wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI

Total questions: 53

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Etika berasal daripada Bahasa Yunani iaitu ethos.

Maksud etika yang paling tepat ialah...

a)

hukum, suasana dan budi pekerti.

b)

kepelbagaian adat, kelaziman dan budi pekerti.

c)

hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti.

d)

budaya dan sosiologi bangsa.

2.

Pilih krono;ogi pembentukan susur masa etika dan peradaban yang paling tepat.

a)

Pra-kolonial > Kolonial > Pasca kolonial

b)

Pasca kolonial > Kolonial > Pra Kolonial

c)

Kolonial > Pra Kolonial > Pasca Kolonial

d)

Kolonial > Pasca Kolonial > Pra kolonial

3.

Pra Kolonial merujuk kepada zaman...

a)

penguasaan politik, ekonomi dan intelektual terhadap negara yang dikuasai.

b)

masyarakat luar merantau dan berdagang sehingga ke alam Melayu.

c)

era moden yang membawa perubahan melibatkan pemikiran dan nilai.

4.

Pasca Kolonial merujuk kepada zaman...

a)

penguasaan politik, ekonomi dan intelektual terhadap negara yang dikuasai.

b)

masyarakat luar merantau dan berdagang sehingga ke alam Melayu.

c)

era moden yang membawa perubahan melibatkan pemikiran dan nilai.

5.

[Menyedari dan menghormati budaya etnik lain serta mempertahankan budaya hidup masing-masing ]

Pernyataan di atas merujuk kepada tahap-tahap hubungan etnik di Malaysia iaitu...

a)

Segregasi

b)

Akomodasi

c)

Akulturasi

d)

Asimilasi

6.

[ Menerima unsur kebudayaan dari satu kelompok masyarakat lain tetapi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat Contoh - pemaikaian tali leher dan seluar ]

Kenyataan-kenyataan di atas merujuk kepada tahap-tahap hubungan etnik di Malaysia iaitu...

a)

Akomodasi

b)

Akulturasi

c)

Asimilasi

d)

Amalgamasi

7.

“Penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza menjadi satu entiti fizikal.”


Kenyataan di atas merujuk kepada ________

a)

Kesepaduan Sosial

b)

Kesepaduan Nasional

c)

Etos Nasional

d)

Etos Sosial

8.

Alat utama teras kesepaduan nasional terdiri daripada ____________ dan _____________.

a)

Perlembagaan Persekutuan

b)

Rukun Negara

c)

Kontrak Sosial

d)

Bendera Kebangsaan

9.

Berikut merupakan ciri-ciri kemajmukan bangsa KECUALI _________

a)

Berkongsi norma hidup

b)

Berkongsi agama

c)

Berkongsi persamaan nilai

d)

Berkongsi kerencaman sosial

10.

Tapak _________ adalah anak kunci kepada kesepaduan.

a)

Etnik

b)

Konstruk

c)

Integrasi

d)

Komuniti

11.

Detik-detik perpaduan boleh berlaku dalam suasana berikut, KECUALI ____________

a)

pemakanan

b)

aktiviti sukan

c)

ritual keagamaan

d)

bantuan bencana

12.

Bakso, nasi lemak, roti canai dan sebagainya boleh dijadikan detik perpaduan masyarakat Malaysia dalam aspek ___________

a)

perkahwinan

b)

sukan

c)

kesihatan

d)

makanan

13.

Kepelbagaian agama dan kepercayaan di Malaysia dapat dipupuk melalui perpaduan dengan cara ____________

a)

meraikan agama lain dengan ritual tertentu

b)

menganggap agama adalah sama sahaja

c)

sembahyang bersama-sama

d)

budaya kunjung-mengunjung

14.

Variasi kaum dan agama melahirkan diversiti ritual dan amalan kepercayaan. Bagaimanakah cara terbaik bagi menangani isu ini?

a)

Menafikan hak dan kepercayaan kaum lain

b)

Titik perbezaan kaum dan kepercayaan diterima dan berlapang dada

c)

Melupakan sebentar identiti kepercayaan sendiri dan menyertai kaum lain

d)

Menghapuskan kaum lain agar tidak berlaku lagi sebarang konflik

15.

Bilakah pengisytiharan Rukun Nrgara?

a)

31 Ogos 1957

b)

31 Ogos 1970

c)

16 September 1963

d)

16 September 1970

16.
  • Mewujudkan perpaduan yang lebih erat dalam seluruh masyarakat.
  • Membina sebuah masyarakat progresif berlandaskan sains dan teknologi moden.


Kenyataan tersebut menjelaskan tentang objektif __________.

a)

Majlis Gerakan Negara (Mageran)

b)

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

c)

Integrasi Nasional

d)

Rukun Negara

17.

Objektif utama Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah...

a)

Memodenkan kehidupan luar bandar.

b)

Mewujudkan kumpulan perusahaan kecil.

c)

Mengurang dan membasmi kemiskinan.

d)

Menambah daya pengeluaran,

18.

Pilih jawapan yang menunjukkan maksud dan pekara yang berkaitan dengan IMPERIALISME.

(Pilihan jawapan lebih dari SATU)

a)

Menjajah secara fizikal

b)

Segala kekayaan muka bumi negara yang dijajah diambil untuk kepentingan ekonomi negara mereka.

c)

Memperkenalkan kemajuan

d)

memperkenalkan sistem politik dan sosial

19.

Pilih jawapan yang menunjukkan maksud dan pekara yang berkaitan dengan KOLONIALISME.

(Pilihan jawapan lebih dari SATU)

a)

Penjajah memperkenalkan sistem sosial,politik dan agama kepada penduduk tempatan.

b)

Berjaya menjajah dan mengawal kehidupan masyarakat pribumi.

c)

Menjajah secara fizikal.

d)

Membawa pembaharuan dan menyusun hidup masyarakat yang dijajah.

20.

Impak positif media digital adalah seperti berikut KECUALI...

a)

Memberi keseronokan game online yang pelbagai.

b)

Peningkatan jaringan komunikasi

c)

Meningkatkan taraf hidup

d)

Membuka ruang ilmu pengetahuan

21.

Perpaduan menjadi matlamat setiap bangsa dan negara agar hidup sentiasa harmoni dan aman. Berikut adalah detik-detik perpaduan yang dalam kehidupan masyarakat Malaysia KECUALI...

a)

Street Wedding

b)

Makanan

c)

Sukan

d)

Sambutan Perayaan

22.

Sekolah wawasan adalah salah satu strategi kerajaan dalam memperkasakan intergrasi dan perpaduan nasional. Berikut adalah pernyataan yang berkaitan dengan Sekolah Wawasan KECUALI...

a)

Melibatkan Dua atau tiga aliran sekolah .

b)

Berkongsi Guru Besar dan pentadbiran yang sama.

c)

Berkongsi kemudahan seperti padang, kantin dan gimnasium yang sama.

d)

Aktiviti luar darjah dijalankan secara bersama.

23.

Etika yang bertentangan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sehingga boleh memberi implikasi kepada kesepaduan nasional adalah seperti berikut KECUALI

a)

Membuat sebarang pernyataan yang menjatuhkan imej negara di media sosial.

b)

Memprovokasikan sesuatu isu yang menyalahi undang-undang

c)

Menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

d)

Melibatkan diri dalam perniagaan online bagi menjana pendapatan.

24.

[ Memusnahkan data dan mencuri maklumat sulit yang dimiliki oleh organisasi ]

Pernyataan berikut merujuk isu-isu semasa berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi yang merujuk kepada isu ..

a)

Plagiat

b)

Menggodam maklumat

c)

Melayari laman sesawang tak bermoral

d)

Menceroboh web

25.

Ketagihan media sosial seperti Twitter, Instagram, Facebook, Online Game membawa kepada...

a)

budaya plagiat.

b)

pencerobohan laman web.

c)

membazir masa.

d)

kes jenayah.

26.

Berikut adalah nilai tanggungjawab sosial KECUALI

a)

bekerjasama

b)

ambil peduli

c)

menyuruh kebaikan mencegah kemungkaran

d)

mementingkan semangat perkauman.

27.

Pilih penggunaan kata yang paling tepat.

[ Orang yang _______________ tidak akan meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapanya]

a)

adab

b)

beradab

c)

kurang adab

d)

peradaban

28.

Apakah kesan penjajahan Jepun kepada penduduk di Tanah Melayu?

a)

Penduduk mula memakai selipar jepun dan mengamalkan budaya berbasikal

b)

Semangat penduduk meningkat sebagai orang Asia dan ingin mendapatkan kuasa autonomi.

c)

British tewas dalam peperangan dengan Jepun

d)

Tersebar kisah hantu jepun di kalangan penduduk

29.
  • Melalui proses semulajadi tanpa paksaan
  • Berhijrah secara sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan
  • Adat resam pendatang diterima pakai oleh penduduk tempatan.

Kenyataan di atas merujuk kepada masyarakat...

a)

Pluralistik

b)

Pluraliti

30.

[Menyedari dan menghormati budaya etnik lain serta mempertahankan budaya hidup masing-masing ]

Pernyataan di atas merujuk kepada tahap-tahap hubungan etnik di Malaysia iaitu...

a)

Segregasi

b)

Akomodasi

c)

Akulturasi

d)

Asimilasi

31.

Apakah unsur penting yang membentuk kesepaduan sosial di Malaysia?

a)

Kaum

b)

Interaksi

c)

Umur

d)

Taraf pendidikan

32.

Mengapakah etika dan peradaban penting dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia?

a)

Amalan budaya hidup yang berbeza dalam masyarakat

b)

Memudahkan warga asing mendapat taraf kewarganegaraan

c)

Mendapat kebebasan bersuara dalam semua aspek

d)

Menjadikan pertelingkahan politik semakin hangat

33.

Semua pihak sudah maklum bahawa kesepaduan sosial sudah sedia terbentuk dalam ACUAN negara Malaysia. Apakah pernyataan yang tepat merujuk kepada ACUAN tersebut?

a)

negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi

b)

negara yang terkenal dengan kepelbagaian budaya

c)

negara yang mempunyai ciri khas hasil permuafakatan

d)

negara yang mempunyai ciri khas hasil perkongsian sejarah

34.

Berikut adalah maksud kelestarian KECUALI

a)

mengekalkan sesuatu perkara

b)

memelihara keaslian

c)

menerima pengaruh luar

d)

usaha penambahbaikan

35.

Manakah antara berikut TIDAK termasuk dalam konsep kelestarian etika dan peradaban?

a)

menjaga adab pergaulan seharian

b)

memelihara budaya warisan

c)

mempertahankan maruah bangsa

d)

menggadaikan prinsip hidup atas nama toleransi

36.

Berikut BUKAN isu membabitkan tadbir urus dan pembangunan yang memberi kesan kepada pertumbuhan nilai etika di Malaysia

a)

perbezaan kelas sosial

b)

ketidakcekapan pengurusan

c)

karenah birokrasi

d)

kelemahan penguatkuasaan undang-undang

37.

Kegiatan berikut tergolong dalam makna rasuah KECUALI

a)

salahguna kedudukan sebagai penjawat awam

b)

memberi derma untuk tujuan pengecualian cukai

c)

mengemukakan tuntutan palsu

d)

meminta suapan bagi mempercepatkan proses kerja

38.

Berikut adalah termasuk dalam kegiatan black economy di Malaysia KECUALI

a)

penjualan arak

b)

perjudian

c)

pembalakan haram

d)

bit coin

39.

Apakah matlamat utama pembangunan lestari di Malaysia?

a)

memberi ruang agar Bahasa Melayu terus relevan dipertahankan

b)

memastikan bidang terpenting negara terus maju

c)

mencapai kemajuan secara bersama antara kaum

d)

memastikan rakyat beretika pada waktu kerja

40.

Berikut adalah kategori yang menyumbang kepada defisit sosial KECUALI

a)

kelas sosial

b)

jurang generasi

c)

makanan kegemaran

d)

media

41.

Akomodasi ialah berlaku penerimaan terhadap nilai etnik yang berbeza tetapi dalam masa yang sama tidak menggugat pengamalan budaya masing-masing. Formula paling tepat menggambarkan proses tersebut ialah

a)

A+B+C=A

b)

A+B+C=A+B+C

c)

A+B+C=D

d)

Ab+B+C=

Ab+Bb+Cb [b=budaya]

42.

Berikut adalah pengaruh daripada tamadun India yang masuk ke Tanah Melayu

a)

sistem politik Islam

b)

Yoga

c)

bangunan Stadhuys Melaka

d)

nasi lemak

43.

Pilih penyataan yang SALAH tentang akulturasi

a)

budaya lain diterima jika memberikan manfaat

b)

proses penyerapan budaya lain

c)

menghilangkan identiti asal sesuatu kaum

d)

proses interaksi antara kaum

44.

Berikut adalah penyataan yang benar mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) KECUALI

a)

membina semula perpaduan

b)

dilancarkan sebelum peristiwa berdarah 13 Mei 1969

c)

penyusunan semula ekonomi masyarakat

d)

usaha membasmi kemiskinan

45.

Dalam Etika Islam, terdapat tiga aspek penting seperti berikut kecuali

a)

Akidah

b)

Syariah

c)

Akhlak

d)

Munakahat

46.

Etika Islam mestilah bersandarkan kepada sumber berikut kecuali

a)

Al-Quran

b)

As Sunnah

c)

Qiyas

47.

Konsep Falsafah Etika Islam mestilah bersandarkan kepada prinsip berikut kecuali

a)

Hablu Minn Allah

b)

Hablu Minn Annas

c)

Hablu Minn Alam

d)

Hablu Minn Hayawaan

48.

Conficius (Kung Fu Tze) percaya bahawa manusia

a)

adalah jahat

b)

adalah baik

c)

adalah berdosa

d)

adalah hamba

49.

Nilai Etika Melayu dapat dilihat melalui peribahasa

a)

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

b)

Bagai langit dan bumi

c)

Dua tiga boleh ku cari, mana nak sama tuan hamba seorang

d)

Bagai aur dengan tebing

50.

Nilai Etika Kristian dapat difahami melalui

a)

Perintah 9 dalam kitab Perjanjian Lama

b)

Perintah 10 dalam kitab Perjanjian Lama

c)

Perintah 11 dalam kitab Perjanjian Lama

d)

Perintah 12 dalam kitab Perjanjian Lama

51.

Nilai Etika dalam Hinduisme boleh dilihat melalui doktrin yang ditetapkan oleh

a)

Paria

b)

Brahman

c)

Yagur Veda

d)

Atharva Veda

52.

Nilai Etika dalam Buddhisme menekankan konsep

a)

buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat

b)

moral sebagai pegangan hidup

c)

manusia sebagai punca kejahatan

d)

Tuhan tidak wujud, hanya moral sebagai jalan hidup

53.

Hidup dalam masyarakat yang pelbagai di Malaysia, peraturan berikut tidak sesuai kecuali

a)

Peraturan Sekular

b)

Peraturan Sejahtera

c)

Peraturan Utilitarianisme

d)

Peraturan Egosime