wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ DEFINISI FIZIK TINGKATAN 5

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Daya tunggal yang mewakili jumlah secara vektor dua atau lebih daya yang bertindak ke atas sesuatu objek

a)

Daya paduan

b)

Leraian daya

c)

Keseimbangan daya

2.

Objek yang terendam sebahagian atau sepenuhnya di dalam suatu

bendalir mengalami daya apungan yang sama dengaan berat bendalir yang disesarkan

a)

Prinsip Pascal

b)

Hukum Hooke

c)

Prinsip Archimedes

d)

Hukum Ohm

3.

Kadar pengaliran cas dalam satu konduktor

a)

Daya Gerak elektrik

b)

Beza keupayaan

c)

Arus

d)

Rintangan, R

4.

Magnitud daya gerak elektrik aruhan yang mengalir dalam suatu konduktor adalah berkadar secara langsung dengan kadar perubahan fluks magnet

a)

Hukum Lenz

b)

Hukum Faraday

5.

Gelombang elektromagnet yang berfrekuensi tinggi dan tidak bercas

a)

Zarah alfa, α

b)

Zarah beta, β

c)

Sinar gama, γ

6.

Tindak balas nuklear apabila satu nukleus yang berat menjadi dua atau lebih nukleus yang lebih ringan dengan membebaskan tenaga yang banyak

a)

Pembelahan nukleus

b)

Pelakuran nukleus

7.

Tenaga minimum yang diperlukan untuk fotoelektron terlepas dari permukaan logam

a)

Jasad hitam

b)

Kuantum tenaga

c)

Fungsi kerja

d)

Frekuensi ambang

8.

Kuantiti Skalar ialah

a)

Kuantiti yang boleh diukur.

b)

Kuantiti fizik yang mempunyai magnitud sahaja.

c)

Kuantiti fizik yang mempunyai magnitud dan arah sahaja.

d)

Kuantiti fizik yang tidak boleh diterbitkan daripada kuantiti asas yang lain.

9.

Panjang lintasan yang dilalui oleh pergerakan suatu objek.

Berikut adalah definisi bagi ....

a)

Laju

b)

Halaju

c)

Jarak

d)

Sesaran

10.

Hukum Gerakan Newton Kedua menyatakan

a)

Sesuatu objek akan kekal dalam keadaan pegun atau bergerak dengan halaju malar jika tiada daya luar bertindak ke atasnya.

b)

Setiap daya tindakan terdapat satu daya tindak balas yang sama magnitud tetapi bertentangan arah.

c)

Kadar perubahan momentum berkadar terus dengan daya dan bertindak pada arah itndakan daya.

11.

Hukum Kepler Pertama menyatakan

a)

Orbit bagi setiap planet adalah elips dengan Matahari berada di satu daripada fokusnya.

b)

Garis yang menyambungkan planet dengan Matahari akan mencakupi luas yang sama dalam selang masa yang sama apabila planet bergerak dalam orbitnya.

c)

Kuasa dua tempoh orbit planet adalah berkadar terus dengan kuasa tiga jejari orbitnya.

12.

Muatan haba ialah

a)

Pemindahan bersih haba antara dua objek itu adalah sifar.

b)

Kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu sebanyak 1 darjah Celsius bagi jisim 1 kg bahan.

c)

Kuantiti haba yang diserap atau dibebaskan semasa perubahan fasa bagi 1 kg bahan tanpa perubahan suhu.