wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

5UKM 10102024

Total questions: 30

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

Gambar di bawah menunjukkan satu organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU).

Pernyataan manakah benar tentang tujuan organisasi tersebut?

a)

Mengeluarkan hasil keluaran yang berkualiti

b)

Memuaskan kehendak dan keperluan pengguna

c)

Menyediakan barangan dan perkhidmatan

d)

Memasarkan produk kepada pengguna

2.

Apakah bentuk pemilikan perniagaan yang mempunyai ciri-ciri berikut:-

·      Tidak dikenakan beban cukai.

·      Aktiviti tidak berunsurkan politik.

·      Modal perniagaan disumbangkan oleh anggota.

·  Setiap anggota mempunyai hak untuk membuat keputusan

a)

Koperasi

b)

Perkongsian

c)

Syarikat Berhad

d)

Usaha sama

3.

Maklumat berikut berkaitan berkaitan dengan gaya pengurusan.

"Puan Haiza merupakan seorang majikan di Syarikat Sukses Berhad. Beliau telah mewujudkan suasana kerja yang kondusif, sentiasa menjaga hubungan baik dan bertoleransi dengan pekerjanya."

Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Puan Anita?

a)

Gaya pengurusan autokratik.

b)

Gaya pengurusan sokongan

c)

Gaya pengurusan sederhana.

d)

Gaya pengurusan demokratik.

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan bahagian fungsian.

·      Memastikan barang sampai kepada pengguna pada masa dan tempat yang ditetapkan.

·      Menentukan jenis pengangkutan dan destinasi penghantaran.

Apakah bahagian fungsian tersebut ?

a)

Bahagian fungsian jualan

b)

Bahagian fungsian pembelian

c)

Bahagian fungsian pengagihan

d)

Bahagian fungsian khidmat pelanggan

5.

Gambar berkaitan dengan sejenis pemilikan perniagaan.

Apakah kelebihan jenis pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Liabiliti terhad

b)

Hayat perniagaan berterusan

c)

Bebas menguruskan perniagaan

d)

Diuruskan secara berseorangan

6.

Maklumat berikut menunjukkan salah satu bidang kuasa kerajaan di Malaysia.

" Bidang kuasa atas bahan galian dan tanah serta mewujudkankawasan industri untuk memajukan kegiatan ekonomi setempat. "

Yang manakah memainkan peranan bagi pernyataan di atas?

a)

Kerajaan pusat

b)

Kerajaan negeri

c)

Kerajaan tempatan

d)

Kerajaan persekutuan

7.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan keadaan pengangguran kitaran?

a)

Kemahiran pekerja tidak diperlukan lagi

b)

Majikan mengurangkan pekerja semasa berlakunya pandemik covid-19

c)

Majikan mengurangkan bilangan pekerja kerana penggunaan teknologi baharu.

d)

Pekerja terpaksa mencari pekerjaan lain kerana tamat kontrak

8.

Pernyataan yang manakah benar tentang visi perniagaan?

a)

Merupakan pembentukkan matlamat yang lebih khusus.

b)

Penetapan perancangan jangka masa panjang.

c)

Pernyataan ringkas yang menjelaskan tujuan perniagaan

d)

Sasaran boleh diukur bagi mencapai matlamat organisasi.

9.

Maklumat di bawah berkaitan dengan kos bagi pengeluaran 50 000 unit produk X.

Apakah titik pulang modal (unit) bagi pengeluaran produk X sekiranya harga jualan produk itu ialah RM15 seunit?

a)

12 000 unit

b)

12 500 unit

c)

13 000 unit

d)

13 500 unit

10.

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan daya saing?

a)

Kemampuan sesebuah perniagaan untuk mengekalkan operasi perniagaannya dalam industri.

b)

Hasil yang meningkat dari semasa ke semasa untuk mencapai matlamat perniagaan.

c)

Peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang dan perkhidmatan

d)

Kemampuan perniagaan memaksimumkan hasil dengan meminimumkan kos.

11.

Struktur organisasi tersebut adalah daripada sebuah perniagaan makanan terkenal di Tampin.

    Apakah kepentingan struktur organisasi pada sesebuah perniagaan?

a)

Dapat mewujudkan rantaian arahan dan komunikasi

b)

Mewujudkan tempat kerja yang kondusif

c)

Memudahkan proses ambil pekerja

d)

Memberi insentif kepada pekerja

12.

Butiran manakah diklasifikasikan sebagai kos tetap?

a)

Insurans kedai

b)

Belanja alat-alat kecil

c)

Upah pekerja produktif

d)

Kos belian bahan mentah

 

13.

Antara pernyataan berikut manakah yang benar berkaitan peratusan syer pasaran bg produk pizza dalam carta pai.

[ PILIH 2 JAWAPAN ]

a)

    Pizza King menguasai syer pasaran sebanyak 25%

b)

     Pizza Hut memperolehi keuntungan yang paling rendah

c)

     Pizza Best adalah pesaing yang paling kuat kepada Pizza Dominos

d)

  Pizza Dominos adalah pemimpin pasaran bagi pengeluar pizza di daerah Seremban

14.

Apakah tujuan Kilang Perabot Canggih menjalankan penyelenggaraan berkala ke mesin-mesin dan peralatan mereka?

a)

Menukar mesin dan peralatan yang lama kepada baharu

b)

Memastikan operasi kilang berjalan lancar mengikut jadual

c)

Menghentikan proses pengeluaran apabila berlaku kerosakan

d)

Menjual mesin dan peralatan kepada syarikat pesaing      

15.

Asraf dan Afiq mahu menubuhkan perniagaan. Mengapakah mereka perlu membuat permohonan carian nama bagi perniagaan mereka?

a)

Untuk mengelak daripada menggunakan nama syarikat yang telah muflis

b)

Mengelakkan daripada menggunakan nama syarikat yang sama

c)

Untuk mencari nama syarikat yang lebih bercirikan tempatan

d)

Memastikan nama yang dipilih mudah diingati pengguna

16.

Antara yang berikut, pernyataan yang manakah merupakan peranan agensi kerajaan pada logo yang diberi ?

a)

Menyediakan latihan dan pembangunan usahawan

b)

Menyediakan sumber kewangan kepada usahawan

c)

Menjamin kedudukan kewangan usahawan

d)

Mempromosikan aktiviti perdagangan di Malaysia

17.

Antara yang berikut, ciri – ciri yang manakah menerangkan perniagaan yang berkaitan rajah ?

[PILIH 2 JAWAPAN]

a)

Saiz perniagaan adalah kecil

b)

Bilangan pekerja seramai 75 orang

c)

Berskala tempatan

d)

Memerlukan modal yang banyak

18.

Maklumat berikut berkaitan peranan sesuatu fungsian.

 Menyediakan dokumen dengan menggunakan perisian

 Menyediakan pelan atau program untuk staf

 Mengurus dan menyediakan dokumen syarikat

Apakah bahagian fungsian tersebut?

a)

Bahagian fungsian pembelian

b)

Bahagian fungsian pentadbiran

c)

Bahagian fungsian sumber manusia

d)

Bahagian fungsian teknologi maklumat

19.

Hitungkan nisbah semasa berdasarkan maklumat berikut yang diperolehi daripada sebuah Syarikat Berdaya Sdn. Bhd. pada 31 Disember 2021.

a)

4.8 : 1

b)

8 : 1

c)

10 : 1

d)

16.7 : 1

20.

Rajah berkaitan tujuan perniagaan. Apakah yang mewakili X?

a)

Persatuan Pengguna Islam Malaysia

b)

Syarikat Maju Cergas Sdn. Bhd

c)

Felda Global Ventures Holding

d)

Amanah Raya Berhad

21.

Gambar menunjukkan aktiviti dalam sektor perniagaan. Apakah industri yang membantu dalam aktiviti tersebut?

a)

Industri pembuatan dan perkilangan

b)

Industri pembekalan tenaga

c)

Industri perkhidmatan

d)

Industri pembinaan

22.

Pernyataan manakah yang mempunyai ciri objektif perniagaan yang baik?

a)

Pusat Pakaian Rian RIa menetapkan sasaran jualan yang tinggi sepanjang 2 tahun operasi

b)

Kilang Biskut Raya mensasarkan pengeluaran sebanyak 200 000 unit roti dalam setahun

c)

Cik Ros menganggarkan 4 000 bungkus nasi lemak terjual di gerainya dalam tempoh 2 jam

d)

Prodas Automobil Berhad berhasrat mengeluarkan 100 000 unit kereta keluaran baru pada masa hadapan

23.

Gambar menunjukkan kemudahan aplikasi teknologi dalam perniagaan. Apakah kesan aplikasi tersebut kepada perniagaan?

a)

Meningkatkan hasil perniagaan

b)

Meningkatkan kepuasan pelanggan

c)

Meningkatkan pengambilan pekerja

d)

Meningkatkan perbelanjaan pengurusan

24.

Rajah berkaitan peranan pengurusan sumber manusia. Apakah P?

a)

Memantapkan budaya profesional

b)

Menggalakkan kreativiti dan inovasi

c)

Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran

d)

Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni

25.

Apakah kemahiran kebolehkerjaan dalam situasi tersebut?

a)

Kelayakan yang bersesuaian

b)

Berpengetahuan tentang produk

c)

Berpengalaman dalam industri tertentu

d)

Keberkesanan mencapai sasaran

26.

Maklumat berikut berkaitan sumber pembiayaan luaran.

 Untuk pemegang akaun semasa,

 Faedah dikenakan mengikut kadar harian.

Apakah sumber pembiayaan yang dimaksudkan?

a)

Sewa beli

b)

Pinjaman

c)

Overdraf

d)

Ar-Rahnu

27.

Apakah kesan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan?

a)

Penduduk akan kehilangan pekerjaan

b)

Penduduk meningkatkan pembelian barang mewah

c)

Kuasa beli isi rumah menjadi semakin baik dan meningkat

d)

Perkembangan aktiviti sesebuah perniagaan menjadi semakin pesat

28.

Bagaimanakah pengurus bahagian fungsian pengeluaran bertanggungjawab kepada kawalan semasa?

a)

Memastikan semua input berada dalam keadaan baik

b)

Memeriksa kualiti produk supaya berada pada standard yang betul

c)

Memastikan penggunaan bahan mentah yang berkualiti dan mencukupi.

d)

Melaksanakan kawalan pengeluaran, kawalan utiliti mesin dan kawalan staf

29.

Apakah jenis barang yang sesuai diagihkan melalui saluran agihan ini?

a)

Barang yang tidak tahan lama

b)

Barang yang berjenama, buku dan majalah

c)

Barang kosmetik, tayar , alat elektrik dan pakaian

d)

Barang keperluan harian seperti gula, beras dan barang dapur

30.

Apakah langkah X dan Y dalam proses komunikasi ?

a)

X : Saluran ; Y : Gangguan

b)

X : Gangguan ; Y : Maklum balas

c)

X : Maklum balas ; Y : Saluran

d)

X : Saluran ; Y : Maklum balas