wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TATABAHASA BAHASA MELAYU TAHUN 6

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Haiwan peliharaan Suzana, ______ suka makan ikan dan minum susu.

a)

Si Comel

b)

sang kancil

c)

sang semut

d)

sang rangkok

2.

_______ itu bertungkus lumus mengerjakan sawahnya.

a)

Peniaga

b)

Penjaja

c)

Petani

d)

Nelayan

3.

Ibu memotong buah tembikai dengan se_____ pisau yang tajam.

a)

batang

b)

buah

c)

bilah

d)

biji

4.

Nenek Sara sedang merebus lima _____ jagung

a)

ulas

b)

tongkol

c)

biji

d)

ketul

5.

_____ kambing biri-biri sedang meragut rumput di padang.

a)

Sekelompok

b)

Sekawan

c)

Sepasukan

d)

Seekor

6.

Hobi Azira pada masa lapang ialah _____ bunga.

a)

menggubah

b)

mengubah

c)

bergubah

d)

digubah

7.

Peserta-peserta ekspedisi ke Gua Niah itu membawa lampu suluh kerana keadaan di dalam gua itu sangat ______.

a)

jernih

b)

segar

c)

cerah

d)

gelap

8.

Peniaga itu sedang ______ ikan di atas alat penimbang.

a)

membelek

b)

menyiang

c)

menimbang

d)

mengerat

9.

Katanya dia akan datang pada _____ ini tetapi hingga _____ pun dia belum tiba.

a)

tempat, di sini

b)

petang, malam

c)

waktu, sekarang

d)

malam, jauh

10.

Encik Abdul Rahman membawa ______ jala untuk menangkap ikan di sungai itu.

a)

segugus

b)

sejambak

c)

serawan

d)

sedepa

11.

Adila akan membatalkan rancangannya itu _____ hujan turun dengan lebatnya.

a)

walhal

b)

jikalau

c)

apabila

d)

sehingga

12.

Sila beratur _____ ikutlah giliran _____ membeli tiket.

a)

pada ...... kepada

b)

serta ..... tatkala

c)

akan ..... apabila

d)

dan ..... semasa

13.

_____ yang muda, _____ yang tua tidak minat hendak memasuki pertandingan nyanyian itu.

a)

Bukan sahaja ..... bahkan juga

b)

Jangankan .... pun

c)

Walau .... namun

d)

Daripada .... lebih baik

14.

Encik Azmi melarang anaknya _______ dengan budak-budak yang nakal itu.

a)

berdebat

b)

bertanya

c)

bergaul

d)

bersalam

15.

Lelaki yang bertongkat dan _____ tebal itu ialah bekas pengawai polis yang dihormati ramai.

a)

berjanggut

b)

bermisai

c)

bersikat

d)

bergigi

16.

Dia menggunakan selimut yang tebal untuk _____ badannya.

a)

memanaskan

b)

memanasi

c)

panas

d)

berpanas

17.

Rakyat-______ Negara Brunei Darussalam bergembira dan bersyukur menyambut Hari Keputeraan Sultan.

a)

jati

b)

jelata

c)

warganegara

d)

penduduk

18.

Sekarang _____ guna _____ komputer di sekolah-sekolah rendah kerajaan semakin meluas.

a)

di .... kan

b)

ke ...... an

c)

peng ...... an

d)

meng ...... kan

19.

Kak Lin mengumpulkan baju-baju kotor itu _____ merendamnya.

a)

untuk

b)

supaya

c)

lalu

d)

dan

20.

Pada musim kemarau, tanah di kampung ini menjadi kering - _____.

a)

keringan

b)

kontang

c)

kantang

d)

kering

21.

Aiman menunggang basikal dengan berhati-hati ______ jalan itu sangat licin.

a)

bahawa

b)

supaya

c)

tetapi

d)

kerana

22.

Encik Lee berbual-baul dengan rakan sekerja ______ menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat.

a)

sementara

b)

jika

c)

kerana

d)

manakala

23.

Setiap murid boleh memilih sama ada menyertai kelab Badminton _____ Kelab Olahraga sebagai aktiviti kokurikulum mereka.

a)

serta

b)

tatkala

c)

dan

d)

atau

24.

 Daniel sekeluarga tidak dapat keluar dari tempat letak kereta itu _____ mereka belum menjelaskan ticket bayaran.

a)

selepas

b)

atau

c)

lalu

d)

selagi

25.

Tenaga kerja yang _____ dalam bidang perkilangan dan pembinaan sangat diperlukan pada masa kini.

a)

mahir

b)

kuat

c)

arif

d)

berani

26.

Sup itu _____ kerana emak terlupa membubuh garam.

a)

tawar

b)

masam

c)

pedas

d)

payau

27.

_______ yang ditunjukkan oleh peserta gimrama itu sungguh mengagumkan.

a)

Mana-mana

b)

Aksi-aksi

c)

Mana- mana

d)

Siapa-siapa

28.

Perserta yang mewakili sekolah dalam pertandingan catur itu _____ belaka.

a)

kuat-kuat

b)

lincah-lincah

c)

handal-handal

d)

cergas-cergas

29.

Pilih ayat yang betul.

a)

Betul, cara awak tidak betul.

b)

 Benar, tindakan kamu salah.   

c)

Benar, pendapat George tidak bernas langsung.

d)

Betul, jawapan yang diberi oleh Nick tepat.

30.

Pilih ayat yang betul.

a)

Benar, sekolah itu mempunyai 950 orang murid Melayu.

b)

Benar, wau bukan permainan tradisional kaum Melayu.   

c)

Betul, pokok durian tidak berbuah lebat.

d)

Betul, baju itu tidak sesuai untuk kamu. 

31.

Dila mengenali Sumitra ______ mereka kecil lagi.

a)

dari

b)

sejak

c)

daripada

d)

ke

32.

Sesetengah haiwan melindungi diri _____ musuh dengan bertukar warna mengikut persekitaran.

a)

oleh

b)

daripada

c)

dari

d)

demi

33.

Nyatakan jenis ayat di bawah.

Sila beratur sebelum membeli makanan di kantin.

a)

Ayat tanya

b)

Ayat perintah

c)

Ayat seruan

d)

Ayat penyata

34.

Nyatakan jenis ayat di bawah.

 Wah, tingginya menara Kuala Lumpur ini!

a)

Ayat tanya

b)

Ayat perintah

c)

Ayat seruan

d)

Ayat penyata

35.

Nyatakan jenis ayat di bawah.

Apakah kelebihan melayari internet?

a)

Ayat tanya

b)

Ayat perintah

c)

Ayat seruan

d)

Ayat penyata

36.

Di antara ayat berikut yang manakah bukan ayat seruan yang tepat?

a)

Wah, cantiknya kain ini!

b)

Cis! Manisnya buah jambu ini

c)

Aduh, sakitnya gigiku?

d)

Alahai, itupun awak tak boleh buat!

37.

Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif

Shahira menumbuk cili itu sehingga hancur.

a)

Cili itu ditumbuk oleh Shahira hingga hancur.

b)

Cili itu dihancurkan oleh Shahira dengan penumbuk.

c)

Tumbukan cili itu menghancurkan Shahira.

d)

Sehingga hancur cili itu Shahira menumbuk.

38.

Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif

Perompak memasuki kedai emas itu awal pagi semalam.

a)

Kedai emas awal itu dimasuki perompak pagi semalam.

b)

Kedai emas itu dirompak awal pagi semalam.

c)

Perompak kena masuk ke kedai emas itu awal pagi semalam.

d)

Kedai emas itu dimasuki perompak awal pagi semalam.

39.

Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul.

Makmal Komputer itu dirasmikan oleh Datuk Bandar.

a)

Datuk merasmikan Makmal Komputer itu di bandar.

b)

Datuk merasmikan Makmal Komputer bandar itu.

c)

Datuk Bandar merasmikan Makmal Komputer itu.

d)

Datuk merasmikan Makmal Komputer itu di bandar.

40.

Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul.

Air mangga ini dibancuh oleh Zaty pagi tadi.

a)

Zaty mengupas air mangga ini pagi tadi.

b)

Zaty membancuh air mangga ini pagi tadi.

c)

Zaty memerah air mangga ini pagi tadi.

d)

Zaty mengadun air mangga ini pagi tadi.