wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TING.4 (BAB 5,7,8)

Total questions: 45

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Bahan manakah yang terdiri daripada ion?

a)

larutan gula

b)

larutan garam

c)

paku besi

d)

gas neon

2.

Unsur manakah yang boleh wujud dalam pelbagai bentuk zarah?

a)

Unsur oksigen dalam gas oksigen dan air

b)

Unsur hidrogen dalam asid sitrik dan gas hidrogen

c)

Unsur ferum dalam karat dan garam ferum(II) sulfat

d)

Unsur natrium dalam garam biasa dan serbuk penaik

3.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan kedudukan unsur alkali bumi dalam Jadual Berkala Unsur Moden?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

4.

Berdasarkan rajah di atas, berapakah bilangan elektron valens dalam atom natrium?

a)

1

b)

2

c)

8

d)

11

5.

Apakah susunan elektron bagi atom X dengan nombor proton 9 dan nombor nukleon 19

a)

2.7

b)

2.8

c)

2.8.9

d)

2.8.8.1

6.

Atom kalsium mempunyai 20 elektron. Bagaimanakah atom kalsium membentuk ion?

a)

Menerima 6 elektron untuk menjadi ion negatif

b)

Melepaskan 2 elektron untuk menjadi ion negatif

c)

Menerima 6 elektron untuk menjadi ion positif

d)

Melepaskan 2 elektron untuk menjadi ion positif

7.

Antara berikut, yang manakah bukan cara mencegah pengaratan besi

a)

Pengaloian

b)

Penggalvanian

c)

Pempolimeran

d)

Penyaduran timah

8.

Suatu atom W mempunyai 3 petala dengan 3 elektron valens. Diberi bahawa bilangan neutron dalam atom W ialah 14. Apakah nombor nukleon bagi atom W?

a)

11

b)

13

c)

17

d)

27

9.

Natrium-23 dan natrium-24 ialah isotop. Bilangan neutron dalam natrium-24 ialah 13. Berapakah bilangan neutron dalam natrium-23?

a)

11

b)

12

c)

23

d)

24

10.

Isotop Q boleh digunakan untuk merawat penyakit kanser dan mengawet makanan dan buah-buahan. Apakah isotop Q?

a)

Iodin-131

b)

Karbon-12

c)

Kobalt-60

d)

Natrium-24

11.

Bahan genetik dalam nukleus suatu sel dikenali sebagai

a)

Sitoplasma

b)

Kromosom

c)

Salut mielin

d)

Dendron

12.

Antara proses dalam tumbuhan yang berikut, manakah melibatkan meiosis?

a)

Pertumbuhan daun

b)

Pemanjangan akar

c)

Pembentukan ovul

d)

Pemanjangan pucuk

13.

Proses untuk menghasilkan gamet ialah

a)

Persenyawaan

b)

Mutasi

c)

Mitosis

d)

Meiosis

14.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai meiosis?

a)

Melibatkan semua jenis sel

b)

Terlibat dalam pertumbuhan

c)

Bilangan kromosom menjadi separuh

d)

Kandungan genetik sel anak sama dengan sel induk

15.

Pernyataan manakah yang betul tentang mitosis?

a)

Menghasilkan gamet

b)

Berlaku di dalam testis dan ovari

c)

Menyebabkan variasi di kalangan spesis

d)

Menghasilkan sel baru bagi pertumbuhan

16.

Satu organisma P mempunyai 44 kromosom dalam sel kulit. Berapakah bilangan kromosom dalam sel sperma untuk organisma P itu?

a)

22

b)

66

c)

88

d)

99

17.

Rajah menunjukkan satu proses dalam meiosis.

Apakah R?

a)

Pembahagian

b)

Mutasi

c)

Pindah Silang

d)

Pemisahan

18.

Rajah menunjukkan satu proses pembahagian sel. Apakah proses X?

a)

Persenyawaan

b)

Mutasi

c)

Mitosis

d)

Meiosis

19.

Rajah menunjukkan fasa-fasa dalam mitosis bagi satu sel tumbuhan. Manakah urutan yang betul bagi mitosis dalam sel tumbuhan itu?

a)

X, W, Y, Z

b)

Z, X, W, Y

c)

Z, Y, X, W

d)

Y, X, W, Z

20.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

21.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

22.

Antara yang berikut, manakah ialah disebabkan oleh mutasi kromosom?

a)

Albinisme

b)

Buta warna

c)

Anemia sel sabit

d)

Sindrom Klinefelter

23.

Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri yang terdapat pada seorang lelaki yang menghidap penyakit akibat mutasi.

· Mempunyai tiga kromosom seks, XXY

· Mempunyai testis yang kecil

· Mandul

Apakah penyakit itu?

a)

Albino

b)

Hemofilia

c)

Sindrom Down

d)

Sindrom Klinefelter

24.

Pengubahsuaian genetik dalam tumbuhan tidak memperbaiki

a)

Kualiti tanaman

b)

Perolehan hasil tanaman

c)

Kadar pertumbuhan tanaman

d)

Kebolehan tanaman untuk melawan semua penyakit

25.

Antara yang berikut, manakah kebaikan mutasi?

a)

Menurunkan pertahanan terhadap penyakit

b)

Meningkat pengeluaran hasil tanaman

c)

Menyebabkan penyakit genetik

d)

Menyebabkan kecacatan fizikal

26.

Shafiq yang mempunyai penglihatan normal berkahwin dengan Rosma yang merupakan seorang pembawa bagi gen buta warna. Mereka mungkin akan mendapat

a)

Anak lelaki yang buta warna

b)

Anak perempuan yang buta warna atau pembawa

c)

Anak yang semuanya merupakan pembawa

d)

Anak yang semuanya mempunyai penglihatan normal

27.

Antara sifat manusia berikut, yang manakah merupakan contoh variasi selanjar?

a)

Jantina

b)

Ketinggian

c)

Kumpulan darah

d)

Bentuk cuping telinga

28.

Salmah dan Samsiah adalah kembar seiras yang dibesarkan dalam dua negara yang berbeza. Salmah dibesarkan oleh makciknya di Singapura, manakala Samsiah tinggal di Malaysia. Antara

ciri-ciri yang berikut, manakah mungkin berbeza?

a)

Berat badan

b)

Warna iris mata

c)

Kumpulan darah

d)

Jenis cuping telinga

29.

Apakah kepentingan variasi kepada spesis tertentu?

a)

Meningkatkan kepelbagaian

b)

Mengurangkan kemandirian

c)

Meningkatkan risiko kepupusan

d)

Mengurangkan kemampuan untuk menyesuaikan diri kepada perubahan alam sekitar

30.

Antara berikut yang manakah contoh variasi tak selanjar?

a)

Ketinggian

b)

Warna kulit

c)

Berat badan

d)

Jenis cuping telinga

31.

Rajah menunjukkan kaki seseorang yang mengalami edema.

Apakah yang menyebabkan berlaku edema?

a)

Kurangnya hormon antiduresis

b)

Meminum terlalu banyak air

c)

Pengambilan garam yang berlebihan

d)

Pengumpulan bendalir pada bahagian tertentu badan

32.

Isotop Q boleh digunakan untuk merawat penyakit kanser dan mengawet makanan dan buah-buahan. Apakah isotop Q?

a)

Iodin-131

b)

Karbon-12

c)

Kobalt-60

d)

Natrium-24

33.

Apakah hormon yang boleh merawat kekerdilan?

a)

Pertumbuhan

b)

Estrogen

c)

Testosteron

d)

Antidiuresis

34.

Apakah kesan sekiranya seseorang lelaki mempunyai berlebihan hormon testosteron?

a)

Akil baligh lebih awal

b)

Mempunyai sifat keperempuanan

c)

Terbantut perkembangan mental

d)

Terbantut pertumbuhan

35.

Maklumat berikut menerangkan gejala suatu penyakit.

> Sentiasa berasa dahaga

>Kerap kencing dalam kuantiti yang banyak


Apakah yang menyebabkan penyakit tersebut?

a)

Kekurangan hormon tiroksina

b)

Kekurangan hormon antidiuresis

c)

Berlebihan hormon insulin

d)

Berlebihan hormon pertumbuhan

36.

Apakah takrifan bagi penyalahgunaan dadah?

a)

Mengambil ubatan tradisional yang diiklankan

b)

Mengambil dadah tanpa preskripsi doktor tanpa tujuan selain daripada perubatan.

c)

Mengambil dadah dengan preskripsi doktor untuk tujuan perubatan.

d)

Membeli ubat secara borong daripada farmasi

37.

Apakah ciri seseorang yang mempunyai minda yang sihat?

a)

Mudah berprasangka terhadap orang lain.

b)

Mengelak daripada menerima cabaran

c)

Berfikir secara rasional dan membuat pertimbangan yang wajar

d)

Mudah merasa stres dan emosional.

38.

Bahan manakah yang terdiri daripada ion?

a)

larutan gula

b)

larutan garam

c)

paku besi

d)

gas neon

39.

Natrium-23 dan natrium-24 ialah isotop. Bilangan neutron dalam natrium-24 ialah 13. Berapakah bilangan neutron dalam natrium-23?

a)

11

b)

12

c)

23

d)

24

40.

Isotop ialah atom yang terkandung di dalam sesuatu unsur yang mempunyai

a)

bilangan proton sama tetapi bilangan neutron yang berbeza

b)

bilangan proton dan elektron yang sama

c)

bilangan proton sama tetapi elektron yang berbeza

d)

bilangan elektron dan neutron yang sama

41.

Sinar gama daripada................ digunakan untuk membunuh sel kanser.

a)

kobalt-60

b)

uranium-235

c)

iodin-131

d)

karbon-14

42.

Sinar gama daripada kobalt-60 digunakan untuk membasmi mikroorganisma pada sayur-sayuran tanpa mengubah kualiti makanan itu.

a)

BETUL

b)

SALAH

43.

Dalam bidang pertanian,________________ disuntik ke dalam akar tumbuhan untuk mengkaji kadar penyerapan baja fosforus dalam tumbuhan

a)

Fosforus-32

b)

Kobalt-60

c)

Karbon-14

d)

Uranium-235

44.

DALAM INDUSTRI, RADIOISOTOP _____________ DIGUNAKAN UNTUK MENGESAN KEBOCORAN PAIP AIR.

a)

NATRIUM 24

b)

KARBON 12

c)

KARBON 14

d)

NATRIUM 22

45.

RADIOISOTOP ___________ DIGUNAKAN UNTUK MENENTUKAN USIA ARTIFAK

a)

KARBON 14

b)

KARBON 12

c)

KARBON 13

d)

URANIUM 235