Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SPMC Set 5 2022

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Rajah 1 menunjukkan satu situasi yang berlaku di dalam makmal. Apakah perkara yang perlu dilakukan untuk mengendalikan situasi tersebut?

a)

Lap dengan menggunakan kain basah

b)

Menggunakan air untuk membersihkan tempat itu

c)

Menabur serbuk sulfur untuk menutupi tumpahan itu

d)

Menggunakan sabun untuk membersihkan tumpahan itu

2.

Antara situasi berikut, yang manakah memerlukan CPR?

a)

Cedera parah

b)

Tidak bernafas

c)

Denyutan jantung lemah

d)

Membuka mata apabila dipanggil

3.

Rajah 2 menunjukkan bacaan suhu badan Radi. Antara yang berikut, yang manakah mungkin merupakan faktor yang menyebabkan bacaan suhu sebegitu?

a)

Makan berlebihan

b)

Jangkitan patogen

c)

Kurang selera makan

d)

Cukup tidur 8 jam sehari

4.

Antara gas rumah hijau berikut, yang manakah merupakan komponen utama dalam Jejak Kaki Karbon?

a)

Ozon

b)

Metana

c)

Sulfur dioksida

d)

Karbon dioksida

5.

Rajah 3 menunjukkan satu motorsikal elektrik. Mengapakah motorsikal itu dianggap sebagai satu ciptaan bagi Teknologi Hijau?

a)

Tenaga elektrik digunakan

b)

Minyak biodiesel digunakan

c)

Bahan api biojisim digunakan

d)

Gas rumah hijau tidak dibebaskan

6.

Robin ialah seorang pesakit hemofilia (hh) dan isterinya seorang pembawa hemofilia (Hh). Apakah kebarangkalian bahawa anak-anak mereka pesakit hemofilia?

a)

25%

b)

50%

c)

75%

d)

100%

7.

Antara tisu berikut, yang manakah tisu penghubung yang menyambungkan dua tulang?

a)

Ligamen

b)

Tendon

c)

Otot triseps

d)

Otot biseps

8.

Rajah 4 menunjukkan seekor haiwan yang perlu mengangkangkan kakinya ketika minum air dari sebatang sungai. Mengapakah haiwan ini terpaksa mengangkangkan kakinya?

a)

Untuk menguatkan otot kaki

b)

Untuk merendahkan pusat graviti badan

c)

Untuk meninggikan pusat graviti badan

d)

Untuk mengurangkan luas tapak pada tanah

9.

Rajah 5 menunjukkan sistem endokrin manusia. Apakah fungsi organ endokrin P?

a)

Mengawal kadar metabolisme

b)

Mengawal pertumbuhan badan

c)

Menambah kadar degupan jantung

d)

Mengawal paras glukosa dalam darah

10.

Antara berikut, manakah ciri minda yang sihat?

a)

Berprasangka buruk

b)

Sedia menerima cabaran

c)

Berfikiran terbuka dan emosional

d)

Tidak mampu mengesan rangsangan dan bergerak balas sewajarnya

11.

Rajah 6 menunjukkan suatu ion natrium. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?

a)

Atom natrium kehilangan satu elektron

b)

Atom natrium menerima satu proton

c)

Atom natrium menerima satu elektron

d)

Atom natrium mempunyai sembilan elektron

12.

Apakah maksud isotop?

a)

Atom-atom suatu unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berlainan

b)

Atom-atom suatu unsur yang mempunyai bilangan neutron yang sama tetapi bilangan proton yang berlainan

c)

Atom-atom logam yang mempunyai bilangan neutron yang sama

d)

Atom-atom logam yang mempunyai bilangan proton yang sama

13.

Rajah 7 menunjukkan susunan atom dalam satu bahan. Apakah fungsi menambahkan atom T?

a)

Mengurangkan ketumpatan bahan

b)

Merendahkan kekuatan regangan bahan

c)

Meningkatkan kekonduksian elektrik bahan

d)

Menghalang atom-atom tulen daripada menggelongsor dengan mudah

14.

Apakah bahan yang ditambahkan kepada lateks untuk menggumpalkannya?

a)

Larutan natrium hidroksida

b)

Air kapur

c)

Asid formik

d)

Larutan ammonia

15.

Apakah yang menyebabkan penuaan dalam badan manusia?

a)

Kolagen

b)

Radikal bebas

c)

Bahan antioksidan

d)

Bahan aktif dalam makanan tambahan

16.

Mengapakah epal yang dipotong menjadi perang apabila dibiarkan terdedah kepada udara?

a)

Epal menjadi busuk

b)

Epal masih mentah

c)

Epal mengalami pengoksidaan

d)

Epal kehilangan air

17.

Gaya hidup masyarakat masa kini yang sibuk bekerja telah menimbulkan pelbagai penyakit. Ekoran daripada itu, pelbagai produk kesihatan diperkenalkan di pasaran dengan pelbagai fungsi. Pada pendapat anda, mengapakah permintaan terhadap produk kesihatan semakin meningkat sejak kebelakangan ini?

a)

Produk kesihatan mudah diperolehi

b)

Dapat mengelakkan penyakit berjangkit

c)

Dapat mengurangkan kos untuk merawat penyakit

d)

Dapat membantu masyarakat yang tidak mengamalkan makanan seimbang

18.

Rajah 8 menunjukkan titik-titik pada sebahagian pita detik bagi sebuah troli yang menuruni landasan. Apakah jenis gerakan troli itu?

a)

Halaju sifar

b)

Halaju seragam

c)

Halaju berkurangan

d)

Halaju bertambah

19.

Rajah 9 menunjukkan suatu proses untuk menghasilkan tenaga nuklear. Apakah proses yang ditunjukkan?

a)

Pembelahan nukleus

b)

Pelakuran nukleus

c)

Tindak balas nuklear

d)

Reaktor nuklear

20.

Antara yang berikut, yang manakah alasan bagi pemilihan sumber tenaga nuklear dalam sesebuah negara yang menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber utamanya?

a)

Kekurangan sumber tenaga lain

b)

Keluasan negara yang kecil dengan jumlah penduduk yang tidak ramai

c)

Kos pembinaan yang murah

d)

Mempunyai teknologi yang kurang canggih

21.

Mengapakah kebanyakan mikroorganisma tumbuh dan membiak dengan cepat di dalam tubuh kita?

a)

Keamatan cahaya yang tinggi

b)

Kelembapan yang rendah

c)

Suhu yang optimum

d)

Medium berasid

22.

Rajah 10 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji satu faktor yang mempengaruhi pertumbuhan bakteria. Apakah faktor yang dikaji?

a)

Cahaya

b)

Nutrien

c)

Nilai pH

d)

Suhu

23.

Rajah 11 menunjukkan tindakan penisilin ke atas koloni bakteria. Apakah yang ditunjukkan oleh kawasan jernih di atas?

a)

Bakteria menjadi aktif

b)

Bakteria menghasilkan toksin

c)

Pertumbuhan bakteria pesat

d)

Pertumbuhan bakteria terencat

24.

Rajah 12 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji nutrien yang diperlukan bagi pertumbuhan anak benih. Mengapakah udara perlu dipam ke dalam larutan kultur Knop setiap hari?

a)

Untuk menghalang pertumbuhan alga

b)

Untuk membolehkan akar anak benih menjalankan respirasi

c)

Untuk merencat pertumbuhan akar

d)

Untuk menggalakkan anak benih melakukan fotosintesis

25.

Sebiji pai ayam mengandungi 6 g protein, 12 g karbohidrat, 5 g lemak. Jadual 1 menunjukkan nilai kalori bagi kelas makanan. Apakah jumlah nilai kalori pai ayam itu?

a)

488.6 kJ g-1

b)

132.2 kJ g-1

c)

203.3 kJ g-1

d)

1703.3 kJ g-1

26.

Botol plastik terpakai digunakan untuk menghasilkan produk penyapu plastik. Apakah istilah pengurusan cekap ini?

a)

Upcycle

b)

Guna semula

c)

Kitar semula

d)

Diuraikan

27.

Antara padanan berikut, yang manakah menunjukkan sumber pencemaran yang betul?

a)

b)

c)

d)

28.

Rajah 13 ialah graf yang menunjukkan isipadu gas karbon dioksida melawan masa bagi tindak balas antara asid sulfurik dengan ketulan marmar berlebihan. Berapakah kadar tindak balas purata keseluruhan bagi tindak balas itu?

a)

2.0 cm3 s -1

b)

3.0 cm3 s -1

c)

4.0 cm3 s -1

d)

5.0 cm3 s -1

29.

Mangkin selalunya ditambah ke dalam suatu tindak balas. Apakah fungsi mangkin dalam tindak balas tersebut?

a)

Melambatkan kadar tindak balas

b)

Menambahkan kuantiti hasil tindak balas

c)

Mempercepatkan kadar tindak balas

d)

Mengurangkan kuantiti hasil tindak balas

30.

Antara yang berikut, yang manakah ialah hidrokarbon tak tepu?

a)

Gliserol

b)

Propena

c)

Propana

d)

Asid etanoik

31.

Rajah 14 menunjukkan struktur buah kelapa sawit. Bahagian manakah dalam buah kelapa sawit mengandungi kuantiti minyak kelapa sawit yang paling banyak?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

32.

Antara yang berikut, yang manakah elektrolit?

a)

b)

c)

d)

33.

Rajah 15 menunjukkan sel kimia yang disediakan oleh seorang murid. Antara perubahan berikut, yang manakah dapat diperhatikan?

a)

Jarum voltmeter terpesong

b)

Elektrod zink menebal

c)

Elektrod kuprum menipis

d)

Gelembung gas tak berwarna terbebas

34.

Rajah 16 menunjukkan rajah sinar bagi kanta cembung. Antara sinar A, B, C dan D yang manakah menunjukkan arah sinar cahaya yang betul?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

35.

Rajah 17 menunjukkan sebuah peralatan optik. Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai alat tersebut?

a)

Apabila jarak fokus pendek, kuasa pembesaran adalah tinggi

b)

Imej yang terbentuk lebih kecil daripada objek

c)

Imej yang terbentuk adalah songsang

d)

Terdiri daripada satu kanta cekung

36.

Rajah 18 menunjukkan air mengalir di dalam tiub seragam. Pada bahagian manakah, A, B, C dan D, halaju paling tinggi?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

37.

Rajah 19 menunjukkan jek hidraulik. Jika luas omboh P ialah 0.01 m2 dan luas omboh Q ialah 2 m2 , berapakah daya yang dikenakan oleh omboh P?

a)

4N

b)

5N

c)

40N

d)

50N

38.

Rajah 20 menunjukkan kain terpal pada lori yang mengembang ketika lori tersebut sedang bergerak dengan kelajuan yang tinggi. Prinsip yang manakah di bawah menerangkan fenomena di atas?

a)

Prinsip Bernoulli

b)

Inersia

c)

Keabadian tenaga

d)

Tekanan Atmosfera

39.

Antara alat berikut, yang manakah menggunakan prinsip pemindahan tekanan dalam bendalir?

a)

Dron

b)

Helicopter

c)

Brek hidraulik

d)

Penunu Bunsen

40.

Apakah kegunaan GPS?

a)

Ramalan cuaca

b)

Menentukan lokasi suatu tempat

c)

Siaran televisyen

d)

Mengesan bencana alam yang akan berlaku