wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH BAB 5 T4: PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Total questions: 64

Worksheet time: 32mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Jawatankuasa Kerja diperkenalkan? (Buku teks m/s 126)

a)

Untuk menggantikan Malayan Union

b)

Untuk merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

c)

Untuk mempercepatkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Untuk mengkaji semula Malayan Union

2.

Siapakah yang menganggotai Jawatankuasa Kerja?

(Buku teks m/s 126)

I. Raja-raja Melayu

II. Wakil UMNO dan pegawai British

III. Wakil MCA dan MIC

IV. Ketua tempatan Sabah dan Sarawak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Mengapakah golongan Melayu radikal membantah tindakan British? (Buku teks m/s 128)

a)

Tidak bersetuju dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Hak istimewa orang Melayu terjejas

c)

Syarat kewarganegaraa yang masih longgar

d)

Menjalankan perundingan tertutup dengann UMNO

4.

Tokoh di atas adalah antara golongan nasionalis Melayu radikal. Apakah peranan beliau? (Buku teks m/s 128)

a)

Mengetuai Barisan Tani Malaya (BATAS)

b)

Mengetuai Hisbul Muslimin

c)

Pengerusi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

d)

Presiden Angkatan Pemuda Insaf (API)

5.

Apakah sebab All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) menolak perjanjian persekutuan? (Buku teks m/s 128)

a)

Jawatankuasa Kerja menolak pandangan AMCJA

b)

Jawatankuasa Kerja tidak menjanjikan kemerdekaan

c)

Jawatankuasa Kerja mengetatkan syarat kerakyatan

d)

Jawatankuasa Kerja tidak mempunyai wakil bukan Melayu

6.

Golongan bukan Melayu turut menentang Jawatankuasa Kerja ini.


Mengapakah golongan bukan Melayu menentang jawatankuasa ini?

a)

Jawatankuasa ini melibatkan kaum bukan Melayu

b)

Jawatankuasa ini berkuasa penuh menentukan masa depan Tanah Melayu

c)

Bimbang hak dan kedudukan bukan Melayu akan ditarik balik

d)

British dituduh tunduk kepada tuntutan UMNO

7.

Gabungan PUTERA-AMCJA telah menyediakan draf Perlembagaan Rakuat dan menyerahkan kepada kerajaan British tetapi ditolak. Apakah reaksi pertubuhan tersebut?

a)

Menganjurkan hartal sebagai tanda penentangan

b)

Melancarkan demonstrasi secara aman

c)

Mendesak kesatuan sekerja melancarkan mogok

d)

Menganjurkan ceramah dan kempen menentang British

8.

Siapakah yang mengetuai pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Majlis Raja-raja Melayu

b)

Pesuruhjaya Tinggi British

c)

Gabenor British

d)

Sultan

9.

Apakah peranan Raja-raja Melayu dalam Majlis Perundangan Persekutuan?

a)

Merangka undang-undang Tanah Melayu

b)

Memperkenan undang-undang yang diluluskan

c)

Membatalkan undang-undang bertentangan dengan perlembagaan

d)

Mengetuai persidangan Majlis Perundangan Persekutuan

10.

Manakah yang dianggap sebagai rakyat British di Tanah Melayu?

a)

Ahli keluarga bekas pegawai British di Tanah Melayu

b)

Mereka yang lahir di luar Tanah Melayu

c)

Mereka yang lahir di Pulau Pinang dan Melaka

d)

Golongan bukan Melayu yang lahir di negeri Melayu

11.

Siapakah yang layak menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu secara pendaftaran?

a)

Lahir di luar Persekutuan Tanah Melayu

b)

Bermastautin antara 15 hingga 20 tahun

c)

Telah bekerja di Tanah Melayu melebihi 20 tahun

d)

Pegawai British dan bekas pegawai British

12.

Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 dikatakan menguntungkan kaum bukan Melayu?

a)

Mendapat keistimewaan dalam bidang pentadbiran jika lahir di Tanah Melayu

b)

Diberi peluang untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu

c)

Dilantik ke dalam jawatan tinggi kerajaan

d)

Berpeluang menjadi warganegara

13.

Mengapakah Raja-raja Melayu dan orang Melayu menerima baik Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Kaum bukan Melayu tidak lagi layak menjadi warganegara

b)

Memulihkan status Raja-raja Melayu dan orang Melayy

c)

Dasar perlindungan British dihentikan

d)

Menyekat hak dan kebebasan kaum bukan Melayu

14.

Apakah kepentingan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?

a)

Membantu kerajaan menghapuskan ancaman komunis

b)

Merintis jalan kepada kemerdekaan

c)

Mewujudkan jurang hubungan antara kaum

d)

Melahirkan kebudayaan kebangsaan

15.

Maklumat berikut berkaitan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

Sikap politik orang Melayu yang mendorong British menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.


Apakah bukti orang Melayu mengamalkan kesederhanaan dalam berpolitik?


I Mengadakan kongres

II Menulis dalam akhbar

II Menyokong orang dagang

IV Menyertai PKM

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Apakah kesan rundingan berikut?


Rundingan antara British dengan Raja-raja Melayu dan UMNO 1948

a)

Pemberian kerakyatan dilonggarkan

b)

Pengembalian kuasa Raja-raja Melayu

c)

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Penangguhan perlaksanaan Malayan Union

17.

Maklumat berikut menunjukkan piagam yang dikeluarkan oleh PBB


Piagam Atlantik 1945


Apakah tanggungjawab British berdasarkan piagam tersebut?

a)

Mengembalikan keamanan

b)

Membebaskan tanah jajahan

c)

Membentuk persekutuan

d)

Memajukan ekonomi rakyat tempatan

18.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada ________________ untuk menggantikan Perlembagaan Malayan Union.

a)

1 Februari 1948

b)

1 Mac 1948

c)

1 Februari 1946

d)

1 Mac 1946

19.

Pada bulan Julai 1946, suatu Jawatankuasa Kerja telah dilantik yang terdiri daripada 2 wakil UMNO, 4 wakil Raja-Raja Negeri Melayu dan 6 pegawai British untuk merangka suatu perlembagan yang baru bagi menggantikan Malayan Union.

a)

Ya

b)

Tidak

20.

Berikut merupakan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang berbeza daripada Malayan Union, kecuali

a)

Majlis Undangan ditubuhkan

b)

Majlis Raja-raja Melayu dibubarkan

c)

Pesuruhjaya Tinggi British dibantu oleh Majlis Kerja Kerajaan (Executive Council)

d)

Kuasa memerintah terletak pada tangan Pesuruhjaya Tinggi Inggeris

21.

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mengembalikan kedaulatan Raja-raja Melayu dengan memberi semula ____________________________ke atas negeri mereka masing-masing.

a)

Hak-hak utama, kuasa dan bidang kuasa

b)

Hak-hak tertentu, kuasa dan bidang kuasa

c)

Hak-hak tertentu, kuasa tertentu dan bidang kuasa

d)

Hak-hak tertentu, kuasa tertentu dan bidang kuasa tertentu

22.

Raja-raja Melayu telah bersetuju memberikan taraf kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu kepada ______________ orang bukan Melayu yang layak.

a)

30,00

b)

300,000

c)

3,000

d)

300

23.

Kesan utama Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah mengembalikan semula status quo politik Raja-raja Melayu, negeri-negeri Melayu dan pengiktirafan kepada ____________________ sebagai peribumi.

a)

orang Siam

b)

orang Melayu

c)

orang Cina

d)

orang India

24.

Perjanjian persekutuan Tanah Melayu 1948 telah melahirkan keinginan Kerajaan United Kingdom dan Raja-raja Melayu untuk mengarah kepada pembentukan “_________________”.

a)

Kerajaan Sendiri

b)

Negeri Sendiri

c)

Kepulauan Sendiri

d)

Istana Sendiri

25.

SPM 2013

Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Kekuatan perpaduan orang Melayu

b)

Pertambahan bilangan kaum imigran

c)

Memenuhi desakan orang dagang

d)

Akur tuntutan golongan radikal

26.

Apakah ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?


I Penggabungan 11 buah negeri

II Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan

IIIPentadbiran negeri diketuai oleh Residen

IVPerlantikan Menteri Besar sebagai ketua kerajaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Apakah sumbangan tokoh berikut?


Dato Onn Ja"afar

a)

Menubuhkan Majlis Raja-raja Melayu

b)

Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

c)

Memimpin orang Melayu menentang Malayan Union

d)

Mendesak British supaya memberi kemerdekaan segera kepada Tanah Melayu

28.

SPM 2014

Apakah tugas Menteri Besar dalam sistem pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Menggubal dasar negara

b)

Melantik pegawai kerajaan

c)

Menasihati soal adat Melayu

d)

Mengetuai pentadbiran negeri

29.

Apakah maksud Rakyat Raja Melayu?

a)

Mereka yang lahir dan tinggal di Pulau Pinang dan Melaka

b)

Orang yang lahir di Sarawak dan Sabah

c)

Mereka yang bermaustatin di Tanah Melayu

d)

Orang Melayu yang lahir di sesebuah Negeri Melayu

30.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dibentuk bagi menggantikan __________________ yang gagal.

a)

Perjanjian Kemerdekaan

b)

Perjanjian Malayan Union

c)

Perjanjian Pangkor

d)

Perjanjian London

31.

Orang Melayu dipimpin oleh ______________ menunjukkan ketegasan menentang Malayan Union.

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Dato' Onn Ja'afar

c)

Dato' Ja'afar Onn

d)

Dato' Bahaman

32.

Pilih bekas pegawai British yang telah menolak dasar menakluk Tanah Melayu. (Pilih 3 jawapan)

a)

Sir R.O. Winsted

b)

Sir Edward Gent

c)

Sir George Maxwell

d)

Sir Cecil Clementi

33.

Siapakah yang mengasaskan UMNO?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Dato' Onn Ja'afar

c)

Tun Hussien Onn

d)

Dato' Hamzah Abdullah

34.

Pesuruhjaya Tinggi British yang pertama dalam pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah ______________

a)

James Brooke

b)

Sir Edward Gent

c)

Charles Brooke

d)

Sir Frank Swettenham

35.

Malayan Union 1946 telah digantikan dengan

a)

Persekutuan Tanah Melayu 1948

b)

Persekutuan Tanah Melayu 1957

c)

Pentadbiran Tentera British

36.

*Ditubuhkan pada 25 Julai 1948

*Matlamat membincangkan ASAS Perjanjian PTM 1948


Namakan jawatankuasa tersebut

a)

Jawatankuasa Kerja

b)

Jawatankuasa Perunding

37.

Mengapakah tokoh tersebut menyeru menentang penjajah British di dalam bukunya Testament Politik API ?

a)

Menindas golongan nasionalis Melayu radikal

b)

Kejam dan tidak punya hati

c)

British berlaku tidak adil

38.

Pilih gabungan parti kiri dalam gabungan PUTERA

a)

PKMM

b)

API

c)

GERAM

d)

AWAS

39.

Siapakah pengasas parti Islam tersebut?

a)

Abu Bakar al-Baqir

b)

Musa Ahmad

c)

Hj Fuad

d)

Nik Aziz

40.

Barisan Tani Malaya (BATAS) diketuai oleh

a)

Musa Ahmad

b)

Shamsiah Fakeh

41.

Shamsiah Fakeh mengetuai parti

a)

Angkatan Wanita Sedar (AWAS)

b)

Angkatan Pemuda Insaf (API)

c)

Hizbul Muslimin

d)

UMNO

42.

Siapakah tokoh tersebut yang memegang jawatan KETUA SETIAUSAHA MALAYAN UNION ?

a)

A.T. Newboult

b)

K.K.O'Connor

43.

Pilih perwakilan UMNO dalam Jawatankuasa Kerja 1946

a)

Dato' Onn Jaafar

b)

Haji Megat Yunus

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Tan Cheng Lock

44.

Siapakah Pengerusi ALL MALAYAN COUNCIL OF JOIN ACTION (AMCJA) ?

a)

Tan Cheng Lock

b)

Ahmad Boestamam

c)

Shamsiah Fakeh

45.

Mengapakah Ahmad Boestamam menerbitkan akhbar SUARA RAKYAT ?

a)

Menentang penjajahan bentuk baru British di Tanah Melayu

b)

Membuka minda rakyat ke arah idea merdeka

46.

Menurut PERLEMBAGAAN RAKYAT oleh PUTERA-AMCJA, warganegara Malaya haruslah dinamakan dengan

a)

Melayu

b)

Malaysia

c)

Malaysian

47.

Apakah warna Bendera kebangsaan PTM menurut PERLEMBAGAAN RAKYAT oleh PUTERA-AMCJA ?

a)

Merah dan Putih

b)

Biru, Kuning

c)

Kuning, Putih, Merah dan Biru

48.

Apakah yang dilakukan oleh gabungan PUTERA-AMCJA apabila British menolak Perlembagaan Rakyat ?

a)

Mengadakan hartal

b)

Mengadakan demonstrasi

c)

Mogok lapar

d)

Berhimpun tanda bantahan

49.

HARTAL ialah tindakan menutup (a)   dan memberhentikan semua kegiatan ekonomi oleh peniaga.

50.

Bilakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 diisytiharkan secara rasmi ?

a)

1 April 1946

b)

1 Februari 1948

c)

31 Ogos 1957

d)

16 September 1963

51.

Pilih 2 ahli Parlimen British yang ditugaskan melihat reaksi orang Melayu menentang Malayan Union 1946.

a)

Gammans

b)

Rees Williams

c)

Sir Henry Gurney

d)

Sir Edward Gent

52.

Antara cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO ialah menggantikan jawatan Gabenor kepada ________________

a)

Pesuruhjaya Tinggi British

b)

Gabenor Jeneral

c)

Residen

53.

Sultan negeri manakah yang menjadi JURUCAKAP semasa perundingan antara Raja-raja Melayu dengan Pihak British pada 27 Mei 1946 di Kuala Kangsar ?

a)

Sultan Perak

b)

Sultan Johor

c)

Sultan Melaka

d)

Sultan Singapura

54.

Pilih negara yang telah merangka Piagam Atlantik 1945.

a)

Britain

b)

Amerika Syarikat

c)

Jepun

d)

Perancis

55.

Tokoh tersebut antara pegawai British yang menyokong PTM 1948.


Beliau mencadangkan British melibatkan Raja-raja Melayu dalam pentadbiran berasaskan perlembagaan.

a)

Sir Ralph Hone

b)

Sir Edward Gent

c)

Sir Malcom MacDonald

56.

Siapakah ketua kerajaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang mempunyai kuasa eksekutif ?

a)

YDP Agong

b)

Sultan

c)

Pesuruhjaya Tinggi British

d)

Gabenor

57.

Siapakah KETUA Majlis Perundangan PTM 1948 ?

a)

Pesuruhjaya Tinggi British

b)

Residen Kaunselor

c)

Gabenor

58.

Rakyat RAJA ialah orang __________ dan Orang __________ yang lahir dan tinggal di negeri Melayu yang mempunyai Sultan.

a)

Melayu

b)

Asli

c)

Cina

d)

India

59.

Rakyat British ialah mereka yang lahir di negeri __________ dan _____________

a)

Melaka

b)

Pulau Pinang

c)

Johor

d)

Terengganu

60.

Menurut kerakyatan secara KUAT KUASA UNDANG-UNDANG, bagi pemohon yang lahir di luar negeri, ____________ mestilah rakyat Raja dan rakyat British.

a)

ayahnya

b)

ibunya

61.

Mereka yang dilahirkan dalam PTM dan bermastautin selama 15 tahun daripada 20 tahun dari hari pemohonan.

Apakah jenis kerakyatan berdasarkan kenyataan tersebut ?

a)

Secara Pendaftaran

b)

Kuat Kuasa Undang-Undang

c)

Naturalisasi

62.

Berapakah bilangan anggota Majlis Raja-Raja ?

a)

9

b)

8

c)

14

d)

11

63.

PTM 1948 telah membuka jalan ke arah Perpaduan dan Kerjasama antara kaum melalui penubuhan

a)

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)

b)

Konvensyen Kebangsaan

c)

Persidangan kebangsaan

64.

Apakah peranan Pegawai Tinggi British dalam Jawatankuasa Kerja?

a)

Pemerhati dan penasihat undang-undang

b)

Merangka perlembagaan baru menggantikan Malayan Union

c)

Penasihat kepada Raja-raja Melayu

d)

Perantara bagi orang Melayu dan kerajaan British