

Menggunakan pendekatan radikal

27.

Gambar berikut merupakan pemimpin Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak.

Mengapakah pemimpin tersebut menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946?

a)

Menginginkan taraf berkerajaan sendiri

b)

Mengekalkan amalan tradisi masyarakat

c)

Mempertahankan keputusan Majlis Negeri

d)

Mendapatkan kemerdekaan penuh Sarawak

28.

Parti Malayan Indian Congress (MIC) diasaskan oleh John Thivy pada  bulan Ogos 1946.

Apakah matlamat penubuhan parti tersebut? 

a)

Memperjuangkan kemerdekaan melalui rundingan 

b)

Mencapai kemerdekaan melalui pendekatan radikal

c)

Menjalinkan kerjasama untuk mencapai kemerdekaan

d)

Meningkatkan kemajuan dalam bidang sosioekonomi 

29.

Apakah sistem pentadbiran yang  wujud hasil daripada perlaksanaan pilihan raya  di negara kita?  

a)

Tirani 

b)

Birokrasi

c)

Demokrasi

d)

Aristokrasi

30.

Mengapakah pilihan raya diadakan di negara kita pada tahun 1950-an? 

a)

Memilih wakil rakyat

b)

Melantik pemimpin parti politik 

c)

Menentukan ahli Dewan Negara 

d)

Memilih Yang di-Pertuan Agong

31.

Kerajaan Persekutuan telah mewujudkan sebuah Jatawankuasa Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat Persekutuan.

Mengapakah jawatankuasa tersebut ditubuhkan? 

a)

Memilih calon dalam pilihan raya

b)

Menentukan parti yang bertanding

c)

Membuat kajian tentang pilihan raya

d)

Meninjau pandangan rakyat tempatan

32.

Pilihan raya majlis pembandaran pertama telah diadakan pada tahun 1951. Apakah kawasan pilihan raya majlis pembandaran  tersebut?

a)

Alor Setar 

b)

Kuala Lumpur

c)

George Town

d)

Johor Bahru

33.

Apakah asas pembentukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri? 

a)

Penubuhan Sistem Ahli

b)

Pilihan Raya Umum 1955

c)

Pembentukan Jawatankuasa Kerja

d)

Pelaksanaan Majlis Perundangan Persekutuan

34.

Di antara peristiwa berikut, yang manakah mempengaruhi usaha ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.  

I British memberi jaminan Persekutuan Tanah Melayu akan berkerajaan sendiri segera

II Perang Dunia Kedua telah menamatkan penjajahan British di Asia Tenggara

III Rakyat Tanah Melayu mempunyai kesedaran tentang semangat naionalisme.

IV British memberi jaminan Persekutuan Tanah Melayu akan berkerajaan sendiri seceKemerdekaan negara-negara di Asia Tenggara seperti Filipina dan Burma 

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

35.

Pernyataan berikut berkaitan dengan rundingan kemerdekaan.

Tunku Abdul Rahman dan wakil Raja-raja Melayu menjelaskan perlunya misi rundingan di London bagi membincangkan beberapa perkara.

Apakah perkara yang ingin dirundingkan? 

I     Pentadbiran

II    Keselamatan

III   Perlembagaan

IV   Kewarganegaraan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

36.

Apakah tujuan rombongan London pada tahun 1955?

a)

Memohon khidmat nasihat pentadbiran

b)

Membincangkan pilihan raya akan datang

c)

Mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu

d)

Memperoleh mandat untuk mentadbir negara

37.

Apakah takrif kemerdekaan menurut Kamus Dewan?

a)

Bangga terhadap negara

b)

Bebas daripada penjajahan

c)

Berintegriti terhadap tugasan

d)

Bersatu membangunkan negara

38.

Apakah pengertian kemerdekaan mengikut tokoh berikut?

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

I Jinsiyyah 

II    Rohaniah

III   Madaniah

IV   Wataniyyah

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

39.

Apakah perjuangan Mahathma Gandhi terhadap pembebasan rakyat India? 

a)

Perbezaan kerja

b)

Persamaan kaum

c)

Penindasan kasta

d)

Penindasan kerajaan

40.

Apakah kebebasan yang diperjuang oleh Nelson Mandela ?

I Keselamatan

II    Penjajahan

III   Kemiskinan

IV   Perhambaan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV