wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH T4B3

Total questions: 54

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Apakah matlamat perjuangan Tok Janggut di Pasir Puteh,Kelantan?

I Mempertahankan agama Islam

II Mempertahankan hak penduduk tempatan

III Mendapatkan sokongan sebagai pemimpin

IV Mempertahankan hak sebagai pemungut cukai

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Kebangkitan Tok Janggut di Kelantan merupakan rentetan kebangkitan masyarakat Islam terhadap penjajahan Barat. Apakah yang mempengaruhi Tok Janggut untuk menetang penjajah Barat?

a)

Kemunculan gerakan Islah

b)

Saranan daripada sultan Kelantan

c)

Penglibatan empayar Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama

d)

Kehilangan sumber pendapatan daripada cukai

3.

Mengapakah berlakunya peristiwa penentangan orang Melayu terhadap British sebelum perang dunia tercetus?

a)

Campurtangan oleh British

b)

Pengenalan agama kristian

c)

Arahan daripada Raja-raja Melayu

d)

Kegagalan sistem pendidikan

4.

Bagaimanakah British berusaha untuk membendung pengaruh idea gerakan Islam dari Timur TEngah?

a)

Membaiki sistem pertahanan

b)

Mengawal pergerakan nasionalis

c)

Mengganakan kawalan keselamatan

d)

Memperkenalkan sistem perundangan

5.

Apakah akibat jika penduduk tempatan tidak mematuhi Enakmen Undang-Undang Islam 1904?

a)

Dibuang daerah

b)

Didenda

c)

Dipenjara

d)

Dihukum bunuh

6.

Siapakah tokoh tempatan yang mendapat inspirasi kebangkitan Islam telah bangun menentang British di Tnah Melayu?

a)

Rentap

b)

Tok Janggut

c)

Sharif Masahor

d)

Datuk Abdul Rahman Limbong

7.

Mengapakah penduduk tempatan bangun menentang British di Tanah Melayu?

I Mempertahankan agama Islam

II Pengenalan ekonomi Barat

III Pelaksanaan perundangan Barat

IV Memastikan hak mereka terbela

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

8.

Apakah badan penyiasat yang ditubuhkan oleh British bagi mengawal gerakan Islah Islamiah?

I Biro Siasatan Jenayah

II Biro Siasatan Politik

III Jabatan Siasatan Politik

IV Jabatan Siasatan Jenayah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

9.

Empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyeru orang Islam yang ditindas penjajah Barat agar bangkit bersama-sama dengan empayar Uthmnaiyah. Perkembangan ini mendapat perhatian penduduk di Tanah Melayu terutamanya ...

a)

Kaum Tua

b)

Gerakan Melayu

c)

Kaum Muda

d)

Gerakan Al-Imam

10.

Apakah yang digunakan untuk meniup semangat kesedaran kebangsaan dalam kalangan masayarakat ketika itu?

a)

Akhbar dan Majalah

b)

Buku dan Akhbar

c)

Majalah dan Kitab

d)

Kitab dan Buku

11.

Perang Dunia Pertama berlaku pada tahun 1914.

Apakah faktor yang menyebabkan kuasa Eropah terlibat dalam peperangan tersebut?

a)

Pembunuhan bakal Raja Austria-Hungary

b)

Kemunculan Maharaja Meiji di Jepun

c)

Kematian Raja Jerman

d)

Perbalahan ideologi

12.

Perang Dunia Pertama memberikan kesan besar terhadap negara Eropah.Apakah kesan itu?

I Kemunculan negara Poland

II Keruntuhan pemerintahan beraja

III Pengeboman bandar Nagasaki di Jepun

IV Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Peristiwa pembunuhan Archduke Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-Hungary oleh orang Serbia merupakan kemuncak kepada krisis di rantau Balkan.Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Pembentukan pakatan ketenteraan

b)

Memulakan Perang Dunia Pertama

c)

Kebangkitan imperialisme Barat di Asia

d)

Mencetuskan perang saudara dirantau Balkan

14.

Sebelum tercetusnya Perang Dunia Pertama 1914, Pakatan Bertiga terdiri daripada Britain, Perancis dan Rusia. Apakah implikasi kewujudan pakatan ketenteraan tersebut?

a)

Ketidakstabilan politik Eropah dibendung

b)

Peningkatan pembekalan senjata peperangan

c)

Pembahagian wilayah jajahan antara negara Eropah

d)

Berlaku persaingan kuasa dalam negara Eropah

15.

Perjanjian Versaille ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman yang membawa kepada penubuhan Liga Bangsa-Bangsa.Apakah matlamat penuuhan liga tersebut?

a)

Mewujudkan perpaduan di rantau yang bergolak

b)

Mengawal aktiviti pakatan ketenteraan di Eropah

c)

Menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa

d)

Membincangkan syarat perdamaian bagi menamatkan perang

16.

Pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga terlibat dalam ...

a)

Perang Dingin

b)

Perang Keganasan

c)

Perang Dunia Pertama

d)

Perang Dunia Kedua

17.

Apakah implikasi kewujudan Pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga?

a)

Persaingan kuasa

b)

Perluasan wilayah baharu

c)

Pengukuhan sistem beraja

d)

Pembentukan negara baharu

18.

Apakah syarat yang dikenakan kepada Jerman dalam Perjanjian Versailles?

I Mengehadkan saiz angkatan tentera

II Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga

III Menyediakan senjata moden dalam peperangan

IV Tidak bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Perpecahan empayar Uthmaniyah akibat Perang Dunia Pertama telah menyebabkan muncul negara baharu seperti

I Syria

II Latvia

III Estonia

IV Lebanon

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Apakah faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama pada tahun 1914-1918?

I Persaingan kuasa imperialis

II Pembentukan pakatan ketenteraan

III Pemberontakan di Asia

IV Pengamalan pengaruh komunis

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Apakah kemuncak krisis di Balkan?

a)

Penggunaan racun kimia

b)

Penciptaan senjata moden

c)

Pembunuhan Archduke Ferdinand

d)

Penghapusan sistem demokrasi

22.

Mengapakah Pakatan Bertiga berjaya dalam peperangan pada tahun 1918?

a)

Penggunaan senjata moden

b)

Penglibatan Amerika Syarikat

c)

Strategi ketenteraan yang tepat

d)

Mendapat peruntukan kewangan

23.

Siapakah yang terlibat dalam Perjanjian Versailles pada 28 Jun 1919?

I Amerika Syarikat

II Jerman

III Pakatan Bertiga

IV Pakatan Kuasa Tengah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Apakah kesan rovolusi yang tercetus di Rusia?

I Pengenalan sistem demokrasi

II Pengenalan dasar ketenteraan

iii Pemerintahan beraja berakhir

IV Pembentukan kerajaan komunis

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Penglibatan Amerika Syarikat dalam perang membawa kejayaan kepada Pakatan Bertiga pada tahun 1918.

Jerman kemudiannya dipaksa menandatangani gencatan senjata.


Namakan perjanjian yang menamatkan Perang Dunia Pertama [ms 36]

(a)  

26.

Senaraikan satu syarat Perjanjian Versailles yang dikenakan kepada Jerman. [ms 56]

(a)  

27.

Apakah dua kesan politik Perang Dunia Pertama? {ms 57]

i............................................

ii...........................................

(a)  

28.

Perang Dunia Pertama berlaku dalam kalangan negara di Eropah termasuk Empayar Uthmaniyah.


Apakah antara faktor yang mencetus Perang Dunia Pertama ? [ms 54]

(a)  

29.

Dua batalion Rejiman Askar Melayu terlibat dalam usaha mempertahankan tanah air ketika serangn tentara Jepun semasa Perang Dunia Kedua

Senaraikan nama anggota Rejimen Askar Melayu yang memperlihatkan semangat juang yang tinggi menentang Jepun [ms 74]

i. ................................................

ii. ...............................................

iii. .............................................

(a)  

30.

Namakan tiga pasukan yang terlibat dalam usaha mempertahankan tanah air ketika serangan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. [ms 74 - 77]

(a)  

31.

Apakah aktiviti rahsia yang dijalankan oleh Force 136 dan pertubuhan gerila Melayu untuk menentang Jepun semasa Perang Dunia Kedua ? [ms 77]

(a)  

32.

Amerika Syarikat telah menggunakan bom atom dalam serangan terhadap Jepun pada bulan Ogos 1945 sehingga menyebabkan Jepun menyerah kalah.


Namakan dua bandar di Jepun yang dibom oleh pasukan tentera Amerika Syarikat ?

(a)  

33.

Nyatakan tindak balas Orang Melayu untuk menghadapi Bintang Tiga apabila tindakan mereka mengancam institusi politik, kekeluargaan dan agama Islam.

(a)  

34.

Apakah kesempatan yang digunakan oleh Bintang Tiga PKM melalui MPAJA setelah mengambil alih penguasaan di Tanah Melayu daripada tentera Jepun ? [ms84]

(a)  

35.

Maklumat berikut berkaitan dengan Force 136


[ British menubuhkan South East Asia Command (SEAC) yang berpusat di Colombo, Sri lanka dan membentuk unit khas yang dikenali sebagai Force 136 pada tahun 1943 ]


Apakah matlamat penubuhan Force 136.

a)

Menubuhkan pasukan gerila

b)

Menentang penjajahan British

c)

Menyebarkan propaganda Jepun

d)

Mendapatkan sokongan orang Melayu

36.

Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan Jepun di Tanah Melayu


[ Jepun menggunakan pasukan tentera atau polis yang dianggotai oleh orang Melayu untuk menentang MPAJA semasa Gerakan anti-Jepun semakin meningkat ]


Apakah kesan tindakan tersebut terhadap Tanah Melayu?

a)

Meningkatkan serangan gerila

b)

Menimbulkan ketegangan kaum

c)

Memperoleh tuntutan kemerdekaan

d)

Mengeratkan kerjasama masyarakat

37.

[ Kesatuan Melayu Muda ]


Kesatuan di atas dibubarkan oleh Jepun pada bulan Jun 1942. Mengapakah Jepun bertindak sedemikian?

a)

Pemimpin Kesatuan Melayu Muda menentang Jepun

b)

Pemimpin Kesatuan Melayu Muda meyokong British.

c)

Pemimpin Kesatuan Melayu Muda menuntut kemerdekaan

d)

Pemimpin Kesatuan Melayu Muda tidak mahu berkerjasama dengan Jepun.

38.

Gambar berikut menunjukkan letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki


Mengapakah Amerika Syarikat melakukkan pengeboman di kedua-dua Bandar tersebut pada tahun 1945?

a)

Menamatkan perang dunia

b)

Kekuatan Kuasa Paksi bertambah

c)

Keadaan ekonomi semakin merosot

d)

Kekuatan Kuasa Bersekutu bertambah

39.

Gambar berikut menunjukkan Akhbar Semangat Asia.


Apakah tujuan akhbar Semangat Asia diterbitkan?

a)

Menyebarkan semangat antipenjajah Asia

b)

Menyebarkan semangat antipenjajah Barat

c)

Menyebarkan semangat antipenjajah Jepun

d)

Menyebarkan semangat antipenjajah komunis

40.

Maklumat berikut berkaitan dengan gerakan nasionalisme tempatan semasa pendudukan Jepun


[ Giyu Gun atau Pembela Tanah Air (PETA) ialah pasukan tentera sukarela yang ditubuhkan untuk membantu Jepun mempertahankan Tanah Melayu ]


Siapakah yang mengetuai Giyu Gun?

a)

Onan Haji Siraj

b)

Tengku Nordin

c)

Ibrahim Haji Yaakob

d)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

41.

Gambar berikutan berkaitan dengan kemusnahan yang dilakukan oleh Bintang Tiga setelah menguasai Tanah Melayu hampir 14 hari kerana kelewatan pendaratan semula tentera British.


Bagaimanakah penguasaan tersebut dilakukan oleh Bintang Tiga ?

a)

Menguasai balai polis

b)

Membunuh pegawai daerah

c)

Membuat kad catuan makanan

d)

Memaksa pembinaan landasan kereta api

42.

Maklumat berikut berkaitan dengan Kesatuan Rakyat Indonesia (KRIS).


[ Dengan sokongan tentera Jepun, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ibrahim Haji Yaakob, Onan Haji Siraj dan bekas pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang lain menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ]


Apakah matlamat penubuhan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)?

a)

Mencapai kemerdekaan Tanah Melayu bersama-sama Indonesia

b)

Memberi sokongan untuk terus dijajah oleh Jepun

c)

Memberi sokongan untuk menentang tentera Bersekutu

d)

Mencapai kata sepakat untuk menentang tentera Kuasa Paksi

43.

Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah gerakan yang ditubuhkan di Tanah Melayu.


[ Haji Salleh Abdul Karim atau dikenali sebagai Kiai Salleh telah menubuhkan pasukan Tentera Selempang Merah di Johor ]


Apakah matlamat penubuhan pasukan Tentera Selempang Merah?

a)

Menentang penjajahan British di Tanah Melayu

b)

Menegakkan ajaran Islam dalam kalangan Orang Melayu

c)

Mempertahankan orang Melayu daripada ancaman Bintang Tiga

d)

Menentang kekejaman British ke atas orang Melayu di Tanah Melayu

44.

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan Raja-Raja Melayu semasa penguasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu.


[ Sultan Pahang , Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah dan Sultan Perak, Sultan Abdul Aziz Almustasim Billah Syah telah memainkan peranan yang penting semasa kebangkitan orang Melayu menentang Bintang Tiga ]


Apakah peranan Raja-Raja Melayu tersebut?

a)

Meniupkan semangat perpaduan dalam kalangan orang Melayu

b)

Meminta agar tentera Bintang Tiga melakukan genjatan senjata

c)

Menyelesaikan pergaduhan antara orang Melayu dan Orang Cina

d)

Menaikkan semangat orang Melayu untuk menentang Bintang Tiga

45.

TOK JANGGUT


Perjuangan tokoh di atas menentang British di Tanah Melayu merupakan hasil kesedaran politik antarabangsa.


Di manakah lokasi penentangannya?

a)

Perak

b)

Pahang

c)

Kelantan

d)

Terengganu

46.

Perang dunia pertama berlaku kerana krisi antara dua pihak iaitu Pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.


Antara berikut yang manakah benar berkaitan anggota Pakatan bertiga.

a)

Britain, Jerman dan Itali

b)

Jerman, Perancis dan Rusia

c)

Perancis, Britain dan Rusia

d)

Jerman Austria, Itali

47.

Apakah punca tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914?

a)

Kejatuhan Empayar Uthmaniyah

b)

Kegagalan perjanjian Versailes

c)

Pembunuhan Putera Mahkota Austria-Hungary

d)

pencerobohan wilayah British oleh Amerika Syarikat

48.

[ PERANG DUNIA PERTAMA --- X ]


Perang Dunia Pertama berakhir pada tahun 1918 telah membawa kepada perjanjian X.


Apakah perjanjian X?

a)

Perjanjian Tordasillas

b)

Perjanjian Versailles

c)

Perjanjian San Fransisco

d)

Perjanjian Anti Komunis

49.

Tokoh di bawah dikaitkan dengan pengasasan ideologi Nazisme.


[ Adolf Hitler--Negara X ]


Apakah negara X

a)

Itali

b)

Jerman

c)

Belanda

d)

Perancis

50.

Apakah punca meletus perang dunia kedua di Eropah.

a)

Pengeboman Jepun

b)

Pengeboman Britain

c)

Serangan Jerman ke atas Poland

d)

Kemunculan empayar Uthmaniyah

51.

Jerman telah melancarkan Operasi Barbarossa pada 22 Jun 1941.


Apakah tujuan operasi tersebut?

a)

Menguasai Rusia

b)

Menguasai Perancis

c)

Menguasai Negara Balkan

d)

Menguasai seluruh Eropah

52.

[ Pasukan polis tentera yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan pentadbiran tentera Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 ]


Penyataan di atas boleh dikaitkan dengan

a)

Koa Kunrenjo

b)

Kimigayo

c)

Kempeitei

d)

Kita Boruneo

53.

Pentadbiran Tentera British di Tanah Melayu telah menubuhkan Koa Kunrenjo .


Apakah tujuan Koa Kunrenjo ditubuhkan?

a)

Menjaga keamanan

b)

Melatih pemimpin tempatan mentadbir

c)

Mengawal aktiviti ekonomi Tanah Melayu

d)

Mewujudkan kerjasama antara penduduk

54.

Apakah kesan penggunaan matawang Jepun yang dikenali sebagai “wang pokok pisang”?

a)

Inflasi

b)

Nilai matawang tinggi

c)

Harga barang rendah

d)

Ekonomi meningkat