wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sem 1 test 1

Total questions: 16

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Kandungan Perlembagaan Persekutuan Malaysia merangkumi

I perkara tentang kebebasan asasi

II perkara tentang kesihatan

III perkara tentang pilihan raya

IV perkara tentang mengatasi kemalangan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Yang manakah yang benar tentang pilihan raya kecil?

I diadakan di kampung kecil

II ADUN meletak jawatan

III Jumlah wanita mengundi adalah sedikit

IV ahli Dewan Undangan Negeri telah meninggal dunia

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

3.

"Menyelesaikan masalah yang wujud tentang undang-undang antara Kerajaan Persekutuan dengan mana-mana Kerajaan Negeri"

penyataan di atas merujuk

a)

Mahkamah tinggi

b)

Mahkamah Rayuan

c)

Mahkamah Rendah

d)

Mahkamah Persekutuan

4.

Objektif Unit Pemodenan dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ialah

I mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara

II meningkatkan kecekapan jentera pentadbiran

III membantu dan memberi khidmat perundingan pengurusan

IV membangunkan bandar dalam usaha menyusun semula masyarakat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

.Yang manakah kuasa kerajaan negeri terhadap pihak berkuasa tempatan?

a)

Meluluskan anggaran belanjawan

b)

Mengawal sempadan kawasan pilihan raya

c)

Melantik kakitangan pihak berkusa tempatan

d)

Menyelaras dasar pihak berkusa tempatan

6.

Dengan cara apakah, isteri seorang warganegara Malaysia atau anak berumur 15 tahun yang salah seorang ibu bapanya warganegara Malaysia dapat memperoleh kewarganegaraan Malaysia?

a)

Kuatkuasa undang-undang

b)

Pendaftaran

c)

Kemasukan

d)

Pencantuman wilayah

7.

Kes keselamatan dalam negeri yang melibatkan senjata api biasanya dibicarakan di

a)

Mahkamah majistret

b)

Mahkamah seksyen

c)

Mahkamah tinggi

d)

Mahkamah persekutuan

8.

Yang manakah dikategorikan sebagai undang-undang bertulis?

a)

Enakmen

b)

Adat perpatih

c)

Undang-undang Inggeris

d)

Doktrin duluan kehakiman

9.

"Seorang warganegara persekutuan, berumur 30 tahun dilantik oleh YDPA untuk memegang jawatan selama tiga tahun"

Perkara di atas merujuk kepada

a)

Ahli suruhanjaya

b)

Ahli dewan rakyat

c)

Ahli dewan negara

d)

Ahli pesuruhjaya tinggi

10.

Yang manakah merupakan badan tidak berkanun persekutuan?

a)

Petronas berhad

b)

Bank negara Malaysia

c)

Majlis amanah rakyat (MARA)

d)

Universiti Malaya

11.

Yang manakah sumber kewangan kerajaan negeri?

a)

Bayaran cukai jalan

b)

Bayaran perkhidmatan

c)

Hasil kutipan zakat dan fitrah

d)

Bayaran denda di mahkamah tinggi

12.

Yang manakah menjadi penasihat kepada Yang Dipertua Negeri dalam pentadbiran kerajaan negeri?

a)

Penasihat undang-undang negeri

b)

Menteri besar

c)

Setiausaha kerajaan negeri

d)

Dewan undangan neger

13.

Yang manakah benar tentang Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu?

I Ahli Majlis Raja-Raja

II Jurucakap Majlis Raja-Raja

III Setiausaha Majlis Raja-Raja

IV Pengerusi Majlis Raja-Raja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang Ketua Setiausaha Negara?

I Pengerusi mesyuarat Kabinet

II Penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong

III Mengeluarkan surat arahan keputusan mesyuarat Kabinet

IV Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

"Setiap ahli Parlimen dilindungi oleh hak keistimewaan dalam mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasa"

Yang manakah yang benar tentang pernyataan di atas?

a)

Ahli Parlimen bebas menyuarakan apa sahaja pendapat dalam Parlimen.

b)

Ahli Parlimen boleh mendedahkan rahsia kerajaan dalam Dewan Rakyat.

c)

Ahli Parlimen tidak boleh didakwa terhadap perkara yang diperkatakan dalam Parlimen.

d)

Ahli parlimen tidak boleh berbahas tentang kedaulatan raja-raja Melayu dalam siding Parlimen.

16.

● Memperoleh kewarganegaraan negara asing

● Menuntut dan menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan negara asing dengan sengaja

● Menunjukkan ketidaksetiaan terhadap negara melalui perbuatan dan pertuturan ● Membuat hubungan dengan negara musuh semasa peperangan

Penyataan di atas merupakan cara menamatkan kewarganegaraan Malaysia melalui

a)

Penolakan

b)

Masukan

c)

Perlucutan

d)

Pendaftaran