Font size
WorksheetsPPT T52020vol3
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Apakah DUA bentuk sistem pentadbiran yang diamalkan di negara kita?
Pemerintahan republik
Raja Berperlembagaan
Demokrasi Berparlimen
Kerajaan Persekutuan
Malaysia berjiran dengan Singapura dan Thailand.
Bagaimanakah tindakan negara mewujudkan pemisahan antara negara tersebut?
Pendaftaran kerakyatan
Penguatkuasaan undang-undang
Pengukuhan kawalan ketenteraan
Penetapan sempadan antarabangsa
Antara berikut, yang manakah DUA faktor Perlembagaan Persekutuan menjadi asas kepada peraturan negara?
Menjamin keadilan
Mengekalkan tradisi
Mengukuhkan ekonomi
Memelihara kesejahteraan
Apakah peranan utama Parlimen dalam sistem pemerintahan negara?
Menentukan dasar kerajaan
Menggubal undang-undang
Mengesahkan perjanjian antarabangsa
Menjalankan sistem kehakiman
Bagaimanakah tindakan rakyat mengekalkan kestabilan politik negara?
Melaksanakan dasar kerajaan
Memberi kesetiaan kepada raja
Menggubal undang-undang negara
Mewujudkan pentadbiran yang cekap
Gambar berikut merujuk sampul surat hari pertama pos Malaysia.
Apakah mesej yang diperoleh daripada sampul surat tersebut?
Menunjukkan keunikan negara
Meraikan perayaan bersama-sama
Mematuhi undang-undang negara
Mengekalkan semangat muhibah
Antara berikut, yang manakah DUA peranan rakyat mengekalkan perpaduan kaum di negara kita?
Mengamalkan semangat perkongsian
Menggunakan bahasa kebangsaan
Memantapkan kuasa pemerintahan
Mengukuhkan hubungan luar
“Kedaulatan negara bergantung pada warganya yang bersatu”
Siapakah yang mengucapkan kata-kata tersebut?
Tun Hussein Onn
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Mengapakah kerajaan menganjurkan Hari Pahlawan dan Hari Kebangsaan?
Membanteras amalan rasuah
Memupuk semangat kekitaan
Memperkuat benteng pertahanan
Meningkatkan semangat patriotisme
Apakah DUA kepentingan lagu Negaraku kepada rakyat Malaysia?
Memupuk nilai patriotisme
Melahirkan generasi berdikari
Meningkatkan sifat keberanian
Menyemai nilai sanggup berkorban
Apakah kesan daripada usaha berikut?
- Memodenkan aset ketenteraan
- Mengadakan perjanjian pertahanan
Melicinkan urusan pentadbiran
Mengekalkan kedaulatan negara
Mendapat pengiktirafan dunia
Memudahkan perluasan kuasa
Apakah tafsiran Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj terhadap kedaulatan ?
Semangat kekitaan
Kuasa tidak terbatas
Kebebasan dan keadilan
Pengaruh undang-undang
Apakah matlamat Charter of Justice?
Menyemai taat setia rakyat
Mengelakkan persengketaan
Mengekalkan kebebasan bersuara
Mengelakkan penindasan penduduk
Apakah undang-undang yang digunakan dalam The Sarawak Application of Laws Ordinance 1949?
Penal Code
Charter of Justice
The Common Law of England
International Laws
Apakah DUA bidang kuasa Yang di-pertuan Agong yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan?
Menentukan kesahan undang-undang
Menggubal undang-undang persekutuan
Membuat pelantikan bagi jawatan utama negara
Mengampun dan menangguhkan hukuman orang yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah
Asas kepada demokrasi ialah pilihan raya umum 1955. Apakah DUA tujuan utama pilihan raya diadakan?
Memberi kebebasan kepada rakyat memilih wakil pemimpin
Membentuk kerajaan yang akan memerintah negara
Memberikan keadilan kepada semua rakyat
Memenuhi keperluan dan tuntutan semasa
Pindaan perlembagaan pada tahun 1963 dan 1965 melibatkan DUA perkara berikut iaitu
pemansuhan imuniti raja-raja
penstrukturan Mahkamah Atasan
pemisahan Singapura daripada Malaysia
penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak
Parlimen terdiri daripada tiga komponen. Selain Yang di-Pertuan Agong, apakah DUA komponen dalam Parlimen?
Dewan Rakyat
Dewan Negara
Dewan Persekutuan
Dewan Undangan Negeri
Apakah DUA tugas utama Jemaah Menteri?
Menggubal undang-undang
Menggubal dasar negara
Melaksanakan pembangunan
Mengawal selia sistem kehakiman
Apakah mekanisme yang digunakan dalam sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen di Malaysia?
Dasar pecah dan perintah
Semak dan imbang
Autokratik dan perwarisan
Bersih, cekap dan amanah
Taman Negara dan perlindungan haiwan liar terletak dalam
Senarai Bersama
Senarai Negeri
Senarai Persekutuan
Senarai Tambahan
Apakah DUA peranan Kerajaan Tempatan?
Menjaga kesihatan awam
Menguruskan rangkaian telekomunikasi
Memantau pengurusan taman laut dan marin
Mengeluarkan lesen dan kawalan penjaja
Antara berikut yang manakah tidak terdapat dalam Senarai Persekutuan?
Kewarganegaraan
Pentadbiran keadilan
Kebudayaan dan sukan
Perubatan dan kesihatan
Namakan akta yang memberikan kuasa kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah untuk mengekalkan kuasa kawalan kemasukan dan kediaman di negeri-negeri berkenaan.
Akta Kerajaan Tempatan 1976
Akta Imigresen 1963
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
Apakah maksud pembangunan In-Situ?
Meningkatkan ekonomi negara
Membangunkan fizikal desa
Memajukan kawasan bandar
Menyusun semula masyarakat
Jabatan Mergastua Negeri yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia kemudian dinamakan sebagai
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
Jabatan Taman Laut Malaysia
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
Taman-Taman Sabah merupakan badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1964. Mengapakah taman tersebut ditubuhkan?
Menjaga perairan negara
Melindungi kawasan marin
Mengeluarkan lesen skuba
Menyelenggara sistem saliran
- Perbadanan Perumahan 1 Malaysia (PR1MA)
- Rumah Selangorku (Selangor)
Apakah persamaan bagi program perumahan mampu milik tersebut?
Membolehkan golongan pertengahan memiliki rumah
Menyediakan peluang kepada rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah
Memberi peluang golongan atasan memilikinya sebagai pelaburan
Membantu kerajaan menghapuskan kemiskinan bandar
Mengapakah Rajang Area Security Command (RASCOM) ditubuhkan pada 26 Mac 1972?
Bencana alam
Perbalahan etnik
Ancaman komunis
Serangan pengganas
Apakah peristiwa yang mendorong Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menubuhkan ESSCOM?
Peningkatan ancaman komunis
Penularan kes jangkitan COVID-19
Penculikan pelancong asing di Semporna
Pencerobohan pengganas Kepulauan Sulu di Lahad Datu
Apakah DUA tindakan Indonesia yang menunjukkan penentangan mereka terhadap pembentukan Malaysia?
Melancarkan konfrontasi terhadap Tanah Melayu
Menyebarluaskan ideologi komunisme
Mengadakan sekatan ekonomi terhadap Malaysia
Tentera Indonesia melancarkan serangan gerila di Sarawak
Siapakah yang menandatangani perjanjian Persetujuan Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia di Jakarta pada 11 Ogos 1966?
Khir Johari
Muhammad Ghazali Shafie
Tun Abdul Razak Hussein
Tunku Abdul Rahman
Apakah alasan yang digunakan oleh Indonesia untuk meneruskan dasar konfrontasi terhadap Malaysia?
Kedudukan Indonesia terancam
Pelabur asing beralih ke Malaysia
Kegagalan gagasan Indonesia Raya
Penguasaan Parti Komunis Indonesia
Apakah maksud neokolonialisme?
Peluasan tanah jajahan dan wilayah
Penyediaan negara ke arah bekerajaan sendiri
Proses memerdekakan negara yang dijajah
Peluasan pengaruh politik kuasa besar terhadap negara lain
Apakah tujuan pembentangan usul pembentukan Malaysia di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961?
Menerangkan tujuan gagasan Malaysia
Mendapatkan sokongan ahli dewan
Meninjau pandangan pemimpin
Menggubal perundangan baharu
Mengapakah Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak dan Brunei pada Julai 1961?
Menerangkan rancangan pembentukan Malaysia
Meninjau kemajuan di kawasan tersebut
Mendapatkan pandangan rakyat
Merangka perlembagaan baru
Apakah tujuan referendum Singapura diadakan pada bulan Ogos 1962 hingga September 1962?
Menyatakan bentuk pilihan menyertai Malaysia
Memberi kefahaman kepada penduduk tempatan
Menerima pelbagai memorandum daripada rakyat
Mengetahui reaksi penduduk terhadap penyatuan
Suruhanjaya Cobbold dibentuk secara rasmi pada bulan Januari 1962. Manakah antara berikut merupakan DUA tugas Suruhanjaya Cobbold?
Membuat 35 lawatan ke Sabah dan Sarawak
Membuat laporan kepada kerajaan British
Mengadakan pungutan suara
Merangka undang-undang
Antara berikut manakah DUA intipati Perjanjian Malaysia?
Pengiktirafan kedaulatan Sarawak, Sabah dan Singapura dalam Malaysia
Penduduk bumiputera Sarawak dan Sabah mendapat pengiktirafan yang sama seperti orang Melayu
Tarikh pembentukan Malaysia adalah pada 16 September 1963
Penggunaan bahasa Inggeris tidak dibenarkan di Sabah dan Sarawak
Mengapakah berlaku perubahan tarikh pembentukan Malaysia dari 31 Ogos 1963 kepada 16 September 1963?
Bantahan daripada rakyat Brunei
Laporan PBB tidak dapat disiapkan segera
Tuntutan 20 Perkara ditolak kerajaan
Kabinet Menteri lambat bermesyuarat
