Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tingkatan 5

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

(1)

Rajah menunjukkan satu contoh mikroorganisma.

Antara yang berikut, yang manakah pengelasan yang betul bagi mikroorganisma ini?

a)

Alga

b)

Fungi

c)

Virus

d)

Bakteria

2.

(2)

Antara fungi berikut, yang manakah unisel?

a)

Yis

b)

Mukor

c)

Cendawan

d)

Penicillium sp.

3.

(3)

Rajah menunjukkan virus COVID-19.

Apakah bentuk virus COVID-19?

a)

Sfera

b)

Heliks

c)

Polihedral

d)

Kompleks

4.

(4)

Mengapakah kebanyakan mikroorganisma tumbuh dan membiak dengan cepat di dalam tubuh badan kita?

a)

Keamatan cahaya yang tinggi

b)

Kelembapan yang rendah

c)

Suhu yang optimum

d)

Medium berasid

5.

(5)

Rajah menunjukkan akar suatu tumbuhan.

Apakah fungsi bakteria yang tinggal dalam struktur S?

a)

Mensintesiskan protein daripada nitrat

b)

Meningkatkan kandungan nitrat dalam tanah

c)

Meingkatkan sebatian ammonia dalam tanah

d)

Meningkatkan kandungan nitrogen dalam atmosfera

6.

(6)

Rajah menunjukkan seorang kanak-kanak menderita daripada sejenis penyakit.

Antara makanan berikut, yang manakah dapat membantunya sembuh dari penyakit ini?

a)
b)
c)
d)
7.

(7)

Apakah unit S.I. bagi kalori?

a)

J g⁻¹

b)

J kg⁻¹

c)

kJ g⁻¹

d)

kJ kg⁻¹

8.

(8)

Rajah menunjukkan sejenis minuman.

Antara kaedah berikut, yang manakah sepatutnya digunakan bagi mengekalkan rasa dan nutrient dalam minuman tersebut?

a)

Penapaian

b)

Penyejukbekuaan

c)

Pendehidratan

d)

Pempasteuran

9.

(9)

Antara unsur berikut, yang manakah diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang banyak?

a)

Boron

b)

Kuprum

c)

Fosforus

d)

Zink

10.

(10)

Baka buah kelapa sawit yang bermutu boleh dihasilkan melalui ________.

a)

Kejuruteraan genetik

b)

Semaian

c)

Pendebungaan dengan pokok yang sama

d)

Teknik pengklonan

11.

(11)

Apakah yang dimaksudkan dengan Jejak Karbon?

a)

Jumlah karbon yang tersimpan di dalam kerak bumi

b)

Jumlah bersih pembebasan dan penyerapan gas karbon dioksida

c)

Jumlah pelepasan gas karbon dioksida daripada semua aktiviti manusia

d)

Kesan positif terhadap alam sekitar bagi sesuatu produk sepanjang kitaran hayatnya

12.

(12)

Rajah menunjukkan proses kitaran hayat produk.

Apakah yang diwakili oleh proses X?

a)

Penjualan

b)

Penggunaan

c)

Pemasaran

d)

Pembungkusan

13.

(13)

Apakah tujuan melakukan upcycle?

a)

Menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan bernilai daripada produk asal

b)

Menjadikan bahan buangan boleh digunakan semula

c)

Mengurangkan penggunaan bahan baru

d)

Menggunakan semula bahan berulang kali

14.

(14)

Apakah jenis pencemaran yang dihubungkaitkan dengan eutrofikasi?

a)

Pencemaran udara

b)

Pencemaran tanah

c)

Pencemaran terma

d)

Pencemaran air

15.

(15)

Rajah menunjukkan graf isi padu gas melawan masa.

Titik manakah menunjukkan kadar tindak balas yang paling tinggi.

a)

S

b)

T

c)

U

d)

V

16.

(16)

Apakah unit bagi kadar tindak balas?

a)

kg

b)

J mol-1

c)

ms-2

d)

cm3 s-1

17.

(17)

Rajah menunjukkan suatu tindak balas.

Tindakan manakah yang boleh meningkatkan kadar tindak balas.

a)

Tambahkan air ke dalam asid

b)

Guna bekas yang lebih besar

c)

Guna kalsium karbonat yang bersaiz besar

d)

Tingkatkan suhu asid

18.

(18)

Syahrul ingin memasak daging dalam masa yang singkat. Antara berikut, yang manakah kaedah terbaik yang boleh dilakukan oleh Syahrul?

a)

Masak di dalam periuk tekanan

b)

Menambah air semasa memasak

c)

Menghiris daging dengan nipis

d)

Rendam daging dalam larutan garam sebelum masak

19.

(19)

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sebatian karbon organik?

a)

Marmar

b)

Karbon monoksida

c)

Karbon dioksida

d)

Protein

20.

(20)

Rajah menunjukkan sebahagian daripada kitar karbon.

Apakah proses P?

a)

Respirasi

b)

Penguraian

c)

Fotosintesis

d)

Pembakaran

21.

(21)

Persamaan perkataan berikut menunjukkan suatu tindak balas kimia.

Apakah X?

a)

Garam

b)

Sabun

c)

Ester

d)

Polimer

22.

(22)

Antara bahagian A, B, C dan D, yang manakah mengandungi minyak kelapa sawit

yang berkualiti tinggi?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

23.

(23)

Apakah nama proses pembuatan sabun?

a)

Hidrolisis

b)

Saponifikasi

c)

Pengoksidaan

d)

Pengemulsian

24.

(24)

Apakah ciri lemak tak tepu?

a)

Diperoleh daripada haiwan

b)

Kandungan kolesterol tinggi

c)

Cecair pada suhu bilik

d)

Menyebabkan arteri tersumbat

25.

(25)

Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri bahan M.

• Mudah terbakar

• Larut dalam air

• Menghasilkan kurang jelaga apabila terbakar

Apakah bahan M?

a)

Lemak

b)

Lateks

c)

Alkohol

d)

Minyak kelapa sawit

26.

(26)

Antara yang berikut, yang manakah dapat mengalirkan arus elektrik dalam keadaan leburan?

a)

Glukosa

b)

Sulfur

c)

Naftalena

d)

Kalium iodida

27.

(27)

Rajah menunjukkan susunan radas suatu elektrolisis.

Antara sebatian berikut, yang manakah boleh digunakan sebagai elektrolit?

a)

Larutan ammonia

b)

Larutan glukosa

c)

Naftalena

d)

Etanol

28.

(28)

Rajah menunjukkan sebuah sel voltan ringkas.

Antara berikut, yang manakah terhasil di kepingan kuprum?

a)

Logam kuprum

b)

Gas hidrogen

c)

Ion kuprum

d)

Ion besi

29.

(29)

Antara yang berikut, yang manakah perubahan tenaga yang berlaku dalam sel kimia?

a)

Tenaga elektrik → tenaga haba

b)

Tenaga keupayaan → tenaga kimia

c)

Tenaga elektrik → tenaga kimia

d)

Tenaga kimia → tenaga elektrik

30.

(30)

Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri imej yang dibentuk oleh suatu objek.

• Maya

• Tegak

• Sama saiz seperti objek

Apakah objek itu?

a)

Kanta mata

b)

Cermin satah

c)

Prisma

d)

Kanta cekung

31.

(31)

Rajah menunjukkan satu gambar rajah sinar.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan satu ciri imej terbentuk?

a)

Sahih

b)

Songsang

c)

Lebih besar daripada objek

d)

Terletak bertentangan dengan objek

32.

(32)

Apakah alatan optik yang sesuai digunakan untuk memerhati fenomena gerhana bulan?

a)

Mikroskop

b)

Periskop

c)

Kamera

d)

Teleskop

33.

(33)

Antara yang berikut, yang manakah ciri cecair yang digunakan di dalam mesin

hidraulik?

a)

Mempunyai warna

b)

Tidak mudah menyejat

c)

Daya lekatan yang besar

d)

Ketumpatan yang besar

34.

(34)

Rajah menunjukkan aliran air melalui tiub Venturi.

Antara yang berikut,yang manakah menunjukkan urutan tertib menaik bagi

ketinggian air dalam tiub P, Q dan R.

a)

P,Q,R

b)

P,R,Q

c)

Q,P,R

d)

Q,R,P

35.

(35)

Rajah menunjukkan perubahan kedudukan sehelai kertas selepas ditiup.

Mengapakah keadaan itu berlaku?

a)

Tekanan dibawah kertas melebihi tekanan di atasnya.

b)

Aliran udara di bawah kertas lebih laju berbanding dengan sebelah atasnya.

c)

Tekanan di atas dan di bawah kertas adalah sama.

d)

Tiupan angin menarik kertas menjadi lurus.

36.

(36)

Rajah menunjukkan sebahagian sayap kapal terbang yang terbentuk aerofil. Kapal terbang itu sedang terbang dengan laju dan tinggi.

Pernyataan manakah adalah betul?

a)

Tekanan di X adalah lebih besar daripada di Y.

b)

Tekanan di X dan Y adalah sama.

c)

Laju udara di X adalah lebih tinggi daripada laju di Y.

d)

Laju udara di X adalah sama dengan di Y.

37.

(37)

Terdapat satelit yang mempunyai tempoh orbit yang sama dengan tempoh putaran Bumi dan kelihatan berulang alik ke utara dan selatan jika diperhatikan dari Bumi.

Apakah jenis orbit satelit tersebut?

a)

Orbit Rendah Bumi

b)

Orbit Sederhana Bumi

c)

Orbit Geosegerak

d)

Orbit Geopegun

38.

(38)

Apakah kedudukan satelit yang paling dekat dengan Bumi?

a)

Apogi

b)

Perigi

c)

Aphelion

d)

Perihelion

39.

(39)

Antara yang berikut, yang manakah yang akan berlaku sekiranya satelit dilancarkan dengan halaju yang cukup tinggi?

a)

Satelit terlepas ke angkasa lepas

b)

Satelit jatuh ke Bumi

c)

Satelit akan terapung-apung di udara

d)

Satelit akan kekal pegun pada suatu ketinggian dari Bumi

40.

(40)

Di Beri koordinat format DMS bagi satu tempat ialah 5° 10’ 35.05” N.

Apakah koordinat GPS tersebut dalam format DD?

a)

5.103505

b)

5.106506

c)

5.176403

d)

5.176404