NEW
Font size
Worksheets[Tingkatan 4 Fizik] Bab 3 - Kegravitian
Total questions: 47
Worksheet time: 24mins
Sebuah satelit komunikasi boleh berada dalam orbitnya dan tidak terlepas ke ruang angkasa kerana satelit komunikasi itu
Menjadi ringan
Bergerak di dalam vakum
Sentiasa di tarik oleh daya graviti Bumi
Bergerak dengan kelajuan yang tinggi
Rajah 1 menunjukkan dua jasad P dan Q dengan jisim m1 dan m2 masing-masing. Jarak antara pusat keduanya adalah r dan daya gravity adalah F.
Daya graviti akan berkurang sekiranya
m1 bertambah
m2 bertambah
Jarak r bertambah
Jarak r berkurang
Hitungkan daya graviti antara matahari dan bumi dimana jarak diantara pusat ke pusat ialah 1.5 x 1011 m.
[Jisim bumi = 5.97 x 1024 kg; Jisim matahari = 1.99 x 1030 kg; Pemalar Kegravitian, G = 6.67 x 10-11 Nm2 kg-2]
3.34 x 1022 N
3.52 x 1022 N
3.42 x 1024 N
3.42 x 1025 N
Sebuah Kapal angkasa berjisim 5 x 105 kg dilancar dari Bumi ke Bulan. Jisim bumi dan bulan adalah masing-masing 6x 1024 kg dan 7.4 x 1022 kg. Hitung daya graviti antara bumi dan kapal angkasa apabila jarak kapal angkasa tersebut dari pusat bumi adalah 1.6 x 108 m.
5645.5 N
6375.5 N
7816.4 N
8337.4 N
Rajah 2 menunjukkan dua objek yang berada pada jarak, d. Daya graviti yang bertindak adalah F = 10 N.
Berapakah nilai F jika isi padu kedua-dua objek digandakan?
5 N
10 N
20 N
40 N
Rajah 3 menunjukkan lintasan sebuah planet mengorbit matahari. Kedudukan manakah planet mengalami daya tarikan graviti matahari paling tinggi?
A
B
C
D
Mengikut Hukum Kegravitian Newton, terdapat daya tarikan graviti antara Bumi dan Bulan Bumi yang berjisim lebih besar akan menarik Bulan dengan
Daya lebih lemah dari daya Bulan ke atas bumi
Daya sama dengan daya bulan ke atas bumi
Daya lebih kuat dari daya bulan ke atas bumi
Daya yang kadang kala lebih besar dari daya Bulan ke atas bumi dan kadang kala lebih kecil
Rajah 4 menunjukkan dua satelit P dan Q yang serupa. Pernyataan berikut yang manakah benar mengenai daya antara satelit dengan bumi?
Daya satelit P lebih besar dari Satelit Q
Daya satelit Q lebih besar dari P
Daya satelit P sama dengan Satelit Q
Daya satelit P adalah sifar
Daya graviti di antara sebiji buah kelapa dengan bumi dapat ditingkatkan apabila
I jisim kelapa bertambah
II jisim kelapa berkurang
III jarak antara kelapa dengan bumi bertambah
IV jarak antara buah kelapa dengan bumi berkurang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Manakah pernyataan yang benar mengenai daya graviti?
I Daya graviti berkadar terus dengan hasil darab dua jisim
II Daya graviti berkadar songsang dengan hasil darab dua jisim
III Daya graviti berkadar terus dengan kuasa dua jarak di antara pusat dua jasad
III Daya graviti berkadar songsang dengan kuasa dua jarak di antara pusat dua jasad
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah 5 menunjukkan seorang atlet olahraga acara tukul besi sedang cuba untuk memusingkan tukul besi secara mengufuk.
Apakah yang berlaku kepada tukul besi itu jika rantai putus secara tiba-tiba?
Berpusing menjauhi budak itu.
Terbang terus menjauhi budak itu.
Terbang terus mendekati budak itu
Terbang mengikut garis tangen lintasan bulatan
Antara berikut, manakah bukan faktor yang mempengaruhi pecutan graviti?
Jisim bumi
Jejari bumi
Jisim objek
Kedudukan objek dari permukaan bumi
Rajah 7 menunjukkan lakaran graf bagi variasi nilai pecutan, g dengan jarak, r dari pusat bumi.
Antara berikut, yang manakah benar tentang hubungan antara pecutan graviti, g dengan jejari bumi, R dan ketinggian, h?
R: berkadar terus; h: berkadar terus
R: berkadar terus; h: berkadar songsang
R: berkadar songsang; h: berkadar terus
R: berkadar songsang; h: berkadar songsang
Apakah yang akan berlaku kepada berat objek jika jisim bumi berkurang menjadi separuh daripada jisim asal tanpa perubahan pada jejarinya?
Tidak berubah
Berkurang separuh dari nilai asal
Berkurang satu perempat dari nilai asal
Bertambah dua kali ganda dari nilai asal
Rajah 7 menunjukkan sebuah satelit buatan bergerak mengorbit bumi dari permukaan bumi dengan kelajuan 4 x 103 ms-1. Berapakah pecutan memusatnya jika ia mengorbit bumi pada ketinggian 265 km?
2.4 ms-2
2.5 ms-2
50.5 ms-2
60.4 ms-2
Rajah 8 menunjukkan satu objek berjisim 2 kg dilepaskan dari satu ketinggian. Objek itu mengalami satu pecutan 1.68 ms-2.
Antara pernyataan berikut, yang manakah betul jika objek itu diganti dengan satu objek lain yang berjisim 4 kg?
Objek itu akan mengalami pecutan 0.84 ms-2
Objek itu akan mengalami pecutan 1.68 ms-2
Objek itu akan mengalami pecutan 3.36 ms-2
Objek itu akan mengalami pecutan lebih daripada 3.36 ms-2
Satu objek mempunyai berat 2 N di permukaan bumi. Berapakah berat objek itu jika dibawa ke ketinggian 1 500 km dari permukaan bumi?
[R = 6370 km; g = 9.81 N kg-1; M = 5.97 x 1024 kg, G = 6.67 x 10-11 N m2 kg -2]
0.3 N
0.8 N
1.0 N
1.3 N
Jisim bumi ialah M dan jejarinya ialah R. Pecutan gravity di permukaan bumi ialah g. Jika G ialah pemalar kegravitian semesta, yang manakah persamaan yang betul bagi g dalam sebutan M, G dan R?
g=GMR
g=RGM
g=R2GM
g=MRG
Antara berikut, manakah faktor yang akan mempengaruhi nilai jisim bumi?
Ketumpatan bumi dan jejari orbit bulan
Jejari orbit bulan dan jisim matahari
Tempoh peredaran bulan dan jejari orbit bulan
Ketumpatan bumi dan tempoh peredaran bulan
Sebuah roket dilancarkan dari bumi. Di antara graf-graf berikut, yang manakah terbaik sekali mewakili daya graviti, F pada roket itu bila jarak roket, r daripada permukaan bumi semakin bertambah?
Hukum Kepler Kedua menyatakan
orbit planet di sekeliling matahari adalah elips, dengan matahari pada satu fokus.
paksi semimajor adalah sama dengan jarak purata planet dari Matahari.
kuasa dua tempoh orbit planet adalah berkadar terus dengan kuasa tiga jejari orbitnya
garis yang menyambungkan planet dengan Matahari akan mencakupi luas yang sama dalam selang masa yang sama apabila planet bergerak dalam orbitnya
Planet Zuhrah mengorbit Matahari dengan jejari orbit 1.076 x 1011 m. Jisim Matahari adalah 1.99 x 1030 kg.
Hitung tempoh orbit Zuhrah. [G = 6.67 ´10-11 N m2 kg-2]
2.36 × 106 s
7.57 × 106 s
1.92 × 107 s
3.74 × 108 s
Apakah bentuk laluan bagi sebuah planet yang mengelilingi Matahari?
Fokus
Elips
Bulatan
Perihelion
Hukum manakah yang menyatakan bahawa kuasa dua tempoh bagi sebarang planet adalah berkadar dengan kuasa tiga jejari orbitnya?
Hukum Kepler I
Hukum Kepler II
Hukum Kepler III
Hukum Semesta Kegravitian Newton
Rajah 9 menunjukkan lima kedudukan bagi sebuah planet yang bergerak mengelilingi matahari mengikut satu orbit elips.
Halaju planet itu adalah maksimum di
P
Q
S
T
Jejari orbit Bumi mengelilingi Matahari ialah 1.50 x 1011 m dan tempoh orbit Bumi ialah 1 tahun. Sebuah planet K dijumpai mengorbit mengelilingi Matahari dalam masa 4.97 tahun. Berapakah jarak planet K dari Matahari?
5.09 x 1010 m
3.35 x 1011 m
4.37 x 1011 m
1.67 x 1012 m
Apakah hubungan antara tempoh orbit bagi sebuah planet, T, dengan jejari, r, planet itu mengelilingi Matahari?
T2∝r1
T2∝r31
T2∝r3
T2∝r3
Rajah 10 menunjukkan dua satelit, M dan N, dalam orbit yang berlainan mengelilingi Bumi. Orbit N terletak lebih jauh dari Bumi berbanding orbit M.
Antara perbandingan berikut, yang manakah betul berdasarkan Rajah 10?
Pecutan graviti pada N > Pecutan graviti pada M
Daya memusat pada N > Daya memusat pada M
Tempoh orbit N > Tempoh orbit M
Halaju mengorbit bagi N > Halaju mengorbit bagi M
Jejari orbit Bumi mengelilingi Matahari ialah 1.50 x 1011 m . Bumi mengambil masa 3.15 x 107 s untuk melengkapkan orbitnya. Berapakah jisim Matahari?
6.40 x 1029 kg
2.01 x 1030 kg
1.16 x 1033 kg
3.31 x 1033 kg
Rajah 11 menunjukkan ilustrasi Hukum Kepler Kedua. Planet tersebut mengambil masa yang sama untuk bergerak dari A ke B berbanding dari C ke D melalui orbit.
Manakah antara berikut adalah benar?
Luas ABF adalah sama dengan luas CDF
Luas ABF adalah lebih kecil berbanding luas CDF
Laju purata planet dari A ke B adalah sama dengan laju purata planet dari C ke D
Laju purata planet dari A ke B adalah kurang berbanding laju purata planet dari C ke D
Antara graf berikut, yang manakah menunjukkan dengan betul hubungan antara laju linear, v sebuah satelit dengan jejari orbit, r dari pusat Bumi?
Apabila sebuah roket dilancarkan dari Bumi ke angkasa lepas, pecutannya bertambah. Antara berikut, yang manakah bukan sebabnya?
Semakin tinggi ia naik, semakin kurang beratnya.
Semakin jauh ia dari Bumi, semakin kurang rintangan udara
Semakin jauh dari Bumi, semakin besar daya tujahannya.
Semakin banyak bahan api digunakan, semakin kurang jisimnya.
Rajah 12 menunjukkan orbit sebuah roket sepanjang lengkung R apabila ia bergerak dengan laju linear, v.
Jika tiba-tiba kelajuannya diseparuhkan, yang manakah orbitnya yang baru bagi roket itu?
P
Q
S
T
Antara berikut, yang manakah benar mengenai satelit geopegun?
I Ia bergerak dalam arah yang sama dengan putaran Bumi.
II Ia berada di tempat yang berubah-ubah di atas muka Bumi.
III Ia tidak mengalami sebarang tarikan graviti.
IV Tempoh putarannya ialah satu hari.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah 13 menunjukkan sebuah satelit dilancarkan pada ketinggian 1.0 x 106 m dari permukaan Bumi.
Diberi G = 6.67 x 10-11 Nm2 kg-2 Jisim Bumi ialah 5.97x 1024 kg dan jejari bumi = 6.37 x 106 m. Berapakah laju linear satelit itu?
1.04 x 104 ms-1
1.15 x 104 ms-1
2.82 x 104 ms-1
7.35 x 104 ms-1
Rajah 14 menunjukkan sebuah kereta mainan diikat dengan tali dan dipakukan hujungnya pada lantai. Apabila dipusingkan pada jarak yang sama dari paku, didapati kereta itu membuat satu bulatan.
Pernyataan manakah boleh menjelaskan situasi di atas?
Ada daya bertindak dalam arah bertentangan dengan
berat kereta
Ada daya bertindak secara memusat
Ada daya bertindak mengikut arah gerakan
Ada daya bertindak keluar dari pusat bulatan
Rajah 15 menunjukkan dua buah satelit, S1 dan S2 mengorbit Marikh dengan jejari orbit R1 dan R2 masing-masing.
Berapakah nisbah bagi tempoh S1 dan S2 jika nisbah jejari orbit S1 dan S2 ialah 4:9?
2:3
8:27
16:81
64:729
Rajah 16 menunjukkan kedudukan satelit S1, S2 dan S3 mengorbit bumi.
Pernyataan manakah adalah benar?
Daya graviti semua satelit adalah sama
Nisbah R3T2 bagi tiap satelit adalah tetap
Semua satelit mempunyai tempoh edaran yang sama
Daya yang bertindak ke atas tiap satelit berkadar terus dengan R1 .
Berdasarkan Rajah 17, jika kekuatan medan graviti di titik P di permukaan planet Marikh adalah a, dan jejari planet itu adalah R km, maka kekuatan medan graviti di Q sejauh r km dari P ialah
aR2r2
a(R+r)2R2
aR2(R+r)2
a(R+r)2r2
Hitungkan pecutan graviti di permukaan Bumi yang mana jisim Bumi ialah 5.97 × 1024 kg dan berjejari 6.37 × 106 m. [G = 6.67 × 10–11 N m2 kg–2]
8.9 ms−2
8.8 ms−2
9.8 ms−2
7.9 ms−2
Sebuah satelit komunikasi mengorbit mengelilingi Bumi pada ketinggian 35 000 km. Hitung pecutan graviti pada kedudukan satelit itu.
[G = 6.67 × 10–11 N m2 kg–2, M = 5.97 × 1024 kg, R = 6.37 × 106 m]
0.233 ms−2
2.327 ms−2
0.223 ms−2
23.27 ms−2
Hitung daya memusat yang dikenakan ke atas 900 kg kereta yang melalui satu lengkungan yang rata berjejari 500 m pada halaju 25 m s–1.
90 N
112.5 N
1125 N
1250 N
Hadi sedang memutarkan tukul besi yang berjisim 2 kg dalam satu bulatan ufuk yang jejarinya 2 m dengan halaju 5 m s–1. Hitung daya memusat yang bertindak ke atas tukul besi tersebut.
10 N
40 N
60 N
100 N
Planet Bumi dan Zuhrah yang mengorbit mengelilingi Matahari. Cari tempoh orbit Zuhrah.
[RBumi = 1.50 × 1011 m, Tbumi = 365 hari, RZuhrah = 1.08 × 1011 m]
213 hari
223 hari
322 hari
323 hari
Satelit astronomi merupakan sebuah teleskop mengelilingi Bumi yang digunakan untuk memetakan permukaan planet yang berbeza. Ketinggiannya dari Bumi dalam lingkungan 600 km dengan laju linear ialah 7.62 × 103 m s–1.
Berapakah pecutan memusat? [R = 6.37 × 106 m]
7.14 ms−2
7.84 ms−2
8.00 ms−2
8.33 ms−2
Bumi mengambil masa selama 365 hari untuk mengorbit mengelilingi Matahari. Sekiranya bumi mempunyai jejari orbit 1.50 × 1011 m, Tentukan tempoh putaran Marikh yang mempunyai jejari orbit 2.28 × 1011 m.
400 hari
548 hari
648 hari
684 hari
Satelit astronomi merupakan sebuah teleskop mengelilingi Bumi yang digunakan untuk memetakan permukaan planet yang berbeza. Ketinggiannya dari Bumi dalam lingkungan 600 km. Berapakah laju linear satelit?
[Rbumi = 6.37 × 106 m, G = 6.67 × 10–11 N m2 kg–2, Mbumi = 5.97 × 1024 kg]
8060 ms−1
8630 ms−1
9470 ms−1
9800 ms−1
