NEW
Font size
WorksheetsImbuhan
Total questions: 17
Worksheet time: 9mins
Adik ... izin daripada ibu untuk pergi ke taman permainan.
diminta
meminta
permintaan
terpinta
Semua penduduk telah ... keputusan untuk ... balai raya itu.
bersetuju ... baikkan
menyetujui ... membaiki
dipersetujui ... dibaiki
persetujuan ... baiki
Hadiah itu adalah ... Encik Shafi kepada isterinya bersempena dengan hari ulang tahun perkahwinan mereka.
diberi
memberi
pemberi
pemberian
Hafizi ... sendirian apabila ... peristiwa lucu tempoh hari.
ditertawakan ... mengingati
tertawakan ... peringatan
mentertawakan ... ingat
tertawa ... teringat
Azim sanggup ... nyawanya semata-mata untuk ... rakannya yang hampir lemas.
menaruh ... selamatkan
bertaruh ... diselamatkan
dipertaruhkan ... terselamat
mempertaruhkan ... menyelamatkan
Penduduk di kawasan pedalaman itu ... penyakit kulit akibat air sungai yang tercemar.
berjangkit
menjangkiti
dijangkiti
jangkitan
"Dalam ... saya, kegagalan murid-murid itu berpunca daripada sikap mereka sendiri," kata Cikgu Ayu.
keamatan
pengamatan
memperamat
teramat
pokok itu tumbang setelah ... kilat petang tadi.
sambaran
disambar
menyambar
bersambar
Kamu perlu ... suara ketika berbual-bual supaya tidak mengganggu orang lain.
kerendahan
merendahkan
perendahkan
terendah
Setiap pagi, anak-anak desa yang berbasikal itu kelihatan ... menuju ke sekolah.
bersaing
menyaingi
persaingan
pesaing
Orang yang ... dalam sesuatu pertubuhan haruslah melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan penuh amanah.
penjawat
menjawat
berjawatan
perjawatan
Beberapa ... daripada penyelidikan itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan saintis yang terlibat.
pendapatan
pendapat
dapatan
dapati
Aktiviti ... secara berbasikal itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
jelajahi
penjelajah
menjelajahi
penjelajahan
Pihak sekolah sedang ... usaha untuk memastikan murid-murid mahir membaca dan menulis.
mengemaskinikan
menguatkuasakan
melipatgandakan
menambahbaikkan
Seseorang pengarah akan sentiasa mencari teknik-teknik baharu dalam ... sesebuah filem.
penghasilan
dihasilkan
berhasil
hasilan
Petinju itu ... tumbukan yang padu sehingga mengenai muka lawannya dengan tepat.
melepasi
pelepasan
kelepasan
melepaskan
Amir dan Chin Guan duduk ... di dalam kelas.
bersebelahan
menyebelahi
penyebelahan
menyebelahkan
